SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Cucu Berjaya Membuat Laporan Polis Berkenaan Pendedahan Laporan Perubatan Dan Mencabar Saiful Bukhari Menyaman Pihak Yang Terbabit !

Tanggal 29 April sekitar jam 3.10 petang, Cucu telah membuat satu laporan polis terhadap pendedahan rekod perubatan mangsa liwat, Saiful Bukhari Azlan di IPD Kuantan. Laporan telah diterima oleh Kopral Md.Zainuddin Bin Hassan (R113177). Dalam laporan tersebut Cucu sekali lagi mahukan satu penyiasatan yang telus dan adil dilakukan terhadap pengedaran laporan perubatan Saiful yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Dalam laporan tersebut Cucu sekali lagi mahukan satu penyiasatan yang adil dan telus dilakukan terhadap pendedahan "rekod perubatan Saiful Bukhari Azlan", kerana ia jelas telah menbuatkan rakyat Malaysia seantero dunia semakin keliru dengan kes liwat yang diperkatakan ini. Malah, bukan satu laporan yang telah diedarkan tetapi dua iaitu satu dari Hospital Pusrawi dan satu lagi dari Hospital Kuala Lumpur. Bagi Cucu, pendedahan laporan ini telah mencemarkan nama baik dan maruah Saiful yang telah mengaku beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kes tersebut kini dalam prosiding mahkamah. Malah, bagi Cucu amat tidak adil untuk pihak polis menerima laporan Saiful pada 28 Jun 2008 yang mengatakan dia diliwat tanpa merujuk kepada laporan perubatan dua hospital terbabit seperti lazimnya dalam seperti ini.


Klik untuk besarkan imej laporan polis berkenaan


Dalam pada itu, Cucu turut mencabar Saiful agar membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak-pihak yang cuai dan membocorkan laporan ini sehingga menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kes yangs edang dihadapinya sekarang ini. Bagi Cucu, kiranya Saiful bermaruah dan betul berjuang untuk agama dan bangsa seperti yang dilaporkan maka beliau harus berani menyaman pihak terbabit daripada berbangga cuba untuk menyaman sebuah blog yang dikatakan melaporkan tentang "penyakit misteri" yang dialaminya dulu. Bahkan, pendedahan laporan perubatan oleh dua hospital terbabit akan mengganggu prosding kesnya malah Saiful mengaku telah berjumpa dengan doktor di Pusrawi tetapi menyebut nama doktor lain dan bukannya Dr.Mohamed Osman Abdul Hamid yang mendedahkan laporan perubatan tersebut sebelum ini. Bagi Cucu, perkara sumpah menyumpah yang dilakukan oleh Saiful dan kini menjadi "senjata" untuk puak-puak UMNO mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bersalah hanya kerana "tidak berani sumpah laknat" itu adalah perkara kedua yang perlu diberi perhatian yang sebenarnya.


Hanya akhbar China Press sahaja yang menyiarkan berita tersebut

Soal pokoknya di sini ialah, kesahihah atau penipuan "laporan perubatan" yang didedahkan oleh pihak terbbait perlulah diberi perhatian serius jika mahu melihat kes ini menjadi logik dek akal fikiran manusia yang waras. Usah kita lupakan tanggungjawab untuk kita memperbetulkan keadaan. Jika benar-benar serius untuk menghakimi kes berkenaan, maka ia perlulah dilakukan secara telus dan adil. Rakyat tidak boleh selamanya ditipu dengan satu keadaan yang amat mengelirukan. Oleh itu rakyat perlu mendesak supaya kesahihan laporan perubatan ini dapat didedahkan dengan segera. Cucu telah dihubungi oleh pegawai polis berpangkat Inspektor dari Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan kes ini telah disiasat selepas polis merampas risalah laporan perubatan HKL yang diedarkan pada bulan Mac lalu. Namun, hasil siasatan tidak dimaklumkan kepada umum dan kes ini masih mengelirukan sebenarnya. Oleh itu atas dasar kemanusian dan tanggungjawab maka Cucu akan membuat kenyataan terbuka selepas ini untuk mencabar Saiful Bukhari Azlan menyaman pihak yang mendedahkan laporan perubatannya sekiranya beliau benar-benar bermaruah dan menjadi mangsa kes ini.

