SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Edisi Pilihanraya: Hulu Selangor, BN Pasti Bakal Berhadapan Dengan Masalah Besar Jika PM Najib Razak Tersilap Membuat Percaturan Pada Kali Ini

Sumber: Pahang Daily Online

UMNO Barisan Nasional bakal berhadapan dengan situasi yang amat meruncingkan menjelangnya pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Ini berikutan terdapat ura-ura yang kuat mengatakan UMNO mahu merampas kerusi parlimen itu daripada MIC. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang jelas menjurus ke arah itu. Antara lain, Najib mahu calon yang dipilih diterima oleh penduduk setempat atas gagasan "rakyat didahulukan". Makanya, memikirkan bahawa calon MIC terdahulu iaitu G.Palanivel (foto), telah tewas kepada bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka UMNO kononnya mempunyai hak untuk bertanding di situ. Tambahan pula majoriti pengundi melayu disitu ialah 51% sedangkan pengundi kaum India hanyalah 19% sahaja. Maknanya, kawasan parlimen itu dimonopoli oleh pengundi Melayu dan seharusnya UMNO diberikan peluang untuk bertanding pada kali ini. Soalnya sekarang, apakah Presiden MIC, Si Samy Vellu akan berdiam diri dengan senario yang bakal berlaku ini agaknya. Malah, Samy punyai alasan tersendiri untuk mengekalkan calon MIC di situ, atas alasan G.Palanivel hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi sahaja. Ini bermakna, jika usaha diperhebatkan maka peluang untuk BN menang pasti amat cerah.

Segala keputusan kini ditangan PM Najib Razak. Beliau yang layak menentukan siapakah yang bakal menjadi calon yang paling sesuai di situ. Jika menggunakan konsep "rakyat didahulukan" maka sudah pasti UMNO yang lebih layak. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa beliau kini diterima oleh rakyat biarpun terlibat dengan berbagai skandal sebelum ini. Paling menarik di sini, siapakah yang akan menjadi calon BN dari UMNO jika hak itu dipertahankan. Terdapat desas desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kini sedang mengintai untuk bertanding di situ. Apakah Samy Vellu dan MIC akan berdiam diri jika kerusi mereka itu dirampas oleh UMNO?. Sudah pasti sesuatu yang lebih menarik akan terjadi. Kemungkinan besar jika senario ini tidak berubah, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menang dengan majoriti yang lebih besar. Ini kerana, sudah pasti BN akan menerima tamparan undi protes daripada masyarakat kaum India jika calon MIC dibuang dari bertanding di situ. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu calon BN ini. Sesuatu harus diingat, masalah besar buat Pakatan Rakyat jika MIC terus dikekalkan kerana majoriti yang dimilik PKR hanya 198. Apapun boleh terjadi dengan jumlah undi sebanyak itu. Namun, harus diingat juga bahawa ramai pemimpin dan ahli UMNO pasti kecewa jika pucuk pimpinan gagal melantik calon UMNO bertanding di situ. Ini kerana pengundi Melayu adalah majoriti di parlimen itu. Kemungkinan besar mereka juga akan membuat undi protes jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh PM Najib Razak pada kali ini.

[Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor itu. Tambahan pula, rakyat terutamanya masyarakat di desa dan pendalaman telah mula menikmati berbagai faedah dan kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Selama ini, tatkala pilihanraya kecil diadakan di negeri-negeri lain, segala maklumat itu hanya diwar-warkan sahaja oleh pemimpin Pakatan Rakyat dari Selangor. Kini, pilihanraya kecil berada di negeri mereka, maka itu ianya lebih menarik untuk diperkatakan. Tambahan pula rakyat kini sudah mula percaya dan yakin kepada kewibawaan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka, itu BN dilihat agak sukar untuk memesongkan minda pengundi di situ biarpun media arus perdana sekali lagi bakal digunakan sewenangnya untuk menjadi sejata ampuh UMNo BN nanti].

