SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kenyataan Cucu Yang Mengundang Persoalan

Terlebih dahulu Cucu mengambil kesempatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas keperihatinan sahabat dan rakan-rakan yang terus memberi sokongan kepada blog ini untuk beroperasi. Ramai yang terkejut dan kini amat mengambil perhatian tentang masalah yang dihadapi oleh Cucu, susulan daripada kenyataan akhbar yang dibuat dalam Sinar Harian baru-baru ini. Laporan tersebut memetik bahawa Cucu sebagai salah seorang krew panas blog Pahang Daily Online, adalah antara orang yang disyaki akan dikenakan tindakan oleh mangsa liwat Saiful Bukhari Azlan atas saman fitnahnya. Namun buat masa ini, sememangnya Cucu dan krew-krew yang lain masih belum menerima apa-apa writ saman daripada pihak yang berkenaan. Terkadang Cucu agak hairan dengan tindakan Saiful menyaman blog PDO. Apakah rasionalnya beliau berbuat demikian? Walhal beliau sendiri tahu blog terbabit beroperasi di mana-mana dan tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan, parti atau sebagainya. Cuma, memang benar PDO lebih banyak mengkritik dan membongkarkan tentang masalah yang berlaku dikalangan kelompok rakyat dan parti pemerintah. Ini kerana rakyat mahukan perubahan dan mereka harus dibela. Mereka sudah tidak yakin lagi dengan UMNO dan wakil rakyat BN yang kononnya ingin membela nasib mereka. Banyak permasalahan setempat yang berlaku gagal ditangani dengan betul. Cucu amat peka dengan hal ini, biarpun selepas 50 tahun BN berkuasa memerintah negara ini. Setakat ini, memang ramai yang gusar andainya Cucu akan disabitkan dengan kes Saiful yang cukup panas diperdebatkan sebelum ini.

Namun sebagai warisan keturunan pahlawan Melayu Pahang, Cucu sedikit pun tidak gentar dengan apa yang berlaku mutakhir ini. Malah ianya memberikan semangat dan kekuatan untuk Cucu terus berkarya hingga ke titisan darah yang terakhir. Bagi Cucu, nenek moyang terdahulu seperti Tok Gajah dan Mat Kilau mati meninggalkan nama dan dituduh sebagai penderhakan, pemberontak dan banyak lagi. Ini gara-gara mereka berjuang untuk membela nasib agama, bangsa dan negara tercinta. Lantaran itulah Cucu akan terus berjuang dan berjuang bagi memastikan Islam serta keadilan tertegak di bumi tercinta ini. Cucu mahu melihat, anak-anak dan generasi akan datang dapat hidup dengan aman dan selesa dalam sebuah negara demokrasi yang asli serta bukan dibuat-buat. Cucu tidak mahu generasi akan datang menyalahkan kita hari ini kerana gagal membawa perubahan. Maka itu, Cucu mengajak para sahabat dan rakan-rakan agar terus bangkit untuk berjuang membela nasib rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan fahaman politik masing-masing. Inilah konsep one Malaysia yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa rakyat. Konsep yang dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah tidak jelas kerana hanya mencakupi agama dan bangsa, tapi bagaimana dengan fahaman politik?. Kerajaan yang ada masih terus mengamalkan dasar pecah sempadan, membezakan dan hanya memberi muka kepada mereka yang menyokong sahaja. Sebaliknya, bagi rakyat yang menolak UMNO dan BN dalam pilihanraya maka mereka akan dinafikan segala hak sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Inilah masalah yang sebenarnya !

Susulan dari itu, Cucu menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memperkukuhkan hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Marilah kita perkukuhkan ukhwah dan sillaturahim sesama kita, agar kita akan dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna pada masa akan datang. Kepada mereka yang simpati dengan nasib Cucu atas kes Saiful Bukhari Azlan, terus terang Cucu katakan yang ini baru satu permulaan. Saiful berhadapan dengan Pahang Daily Online yang mempunyai krew di mana-mana hatta dalam keluarga beliau sendiri. Cucu akan mengambil tindakan saman, jika Saiful menuduh Cucu yang terlibat dalam penulisan enam artikel beliau dan menfitnah beliau selama ini. Saiful membuat kesilapan kerana beriya-iya benar untuk menyaman blog seperti PDO, walhal jika beliau benar berbicara soal maruah beliau sepatutnya menyaman doktor yang merawatnya dan Hospital Pusrawai gara-gara pengedaran laporan perubatan beliau tidak diliwat itu. Soalnya, kenapa hingga kini beliau masih mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan?. Malu rasanya bila kita mengaku diliwat tetapi laporan perubatan mengesahkan kita tidak diliwat. Saman doktor dan hospital terbabit !!. Jika tidak ini bermakna Saiful sengaja bermain dengan api dalam sekam. Beliau akan menerima padahnya jika sengaja ingin bermain-main dengan isu ini. Apapun, kita sama-sama tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya isu panas dan sensasi ini. Salam Perjuangan Buat Semua !!

Read more »

Sinar Harian Siar Laporan Kes Saman Saiful


Terkejut juga dibuatnya, bila rakan-rakan dan sahabat dari seluruh negara menghubungi Cucu mengatakan bahawa gambar Cucu keluar di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari. Maklumlah, mana mungkin orang seperti Cucu boleh popular juga seperti Saiful Bukhari Azlan untuk keluar dimuka depan akhbar arus perdana seperti itu. Cuma apa yang ingin Cucu jelaskan disini ialah behubung dengan kes saman Saiful terhadap blog Pahang Daily Online yang berjumlah RM2 juta itu. Memang Cucu tidak sangka maruah Saiful hanya bernilai RM2 juta. Bayangkan, jika dia berani menyaman PDO RM2 juta, maka sudah pasti dia sanggup menerima habuan yang lebih besar bila diarahkan sesuatu oleh pihak-pihak tertentu. Cucu bukanlah orang yang hebat dan popular seperti Saiful. Namun bila kes-kes seperti ini dikaitkan dengan Cucu, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk Cucu menghuraikan segala kekusutan. Sebelum ini pun pihak polis yang menyiasat Cucu berhubung kes Saiful ini sudah banyak kali membuat trick supaya Cucu mengaku yang PDO adalah hak milik Cucu. Maka itu, Cucu ingin perjelaskan disini bahawa PDO bukanlah hak milik peribadi Cucu, cuma Cucu banyak menghantar berita-berita terkini dari negeri Pahang berhubung dengan akktiviti dan masalah rakyat di sini. Cuma memang nama Cucu agak top list untuk dikaitkan dengan PDO berdasarkan kepada banyaknya artikel panas yang pernah Cucu keluarkan. Cucu sendiri hairan dan tertanya-tanya kenapa Saiful tergamak menyaman blog Pahang Daily Online yang hanya beroperasi di alam maya itu. Walhal, pihak yang lebih banyak menfitnahnya dan ada di alam zahir tidak mahu disaman oleh beliau.


Siaran muka depan Sinar Harian 26 April (Klik untuk besarkan)
Sedangkan beliau sendiri tahu bahawa PDO bergerak secara bebas dan tidak tertakluk dengan mana-mana pihak yang berkaitan. Hubungan PDO dengan ramai krew-krew mereka sebelum ini adalah menerusi email dan internet semata-mata. Bahkan Cucu sendiri tidak pernah dapat berjumpa dengan pemilik PDO itu sebenarnya. Maka Cucu agak terkejut bila Saiful menfailkan saman terhadap PDO. Rasionalnya, kepada siapa untuk Saiful berikan surat saman itu kerana krew-krew PDO ada ramai di seluruh Pahang dan negara sebenarnya. Makanya kenapa beliau melatah dengan isu penyakit misteri yang kononnya tidak dialami itu?. Sebagai mempertahankan hak, Cucu tetap dengan keputusan untuk terus memberi sokongan yang padu kepada PDO. Ini kerana sejak blog itu beroperasi beberapa bulan yang lalu, ia semakin popular dan terkenal dengan isu-isu panas dan sensasi yang sungguh mengejutkan semua pihak. Kini PDO setanding dengan blog-blog panas yang lain di Malaysia ini. Teruskan perjuangan kepada semua Krew PDO !

Read more »

Blog Pahang Daily Online Di Saman RM2 Juta !!

Pertamanya Cucu mengambil kesempatan diatas segala sokongan rakan-rakan yang terus memberi kepercayaan untuk blog ini beroperasi di alam siber ini. Hari ini Cucu dikejutkan dengan satu berita yang mengatakan Saiful Bukhari, mangsa yang kononnya diliwat Anwar Ibrahim itu telah menyaman blog Pahang Daily Online. Bukan sikit jumlahnya, mencecah RM2 juta. Saiful dan peguamnya Zamri Idrus menfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Sebelum ini pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyoal siasat Cucu kerana ketika itu Cucu merupakan salah seorang krew Pahang Daily Online. Siasatan selama lima jam itu berkisarkan kepada blog Pahang Daily Online. Cucu telah memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis terbabit ketika itu. Buat masa ini Cucu sendiri masih belum dapat berhubung secara terus dengan "tuan punya" blog terbabit memandangkan beliau berkemungkinan beroperasi dari luar negara. Cucu banyak menulis perihal masalah rakyat dan isu politik di negeri Pahang sejak ia ditubuhkan. Selepas disoal siasat baru-baru ini, Cucu masih lagi menghantar artikel berkaitan dalam bloh tersebut menerusi email secara online. Dalam siasatan polis, Cucu telah ditekan supaya mendedahkan siapakah tuan punya blog terbabit. Lantaran itulah Cucu agak hairan bila Saiful dan peguamnya menfailkan saman RM2 juta hari ini. Masalahnya yang timbul, kepada siapakah beliau akan menyerahkan writ saman tersebut sekarang. Kemungkinan besar mereka akan menyerahkan writ tersebut kepada Cucu, berdasarkan kepada siasatan mereka yang lebih menjurus kepada tubuh badan Cucu sebelum ini. Sebagai seorang rakyat Malaysia, Cucu bersedia untuk berhadapan dengan pihak terbabit jika sudah suratan takdir terpaksa berbuat demikian. Cuma, apa yang Cucu harapkan semoga seluruh rakyat Malaysia dan para penyokong Pakatan Rakyat dapat memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk Cucu andainya perkara ini berlaku dalam masa terdekat ini. Buat masa ini, Cucu masih seperti biasa menjalani kehidupan sebagi rakyat Malaysia dalam sebuah negara demokrasi ala-Malaysia ini. Salam perjuangan !