Read more »

Laporan Perubatan Pusrawi Dan HKL: Si Saiful Wajar Buat Laporan Polis Dan Menyaman Pihak Yang Menfitnah Beliau Jika Benar Bermaruah !!

Biarpun kes Saiful yang dikatakan diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah ke peringkat berbicaraan di Mahkamah Tinggi. Namun, ternyata ianya masih menimbulkan berbagai persoalan dan tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang cintakan keadilan. Perbicaraan yang dijangka masuk ke fasa yang kedua tidak lama lagi, dilihat sebagai satu perbicaraan yang "sudah dapat dijangka keputusannya" oleh rakyat. Rakyat seolah-olah sudah boleh menjadi "Hakim Negara". Ini berikutan dengan rentetan perjalanan kes yang langsung tidak relevan dan penuh dengan kehilafan yang melampau atas kes berkenaan. Bayangkan, seorang tertuduh dihalang untuk mendapatkan salinan serta contoh bahan-bahan bukti, untuk tujuan pembelaan. Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes jenayah seperti ini sejak sekian lama. Malah, terbaru tindakan Mahkamah Tinggi Syariah, pula menolak permohonan tertuduh untuk mendapat pembelaan dari sudut Islam. Keadilan yang dituntut dinafikan oleh tokoh-tokoh agama kerajaan yang sepatutnya mempertahankan sistem undang-undang Islam itu sendiri. Akhirnya kini, ternyata nampak jelas pihak tertuduh seolah-olah akan menjadi "orang yang bersalah" tanpa ada asas yang kukuh dan boleh dipertikaikan.

Tindakan Mahkamah Yang Amat Memusykilkan


Perjalanan sistem kehakiman dan perbicaraan juga dilihat tidak menjurus ke arah keadilan bermula daripada perpindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dulu. Bila mana seorang yang disyaki terlibat dengan kes "konspirasi liwat I" Anwar dulu iaitu Peguam Negara, Gani Patail (foto) dilihat menandatangni surat perpindahan kes. Malah, mahkamah meneruskan keputusan perindahan kes biarpun Hakim S.Koomathy dikatakan sedang bercuti atau mungkin juga dicutikan. Maknanya hakim terbabit dihalang mendengar perbicaraan tersebut, sedangkan dalam mana-mana kes jika berlaku hakim atau peguam bercuti serta mempunyai masalah untuk mengikuti perbicaraan maka kes berkenaan akan ditangguhkan. Persoalannya kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ?. Malah, hakim yang menggantikan S.M.Koomathy juga dilihat begitu cepat membuat keputusan tanpa mengambil kira bantahan tertuduh bahawa sijil perpindahan tersebut ditandatangani oleh orang yang terlibat dengan kes pertama beliau dulu. Kenapa ini berlaku secara tergesa-gesa?. Kerana ia mungkin mendapat arahan pihak atasan yang mahu kes dipindahkan segera, jika tidak mereka gusar perbicaraan akan dijalankan secara adil dan saksama yang mana akhirnya menyebabkan tertuduh terbebas. Jika pun keadilan Islam mahu ditegakkan, kenapa kes jenayah syariah seperti ini tidak dibicarakan terus di Mahkamah Syariah. Bahkan, permohonan tertuduh untuk meminta Pendakwa Syarie Mahkamah mendakwa Saiful dibawah undang-undang Qazaf juga begitu lama untuk diproses. Wajarkah ini berlaku terhadap tertuduh yang beragama Islam?. Kenapa kes yang penting dan mendapat perhatian umum seperti ini tidak diberi keutamaan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan?. Apakah mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT, tuhan pencipta sekalian alam?.

