Siaran Radio CMK FM Boleh Di Dengar AUTOMATIK Dalam Masa 3-10 Saat
Jika Bermasalah, SILA REFRESH BLOG INI, Atau Klik Pada LINK Di Bawah




Monday, November 29, 2010

Kenyataan CMK Tentang Isu Artikel Keluar Parti Yang Telah Di Siarkan Dalam Utusan Malaysia !!


Ramai yang terkejut dan menghubungi CMK bertanyakan tentang artikel panas yang keluar di akhbar Utusan Malaysia pada 27 November (Sabtu) lalu. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" . Susulan artikel tersebut, ramai sahabat seperjuangan dan rakan taulan yang telah menghubungi CMK bagi mengesahkan perkara tersebut. Tambah mengejutkan artikel berkenaan yang dipercayai dipetik dari blog ini turut menyatakan perkataan "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Tipu Diri Sendiri". Maknanya penulis artikel berkenaan iaitu Tarmizi Abdul Rahim mengatakan CMK "cium" Anwar. Masalahnya dari mana beliau boleh menambah cerita tersebut? Inilah yang memusykilkan CMK sekarang sebenarnya. Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan iaitu kenapa disiarkan tajuk besar "Cucu Mat Kilau Keluar PKR", sedangkan jika dirujuk kepada kenyataan CMK dalam blog ini ia berbunyi "Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini". Namun, anehnya wartawan terbabit telah menyalahtafsirkan kenyataan tersebut dan dengan beraninya mengeluarkan kenyataan kononnya CMK sudah keluar daripada parti PKR.

Tambah menyedihkan, wartawan terbabit juga telah menyiarkan kenyataan kononnya "CMK Cium Anwar". Sedangkan, perkara itu tidak pernah berlaku sebenarnya. CMK sendiri kurang arif, dari mana beliau mendapatkan maklumat tersebut. Inilah yang memusykilkan dan amat mengecewakan CMK sebenarnya. Susulan gambar cium terbabit, kini ramai yang memandang serong kepada CMK. Terus terang CMK ingin maklumkan bahawa gambar tersebut bukanlah CMK tetapi ia adalah merupakan wajah salah seorang penyokong tegar Anwar yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sila klik DI SINI untuk bukti. CMK hairan, kenapa seorang wartawan yang profesional dari akhbar terbabit tergamak menuduh demikian berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan secara meluas di internet sekarang ini. Kecewa dengan perkara itu CMK telah pergi ke Pejabat Biro Utusan Malaysia di Kuantan semalam. Ia bagi tujuan untuk memperbetulkan fakta yang berkenaan. Pembetulan telah dibuat dalam akhbar terbabit hari ini atas tajuk "CMK nafi Cium Anwar". Cuma masalahnya, CMK tidak mendapat permohonan maaf dari wartawan terbabit yang telah menjatuhkan maruah CMK itu. Justeru itu, sebagai balasannya, CMK tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan tindakan saman malu terhadap wartawan dan akhbar berkenaan dalam masa terdekat ini. Ia sebagai pengajaran supaya pihak berkenaan lebih berhati-hati dalam menyampaikan laporannya selepas ini.

Read more »

CMK Akan Buat Laporan Polis Dan Sidang Media

Ramai sahabat yang terkejut dengan pendedahan satu gambar kontroversi yang kini tersebar di internet (foto) kononnya aksi ghairah CMK cium Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka kejadian berlaku selepas Anwar keluar dari penjara Sg.Buloh pada tahun 2004 yang lalu. Gambar ini telah dijaja oleh beberapa buat blog panas seolah-olah CMK adalah seorang "gay" gara-gara tergamak berbuat demikian kepada Anwar. Bagi menjawab soalan kontroversi ini maka CMK akan membuat satu laporan polis dan seterusnya mengadakan sidang media berkenaan perkara yang berkenaan petang nanti. Justeru itu, kepada pihak-pihak berkenaan diharap dapat bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kiranya ia berlaku. Sokongan semua amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Read more »

Sunday, November 28, 2010

Read more »

Saturday, November 27, 2010

Tindakan Keluar Parti Bukanlah Satu Keputusan Yang Bijak, Namun Demi Meneruskan Perjuangan CMK Rela Bebaskan Diri Jika Itu Sudah Takdirnya

Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya. Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain. Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini. Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya. Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini. Semunya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya. Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku. Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang. Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.