Read more »

Eksklusif: Arahan Potongan Gaji Untuk Membeli Polisi Insuran, Kakitangan Felda Merungut Dan Tidak Berpuas Hati Tindakan Pihak Terbabit Itu

Sebelum ini kami pernah membongkarkan isu-isu tentang Felda, termasuk beberapa penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pihak atasan badan itu. Pendedahan kami telah menarik perhatian ramai warga Felda termasuk juga pihak pengurusan di tanah rancangan itu sendiri. Banyak pihak yang amat bersetuju dan berpuas hati atas segala pembongkaran yang dibuat itu, malah tidak kurang juga yang mahu supaya satu memorandum khas dibuat bagi mendesak satu siasatan terperinci dilakukan terhadap mereka yang terbabit itu. Kami hanya mendedahkan dan segala tindakan susulan haruslah dilakukan oleh pihak berkenaan sendiri, sama ada mahu membuat laporan polis atau mendesak pihak atasan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebenarnya banyak lagi masalah Felda yang wajar diberi keutamaan dan harus didedahkan untuk makluman rakyat jelata. Sebelum ini Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK) telah berjaya membongkarkan banyak penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan Felda itu sendiri. Biarpun ia dinafikan oleh sebahagian daripanya, namun hakikatnya adalah tetap sama. Felda kini lebih banyak menindas masyarakat peneroka daripada mahu menolong mereka. Bukti jelas dapat dilihat apabila kewujudan Felda Plantations telah menyebabkan ramai peneroka kini terpaksa menjadi "buruh upahan", sama standard dengan buruh Indonesia dan Bangladesh yang ditempatkan dilokasi terbabit.

Matlamat Felda tersasar, diawal penubuhannya Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak dulu berhasrat untuk membantu rakyat terutamanya orang-orang Melayu mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Lantaran itulah diperuntukan tanah seluas 10 ekar kepada setiap peneroka. Namun Felda Plantations telah menggagalkan usaha itu bila tiada lagi tanah-tanah rancangan yang dibuka seperti konsep asalnya dulu. Kini mereka mula terasa rugi untuk memberi geran hakmilik kepada para peneroka terbabit. Akhirnya jadilah peneroka itu seperti "buruh ladang" yang membanting tulang empat kerat siang dan malam "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Namun selepas 30 tahun di situ, segala tanah, rumah dan ladang yang mereka usaha tetap tidak menjadi hak milik mereka dan jauh sekali berbeza dengan konsep Felda yang asal dulu. Banyak kes-kes penganiayaan berlaku dikalangan peneroka terbabit termasuk pengurusan Felda yang berkerja ditanah-tanah rancangan itu sendiri selama ini. Tekanan demi tekanan yang berlaku ini menyebabkan pegawai Felda terbabit juga kecewa dan mahukan pembelaan. Apalah gunanya mereka bekerja dengan gaji yang tidak setimpal lagi berbanding kerja yang terpaksa dilakukan. Mereka menghadapi berbagai tekanan demi tekanan yang pastinya amat menyiksa diri, namun dek kerana faktor ekonomi mereka terpaksa jua mengharungi segala cabaran dan rintangan yang mendatang. Inilah hakikatnya yang berlaku sejak sekian lama. Felda hanya banyak membela pihak-pihak atasan yang berkepentingan. Perlantikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru-baru ini diharap dapat memberi harapan baru kepada sebahagian besar masyarakat Felda.

Namun, apakah segalanya akan berubah? Atau ceritanya tetap sama?. Felda telah banyak membazirkan wang untuk kepentingan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. Melaksanakan berbagai agenda untuk kepentingan peribadi masing-masing tanpa mengambil kira kudrat orang bawahan terutamanya para peneroka itu sendiri. Banyak tindakan yang dibuat kini dilihat lebih kepada "kepentingan diri sendiri" tanpa mahu memikirkan masalah orang lain. Jika selam ini para peneroka itu sendiri menjadi mangsa, kini kami difahamkan warga kerja atau pihak pengurusan Felda pula yang ditekan secara bertubi-tubi supaya mengikut kehendak dan kepuasan pihak atasan yang berkepentingan. Terbaru, para pekerja dan pegawai Felda di seluruh negara diarahkan menandatangani satu surat persetujuan untuk pemotongan gaji bagi membeli polisi insuran dengan sebuah agensi Insurans. Tindakan ini dipercayai dilakukan oleh pegawai atasan yang berkepentingan tanpa merujuk kepada lembaga pengurusan Felda Holdings tu sendiri. Langkah ini dipercayai didalangi oleh pihak atasan yang mahu mengaut keuntungan hasil daripada penjualan polisi insurans terbabit. Mereka memaksa kakitangan Felda menandatangani arahan persetujuan itu, tanpa kebenaran yang sah daripada Felda sendiri. Potongan sebanyak RM20 akan dilakukan kepada semua kakitangan Felda kononnnya bagi mendapatkan kemudahan polisi insurans kelompok yang dimaksudkan. Ini bermakna setahun sebanyak RM240 setahun akan dipotong dari gaji kakitangan Felda. Biarpun jumlahnya tidak sebesar mana, namun ramai yang sudah mempunyai komitmen masing-masing. Ini amatlah tidak adil sebenarnya. Ramai kakitangan Felda yang merungut dan tidak bersetuju dengan senario ini. Mereka mengganggap tindakan tersebut adalah bermotifkan peribadi, kerana tiada pekeliling khas yang telah dikeluarkan oleh pihak Felda untuk tujuan tersebut. Langkah ini mungkin diambil oleh individu tertentu yang kemungkinan besar menjual polisi bagi pihak kroni-kroninya. Bayangkan jika dipaksa lebih 100 ribu kakitangan Felda berbuat demikian, bukankah individu terbabit akan mendapat keuntungan yang lumayan hasil insentif yang ditawarkan oleh syarikat insurans itu.

[Mendesak untuk memotong gaji bagi membeli insuran itu adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula, ramai dikalangan kakitangan Felda itu sendiri kini sudah mempunyai dua tiga polisi insurans masing-masing yang terpaksa dibayar setiap bulan. Maka itulah perkara ini perlu disiasat oleh pihak atasan sendiri, siapakah dalang yang terlibat dengan isu ini. Kemungkinan besar ia membabitkan pihak pengurusan atasan kerana arahan itu dikeluarkan tanpa surat pekeliling yang sah untuk mereka berbuat demikian. Ramai kakitangan Felda yang tidak mahu menandatangani surat kebenaran memotong gaji tersebut, memandang mereka suami isteri sudah mempunyai polisi insuran masing-masing. Inilah bukit penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi yang kini banyak berlaku dalam Felda. Justeru itu adalah diharapkan perkara ini dapat di siasat, sebelum lebih banyak isu akan didedahkan].

Read more »

Program Ceramah Perdana Anwar Mendapat Sambutan Luar Biasa Biarpun Hujan Turun

Cucu sempat hadir dalam ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat baru Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang baru-baru ini (18 April). Ternyata sambutan rakyat yang melapangkan masa untuk mendengar ceramah perdana Anwar pada malam itu sungguh mengejutkan. Biarpun hujan turun agak lebat sekitar setengah jam ketika ADUN Teras dari DAP, Chong Siew Onn menyampaikan ucapan namun orang ramai tidak berganjak malah terus hadir tanpa ada sebarang masalah. Pengacara pada malam itu ialah Ketua Penerangan PKR Pahang iaitu Tuan Hj.Abbas Awang yang juga merupakan Ketua Bahagian Bera. Dalam ucapan awalnya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada orang ramai yang tidak berganjak biarpun hujan turun dengan lebatnya. Malah katanya, hujan itu adalah hujan rahmat bagi merestui suara rakyat yang sudah lama inginkan perubahan. Dalam ceramahnya, YB Chong banyak memperkatakan tentang semangat kerjasama dan perpaduan yang erat dan sedia terjalin dalam Pakatan Rakyat akan terus dipertahankan oleh Parti DAP. Turut berucap selepas itu ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota iaitu YB Azan Ismail. Beliau lebih banyak menyentuh persoalan tentang akauntabiliti dan ketelusan dalam pemerintahan yang baginya agak kritikal pada masa ini. Sambil menyebut beberapa kes yang jelas merupakan penyelewengan dan korupsi, beliau juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada orang ramai yang hadir pada malam itu.