Read more »

Edisi Pahang: Ceramah PAS Malam Ini Terpaksa Di Pindahkan Ke Markas Darul Hisab, Sg.Isap !!

Sumber: Pahang Daily Online

KUANTAN, 12 Mac
[10.40 am] - Ceramah Umum PAS yang dijadualkan akan diadakan di Pasti As-Sa'adah, Kg.Razali dipindahkan ke Markas PAS Darul Hisab, Perkampungan Sg.Isap (Sebelah pasaraya Tunas Manja) jam 9.00 malam ini. Perpindahan ini terpaksa dilakukan selepas perbincangan dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusof pagi tadi. Dalam perbincangan itu, PAS diwakili oleh Ustaz Rosli Jabar, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan (foto) dan Ustaz Fadli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan manakalah UMNO BN hanya diwakili oleh Saudara Azmi, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sg.Belat. Semalam, Ustaz Rosli telah diarahkan oleh pihak polis agar hadir ke IPD Kuantan untuk berbincang berhubung dengan pertembungan dua ceramah di lokasi yang sama iaitu Kg.Razali. Menurut Jasmani, ceramah UMNO yang akan menampilkan bekas pemimpin Keadilan Lokman Noor Adam dan Ruslan Kassim itu telah terlebih dahulu mendapat permit polis, sementara PAS pula mengadakan ceramah di dalam premis persendirian yang tidak memerlukan permit. Namun, atas faktor keselamatan dan bagi menggelakkan tiba ketegangan yang pastinya akan berlaku kerana kedua-dua ceramah di lokasi yang sama dengan jarak yang terlalu dekat maka salah satu pihak mesti beralah. Justeru itulah PAS terpaksa mengambil langkah bijak dengan memindahkan lokasi ceramah PAS ke tempat lain.

UMNO Tipu Rakyat Guna Logo PKR Pada Poster

Dalam pada itu Ustaz Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. "Saya agak terkilan kerana YB Sahfik tidak hadir dalam pertemuan pagi ini dan hanya menghantar wakil seorang Ketua Pemuda Cawangan untuk perbincangan tersebut. Sebelum ini saya difahamkan UMNO akan diwakili oleh beliau, malahan ceramah itu juga akan dibuat di kediaman beliau sebenarnya" katanya. "UMNO sebenarnya tertekan kerana gusar rakyat tidak hadir seperti yang dijangkakan dalam program mereka. Ini terbukti ketika mereka mengadakan program Juara Rakyat sebelum ini. Malah, tindakan menggunakan logo PKR dan memperbesarkan saiz tulisan lokasi ceramah iaitu sebelah Pasti As-Sa'adah itu pun menunjukkan mereka cuba untuk menipu rakyat sebenarnya" tambah beliau lagi. Perbuatan keji dan bacul UMNO inilah yang menyebabkan PAS terpaksa mengadakan ceramah di lokasi yang terbabit (Pasti As-Sa'adah) bagi mengelakkan rakyat dikelirukan sebenarnya.


Bukti, Tiada logo UMNO tapi logo Parti Keadilan Rakyat yang dipaparkan

Bukti, lokasi Pasti As-Sa'adah diperbesarkan untuk kelirukan rakyat

Apapun, rakyat dijemput hadir beramai-ramai ke Markas PAS Darul Hisab di Sg.Isap jam 9.00 malam ini. Ceramah malam ini dijangkan panas kerana sahabat karib Lokman Noor Adam yang mempertahankan beliau ketika dipecat dari Parti Keadilan Nasional dulu iaitu Blogger Cucumatkilau akan turut berceramah dan mendedahkan beberapa rahsia siapakah Lokman sebenarnya. Malah, Cucumatkilau juga turut menyimpan kenangan pahit ketika bersama Ruslan Kassim dulu. Ini bermakna, kedua-dua pemimpin PKR yang hadir itu amat mengenali Cucumatkilau dan terkejut apabila terdapat hebahan di media alternatif yang beliau akam membongkarkan rahsia kedua-dua bekas pemimpin Keadilan itu sendiri.