Proses Pemilihan Parti Memang Amat Diragukan

Bagi CMK ini adalah tidak baik untuk parti. Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan. Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya. Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini. Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu. Malah salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub sendiri mengatakan "Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan". Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku didepan mata. Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.

Keputusan Keluar Parti Bukan Satu Yang Bijak

Keputusan untuk tinggalkan PKR bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya. Sebab itu CMK mengambil tempoh yang lama untuk membuka ruang perbincangan tentang hal ini. Namun, tiada jalan penyelesaian konkrit yang sepatutnya menjadi alternatif kepada semua ini. Ramai yang menuduh kononnya CMK kecewa dan tidak punyai semangat perjuangan yang kental jika keputusan ini dibuat. Mereka bebas mengatakan apa saja, termasuk menghemburkan kata-kata hina kepada CMK. Namun, bagi CMK jika berlaku pun tindakan yang dimaksudkan bukan bermakna CMK tewas dalam perjuangan. Perjuangan membela rakyat masih diteruskan seperti biasa cuma mungkin dalam medium yang berbeza. Jika selama ini CMK terikat dengan imej kepartian, mungkin selepas ini CMK lebih bebas dan neutral. Ruang kebebasan itu memberi peluang kepada CMK untuk menegur dan mengkritik secara lebih telus lagi pada masa-masa yang akan datang. CMK bukanlah pemimpin politik seperti lain-lain sahabat biarpun pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 dulu. Maka itu CMK punyai hak untuk memilih jalan sendiri sebenarnya.

Krisis 2004 Bukanlah Asas Kepada Keputusan Ini

Ramai yang mempertikaikan kononnya CMK memang pengkhianat kerana pernah keluar parti dan bubarkan Parti Keadilan bahagian Paya Besar pada tahun 2004 dulu. Tapi mereka lupa, krisis yang melanda itu akibat tindakan CMK mempertahankan pemecatan Lokman Nor Adam dan mempertikaikan beberapa tindakan Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md Noor ketika itu. Memang benar CMK dipanggil mengadap Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri (TPM ketika itu). Namun, CMK tidak pernah bertindak menyertai UMNO seperti yang dimahukan. Niat CMK hanyalah kecewa dengan Ezam yang dipercayai menjadi dalang hingga membawa pemecatan Lokman. Orang menuduh CMK dan sahabat Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian Paya Besar) dan Ariffin Ismail (Setiausaha) menerima habuan dari Najib. Tapi hakikatknya kami tidak masuk UMNO dan sekadar tidak bersetuju dengan Ezam. Kini terbukti apabila Ezam menyertai UMNO dan selesa bergelar Senator pula. Begitu juga dengan Lokman yang CMK perjuangkan, juga serta UMNO dan kini menjadi Exco Pemuda parti itu. Tapi CMK? dimana. Terus kembali bersama rakyat dan kembali bersama parti selepas itu. CMK daftar semula sertai parti melalui Fuziah Salleh di Bahagian Kuantan. Biar pun mendapat tetangan, namun akhirnya CMK diterima. Jika CMK mendapat habuan jutaan ringgit seperti yang diheboh-hebohkan mengapa harus kembali bersama keadilan. Jiwa dan semangat CMK bersama rakyat sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan, apatah lagi bersetuju menjadi calon PKR dalam PRU12 dulu jika benar CMK seorang pengkhianat. Malah, CMK teruskan perjuangan "lawan tetap lawan" dan tidak khianat kepada parti biarpun mendapat tekanan dan tawaran untuk tarik diri ketika menjadi calon ketika itu. Ini harus difahami oleh ahli-ahli PKR yang masih sangsi dengan kesetiaan CMK bersama parti itu san menuduh kononya CMK pengkhianat.

