SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Pemilihan 2010: PKR Pahang Pelawa Semua Calon Majlis Pimpinan Pusat Untuk Hadir Ke Sesi Majlis Memperkenalkan Calon Dekat Kuantan 23 Okt Ini

Sumber: pahangdaily - Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pahang sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Majlis Memperkenalkan Calon Pimpinan Pusat pada 23 Oktober ini di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang. Semua calon-calon dari seluruh Malaysia dipelawa hadir untuk memperkenalkan diri masing-masing bermula jam 3.30 petang hingga jam 7.00 petang pada hari tersebut. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Raub pada 10 Okt lalu. Mesyuarat juga turut memutuskan untuk memilih Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden mewakili negeri ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) itu juga turut menyokong pencalonan beberapa orang pemimpin ke jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan 2010 ini. Antara calon yang telah dipersetujui ialah Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis), Hj.Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau), Hj.Abas Awang (Ketua Cabang Bera) dan Nizam Abd Hamid (Ketua Cabang Temerloh). Mesyuarat juga sebulat suara menyokong perlantikan Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) untuk jawatan Pengerusi Tetap. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk . Dalam pada itu Dato' Fauzi, selaku dalam ucapannya menegaskan bahawa pertandingan jawatan penting parti di peringkat pusat adalah antara anak beranak dan sahabat seperjuangan. Justeru itu beliau berharap semua calon-calon yang bertanding tidak terlalu "overboard" dalam berkempen. Sementara itu difahamkan Calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan bakal bertemu dengan ahli dan kepimpinan PKR Pahang Zon Timur pada 24 Oktober 2010 ini mulai jam 4.00 petang di Rumah Cikgu Zul dekat Kg.Permatang Badak Kuantan.

[Pahang Daily Online menyokong penuh calon-calon yang diketengahkan oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang ini. Kesemua yang dipilih adalah muka lama dan baru yang cukup popular di peringkat negeri dan pusat sebenarnya. Justeru itu, ahli-ahli PKR di seluruh negara diharap dapat memberikan undi dan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon ini. Semoga dengan ini juga ia akan memberi kekuatan kepada PKR Pahang untuk lebih aktif lagi di peringkat pusat dalam apa jua aktiviti dan agenda yang bakal dirancang kelak. Semua calon yang dikemukan juga adalah mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang tersendiri dan wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya ahli-ahli PKR].

Read more »