[Kami agak hairan dengan sikap tidak bertanggungjawab UMNO yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam poster ceramah mereka semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Bukankah Lokman dan Ruslan kini sudah menyertai UMNO, maka kenapa takut menggunakan logo UMNO?. Apakah kerana mereka takut rakyat tidak hadir mendengar ceramah mereka seperti kebiasaannya. Ternyata, pertembungan yang tidak disangka ini telah menyebabkan UMNO bagai cacing kepanasan. Mereka tahu, rakyat akan menolak setiap hujah yang sampaikan oleh kedua-dua pengkhianat itu sebenarnya. Ceramah PAS malam ini turut akan diserta oleh Ustaz Rosli Jabar sendiri dan Exco Pemuda PAS Selangor iaitu Saudara Sany Hamzan (foto). Perjuangan bagi menegakkan Islam dan Keadilan adalah satu tanggungjawab kepada seluruh umat Islam sebagai Khalifah di atas muka bumi Allah ini].

Read more »

Cucu Berceramah Di Kg.Razali Kuantan 12 Mac Ini

Ada dua berita penting untuk Cucu perkatakan kali ini, pertamanya tindakan pihak polis menangkap Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) dan Exco PAS Pusat baru-baru ini jelas sekali merupakan satu pencabulan terhadap undang-undang itu sendiri. Mazlan yang merupakan rakan seperjuangan Cucu ketika kami sama-sama bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Mazlan menjadi calon PAS bagi kerusi Parlimen Bera dan Cucu calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan dalam kawasan Bera itu sendiri. Gerak kerja dan tindakan yang dilakukan oleh Mazlan amatlah teratur dan terancang. Justeru itulah, beliau kini amat digeruni oleh pemimpin tertinggi Felda termasuk Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Sebelum ini buku panasnya "Felda Dulu Tolong, Sekarang Along.." telah disaman oleh pihak Felda. Malah Mazlan sendiri dilarang mengadakan sebarang program di kawasan Felda. Namun, atas keberanian dan kecekalannya, beliau terus membuat roadshow bagi menerangkan isu-isu Felda kepada masyarakat peneroka dan generasi kedua. Kekuatan Mazlan adalan semangat juangnya yang cukup tinggi. Maka itu, Cucu amat kecewa bila mendapat maklumat beliau ditangkap oleh pihak polis di Raub semalam. Malahan, tindakan pihak pengurusan Felda menganggu majlis yang diadakan didalam rumah juga amatlah keterlaluan. Mazlan bukannya mengajar ajaran sesat, tetapi menyatakan kebenaran. Maka itu, kenapa pengurusan Felda harus terus menerus menjadi tali barut Felda itu sendiri. Nasib peneroka perlu dibela dan dipertahankan demi masa depan mereka.