Prosedur Pihak Polis Yang Cukup Meragukan


Dalam prosedur biasa, andainya seseorang individu itu mengaku dirogol atau diliwat oleh sesiapa maka pihak polis akan merujuk terlebih dahulu kepada Laporan Perubatan Hospital yang telah disahkan sebagai bukti kukuh. Pihak polis tidak akan hanya menerima laporan "mulut" mangsa, sebagai asas untuk mereka menangkap atau mendakwa mana-mana suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut. Jika suspek dikenali, maka pihak polis terlebih dahulu akan mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku atau tidak. Caranya ialah dengan merujuk kepada laporan doktor yang berkaitan. Maknanya sesudah disahkan memang ada kes jenayah terbabit berlaku, maka barulah operasi menjejaki suspek akan dilakukan. Suspek bukan bermakna tertuduh selagi proses perbicaraa belum dijalankan. Kenapa dalam kes-kes yang lain sebelum ini, kes tersebut ditutup setelah pihak Peguam Negara mendapati tiada asas dan bukti untuk pendakwaan, seperti apa yang berlaku dalam kes penyanyi veteran terkenal Datuk M.Daud Kilau. Beliau yang juga dituduh meliwat seorang remaja, kenapa kes ditutup begitu sahaja?


Inilah bukti laporan artikel akhbarkes yang sama tetapi prosedur yang
cukup berbeza antara M.Daud Kilau dengan Anwar Ibrahim

Dalam kes yang pernah menggemparkan negara ketika itu, Ketua Polis Daerah Sentul sendiri, iaitu Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin (foto) mengesahkan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan di mahkamah. "Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur sejak Mei 2007 termasuk menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu untuk pengesahan dan siasatan lanjut. "Kertas siasatan seterusnya mendapati tiada sebarang bukti untuk menyabitkan artis berkenaan dalam kes liwat tersebut," katanya kepada media ketika itu.Persoalannya sekarang kenapa dalam kes Anwar ini ia nampak begitu berbeza sekali. Kenapa Peguam Negara masih meneruskan perbicaraan sedangkan terdapat banyak keraguan dalam kes yang dinyatakan itu?. Apakah kerana Datuk M.Daud Kilau itu bukannya ahli dan musuh politik UMNO maka kesnya tidak dibicarakan atas alasan tidak cukup bukti. Sedangkan senarionya adalah sama, seorang remaja membuat laporan polis mengatakan dia diliwat oleh celebriti terkenal itu.

Hebatnya Cakap Mulut Dari Laporan Perubatan


Dalam kes ini jelas bermakna laporan mulut Saiful Bukhari lebih hebat dan diterima oleh pihak polis daripada Laporan Perubatan Hospital. Ini tidak berlaku kepada mana-mana "mangsa seperti ini" yang lain. Jika terkena kepada individu lain, sudah pasti kiranya laporan perubatan membuktikan mereka tidak menjadi mangsa maka tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis kerana berbohong dan menabur fitnah kepada orang lain. Tetapi ia berbeza sama sekali dengan kes Saiful Bukhari Azlan ini. Cuba lihat, Saiful membuat laporan polis selepas dia sendiri membuat pemeriksaan doktor. Bermakna, dia sepatutnya menunggu laporan perubatan itu disahkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur (HKL). Anehnya, Saiful membuat laporan polis dan polis menerima laporan dia diliwat tanpa merujuk kepada laporan perubatan yang sepatutnya dilakukan mengikut prosedur biasa. Maknanya cakap mulut Saiful lebih hebat daripada laporan perubatan itu sebenarnya. Malah, mengikut prosedur biasa pihak polis akan menghantar Saiful untuk mendapatkan pemeriksaan doktor pakar bagi membuktikan dia diliwat. Dalam kes ini, Saiful sendiri mengatakan sudah membuat pemeriksaan. Maknanya, pihak polis boleh merujuk kepada hospital yang berkenaan dan doktor terbabit untuk menghantar laporan perubatan itu. Ini bermakna, doktor dari Hospital Pusrawi dan tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) perlu menghantar laporan berkenaan kepada pihak polis untuk disahkan. Seandainya terbukti memang benar Saiful diliwat, maka barulah pihak polis boleh melakukan tindakan seterusnya termasuk menjejaki suspek (bukan tertuduh lagi). Pihak polis boleh mengarahkan pihak hospital berkenaan faxkan sahaja laporan tersebut jika diperlukan. Tetapi kenapa ia tidak berlaku kepada Saiful Bukhari. Pihak polis menerima 100% percakapan beliau tanpa merujuk kepada laporan berkenaan. Sedangkan laporan tersebut sudah disediakan oleh pihak hospital. Kenapa ini berlaku?. Apakah hebatnya Saiful Bukhari?. Kenapa pihak polis tidak mengikut prosedur biasa dan melanggar tatacara kerja mereka?. Semua ini menimbulkan kesangsian yang amat sangat dikalangan rakyat sebenarnya.


