Kekuatan politik dan kebangkitan Pakatan Rakyat yang mencetuskan gelombang "Tsunami" dalam pilihanraya umum ke-13 telah memberi tamparan hebat kepada kerajaan UMNO dan BN. Maka itulah, dalam menuju ke arah pilihanraya ke-13 tidak lama lagi mereka terpaksa mencari jalan yang sesuai untuk menafikan hak rakyat untuk memilih parti lawan sebagai kerajaan baru. Sudah lebih 50 tahun mereka merosakkan minda dan fikiran rakyat, kini rakyat semakin hari semakin keliru dengan apa yang berlaku di depan mata mereka. Hukuman yang dibuat oleh mereka amatlah dasyat sekali sehingga menghalalkan apa jua tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Malah mereka juga sewenang-wenangnya mempersetankan semua prinsip yang sepatutnya
Monday, June 29, 2009
Kerajaan UMNO BN Semakin Bercelaru Kini !!
Kekuatan politik dan kebangkitan Pakatan Rakyat yang mencetuskan gelombang "Tsunami" dalam pilihanraya umum ke-13 telah memberi tamparan hebat kepada kerajaan UMNO dan BN. Maka itulah, dalam menuju ke arah pilihanraya ke-13 tidak lama lagi mereka terpaksa mencari jalan yang sesuai untuk menafikan hak rakyat untuk memilih parti lawan sebagai kerajaan baru. Sudah lebih 50 tahun mereka merosakkan minda dan fikiran rakyat, kini rakyat semakin hari semakin keliru dengan apa yang berlaku di depan mata mereka. Hukuman yang dibuat oleh mereka amatlah dasyat sekali sehingga menghalalkan apa jua tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Malah mereka juga sewenang-wenangnya mempersetankan semua prinsip yang sepatutnya
Friday, June 19, 2009
Anwar Kemuka 98 Hujah Kesnya Perlu Ditolak !
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat. Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu. Anwar mengemukakan hujah-hujah itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira-kira dua minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai. Dalam mengemukakan 98 hujah itu, Anwar menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas empat sebab utama ialah Pertuduhan itu adalah konspirasi politik, Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan, Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Peguam Anwar Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat. Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu. Dalam affidavit itu, Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terkini kerana menganggap Anwar sebagai ancaman utama kepada beliau.
“Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib,” kata Anwar dalam affidavit itu. Anwar juga mengingatkan bahawa Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi “akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya.” “Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib,” tegas Anwar. “Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya,” tambah Anwar. Anwar juga berkata kes liwat terhadapnya kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadapnya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam. “Gani Patail dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya” pada tahun 1988 kata Anwar dalam afidavit itu. Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Nor. “Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan,’ kata Anwar. “Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya,” kata Anwar. Anwar berkata tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998. “Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain,” kata Anwar dalam afadivitnya itu.
Dalam kes rasuahnya, Anwar berkata sampel darahnya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk “satu penipuan yang nyata.” Dalam kes liwat, Anwar berkata pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizah Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah. Pembohonan oleh Azizah akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menerima rayuan Anwar dan membebaskan dari penjara pada tahun September 2004. Anwar menguatkan hujahnya lagi dengan merujuk kepada cubaan Peguam Negara Gani Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees. Beliau berkata afadivitnya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadapnya adalah pendakwaan terhadap saya dalam kes terkini” berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.
Tuesday, June 16, 2009
Senario Politik Tanahair Semakin Mendebarkan
Agak lama juga Cucu tidak mengemaskini blog ini. Ribuan ampun dan kemaafan dipinta kerana buat masa ini agak sibuk dengan berbagai urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimana pun Cucu masih terus mengikuti perkembangan politik tanahair yang dilihat semakin menarik mutakhir ini. Sebelum itu Cucu memohon maaf kepada rakan-rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Kongres Khas parti itu di Bangi baru-baru ini. Ramai rakan-rakan yang mencari kelibat Cucu di sana, antaranya ialah Zul Penang, Nizam Hamid dan lain-lain lagi. Apapun Cucu masih terus mengikuti perjalanan kongres secara online. Kehilangan Cucu yang agak lama bukanlah bererti blog ini akan terus berkubur begitu sahaja. Mana mungkin selepas lebih 10 tahun menjadi blogger tiba-tiba Cucu mengundur diri. Apapun, Insya Allah Cucu akan terus kembali dengan tulisan dan artikel panas seperti diawal pembabitan Cucu dengan dunia blogging ini dulu. Banyak insiden yang tidak diingin berlaku dan telah mendapat perhatian Cucu. Antaranya ialah kes perbicaraan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan bermula pada 1 Julai 2009 ini. Selain daripada itu isu Kerajaan Perpaduan dan kes penggantungan MB Perak yang sah Datuk Seri Ir.Nizar Jamaluddin dan enam yang lain turut menarik perhatian sebenarnya. Semua ini adalah rentetan daripada sikap terlalu takutnya institusi parlimen di Malaysia dalam membicarakan masalah kekalutan politik dalam sebuah negeri dalam negara itu sendiri. Kenyataan Speaker Dewan Rakyat bahawa isu itu tidak relevan adalah karut sama sekali. Terbukti jelas bahawa Pandikar Amin Tak Mulia telah mendapat SMS daripada pihak tertentu agar menolak usul tersebut untuk dibahaskan. Inilah yang menjadi masalah kepada demokrasi di Malaysia sebenarnya.Bila Speaker DUN Perak bertindak menggantung ADUN BN mereka dikatakan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang. Tapi bila wakil rakyat pembangkang digantung semuanya boleh belaka. Rosak amalan undang-undang di Malaysia. Sebab itulah Cucu melihat pandangan yang paling bernas diterima pada masa ini ialah daripada profesor undang-undang Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau secara jelas mengupas kemelut politik yang berlaku di Perak dan bersikap neutral dalam setiap komen yang diberikan. Namun, segalanya itu ditolak bulat-bulat oleh kerajaan, kerana mereka tetap mempertahankan kononnya BN berada di pihak yang benar. Walhal, satu dunia tahu yang kerajaan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh BN secara kekerasan dan penipuan. Itu pun mereka masih mahu menegakkan benang yang basah lagi. Akhirnya kini kerajaan Perak yang ada terus berada diawang-awangan dan tidak dapat berfungsi dengan baik biarpun Zambry Kadir cuba untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat itu. Apa yang rakyat mahukan ialah kembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan manakah yang mereka mahu. Tindakan BN menggunakan mahkamah dan istana sebagai jalan terakhir mereka, jelas sekali menggambarkan ketakutan yang teramat sangat kepada suara rakyat itu sendiri. Malah, jika pun rakyat diberikan hak untuk memilih dan DUN dibubarkan belum tentu Pakatan Rakyat boleh menang kerana sudah pasti mereka boleh menggunakan berbagai strategi untuk menang. Namun, akibat takut kepada bayang-bayang sendiri akhirnya semua itu dinafikan. Dan kini, terwujudlah kerajaan haram yang memerintah negeri Perak Darul Ridzuan sebenarnya. Kasihan benar melihat rakyat Perak yang terpaksa melihat segala "kebiadapan" ini, tanpa boleh berbuat apa-apa lagi sekarang ini. Segala pintu seolah-olah sudah hampir tertutup, maka terpaksalah rakyat negeri itu "menanggung biawak hidup" sehingga pilihanraya umum akan datang. Inilah dia dikatakan suratan takdir!