Selepas YB Azan, ceramah telah diambil pula oleh ADUN Beserah dari PAS iaitu Tuan Syed Mohammad Tuan Lonik. Beliau banyak mengulas tentang tanggungjawab seorang pemimpin dari sudut pandangan agama Islam. Betapa besarnya amanah yang bakal dipikul bila ditanya oleh Allah SWT diakhirat kelak. Sambil mempertikaikan keputusan kes Altantunya antara yang paling melucukan di dunia, beliau berkata "Mahkamah jadi carca merba bila membuat keputusan gantung sampai mati terhadap Sirul dan Azilah, sedangkan pihak polis tidak menyiasat apakah punca mereka membunuh wanita Monggolia itu sebenarya"."Sesuatu yang aneh bila yang dituduh membunuh tanpa arahan sesiapa, sedangkan mereka adalah UTK yang hanya akan mengikut arahan ketuanya, siapakah ketuanya yang mengarahkan pembunuhan itu" tambah beliau lagi. Beliau turut menyatakan komitmen parti PAS terhadap Pakatan Rakyat semakin utuh sekarang ini, dan turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong yang mengundinya dalam PRU12 dulu.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman yang berucap selepas itu banyak mengulas tentang kewajaran Perdana Menteri melancarkan konsep "One Malaysia". Apa lagi yang mahu dicari oleh Najib Razak sebenarnya. Malah katanya UMNO dan Barisan Nasional kini semakin terdesak dalam usaha menarik sokongan generasu muda beralih arah kepada mereka. Lantaran itulah "One Malaysia" terpaksa dilaksanakan bagi mengaburi matak rakyat. Walhal sejak sekian lama mereka memerintah kerajaan masih lagi mengamalkan dasar "pecah perintah" kepada rakyat jelata. Buktinya, mereka akan mengabaikan rakyat yang tidak menyokong mereka dalam pilihanraya tetapi memberi muka kepada mereka yang telah menyokong. Begitu juga wakil rakyat pembangkang yang di"anaktiri"kan dalam banyak projek-projek pembangunan. Malah peruntukan mereka telah disekat biarpun mereka dipilih secara sah menerusi pilihanraya. Inilah kezaliman dan penyelewengan amanah yang telah disalah gunakan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Maka itu beliau pasti yang konsep "One Malaysia" akan menemui kegagalan sama seperti "Islam Hadhari" yang dibawa oleh Pak Lah dulu. Dato' Fauzi menamatkan ceramahnya lebih awal untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu. Rakyat terus datang beramai-ramai dan memenuhi setiap ruang kosong di hadapan pentas dan juga sebelah belakang pentas.

Dalam ceramahnya Anwar banyak megulas isu-isu semasa termasuk kes yang melibatkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddinn yang meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti baru-baru ini. "Fairus jujur dan bertanggungjawab, kerana melepaskan jawatan setelah namanya terbabit dalam skandal berkenaan. Beliau tetap akan bersama kita malah berjanji akan turun berkempen untuk memastikan kemenangan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti tidak lama lagi" kata Anwar sambil disambut dengan laungan keramat tanda sokongan. Anwar juga banyak mengulas tentang kebajikan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Katanya, rakyat di Pahang juga harus melakukan perubahan jika mahu menikmati berbagai keistimewaan dan ganjaran yang tidak pernah mereka perolehi ketika UMNO dan BN memerintah negara ini. Dalam pada itu, Anwar juga banyak mengulas tentang pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit selambau yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini. Beliau amat berterima kasih atas sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam memastikan kemenangan besar di dua kawasan itu. Bagi DUN Batang Ai pula, Anwar menegaskan BN menang dengan unsur penipuan yang dilakukan oleh SPR termasuk membuat kiraan undi di pusa penjumlahan undi, tidak benarkan wakil calon menaiki helikopter SPR dan banyak lagi. semua itulah yang menjurus ke arah kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN itu baru-baru ini. Program berakhir awal sekitar jam 11.26 malam, kerana Anwar terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur. Beliau agak keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan yang jauh dari Penati pada sebelah paginya.

Read more »

Eksklusif: Senario Program Anwar Dan Najib Di Bumi Pahang Buktikan Konsep One Malaysia Itu Ternyata Gagal Dilaksanakan Sebenarnya !!


KUANTAN [pahangdaily] - Kehadiran dua pemimpin utama negara ke Kuantan semalam amat menarik untuk diperkatakan oleh sebahagian besar penduduk di sini. Hingga ke hari ini, ramai yang masih lagi memperkatakan dua senario yan berbeza sambutan rakyat kepada dua pemimpin besar itu iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib bertemu rakyat di Kuantan seawal jam 9.00 pagi lagi. Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan berbagai acara program. Di Kuantan ia diadakan di Padang MPK1 yang terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I. Laporan media arus perdana menyebut lebih 40,000 orang rakyat yang hadir ke majlis itu. Apakah benar statistik itu atau sekadar penyedap halwa telingan rakyat? Namun sesuatu yang harus diingat ialah apakah Najib benar-benar mahukan perubahan dalan kerajaan. Ini kerana program menyambut Perdana Menteri itu sudah menjadi program menyambut Presiden UMNO dan Barisan Nasional. Bukti jelas menunjukkan bahawa tiada langsung undangan yang dibuat kepada pemimpin pembangkang, parti politik pembangkang atau pun pertubuhan bukan kerajaan yang cenderung kepada pembangkang. Apa yang dapat dilihat kehadiran ramai rakyat pada sambutan itu lebih menjurus kepada projek UMNO dan BN sendiri. Ini kerana semua parti komponen dilihat mengambil bahagian dan terlibat secara langsung. Jika rakyat diutamakan, sambutan Najib itu tidak wajar dipolitikkan.

Namun itulah hakikatnya. Senario yang sama berlaku di Pekan tatkala Najib serta rombongan pulang ke kawasannya itu. Sambutan yang dibuat juga lebih kepada berunsur politik semata-mata dan tidak langsung menggambarkan Perdana Menteri untuk seluruh rakyat di kawasan itu. Apa yang menarik pihak media termasuk RTM mengadakan lintas langsung siaran khas kembalinya Najib ke Pahang. Malah kami difahamkan banyak wang yang digunakan untuk memunggah rakyat pelbagai golongan untuk hadir beramai-ramai. Mereka dibayar upah dan disediakan makanan, biarpun ada insiden yang tidak dapat wang dan makanan itu akibat "disonglap" oleh pihak-pihak terntentu. Namun, jelas kelihatan rakyat sebenarnya memang dipaksa hadir ke kedua-dua program tersebut. Ada yang menyebut, jika tidak dipaksa sudah pasti program sambutan Perdana Menteri itu akan kelihatan hambar sebenarnya. Agensi kerajaan mewajibkan kakitangan mereka hadir. Isititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dekat sini juga memaksa pelajarnya hadir, malah ada yang memasukkannya ke dalam "jam kredit" para pelajar. Begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan dan Pekan yang dipaksa hadir. Itu belum termasuk pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara, pengakap, pandu puteri serta lain-lain pasukan beruniform dikalangan pekajar yang turut dipaksa. Pendek kata program sambutan Perdana Menteri itu dihadiri oleh mereka yang "rela dalam paksa". Bagi memberi gula-gula kepada rakyat, wang saku pula disediakan sebagai habuan. Ini bermakna, Perdana Menteri Malaysia itu telah memperkotak-katikkan nasib rakyat untuk memberi persepsi kononnya beliau disokong oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Walhal, dari tinjauan kami tidak sampai pun 10,000 rakyat Pahang yang hadir dalam kedua-dua program Sambutan Najib itu sebenarnya.


Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangka

Terpaksa, para pelajar dan pasukan beruniform sekolah juga turut hadir
Laporan media menggambarkan seolah-olah begitu ramai rakyat yang hadir. Jika tidak dipaksa, apakah mereka tergamak mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk berlapar dan berpanas menanti ketibaan Najib agaknya. Inilah amalan dan senrio yang dapat dilihat kepada seorang Perdana Menteri yang tidak diiktiraf oleh majoriti rakyat sebenarnya. Ini jauh sekali berbeza dengan satu lagi program yang melibatkan tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan juga pada hari yang sama dengan kehadiran Najib. Biarpun tiada elaun dan imbuhan yang ditawarkan kepada rakyat, namun mereka sanggup hadir berbondong-bondong untuk menyambut kehadiran Anwar dari siang hingga ke malam. Anwar yang merasmikan pejabat baru PKR Pahang di Jalan Beserah dekat sini, juga terkejut dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada sebelah malamnya. Walau pun senario ini ditempelak oleh penyokong UMNO dan BN, namun mereka harus menerima hakikat bahawa rakyat yang datang ke program Anwar itu adalah dengan hati yang tulis dan ikhlas. Langsung tidak wujud unsur paksaan dan sebagainya. Malah lebih menarik lagi, mereka juga sanggup berhujan pada sebelah malam untuk mendengar ceramah Anwar. Inilah dia semangat perjuangan rakyat yang mahukan perubahan sebenarnya. Rakyat berbagai bangsa Melayu, Cina dan India sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersama pemimpin PKR itu. Lautan manusia dilihat hadir pada malam itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat semakin memuncak.

[Krew kami telah hadir ke kedua-dua program berkenaan. Ternyata apa yang dapat kami saksikan sambutan kepulangan Perdana Menteri ke Pahang jelas sekali menggambarkan bahawa konsep "One Malaysia" yang dilaung-laungkan itu telah gagal dilaksanakan. Jika untuk sebuah negeri pun ia gagal, apakah ia wajar dilaksanakan di peringkat nasional agaknya. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri perlu disambut oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik masing-masing. Ataupun sekurang-kurangnya satu jemputan khas dibuat kepada mereka, kerena mereka juga adalah rakyat negeri Pahang yang sah. Jangankan rakyat, malah pemimpin pembangkang juga tidak diundang secara rasmi untuk bersama dalam program tersebut. Pergi atau tidak itu adalah perkara lain. Namun, tidak jemput adalah satu hal yang lain dan tidak sepatutnya berlaku jika konsep One Malaysia itu mahu dilaksanakan. Jika beginilah caranya, kami yakin bahawa rakyat yang sudah menolak UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu akan terus membenci dan tidak mungkin dapat menyokong kerajaan lagi selepas ini. Kami juga amat terharu bila ada pihak yang melaporkan bahawa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan sewenang-wenangnya untuk melaungkan "Hidup Barisan Nasional" ketika perhimpunan tersebut diadakan. Ini jelas melanggar tatasusila mereka, dan jelas menggambarkan bahawa PLKN memang diwujudkan untuk menarik generasi muda supaya menyokong UMNO dan BN sebenarnya].