CMK Rela Dituduh Pengkhianat Jika Ditakdirkan

Keputusan CMK untuk keluar PKR jika berlaku sudah pasti akan menyebabkan para penyokong PKR "tegar" menuduh macam-macam. Inilah yang berlaku kepada mereka yang cuba untuk memperbetulkan parti itu sebenarnya. Mereka ditekan dan dicop dengan berbagai gelaran. Kadangkala kita kena terima hakikat perjuangan dengan ikhlas dna jujur. Inilah yang berlaku kepada nenek moyang CMK dulu... gara-gara mempertahankan agama dan tanahair Mat Kilau, Tok Gajah dan Bahaman juga dituduh pengkhianat oleh pihak British. Malah dalam kebanyakkan buku-buku Sejarah, fakta-fakta tersebut masih belum diperbetulkan lagi sebenarnya. Mungkin selepas ini CMK akan berjuang membela rakyat mengikut landasan sendiri tapa kongkongan dari mana-mana parti politik. Sidang media rasmi akan CMK adakan dalam masa terdekat ini. Tiada apa yang mahu diselindungkan lagi sekarang. Pemimpin PKR jelas telah melakuka agenda perubahan dalam parti itu sebelum untuk rakyat. Mereka lupa di mana diri mereka berpijak sebenarnya. Masing-masing kini sudah mula "kemaruk untuk berkuasa", lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi. Matlamat kini menghalalkan cara. Selama ini mereka menuduh pihak lain, kini semua dosa-dosa itu sudah terpalit semula kepada batang tubuh mereka. Sikap kepura-puraan inilah yang menyebabkan CMK merasa terhina dan kecewa sebenarnya.

Read more »

Sidang Media Rasmi Pada Isnin 29 November Ini

CMK akan mengadakan sidang media khas berhubung keputusan kontroversi ini pada hari Isnin (29 Nov) di Kuantan. Semuanya dilakukan adalah kehendak hati sendiri dan tidak ada paksaan atau provokasi oleh mana-mana pihak sebenarnya. Apa yang penting, rakyat tidak perlu gusar dengan keputusan ini kerana CMK tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat. Cuma CMK akan memenuhi beberapa undangan ceramah atas pentas PAS yang sudah dijadualkan sebelum ini. CMK berterima kasih kepada sahabat dan rakan seperjuangan yang telah memberi sokongan dan pandangan mereka terhadap keputusan ini.


CMK tidak tolak kemungkinan sertai parti baru yang ditubuhkan
Datuk Zaid Ibrahim jika keadaan tidak mengizinkan kelak

Kepada semua pihak diharap dapat meneruskan perjuangan dengan ikhlas dan jujur. Buat CMK, berilah masa untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga tercinta. CMK perlu masa untuk memulihkan kembali kepercayaan serta semangat perjuangan. CMK rasa tertipu apabila berjuang bermati-matian, kemudian pemimpin atasan yang tidak jujur mengkhianati amanat yang diberikan. Apa guna mahu meneruskan agenda perubahan, jika dalam parti sendiri pun mereka gagal melakukannya. CMK akan mempertimbangkan untuk menyertai mana-mana parti politik yang difikirkan perlu pada masa akan datang. Apapun, perjuangan membela rakyat akan tetap diteruskan dalam landasan yang berbeza. Salam !!

Read more »

Biar Pun Ada Sambutan, Namun Jelas Kehadiran Anwar Ke Pahang Semalam Gagal Menghuraikan Segala Kekalutan Yang Masih Ada Itu Sebenarnya

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 24 Nov - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang semalam dilihat masih gagal sepenuhnya untuk menyatu padukan ahli serta meyakinkan rakyat terhadap hala tuju perjuangan parti itu sebeneranya. Apa yang diharapkan oleh ahli dan rakyat ternyata tidak kesampaian dan seperti apa yang diharapkan. Ramai yang kecewa dan terkilan dengan tindakan Anwar tidak mahu berterus terang dengan isu-isu semasa dan kemelut yang sedang dihadapi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Anwar berceramah selama lebih kurang satu jam dengan hanya menceritakan tentang kehairanan beliau terhadap tindakan pemimpin UMNO BN yang begitu takut dengan kelibatnya sejak akhir-akhir ini. Beliau mengatakan media arus perdana begitu ghairan mensensasikan ceritanya hingga lupa memberi fokus kepada isu-isu dunia yang sedang melanda sekarang ini. Malah, beliau menegaskan dia sedikit pun tidak terasa dengan serangan-serangan yang dilakukan terhadapnya itu. "Saya bukan sahaja mahu digantung dari parlimen, bakal dipenjarakan kembali ke Sg.Buloh kini mereka mahu menghalang pula saya ke luar negara. Saya dituduh khianat kepada bangsa Melayu gara-gara beberapa kenyataan ketika ditemuramah oleh media asing. Ini bukti yang mereka begitu takut dan tergamak melakukan apa saja", kata Anwar Ibrahim.