Bukti, inilah laporan perubatan doktor Hospital Pusrawi terhadap Saiful

Saiful Dicabar Saman Hospital Yang Berkenaan

Berasaskan kepada kes ini sedang dibicarakan, dan laporan perubatan keempat-empat doktor terbabit sudah pun diedarkan kepada umum sekarang ini. Maka, rakyat makin keliru dengan kes liwat yang diperkatakan ini. Maka itulah rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia hatta seantero dunia tidak percaya dan yakin dengan kes berkenaan, bairpun pihak yang dikatakan menjadi mangsa membuat beribu-ribu kali "sumpah laknat" sekalipun. Tambahan pula, ramai yang berkata, jika budak-budak "blackmetal" disuruh "sumpah laknat" mengatakan dia diliwat Anwar sekali pun pasti mereka akan lakukan. Kerana mereka semua berani memijak-mijak Al-Quran seperti yang pernah didedahkan oleh media sebelum ini. Soalnya, mana yang benar sekarang?. Laporan Perubatan Hospital atau percakapan lisan Saiful Bukhari yang mengatakan dia diliwat?. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya. Tambahan pula, selepas laporan perubatan Hospital Pusrawi (foto) dikeluarkan kepada umum dulu. Maka satu lagi laporan perubatan sulit tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dikeluarkan pula kepada umum baru-baru ini. Soalnya sekarang, kenapa Saiful dan barisan peguamnya tidak memberi respon atas laporan berkenaan. Bukankah ia akan mengganggu perjalanan kes di mahkamah. Tambahan pula jika kesemua doktor terbabit dipanggil sebagai saksi Anwar. Bukankah ini akan menimbulkan lebih banyak keraguan dan kemusykilan.

Atas alasan kononnya Saiful dipihak yang benar, maka beliau wajar membuat laporan polis dan seterusnya menyaman doktor yang mengeluarkan laporan perubatan tersebut, hospital yang berkenaan, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia kerana telah memalukan dirinya. Rasionalnya, dia mengatakan dirinya diliwat sedangkan kesemua laporan perubatan tersebut mengesahkan secara klinikal bahawa tidak ada tanda dan bukti-bukti mengatakan dia diliwat oleh sesiapa pun. Maka, cakap siapakah yang mahu kita percayai sekarang ini, walaupun mahkamah meneruskan perbicaraan ini. Saiful perlu menutup aibnya dengan membuar laporan polis supaya siasatan yang rapi wajar dilakukan terhadap mereka yang mengeluarkan laporan tersebut dan kesahihan laporan perubatan berkenaan. Andainya terbukti ia palsu dan beliau boleh menfailkan saman terhadap pihak terbabit demi maruahnya. Tindakan Saiful mendiamkan diri seolah-olah dia langsung tidak yakin kepada kebenaran sebenarnya. Justeru itu, rakyat secara keseluruhannya perlu mendesak agar Saiful membuat tindakan berkenaan yang dilihat boleh mempengaruhi perjalanan kes mahkamah yang bakal dihadapainya. Inilah kemusykilan yang kini menimbulkan keraguan terhadap kes liwat II ini.