Read more »

Eksklusif: Penantian Tiba, Pilihanraya Penanti Bakal Buktikan Siapa Sebenarnya Yang Dapat Tarik Sokongan Majoriti Rakyat Di Sana Nanti !!

[pahangdaily] Ramai yang terkejut dengan keputusan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Fairus Khairuddin meletakkan jawatannya hari. Ada yang tertanya-tanya, apakah beliau dibayar dan mendapat habuan jutaan ringgit daripada pihak-pihak tertentu?. Atau apakah beliau akan menyertai parti UMNO kerana semakan database mendapati beliau masih merupakan ahli UMNO yang sah biarpun sudah lebih 10 tahun bersama Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Apakah impaknya keputusan Fairus terhadap senario politik negara sekarang ini?. Ramai pemerhati melihat keputusan beliau itu adalah "tepat" pada masanya. Ini kerana selepas tewas dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, ada pemimpin UMNO dan BN yang mempertikaikan kemenangan Pakatan Rakyat. Kononnya PAS dan PKR menang kerana rakyat belum menerima arus perubahan yang akan dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu. Tambahnya ini kerana ketika itu Najib baru bergelar Perdan Menteri dan belum sempat berbuat apa-apa untuk menenangi hati rakyat. Walhal ketika itu, Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah turun berkempen "sakan" kononnya BN akan menang besar kerana kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO bakal menarik lebih ramai bekas ahli UMNO kembali kepada parti "karat" itu. Malah Najib juga telah membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta memgembalikan semula permit akhbar Pakatan Rakyat, Suara Keadilan dan Harakah. Itu pun mereka kemudian akhirnya ditolak jua oleh sekalian hamba rakyat.

Namun, ternyata mereka hampa dan malu apabila BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Mereka hanya menang di DUN Batang Ai, Sarawak itupun dengan tindakan dan bantuan SPR apabila tidak membuat kiraan di tempat mengundi sebaliknya kertas undi diterbangkan ke pusat penjumlahan undi dengan menggunakan helikopter. Malah, SPR juga tidak membenarkan wakil calon PKR untuk menaiki helikopter ke pusat penjumlahan undi. Akhirnya BN menang disana walau pun di atas kertas mereka sepatutnya juga "terlingkup" di Bumi Kenyalang itu. Sokongan rakyat jelas memihak kepada pembangkang walau dimana juga kita berada kini. Justeru itulah ada yang mengatakan tunggu Perdana Menteri membuat agenda dan "reform" yang dimaksudkan barulah rakyat akan menyokong BN. Dan kini, masanya sudah pun tiba untuk mereka mengotakan kata-kata itu. Perdana Menteri sudah membentuk kabinet baru yang dikatakan "kabinet rakyat". Malah, Najib juga telah memaklumkan agenda "One Malaysia" kononnya rakyat akan diutamakan dalam apa juga perancangan pembangunan. Bahkan Perdana Menteri juga mahukan supaya suara rakyat didengari serta diberi perhatian yang khusus dalam rangka beliau memastikan mereka kembali menyokong Kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Justeru itu, apa yang mahu ditakutkan sekarang?. Ramai pemimpin UMNO dan BN mengatakan keputusan Fairus meletakkan jawatan dan menyebabkan berlakunya pilihanraya kecil adalah satu strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih populariti. Bahkan berbagai-bagai tohmahan lagi yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat tentang isu ini. Soalnya sekarang, Fairus telah dituduh dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan satu kes rasuah. Atas dasar ketelusan dan tanggungjawab, maka adalah wajar Fairus melepaskan jawatannya. Bayangkan bagaimana akan terjadi bila beliau didakwa atau didapati bersalah nanti?. Bukankan ini akan menyebabkan satu pilihanraya kecil juga pasti akan berlaku sebenarnya. Sikap tanggungjawab ini tidak terdapat pada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Lihat sahaja pemimpin mereka, biarpun sudah sah-sah didapati bersalah dengan rasuah "politik wang", tetapi mereka masih lagi mahu mempertahankan jawatan dan bergelar wakil rakyat seperti Ali Rustam, Khairy Jamaluddin dan terbaru di Sabah iaitu ADUN Usukan, Japlin Akin. Kesemua mereka tidak mahu melepaskan jawatan biarpun sudah didapati bersalah. Itu belum termasuk kes yang melibatkan dua bekas Exco dan ADUN PKR di Perak yang kini menyokong UMNO dan BN dulu. Biarpun mereka disiasat oleh SPRM atas kes rasuah, tetapi masih mahu kekalkan jawatan akhirnya menyokong BN. Maka, kini kes itu nampaknya "senyap sunyi" seolah-olah ada perjanjian bila sokong UMNO dan BN, kes mereka akan diselesaikan secara "runding terus".

[Maka itu, usahlah terlalu takut dengan pilihanraya kecil yang menanti di Penanti. Jika UMNO dan BN benar-benar "anak jantan", ayuh buktikan kata-kata mereka bahawa kini rakyat sudah menyokong Barisan Nasional selepas Perdana Menteri membuat perubahan terhadap dasar dan hala tuju kerajaan. Jangan terlalu takut dan gentar dengan suara rakyat jika benar kabinet yang dibentuk oleh Perdana Menteri adalah "kabinet rakyat". Buktikan sekarang apakah rakyat sudah tersilap membuat perhitungan semasa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dulu. Kononnya mereka termakan dan terpedaya dengan dakyah sonsang parti pembangkang. Inilah masanya kita mahu melihat pertarungan sebenar dan menyaksikan apakah "Suara Rakyat" itu adalah "Suara Keramat" seperti yang diwar-warkan selama ini. Inilah masanya juga kita mahu lihat Najib atau Anwar yang oleh diterima majoriti rakyat].

Read more »

Eksklusif: ADUN Penanti Fairus Khairuddin Letak Jawatan, Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Akan Di Adakan Dalam Masa Terdekat Ini !!

PULAU PINANG [3.00 pm] - Ini satu berita gempar yang baru kami terima. Satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku selepas ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pulau Pinang, Fairus Khairuddin (foto) secara sah meletakkan jawatannya hari ini. B Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga. Dengan perletakkan jawatan beliau itu, bermakna kini Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat dua berita yang berbeza hari ini. Pertamanya, ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong kembali menjalankan tugas seperti biasa dan keduanya Fairus bekas Exco dan ADUN Penanti pula meletakkan jawatannya. Satu berita gembira dan satu berita yang cukup mengecewakan sebenarnya. Namun, kami masih sangsi dengan apakah punca sebenar Fairus akhirnya meletakkan jawatan bekiau itu. Tambahan sebelum ini beliau dilihat begitu setia dan akan meneruskan komitmennya kepada Anwar dan PKR sendiri. Apakah ia berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan dirinya itu. Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah mengadakan penyiasatan dan mengumumkan mereka bakal mendakwa Fairus dalam masa terdekat ini.

Benarkah apa yang diperkatakan oleh semua pihak sebelum ini bahawa Fairus memang "terlibat secara langsung" dengan isu tersebut, hingga membawa kepada perletakkan jawatan beliau itu. Sementara itu Fairus pula menyatakan, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini. "Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya. "Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

[Kami menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Saudara Fairus Khairuddin itu. Cuma apa yang amat diharapkan ialah dengan perletakkan jawatan itu ia diharap dapat memuaskan hati sesetengah pihak yang begitu "berdengki" dan sengaja mahu mencari pasal bagi menjatuhkan kepimpinan beliau selama ini. Kami juga melihat apa yang berlaku kepada Fairus ini membuktikan bahawa beliau rela bersikap profesional dengan mengorbankan kedudukannya itu. Tidak timbul soal dibeli atau sebaliknya dalam kes ini. Tambahan pula kita harus ingat dan sedar bahawa DUN Penanti terletak dalam kubu kuat PKR iaitu Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh Anwar dalam pilihanraya kecil kawasan itu tahun lalu. Apakah BN dapat melakukan sesuatu untuk menakluki kawasan itu agaknya. Maka beruntunglah rakyat di DUN Penanti, kerana bakal sekali lagi mendapat durian runtuh selepas ini].

Read more »

Sidang Media: Majlis Perasmian Pejabat Baru PKR Negeri Pahang, Ceramah Perdana Serta Program Minum Petang Anwar Bersama Rakyat Di Kuantan

KUANTAN [pahangdaily] - Satu sidang media sempena majlis Minum Petang Bersama Rakyat dan perasmian Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 April ini telah diadakan jam 12.00 tengahari tadi. Beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang telah hadir antara meraka ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan PKR Negeri), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Tuan Syed Lonik (ADUN Beserah), Saudara Ram (Timbalan Pengerusi III PKR Pahang), Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang), pimpinan PKR Negeri dan Bahagian, wakil PAS, DAP dan para wartawan media arus perdana. Dalam ucapannya Dato' Fauzi menyatakan terima kasih kepada semua wartawan yang hadir serta memaklumkan bahawa Ketua Umum PKR itu sepatutnya datang ke Kuantan sebulan yang lalu. Namun memandangkan ketika itu semua pihak sedang sibuk dengan persediaan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, maka ia ditangguhkan ke tarikh 18 April ini. Beliau turut menyatakan perasaan bangganya atas kewujudan bangunan baru Pejabat Perhubungan PKR Pahang itu. Katanya bangunan baru itu telahh disewakan oleh parti daripada salah seorang ahli itu sendiri.

"Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah pejabat kontraktor pembinaan, namun ia telah tidak digunakan sejak 5 tahun lalu. Maka itu pihak kami amat berterima kasih kepada pemilik bangunan terbabit yang sanggup memberi kemudahan kepada parti dengan membenarkan ia digunakan. Kos penyelengaraan kini telah mencecah hampir 50 ribu ringgit kerana kami terpaksa memperbaiki berbagai kerosakan yang berlaku" katanya. Antara kemudahan yang terdapat di bangunan baru itu ialah sebuah padang yang boleh menempatkan lebih lima ribu penonton. Turut disediakan ialah Dataran Rakyat, Bilik Pentadbiran, Bilik Seminar, Bilik Sektretariat, Bilik Mesyuarat Perhubungan Negeri, Pejabat PKR Bahagian Indera Mahkota dan lain-lain kemudahan yang sewajarnya. Tinjauan kami mendapati kelengkapan yang disediakan di pejabat baru itu amat baik sekali dan sesuai untuk digunakan bagi kemudahan rakyat. "Pejabat ini adalah untuk kegunaan semua, kita benarkan diadakan ceramah atau seminar oleh semua ahli Pakatan Rakyat tidak kira PKR, PAS atau DAP. Kita mahu jadikan pejabat ini sebagai pusat pertemuan rakyat berbagai kaum dan agama". Kita juga merancang akan mendirikan sebuah bangunan sendiri yang canggih selepas Pakatan rakyat berjaya mengambil alih kuasa di Pahang suatu hari nanti" tambah Dato' Fauzi lagi.

Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa program Anwar pada hari itu bermula jam 5.00 petang. Dimana satu majlis minum petang bersama rakyat akan diadakan di situ. Antara acara lain yang akan turut diadakan ialah pemeriksaan barisan AMK dan Wanita, nyanyian lagu negaraku, negeri Pahang dan lagu parti. Disamping itu turut akan diadakan ialah persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum semasa ketibaan Anwar. Pada jam 6.00 petang, satu perjumpaan tertutup Anwar dengan AJK Perhubungan Negeri, AMK dan Wanita PKR Negeri turut akan diadakan. Sebelah petangnya Anwar akan bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Balok Kuantan dan kemudiannya ceramah umum mulai jam 9.30 malam. Turut akan berceramah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi DAP Pahang. Justeru itu orang ramai terutamanya rakyat Pahang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis bersama Anwar itu nanti.

[Jika tiada aral melintang semua krew kami di Pahang akan berada di Kuantan untuk membuat laporan lintas langsung kehadiran dua pemimpin besar negara ke negeri itu pada 18 April ini. Ramai yang sudah menyatakan persetujuan untuk pergi ke program bersama Perdana Menteri di sebelah paginya kerana pasti akan dapat makanan dan minuman percuma disamping elaun kehadiran. Sebaliknya petang dan malam mereka akan beramai-ramai pula membanjiri ke program Anwar Ibrahim biarpun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri tanpa ada makan dan minum percuma yang disediakan. Inilah bezanya program antara pemimpin kerajaan dengan pembangkan sebenarnya. Justeru itu rakyat Malaysia juga diseru hadir beramai-ramai ke Kuantan Pahang Sabtu ini].

Read more »

Tuan Guru Nik Aziz Tunai Umrah Minggu Depan

KOTA BAHARU [10.15 pm] - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) akan menunaikan umrah di Mekah selama 12 hari, mulai Isnin ini. Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Harun berkata Mursyidul Am PAS itu akan berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dengan diiringi isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak perempuan bongsu mereka Nik Salsabila dan Serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Rosdi Abdullah. “Sepanjang berada di Tanah Suci beliau tidak mempunyai program lain selain mengerjakan ibadah umrah semata-mata,” kata Annual Bakhridi majlis meraikan Nik Aziz sempena akikah cucunya ke-51 di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, hari ini. Annual Bakhri berkata cucu yang belum dinamakan itu hasil perkongsian hidup anak kesembilan Nik Aziz, Nik Amalina dengan Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan.

[Kami mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, semoga dengan ini ia akan menyemarakkan lagi perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Salam perjuangan dari kami di Pahang Daily Online].

Read more »

Eksklusif: Kontroversi Perihal Isu Penyelewengan Tanah TOL Di Indera Mahkota, Kerajaan Negeri Dirayu Tangguh Serta Batalkan Segera Projek Itu

KUANTAN [pahangdaily] - Majlis Perbandaran Kuantan, Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan dan Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang digesa segera menyelesaikan isu penyelewengan tanah yang berlaku di Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini. Isu ini telah beberapa kali didedahkan oleh kami sebelum ini. Namun tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati pihak terbabit masih lagi menjalankan operasi pembinaan sebuah premis restoran di kawasan terbabit. Tapak yang dimaksudkan ialah terletak di belakang kedai 7elevan dan pasaraya Tunas Manja. Penduduk setempat juga sudah beberapa kali membawa perkara ini kepada pihak atasan termasuk Pegawai Daerah Kuantan sendiri untuk menyelesaikannya, namun hingga setakat ini nampaknya masih belum ada tindakan sewajarnya untuk menghentikan projek terbabit demi kepentingan penduduk setempat. Bahkan wakil rakyat kawasan terbabit YB Pang Tsu Ming (ADUN Semambu) dari BN (MCA) sendiri pernah membawa isu ini untuk diselesaikan oleh pihak berkenaan. Namun ternyata ia terus berlarutan sehingga ke hari ini. Maka itu siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela nasib penduduk setempat. Mahu diharapkan kepada YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dari Parti Keadilan Rakyat maka sudah pasti mereka akan menganggap kes ini bukan isu politik dan tidak harus dilayan. Justeru itu kepada siapa lagi harus dijadikan tempat untuk mengadu agaknya?. Banyak kesalahan dan penyelewengan yang telah dikenalpasti terhadap projek ini, antaranya :-

Bina Bangunan Kekal Di Atas Tanah TOL

Adalah difahamkan pembinaan projek berkenaan jelas sekali melanggar syarat nyata tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara) yang diperolehi secara "penipuan" oleh pemaju tanah terbabit. Tidak masuk akal langsung bangunan kekal didirikan ditanah TOL tanpa ada tindakan dan sekatan oleh pihak berkuasa. Walhal ia jelas sekali melanggar Akta Kanun Tanah Negara (KTN) Sek 125 KTN atas kesalahan melanggar syarat penggunaan tanah bahkan secara terang-terangan dan wajar dihukum mengikut Sek 129 (5) (b) KTN akta tanah terbabit sebenarnya.


Hampir siap, Inilah dia projek yang menjadi isu dan kontroversi itu.
Jelas, satu penyelewengan dan melanggar syarat nyata tanah terbabit
Kami difahamkan, pemilik tanah terbabit yang bergelar "Dato" telah mendapatkan tanah itu secara "penipuan" dengan membelakangkang pihak yang berkenaaan. Tanah itu sebenarnya adalah diserahkan oleh Pemaju Perumahan kawasan terbabit kepada jawatankuasa penduduk bagi digunakan sebagai kemudahan awam. Bahkan ia termaktub di dalam "master plan" taman perumahan itu. Susulan daripada itu pihak jawatankuasa taman dengan kerjasama surau telah memohon tanah tersebut untuk dijadikan tapak surau baru bagi kemudahan penduduk setempat. Ini memandangkan surau sementara sedia ada di kawasan itu kini telah dijadikan sebagai Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sejak beberapa tahun lalu.

Tiada Papan Tanda Maklumat Projek

Jika pun bangunan kekal mahu didirikan atas tanah itu, sudah pasti satu syarat wajib iaitu papan tanda maklumat projek berkenaan perlu disediakan. Itulah prosedur yang biasa dilihat dalam mana-mana projek pembangunan sekali pun. Namun, kenapa bagi projek ini ia dibiarkan dan tidak ada tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan). Apakah mereka semua telah "ditutup mata" dan menjadi "kaku" untuk mengarahkan projek ini dihentikan agaknya.

Pejabat Tanah Tukar Fail Permohonan

Permohona telah dibuat untuk mendapatkan tanah itu melalui Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) bagi dijadikan surau beberapa tahun yang lalu. Permohonan lengkap telah dihantar ke Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan dan hanya menunggu kelulusan pihak berkenaan sahaja. Ibarat "menanti bulan jatuh ke riba" rupa-rupanya ada permainan orang dalam yang mengarah pihak lain memohon tanah berkenaan. Dalam masa yang sama melambat-lambatkan proses permohonan yang dibuat oleh jawatankuasa surau dan taman terbabit. Akhirnya secara tiba-tiba dimaklumkan bahawa tanah itu telah diluluskan kepada "individu yang bergelar Dato" terbabit untuk dijadikan sebuah restoran bagi tujuan komersial. Difahamkan individu terbabit dengan kerjasama "proksinya" yang berkuasa hal tanah itu di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan. Lantaran itulah beliau telah memerapkan fail permohonan penduduk setempat sebaliknya menukarkannya dengan permohonan lain. Ini adalah tidak adil, tambahan pula individu terbabit dipercayai telah menipu MUIP dengan mengatakan permohonannya tanah itu disokong oleh jawatankuasa surau taman berkenaan, bagi dijadikan kemudahan untuk penduduk setempat.