Pada 12 Mac ini pula, Cucu telah dijemput untuk sekali lagi mengadakan ceramah di Kuantan. Kali ini Cucu akan bersama Yang Dipertua PAS Kuantan, Ustaz Rosli Jabar dan Exco Pemuda PAS Selangor. Ceramah akan diadakan di Kg.Razali, mulai jam 9.00 malam. Difahamkan pada malam tersebut juga sahabat lama Cucu, Lokman Nor Adam turut akan berceramah di pentas UMNO. Lokasi yang agak berdekatan dengan tapak ceramah yang akan Cucu sampaikan. Sesuatu yang menarik perlu diingat, Lokman adalah sahabat karib Cucu yang amat disanjungi dulu. Masih Cucu ingat, ketika beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) pada tahun 2004 dulu selepas berbalah dengan Ezam Md.Nor maka Cuculah orang yang beliau cari untuk membantu karier politiknya. Akhirnya hasil bantuan Cucu, menyebabkan Parti Keadilan Nasional Paya Besar terpaksa dibubarkan dan Cucu menarik diri dari bertanding di DUN Lepar ketika itu. Begitu juga dengan Ketua Bahagian Paya Besar, Wan Jusoh Wan Kolok yang terpaksa digantikan dengan Shaari Sungib bagi Parlimen Paya Besar menenatang Zaharah Sulaiman. Semua ini gara-gara kelicikan Lokman menggunakan Cucu untuk bernafas semula. Cuculah orang yang membawa beliau mengadap Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu. Dalam perjanjian, Lokman hanya mahu menjatuhkan Ezam kerana khianat kepada beliau dan tidak ada cerita untuk kembali kepada UMNO. Namun, Cucu ada banyak rahsia tentang sikap sebenar Lokman Nor Adam ini. Beliau menang untuk jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan lalu, kini selesa untuk berceramah dan berkokok pula dipentas UMNO. Tambah memalukan beliau juga pernah duduk sepentas dengan Ezam Md Noor, musuhnya yang amat dibenci ketika itu. Cucu menjadi orang yang bertanggungjawab untuk menaikkan semula Lokman biarpun tanpa beliau sedari. Maka itu, Lokman amat kecewa bila Cucu tidak menyertai UMNO. Kononnya Cucu menipu beliau, sedangkan UMNO tidak pernah terwujud dalam minda Cucu. Oleh itu, ikuti penjelasan Cucu seterusnya tentang Lokman Nor Adam. Baca juga beberapa buah artikel yang pernah Cucu tulis berkaitan dengan Lokman Nor Adam dulu .
  1. Lokman: Benarkah Tiada Lagi Keadilan Dalam Parti Keadilan
  2. Lokman: Perginya Wira Dari sebalik Tirai Perjuangan
  3. Lokman: Spekulasi Pembubaran KeADILan Paya Besar
  4. Lokman: Parti KeADILan Paya Besar Bakal Di Bubar
  5. Ezam: Jawab Sumpah Lokman Dulu, Sebelum Cabar Anwar

Read more »

Cucu Ke Pentas Ceramah Dan Lancar Facebook !!

Setelah lebih 10 tahun berada di alam siber, baru-baru ini Cucu telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah di atas pentas Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ceramah pertama telah diadakan di Markas PAS Taman Guru, Kuantan dan ceramah kedua di adakan di Markas PAS, Felda Keratong Dua, Rompin. Dalam ceramah di Taman Guru Cucu sempat bersama dengan YB Zaki Ibrahim, ADUN Kelaboran yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Kelantan. Antara isu yang Cucu bawa dalam ceramah tersebut ialah beberapa penipuan yang dilakukan oleh UMNO BN Pahang serta isu-isu semasa termasuk sedikit kes fitnah liwat Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, Cucu berjaya menyampaikan ceramah dengan lancar biarpun itulah kali pertama selepas pilihanraya umum ke-12. Sayugia diingatkan kali terakhir Cucu dapat berceramah ialah ketika menjadi calon PKR dalam pilihanraya umum lalu. Maka, kesempatan yang ada telah memberi satu semangat baru dalam diri Cucu untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang. Begitu juga dalam ceramah yang diadakan di Felda Keratong 2, Muadzam Shah. Banyak juga isu yang telah Cucu sentuh baik dalam negeri mahupun nasional. Terima kasih kepada sahabat seperti Wak Rabidin (PKR Cabang Rompin) dan Ustaz Fadhli (Ketua DPP PAS Kuantan) yang telah banyak memberi sokongan. Cucu juga dengan rasminya melancarkan Facebook bagi memudahkan ruang interaksi dengan sahabat-sahabat di seluruh dunia. Anda boleh temui Cucu di Facebook pada bila-bila masa mulai sekarang!


Bersemangat, Cucu berceramah di Markas PAS Taman Guru Kuantan

Read more »