Read more »

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Menang Tetap Menang Dan Yang Kalah Teruskan Perjuangan


Cucu sempat berceramah di Padang Awam Batang Kali malam terakhir
kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada 24 April
Kekalahan yang dihadapai oleh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit mencurigakan sebenarnya. Cucu sempat mengikuti perjalanan hari-hari terakhir kempen dan proses pengundian pilihanraya itu baru-baru ini. Ternyata, terlalu banyak provokasi melampau telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hingga mencetuskan ketegangan dan kekecohan. Akibatnya, ramai yang ditangkap dan bakal didakwa atas kesalahan di bawah Akta Pilihanraya. Apapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri juga ada banyak melakukan kesalahan, namun mereka memejamkan mata dan hanya melihat parti pembangkang yang melakukan segala perbuatan tersebut. Seolah-olah SPR dan BN memang telah memeterai perjanjian usaha sama untuk merampai Hulu Selangor dari PKR. Pada malam terakhir Cucu sempat menyampaikan ceramah ringkas kira-kira 15 minit di Padang Awam Batang Kali. Melihat pada sambutan rakyat, ternyata tidak ada halangan langsung untuk PKR menang. Tambahan pula, banyak peti undi saluran 1 berjaya dimenangi PKR. Cucu sempat memantau ke beberapa buah lokasi pusat penamaan calon, seperti di Ampang Pecah, Sg.Rasa, Felda Sg.Buaya, Sek Ren JK (C) Khing Ming dan yang lainnya. Ternyata sambutan amat menggalakkan untuk melihat PKR mempertahankan kerusi tersebut. Malah, ramai pemimpin dan petugas BN sudah mula meninggalkan Hulu Selangor. Mereka sudah nampak petanda bahawa BN akan kalah teruk pada kali ini. Namun, entah mengapa tiba-tiba keputusan yang dikeluarkan pula sebaliknya. PKR yang kalah dengan majoriti 1,725 undi. Anehnya, walau BN menang dengan majoriti lebih besar namun sokongan terhadap PKR tidak tergugat sebenarnya. Malah jumlah undi yang diperolehi oleh Datuk Zaid Ibrahim iaitu sebanyak 23,272 hanya berbeza 95 undi sahaja daripada PRU-12 (23,177). Maknanya, PKR tidak kalah sebenarnya. Maka itu, apakah yang menyebabkan BN menang?. Peratusan keluar mengundi hanyalah sekitar 75.87% (48,935) iaitu meningkat sikit daripada PRU 2008 (74.81% = 47,622 pengundi).

Soalnya sekarang kenapa tiba-tiba PKR yang dicanangkan akan menang tiba-tiba dikalahkan?. Apakah ini satu lagi konspirasi yang dilakukan oleh SPR dan BN?. Malah perpindahan lebih 13,000 pengundi berdaftar di Hulu Selangor juga menjadi tanda tanya yang cukup memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, pilihanraya telah berakhir dan BN tetap menang secara rasmi. Perjuangan harus diteruskan dan tidak perlu berputus asa. Lihat dulu, Tan Sri Khalid tewas di Ijok, tetapi kemudian bangkit dan menang dan kini bergelar Menteri Besar Selangor. Maka, apakah kita gusar dengan kehilangan satu kerusi parlimen itu agaknya?. Apa yang penting sokongan rakyat tidak berubah dan hanya peneroka Felda yang masih lagi terlena diulit mimpi mainan Najib Razak. Salam perjuangan!!

Read more »

Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor: Calon BN Kamalanathan Menang Menewaskan Datuk Zaid Ibrahim Dengan Majoriti Sebanyak 1,725 Undi !!