Tipu Tanda Tangan Sokongan Permohonan

Malah beliau juga tidak mendapatkan "tandatangan" pengerusi jawatankuasa penduduk taman itu, sebaliknya menggunakan sokongan pengerusi taman bersebelahan. Ini adalah tidak logik dan masuk dek akal langsung. Maklumat diterima kerana proksinya yang bertugas sebagai Settlement Officer (SO) di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan juga adalah jawatankuasa taman berkenaan. Difahamkan pengerusi taman berkenaan juga telah dipaksa menandatangani surat sokongan palsu dan dia sendiri tidak tahu menahu perkara yang sebenarnya berlaku. Tindakan ini adalah jelas satu penipuan dan penyelewengan yang nyata. Bukan sahaja tanah terbabit dirampas daripada kegunaan penduduk setempat untuk pembinaan surau kawasan itu, malah mereka dengan berani menipu kononnya mendapat sokongan jawatankuasa surau dan taman terbabit. Walhal perkara ini "tidak dihalalkan" oleh semua ahli jawatan kuasa surau dan penduduk (KRT) taman itu sebenarnya. Tindakan ini jelas mencabuli hak dan ternyata zalim sama sekali. Bahkan individu terbabit juga pernah memberi amaran berupa ugutan akan membuat tindakan sekiranya ada dikalangan penduduk setempat atau ahli jawatankuasa surau dan taman perumahan itu yang menganggu projek berkenaan.
"Menteri Besar Pahang, Exco-Exco, Pegawai Daerah, Pengarah PTG, Yang Di Pertua MPK dan seluruh Warga Kuantan dijemput hadir beramai-ramai dan membuat lawatan tapak ke projek berkenaan untuk melihat sendiri bukti-bukti kukuh tentang isu kontroversi ini"

* Untuk maklumat, gara-gara isu ini akhirnya surau terpaksa didirikan di kawasan lain atas padang permainan. Ini menyusahkan anak-anak untuk bermain bola dan sebagainya. Namun begitu, tapak terbabit masih diperlukan untuk dijadikan balairaya, dewan orang ramai atau kemudahan lain sebenarnya.
[Susulan daripada itu, pihak kami amatlah berharap agar Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini dan mengarahkan projek itu dihentikan serta merta. Satu siasatan yang rapi terhadap bukti-bukti penyelewengan dan rasuah berkenaan projek ini haruslah dilakukan segera. Bahkan, hak asal tanah itu yang sepatutnya diberikan kepada jawatankuasa surau dan penduduk setempat perlu dilakukan segera. Tidak ada unsur dengki mendengki dalam kes ini, ianya jelas sekali satu pencabulan atas dasar kepentingan peribadi pihak berkenaan. Kami juga mendapati kerja-kerja pembinaan premis berkenaan sudah 80% disiapkan biarpun ia jelas tidak mematuhi syarat nyata tanah terbabit. Satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat ini jika projek itu diteruskan tanpa menghiraukan bantahan penduduk setempat selepas ini. Kami juga hairan dengan pihak Majlis Perbandaran Kuantan sendiri yang begitu tegas dan sanggup merobohkan rumah kediaman penduduk yang membuat penyambungan premis kediaman mereka tanpa kelulusan yang sah. Namun dalam kes ini mereka seolah-olah menutup sebelah mata dan takut untuk mengambil tindakan . Ingatlah amanat PM "Rakyat Perlu Didahulukan"].

Read more »

Kemalangan Maut Bas Ekspress Di Rawang, JPJ Disyorkan Lebih Tegas Menjalankan Operasi Dan Jangan Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam Sahaja

Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan undang-undang di negara kita?. Nampaknya benar telahan ramai pihak bahawa, pemantauan hanya dibuat hangat-hangat tahi ayam selepas sesuatu kemalangan maut berlaku. Kemalangan maut yang melibatkan enam terbunuh melibatkan sebuah bas dua tingkat di Kilometer 443, Lebuhraya PLUS dekat Rawang semalam menjadi bukti apabila pihak siasatan pihak polis mendapati pemandu pertama dan kedua syarikat bas terbabit mempunyai warang tangkap dan banyak saman. Soalnya sekarang, mana perginya tugas-tugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan sendiri dalam hal ini. Setiap kali kemalangan yang sama berlaku "irama" itu akan dimainkan. Selepas itu senyap menyepi tanpa sebarang tindakan. Kerja bermusim untuk membuat pemantauan, walhal jika mereka serius perkara ini tidak wajar berlaku sebenarnya. Nyawa penumpang terkorban dan ia sungguh mengecewakan. Kenapa pihak terbabit tidak membuat pemantauan terhadap syarikat-syarikat bas yang mengambil pemandu yang bermasalah bertugas dengan mereka?. Syarikat bas juga perlu peka akan hal ini, pengambilan pemandu haruslah dirujuk kepada pihak JPJ sama ada individu terbabit mempunyai waran tangkap atau tindakan saman. Ini bagi mengetahui sikap sebenar pemandu itu. Jika mereka punyai banyak kesalahan jalanraya maka syarikat bas tidak wajar mengambil individu terbabit bekerja dengan mereka. Namun, dek kerana mengejar keuntungan semata-mata, akhirnya perkara ini terabai dan penumpang yang tidak berdosa menjadi mangsa. Nyawa melayang sia-sia, siapakh yang harus dipersalahkan sekarang. Dalam kes terbaru semalam, pemandu terbabit turut terbunuh. Kejadian itu berlaku ketika bas ekspres milik AB Express itu dalam perjalanan dari Changlun, Kedah, menghala ke ibu negara. Justeru itu adalah diharapakan pihak terbabit terutamanya JPJ jangan hanyat membuat kerja "hangat-hangat tahi ayam". dan "bermusim" kelak lebih ramai mangsa akan terkorban selepas ini.

[Paparan sebegini sudah acap kali kita dengar dan pasti benda yang smaa juga disajikan. Terkadang jemu rasa melihat tindakan yang "bermusim" dilakukan oleh pihak berkuasa di Malaysia ini. Bila dah berlaku baru nak heboh sana-sini, kemudian timbul pula cerita sebaliknya. Apakah begini yang dikatakan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti. Harapan Cucu agar agensi terbabit melakukan perubahan selaras dengan hasrat kerajaan baru pimpinan Najib Razak ini. Jika senario yang sama terus berlaku, maka rakyat akan terus hilang keyakinan terhadap agensi-agensi terbabit].

Read more »

Eksklusif: Kontroversi, Kerabat DiRaja Dan Tokoh Korporat Malaysia Terlibat Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak Terbesar Iaitu Carlsberg !

[pahangdaily] Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan keraba di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad). Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini. Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga "Tauke Kilang Arak". Sebagai bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini untuk laporan eksklusif oleh Reuter.


Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
(kiri) dan
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

[Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru yang dipetik dari blog ini . Sebelum ini memang kita sudah mendengar berita ini, namun tiada bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkan penglibatan orang Melayu Islam dalam syarikat arak terbabit. Dengan bukti kukuh ini bermakna, punahlah sudah nama "Islam Hadhari" yang dilaung-laungkan selama ini. Justeru itulah kita tidak hairan kenapa ramai remaja Melayu yang rosak dan punah akhlaknya bila mereka dibiarkan berpeleseran di pub-pub, disko-disko, bar & bistro, lounge dan pusat-pusat hiburan yang tubuh bagaikan cendawan di seluruh negara. Semua ini menyajikan "air syaitan" itu sebagai minuman "ruji" mereka. Soalnya sekarang, jika kerajaan bertegas mengatakan Malaysia ini adalah negara Islam, kenapakah gejala seperti ini gagal dibenteras oleh pihak berkuasa?. Kenapa ada kompromi bila umat Islam dibiarkan rosak Iman dan Akidah mereka? Apakah ini namanya Islam Hadhari yang dilaung-laungkan selama ini?. Bangunlah wahai pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional?. Ingatlah, kamu akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. Apakah ini namanya Khalifah di bumi Malaysia yang tercinta ini. Buat rakyat Negeri Sembilan, mujurlah pemilihan yang dibuat untuk melantik Yang DiPertuan Besar memihak kepada Tuanku Mukhriz, jika tidak apa akan jadi agaknya].

Read more »

Eksklusif: Rakyat Pahang Akan Menyaksikan Satu Pertembungan Dua Pemimpin Besar Negara Iaitu Najib Razak Dan Anwar Ibrahim Pada 18 April Ini

KUANTAN [pahangdaily] - Ini berita yang baru kami terima, jika tidak ada aral melintang rakyat Pahang bakal menyaksikan satu pertembungan dua pemimpin utama negara berlainan ideologi yang akan mengadakan program mereka pada hari Sabtu, 18 April 2009 ini. Kami difahamkan Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan satu majlis sambutan besar-besaran atas perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada hari itu. Sambutan itu bagi menghargai Najib selaku anak jati Pahang yang berjaya mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 selepas 33 tahun. Justeru itu kerajaan negeri dijangkan mengadakan sambutan gilang-gemilang bagi meraikan kepulangan Najib ke bumi Pahang ini. Rakyat Pahang dijangka akan hadir beramai-ramai untuk beramah mesra dengan Najib dalam program-program yang diadakan di Kuantan dan Pekan Pahang itu. Manakala itu, satu lagi program pada tarikh yang sama melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang bagi merasmikan Pejabat PKR Negeri yang baru di Kuantan. Menurut sumber, satu jamuan "Hi-Tea" akan diadakan bermula jam 5 hingga 7 petang, manakala disebelah malamnya Anwar dijangka mengadakan satu Ceramah Perdana di Pejabat PKR Negeri Pahang dekat sini. Orang ramai adalah dijemput hadir.

[Senario ini amat menarik buat rakyat Pahang sebenarnya. Justeru itu diharap orang ramai dapat hadir beramai-ramai untuk memeriahkan kedua-dua program yang bakal diadakan pada 18 April ini. Semoga dengan ini, akan membuka minda rakyat untuk menilau sejauh mana kesungguhan kedua-dua pemimpin utama negara itu melakukan perubahan. Bagi mereka yang ingin menghadirkan diri ke ceramah perdana Anwar di Pejabat PKR Negeri yang baru, lokasi pejabat terbabit ialah jalan menghala ke Beserah dari arah bandar Kuantan, berhadapan dengan Klinik Kesihatan Beserah dan Petronas di sebelah kanan. Krew-krew kami akan berada dalam kedua-dua majlis berkenaan nanti untuk memberi gambaran sebenar sokongan rakyat kepada kedua-dua pemimpin itu].

Read more »

Cucu Selamat Tiba Dari Menziarahi Jenazah Bapa Saudara Di Felda Sungai Tekam Getah Jerantut !!