KUALA KUBU BARU, 26 April [10.20 am] - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. BN yang diwakili P. Kamalanathan (foto) memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.20 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli. Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel (MIC). PDO

[Tahniah diucapakan kepada calon BN, P.Kamalanathan atas kemenangan yang cukup mengejutkan itu. Ini kerana, ramai penyokong dan petugas BN sudah meninggalkan Hulu Selangor sebenarnya, selepas mencongak calon mereka itu memang kalah. Malah, pemimpin MIC sendiri seperti Samy Vellu awal-awal lagi sudah cabut dan angkat kaki, Buktinya beliau tergesa-gesa hadir ketika pengumuman keputusan di buat malam tadi, setelah mendapat laporan PM dan TPM turut hadir secara tiba-tiba. Apapun, menang tetap menang dan keputusan bijak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan 13,000 nama pengundi berdaftar di Hulu Selangor telah memberi kekuatan buat BN. Apapun tahniah buat PKR kerana berjaya menarik kembali lebih 11,000 pengundi baru yang telah dipindahkan oleh SPR itu. Maknanya, PKR juga menang untuk menggagalkan strategi awal BN untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 6,000 undi itu. Salam perjuangan buat semua petugas!!].

Read more »

Al-Kisah: Sebuah Catatan Perjalanan Ku Ke Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor


Berucap di Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
Cucu telah meluangkan masa untuk hadir ke Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti Hari Pencalonan dan perjalanan Pilihanraya Kecil pada 17 April 2010. Cucu menumpang kenderaan Hj.Rusli (PAS Indera Mahkota) yang ditemani oleh isterinya dan Sdr Azman (PAS). Kami bertolak dari Kuantan sekitar jam 6.00 petang dan tiba di Kuala Lumpur dalam pukul 10.30 malam. Sebelum ke Kuala Kubu, Hj.Rusli telah menghantar isterinya ke Kota Damansara (rumah anaknya) dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Malang tidak berbau, keluar dari rumah anaknya tayar kereta Hyundai Matrixnya telah "bocor" dan terpaksa berhenti di tepi jalan untuk diperbaiki. Selepas menukar tayar, kami singgah sebentar di Stesen Petronas berhampiran kawasan itu. Malang berganda, mungkin ujian dariNya apabila selepas mengisi angin tayar tiba-tiba enjin kenderaan beliau pula tidak boleh dihidupkan. Ini mengakibatkan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk diperbaiki. Mujurlah ada staff dan pengurus stesen minyak terbabit membantu. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir 11.30 malam. Selepas menukar bateri kereja terbabit dengan kereta waja milik pengurus stesen itu, akhirnya kenderaan berjaya dihidupkan dan kami mengucapkan terima kasih kepada mereka. Baik sungguh hati pengurus stesen itu, sudahlah dipinjamkan baterinya untuk menghidupkan enjin kenderaan kami, kemudian disajikan pula dengan air minuman secara percuma. Semoga perniagaan beliau akan terus maju jaya.

Kami kemudian meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar menerusi exit Bukit Beruntung. Kemudian terus melalui jalan kawasan industri di situ terus ke Kuala Kubu Bharu yang jaraknya sekitar 25km dari situ. Jalan masuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu dikawal rapi oleh pihak polis. Kami terus ke Masjid Jamek Al-Rahimah disitu, mujurlah ada "parking lot VIP" yang paling hampir dengan tangga masjid masih kosong. Selepas itu, kami mengambil peluang untuk pekena "teh tarik" dan "roti canai" di sebuah restoran yang menempatkan Bilik Gerakan BN berhadapan dengan masjid berkenaan. Ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan menjamu selera di situ akibat kepenatan berjalan jauh. Selepas menjamu selera kami kembali ke masjid dan melihat begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR bergelimpangan di dalam masjid. Mereka keletihan dan ada juga yang sedang menunaikan solat sunat. Suaasana di dalam masjid nampak begitu meriah sekali dengan kehadiran begitu ramai sahabat seperjuangan dari seluruh negara. Kami melelapkan mata buat seketika. Cucu bangun sekitar jam 4.30 pagi dan terus ke bilik air untuk mandi. Masya Allah!, ketika itu sudah ada ramai yang beratur menanti giliran untuk ke bilik air. Terpaksalah Cucu berbaris panjang dan bersabar menunggu giliran. Sekiat setengah jam barulah Cucu dapat mandi. Manakala sahabat yang lain iaitu Hj.Rusli dan Azman tidak dapat beratur kerana terlalu panjang. Solat Subuh di Masjid Jamek Al-Rahimah pagi itu menempa sejarah kerana jemaah yang ramai seperti solat Jumaat. Bacaan oleh Imam Masjid juga amat merdu dan menusuk hati. Selepas solat, masing-masing mencari ruang untu berehat seketika sebelum menyiapkan diri berarak ke Pusat Penamaan Calon. Cucu mengambil kesempatan mengemaskini blog, dan kemudiannya terus berehat hingga jam 7.00 pagi.


Rakaman foto Cucu ketika perarakan calon PKR ke pusat penamaan
Sekitar jam 7.30 pagi Cucu memulakan perjalanan untuk operasi berita di kawasan terbabit. Cucu keluar dari Masjid Jamek dan terus menyaksikan orang ramai yang mula kecoh di depan masjid tersebut. Cucu mengambil kesempatan menjamu selera dengan membeli nasi lemak bungkus dan air teh yang dijual di bahu jalan. Kemudian melihat gelagat beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang berada dipinggir jalan tersebut. Selang beberapa ketika Cucu mula meneruskan perjalanan ke lokasi yang menempatkan para penyokong Pakatan Rakyat sebelum ke Pusat Penamaan Calon. Suasana sudah mula kecoh dengan penyokong yang bersorak gembira umpama berpesat. Cucu sempat menyaksikan perarakan calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakaman gambar dan video juga sempat diambil untuk tatapan semua. Cucu mengiringi mereka sehingga ke kawasan 100 meter dari pusat penamaan. Kelihatan beberapa trak polis dan anggota yang berkawal berhampiran kawat duri yang telah diletakkan di kawasan itu. Amat menghairankan sekali tindakan tersebut, seolah-olah para penyokong yang hadir akan bertindak ganas. Walhal polis yang kelihatan ingin cuba mengganas apabila menganggu penyokong dan menyuruh mereka beredar sedangkan kesemuanya berada dalam jarak yang jauh dari pusat penamaan calon. Tindakan ini amat memalukan sebenarnya. Cucu kemudian berpeluang untuk berucap dalam masa 5 mini di atas lori ketika orang ramai sedang berasak-asak. Chegubard dan Nazree Yunus (bekas Pengeru Gerak) memberi ruang kepada Cucu untuk bercakap tentang isu Saiful Bukhari Azlan. Bersemangat sekejap melihat orang ramai. Terasa macam ahli politik yang hebat pulak ..hehhehe. Apapun, itulah kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Sebelum ini, Cucu juga pernah diberi peluang berucap di Manek Urai. Maka, ini kali kedua Cucu berucap di pagi hari pencalonan sesebuah pilihanraya kecil.


Besemangat bersama pemimpin orang asal kaum Jahut dari Kuala
Krau
Pahang yang tiba-tiba turut naik ke atas ketika aku berucap
Sempat juga bertemu dengan sahabat dari Pahang seperti Saudara Jefri Rashid (Ketua Cabang Pekan), Saudara Ram dan isteri (Timbalan Ketua PKR Pahang), Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK), Saudara Suhaimi (Ketua Ranting Panching Timur), Ustaz Nasron (Yang Dipertua PAS Indera Mahkota) dan sahabat yang lain. Ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan bergambar dengan Cucu. Macam orang popular pulak. Sempat berbual dengan sahabat dari TV Selangor. Terima kasih kepada semua, dan Cucu kemudian berjalan balik ke Masjid Jamek yang jaraknya hampir 4km dari lokasi tersebut. Berpeluh dibuatnya, kesesakan jalan raya berlaku dalam kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu. Mujurlah Cucu berjalan kaki sahaja dan mengambil masa hampir 1 jam untuk tiba ke masjid. Kemudian kami bersolat Zuhur di situ.. Bersambung...

Read more »