Cucu dan keluarga selamat tiba dari Temerloh jam 8.30 malam tadi, (rumah adik di Sg.Gau) selepas menziarahi majlis pengebumian "bapa saudara" Cucu yang telah pulang ke rahmatullah sebelum itu di Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut. Jenazah arwah Abd Aziz Md.Yunus, bapa saudara Cucu yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Mentakab itu telah tiba dari Pulau Langkawi kira-kira jam 11.30 malam tadi. Jenazahnya dibawa balik ke Pahang dengan menggunakan kenderaan jenazah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Arwah meninggal di Pulau Langkawi ketika sedang menjalani kursus pengurusan koperasi di sana. Cucu difahamkan arwah merupakan "Ayahanda" @ "Aki" bagi pertubuhan Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS). Menurut laporan, WAPS kini sudah bergerak aktif di Pahang dan bakal menjadi satu wadah perjuangan anak-anak Pahang di negara ini. Mereka yang menganggotai pertubuhan itu mestila anak Pahang atau 3 generasi sebelumnya adalah orang Pahang. Setakat ini Cucu difahamkan sudah lebih 3,000 ahli berdaftar dengan pertubuhan itu. Cucu dapat melihat sendiri begitu ramai pemimpin dan ahli-ahli WAPS yang datang dari seluruh negeri Pahang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat berkat dariNya.


Balu Allahyarham, dan anak-anak yang kehilangan bapanya

Ahli-ahli Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS) datang dari seluruh
Pahang untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah

[Salam buat ahli-ahli Warisan Anak Pahang Sejati yang telah bersama menziarahi jenazah bapa saudara Cucu semalam. Cucu juga merasa amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan saudara mara yang datang dari seluruh Pahang termasuk dari keturunan Mat Kilau Pulau Tawar Jerantut. Terima kasih kepada Sepupu-sepupu seperti Zaham, Abang Atang, Kak Nor, Lela, Azlan dan ibu saudara Mak Long Zaharah. Juga buat saudara seperti Abg Tajol, Uli dan Mat Ulam dari Kuantan, Husni dari Trolak, Along dan Rojelin sekeluarga dari Ampang, Kak Na sekluarga dari Temerloh, Ujang sekeluarga dari Taman Impianku, Kuantan. Juga buat Mok Da dari Jengka 12, Cikgu Latiff dari SMKJ2, saudara mara dari Kota Gelanggi, PPPTR, Jerantut, Temerloh, Maran dan Jengka yang turut hadir menziarahi arwah. Buat keluarga arwah iaitu Mak Tam serta anak-anak semoga tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa ini].

Read more »

Bengkel Asas Blogger Siri I Di Kuantan, Pahang

KUANTAN - Pada 22 Mac 2009 yang lalu, Cucu telah mengadakan satu "Bengkel Asas Blogger" siri yang pertama bertempat di Tingkat 1, Restoran Rahmat, Indera Mahkota. Bengkel selama sehari itu telah dibuka kepada 10 peserta perintis sahaja. Bengkel telah dijalankan secara teori dan praktikal bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Memandang peserta yang hadir agak keliru dengan lokasi bengkel berkenaan, maka ramai yang sepatutnya hadir tidak dapat melaporkan diri tepat pada masanya. Malah bengkel terpaksa dilanjutkan hingga ke pukul 10.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang akibat kelewatan perserta. Cucu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk Abang Aji, Yaakub, Cikgu Aida, Ustaz Moktar Senik dan juga beberapa orang lagi yang datang dari Muar, Johor. Alhamdullillah, semua peserta berjaya menamatkan bengkel dengan tenang dan bersemangat. Cuma Ustaz Mokhtar sahaja yang terpaksa mengundur diri akibat terpaksa menghadiri program ceramah dan tazkirah beliau petang itu. Banyak perkara yang disentuh dalam bengkel itu antyaranya pendedahan tentang blog dan sejarah blog itu sendiri. Selain daripada itu urusan praktikal secara online telah diadakan dimana semua peserta diajar membuka blog masing-masing, membuat banner blog, upload imej, memasukkan Chat Room, Yahoo Masengger Online, Video Youtube, Link Terpilih, Marque Info, Menghilangkan Iklan Banner Blogspot, Kemaskini Blog dan banyak lagi. Semua peserta yang hadir telah berjaya membina blog masing-masing hari itu. Cucu mengambil peluang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta terbabit.


Abang Aji, dan beberapa peserta sedang kusyuk mendengar taklimat

Dua orang peserta yang datang dari Muar Johor turut hadir hari itu

[Bengkel seterusnya akan diadakan pada 16 & 17 April 2009 di lokasi yang sama. Cucu sedang bersiap sedia untuk mengadakan bengkel ke seluruh negara mulai bulan Mei 2009 ini. Atas permintaan ramai, Cucu menawarkan Yuran Promosi hanya RM50 sahaja untuk setiap peserta bagi bengkel yang diadakan di Kuantan, Pahang. Manakala dilokasi lain akan ditentukan kemudian. Bagi anda yang ingin mengundang Cucu untuk mengadakan bengkel di tempat masing-masing, boleh terus menghubungi cucu di talian 019-962 5511. Penyertaan minima untuk satu-satu sessi ialah seramai 20 orang. Harap Maklum].

Read more »

Konsep One Malaysia: Kerajaan Najib Perlu Lebih Serius Melakukan Perubahan Jikalau Mahu Terus Diterima Rakyat Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 !

Senario politik negara semakin hangat ketika ini. Biarpun ia dilihat belum begitu memuncak, namun Cucu dapat melihat bahawa fenomena yang berlaku bakal memainkan peranan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Terkada Cucu rasa amat hairan dengan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dengan konsep "One Malaysia" yang diwar-warkannya. Biarpun mereka sudah mula terdesak sekarang, namun konsep itu seolah-olah menyerupai apa yang dilaung-laungkan oleh DAP dulu iaitu "Malaysian Malaysia" sebenarnya. Kenapa baru sekarang mereka tersedar dari lamunan ini?. Jika tidak kerana keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, apakah konsep itu akan diterapkan?. Atau mungkin juga ia hanya sekadar retorik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional. Benarlah kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya di Bukit Selambau baru-baru ini bahawa konsep "One Malaysia" hanya akan timbul setiap kali berlakunya pilihanraya sahaja. Selepas pilihanraya maka UMNO akan perjuangkan semula konsep "Hidup Melayu" yang sudah sebati dengan darah daging mereka selama ini. Bukan Cucu mahu pertikaikan konsep tersebut, memang kita tahu UMNO itu Melayu dan bertujuan untuk membantu orang-orang Melayu. Namun dalam masa yang sama pemimpin UMNO sendiri harus sedar bahawa di Malaysia hari ini, bukan hanya orang Melayu sahaja yang mendiaminya. Malah kita sudah ada berbagai bangsa yang perlu diberi perhatian. Justeru itu, mengamalkan sistem politik perjuangkan bangsa semata-mata sudahh todak relevan lagi dengan politik alaf baru hari ini. Jika kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mahu terus diterima rakyat Malaysia maka itulah apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak harus dilaksanakan segera.

One Malaysia, Perlis Di Anak Tirikan

Kenyataan untuk mengutamakan rakyat dalam apa jua perkara amatlah baik untuk masa depan. Bagi Cucu saf kempimpinan baru kabinet Najib jelas sekali menggambarkan niak suci dan keikhlasan hatinya untuk membuat perubahan. Namun begitu tindakan meminggirkan wakil rakyat dari Perlis dalam kabinet sudah mencarikkan konsep "One Malaysia" itu sendiri sebenarnya. Ini jelas menimbulkan kemarahan buat rakyat Perlis, biarpun ditenangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya di Alor Setar Kedah semalam. Ini jelas sekali tidak selaras dengan konsep tersebut bila salah sebuah negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional di "anak tirikan" oleh Kerajaan Pusat. Ini bukan masalah menteri terbabit akan menjaga seluruh Malaysia baka kata Muhyiddin. Amalan yang biasa kita lihat sejak Azali lagi bahawa mana-mana menteri UMNO dan BN sekali pun pasti akan memajukan kawasan mereka lebih rancak dari kawasan lain. Lantaran itulah Cucu melihat, ada kebenaran juga apa yang diucapkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Shahidan Kassim (foto) baru-baru ini. Tambahan pula salah seorang wakil rakyat dan ahli parlimen di Perlis adalah adik beliau sendiri, Ismail Kassim. Maka bertambah-tambah terluka hati dan perasaan Shahidan. Sudahlah beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar, kini Perlis pula dinafikan hak tersebut. Soalnya sekarang kenapa Shahidan yang bersuara dan bukan MB Isa Sabu yang membuka mulut?. Siapa yang lebih berkuasa di Perlis sebenarnya?.

One Malaysia, Calon Kalah Jadi Menteri

Berbalik kepada konsep "One Malaysia" itu tadi. Belum apa-apa Perdana Menteri sudah membuat kesilapan besar iaitu melantik orang yang kalah sebagai menteri sebaliknya orang yang menang disishkan. Ini tidak masuk akal dan jelas melanggar tradisi UMNO sebenarnya. Bila orang yang menang dipandang sebelah mata, ia bermakna individu terbabit tidak diikhtiraf sebenarnya. Apakah ini bermakna kemenangan Khairy Jamaluddin (foto) sebagai Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini tidak diikhtiraf oleh Perdana Menteri Malaysia?. Sebaliknya orang yang kalah iaitu Mukhriz Mahatir pula dilantik?. Apakan rasional dan motif Najib berbuat demikian. Walau apa jua alasan yang diberikan, ini amatlah tidak adil buat seorang "pemenang". Langkah melantik orang yang kalah dan timbalan beliau ke jawatan kabinet seolah-olah satu "penghinaan" yang nyata terhadap kempimpinan Khairy. Alasan Najib bahawa ia memberi ruang seluas-luasnya untuk Khairy memperkemaskan semula UMNO amatlah tidak wajar sama sekali. Jika Khairy dikatakan hanya layak memperkemaskan UMNO, bagaimana pula dengan Ketua Puteri UMNO dan Ketua Wanita UMNO, iaitu Sharizat dan Rosnah?. Sepatutnya mereka juga tidak dilantik. Malahan ketika kalah pilihanraya umum ke-12 lalu, Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz juga tidak dilantik semula ke jawatan menteri. Walhal beliau menang di Parlimen Kuala Kangsar ketika itu. Anehnya, bila Sharizat menang pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu baru-baru ini, kenapa beliau dipilih ke kabinet sedangkan beliau kalah di parlimen Lembah Pantai?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya.

One Malaysia, Porfolio Kabinet Tidak Telus

Konsep "One Malaysia" yang dibayangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak didapati awal-awal lagi sudah tidak telus dan menimbulkan masalah. Ini berikutan tindakan Najib yang jelas membelakangkan parti komponen ketiga terbesar dalam Barisan Nasional iaitu MIC. Malah beberapa cakap-cakap sumbang telah kedengaran bahawa memang MIC amat kecewa bila wakil mereka hanya mempunyai satu jawatan Menteri dan Dua Timbalan Menteri dalam kabinet baru Najib itu. Malah itu pun bagi portfolio yang tidak "mencabar" dan "kurang popular". Jika dulu MIC cukup sinonim dengan Kementerian Kerjaya menerusi presidennya Samy Vellu (foto). Namun kini segalanya sudah berakhir, apabila UMNO kembali mengambil alih portfolio itu menerusi Ir.Mohd Zain (kini digugurkan) selepas pilihanraya umum ke -12 lalu. Terbaru sekali lagi kementerian yang cukup popular itu diberikan kepada UMNO menerusi Shaziman Abu Mansor. Ini membuatkan pemimpin-pemimpin MIC menjadi marah dan ingin bertindak mengeluarkan wakil mereka dalam kabinet Najib itu. Bukan ini menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam BN dan bakal meruntuhkan pakatan itu sebenarnya. Apa akan berlaku jika MIC mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat selepas merasa dipinggirkan BN.

One Malaysia, Benarkan Ia Kabinet Rakyat

Pengumuman kabinet baru Najib baru-baru ini, jelas sekali bercanggah dengan aspirasi yang ingin beliau sampaikan kepada rakyat. Kabinet rakyat yang diperkatakan itu sebenarnya "jauh panggang dari api". Apa tidaknya, beliau melantik pemimpin yang ditolak oleh rakyat sebagai "menteri" iaitu Shahrizat Jalil. Bukankah rakyat di parlimen Lembah Pantai telah menolak beliau dan memberi kemenangan kepada "puteri Reformasi" Nurul Izzah Anwar dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Nurul Izzah menang dengan majoriti 2,895 undi ketika itu. Maka itu, apakah rasionalnya Najib membawa masuk kembali Shahrizat ke dalam kabinet. Adalah lebih elok Shahrizat juga sama seperti Khairy, diamanahkan untuk memperkemaskan parti UMNO itu sendiri. Jika Khairy digunakan untuk memperkemaskan pemuda, maka Shahrizat perlu memperkemaskan semula pergerakan Wanita UMNO. Namun, ini tidak berlaku, bila dia dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat.

Begitu juga dengan Tan Sri Khoo Tsu Koon (foto), mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terus dipinggirkan itu. Beliau telah ditolak rakyat ketika bertanding kerusi parlimen di negeri itu. Memang sebelum ini terdengar desas desus beliau akan ditukarkan ke pusat selepas pilihanraya umum lalu. Namun akibat kekalahannya itu, maka agenda itu terpaksa dilupakan. Namun, selepas itu beliau menang sebagai Presiden Parti Gerakan, iaitu salah sebuah komponen BN. Lantaran kekalahan dan ditolak rakyat dalam pilihanraya umum lalu, mengapakah beliau dilantik ke kabinet. Malah beliau kalah dengan majoriti 9,485 undi kepada calon yang tidak popular dari DAP (P.Ramasamy a/l Palanisamy) bagi kawasan parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang. Khoo Tsu Koon dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (perpaduan).

Sementara itu, seorang lagi pemimpin yang telah ditolak rakyat dan kalah dalam pilihanraya umum lalu dilantik ke kabinet Najib ialah, Awang Adek Hussin (foto). Beliau yang diwar-warkan bakal menjadi Menteri Besar Kelantan jika BN menang ketika itu, akhirnya tewas di DUN Perupok, Parlimen Bachok kepada calon PAS Omar Mohammd dengan majoriti undi 1,270. Maknanya beliau telah ditolak rakyat. Bahkan beliau juga telah dikeluarkan dari kabinet Pak Lah selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Soalnya sekarang, kenapa beliau kembali diambil menganggotai kabinet Najib sekarang?. Malah tindakan Najib melantik Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan jelas sekali menjatuhkan maruah wakil rakyat UMNO dan BN sebenarnya.

Bukan itu sahaja, malah pemilihan Raja Nong Chik (foto) yang hanya bertaraf Ketua UMNO Lembah Pantai sebagai Menteri Wilayah Persekutuan menunjukkan jelas sekali Najib tidak mengikhtiraf suara rakyat. Apakah kerana beliau salah seorang tokoh korporat yang amat berjasa kepada UMNO?. Lantaran itu dilantik sebagai menteri, walhal beliau berada di parlimen Lembah Pantai yang telah kalah kepada Pakatan Rakyat. Ini bermakna perlantikan Raja Nong Chik, biarpun menerusi pintu belakang (Senator) jelas sekali mencabuli konsep "Kabinet Rakyat" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Terakhir langkah melantik Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mej Jen Datuk Jamil Khir Baharom (foto) sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam juga melanggar apa yang diwar-warkan itu. Bila masa pula Jamil Khir Baharom diterima rakyat sedangkan beliau tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya sekali pun. Ini bermakna, beliau tidak layak untuk menjadi menteri kabinet "rakyat" yang diperkatakan oleh Najib sebenarnya. Tindakan Jamil Khir Baharom, menerima jawatan tersebut juga dikhuatiri akan menyebakan rakyat menolak beliau. Kejadian ini sama seperti apa yang berlaku kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Pirdaus Ismail dan pendakwah bebas Dr.Mashitah Ibrahim dulu. Pemikiran dan minda mereka mula nampak "sekular" dan "rosak" sikit demi sedikit setelah sanggup memperhambakan diri kepada UMNO dan Barisan Nasional. Inilah yang amat ditakuti oleh para peminatnya.

One Malaysia, Suara Rakyat Suara Keramat

Dengan segala apa yang didedahkan ini, maka apakah benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentuk kabinet rakyat?. Sedangkan orang yang sepatutnya diangkat disisihkan, mereka yang ditolak rakyat diberi tempat dan kedudukan. Kemarahan bukan lagi berpunca dari rakyat sekarang, malah ia juga turut melibatkan ahli-ahli UMNO dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang tidak terpilih. Bagi mereka, apalah guna menjadi wakil rakyat jika nilai mereka lebih teruk dari seorang "Senator". Mereka bertungkus lumus berjuang dan berkorban dalam parti dan menang pilihanraya tetapi individu lain yang tidak jelas pengorbanan mereka dan ditolak rakyat pula diberi keistimewaan. Disampin itu juga Najib harus benar-benar jujur memberi keutamaan kepada rakyat bukannya rakyat "UMNO dan BN" semata-mata. Jika mereka masih lagi melakukan sistem "pecah sempadan" dalam setiap kebajikan dan peruntukan yang sepatutnya diberika kepada rakyat, maka tahulah rakyat mengajar mereka dalam pilihanraya umum akan datang. Senario ini telah berlaku sejak sekian lama, apa sahaja permohonan rakyat pasti mereka akan memeriksa apakah mereka itu ahli UMNO atau tidak. Baik dari segi permohonan pinjaman kewangan, tanah, projek atau lain-lain peruntukan. semua ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO itu sendiri.

Jika Najib tidak melakukan perubahan dan masih membeza-bezakan rakyat dengan fahaman politik masing-masing yakinlah mereka akan terjerat nanti. Segala projek kerajaan dan peruntukan haruslah diagih-agihkan sama rata antara pemimpin UMNO/BN dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah menerusi pilihanraya. Begitu juga dalam perkara-perkara yang diperjuangkan rakyat seperti Mansuhkan Akta ISA, Bersihkan SPR, Perbetulkan Sistem Kehakiman, Perbaiki Polis, Hapuskan PPMSI, Beri Permit Harian Kepada Akhbar Harakah & Suara Keadilan, Hapuskan Akta Mesin Cetak Dan AUKU, Berikan Semula Peruntukan Tahunan Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Tanpa Memilih Bulu, Laksanakan Pilihanraya Yang Adil Dan Telus, Berikan Kebebesan Media Dan Hak Untuk Berhimpun, Patuhi Segala Amalan Demokrasi Yang Sudah Termaktub Dalam Perlembagaan dan banyak lagi. Jika ini berjaya dilakukan maka rakyat akan kembali menyokong Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Namun jika "One Malaysia" itu masih mengekal corak pemerintahan yang sama, tekanan yang sama, tindakan yang sama, operasi yang sama maka apalah guna "Kabinet Rakyat" itu?.

[Ini bermakna, Kerajaan Najib perlu lebih serius melakukan perubahan jika mahu UMNO dan Barisan Nasional terus diterima rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Ingatlah, bahawa lebih dua juta pengundi baru adalah terdiri dari golongan muda yang sudah pastinya 90% menyokong Pakatan Rakyat. Jika tersilap langkah, maka sah apa yang diperkatakan oleh "Teori Rahman" bahawa "N" itu untuk "Najib" yang bakal menjadi Perdana Menteri terakhir dalam kabinet Barisan Nasional kelak. Sesungguhnya takdir penentu segalanya. Cucu tetap seperti biasa akan terus memantau perjalanan politik tanahair biar siapa pun yang bakal memerintah kelak. Bagi Cucu, sudah tiba masanya untuk rakyat membuat perubahan dan impaknya pasti akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia].

Read more »