Sajian Lagu Lama Terus Dialunkan Untuk Rakyat


Dalam pada itu beliau lebih banyak menceritakan kembali apa yang sudah diceritakan ketika berada di pentas yang sama awal tahun lalu. Cerita soal kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Malah, Anwar juga banyak menceritakan secara terperinci sifat peribadi mulia beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tuan Guru Nik Aziz (MB Kelantan), Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Ustaz Azizan Razak (MB Kedah) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor). Disamping itu juga beliau turut menyentuh tentang "Isu Memali" dan sedikit berkenaan kes perbicaraan yang sedang beliau hadapi di mahkamah sekarang ini. Anwar dilihat gagal mengulas dengan baik berkenaan isu dan kemelut yang melanda dalam PKR sekarang ini, terutamanya berkaitan tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan keluar dari parti itu. Ini menyebabkan ramai hadirin yang hadir kecewa kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian. Mereka mahu tahu apakah tindakan dan perancangan Anwar dalam menyakinkan rakyat terutamanya ahli PAS, DAP dan pengundi atas pagar terhadap PKR. Namun tindakan Anwar yang masih terus "menyajikan lagu lama" dalam ceramah beliau malam tadi sedikit mengecewakan mereka sebenarnya. "Ulang tayang cerita dan isu yang sama", tanpa memberikan harapan baru buat rakyat. Malah, ramai yang melihat kehadiran beliau ke Pahang itu tidak lebih untuk mempertahankan segala apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini, tanpa mahu membongkarkan kepincangan dan penyelewengan yang sepatutnya perlu diperbetulkan.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir malam semalam

[Akibat kecewa dengan info yang tidak sampai dan mememuaskan hati mereka, ramai hadirin yang menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada PKR sekarang ini. Malah, terdapat maklumat panas yang mengatakan tiga cabang PKR di Pahang juga turut akan dibubarkan jika kemelut yang melanda tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Pertembungan yang berlaku di Pahang bukan sahaja antara kumpulan Azmin dan Zaid sebenarnya, tetapi ia lebih menjurus kepada perselisihan faham antara Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Negeri) dan Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota). Kemelut dalaman antara mereka masih gagal diselesaikan biarpun Anwar hadir sebagai penyelamat semalam. Malah, kami juga mendapat maklumat mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang diadakan petang semalam juga kecoh dengan isu Azan. Ini membuktikan "kiambang masih belum bertaut" di Pahang. Justeru itu, bagaimana harus PKR negeri bercita-cita untuk menakluki negeri ini daripada UMNO BN agaknya. Maknanya Anwar ternyata gagal untuk bertindak dan memulihkan PKR Pahang biarpun beliau telah mempunyai peluang yang terbaik semalam. Kenapa Anwar tidak melakukannya?].

Read more »

Read more »

Thursday, November 25, 2010

Panas: Lagi Bukti Penyelewengan Di Bongkarkan ! Kali Ini Melibatkan Pemilihan PKR Di Parit Sulong

Sumber: pahangdaily

Nampaknya semakin hari semakin banyak pendedahan tentang bukti penyelewengan pemilihan PKR 2010 dibuat sekarang ini. Terbaru pendedahan dibuat oleh calon Pengerusi Tetap AMK iaitu Azimuddin Ahmad (foto) menerusi laman blognya Sharpshooter. Menurutnya, terdapat kepincangan yang telah dikenalpasti dalam pemilihan yang dijalankan di cabang Parit Sulong baru-baru ini. Terdapat unsur penyelewengan pengurusan dan pemilihan berlaku di cabang itu yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010. Terdapat lima kepincangan yang berlaku dalam pemilihan di cabang itu katanya. Antara yang dikenalpasti ialah pemilihan dilakukan di luar kawasan, tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu), penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di lokasi dan penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang. Satu laporan polis yang telah dibuat oleh Saudara Zailan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Parit Sulong.


Bukti pengundi hantu yang jelas boleh dilihat pada buku pendaftaran
[ Sila klik untuk membesarkan imej gambar yang dipaparkan ini ]

[Jika sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendabik dada kononnya cerita tentang penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini adalah rekaan Datuk Zaid Ibrahim semata-mata. Kini nampaknya, satu persatu bukti kukuh telah berjaya didedahkan. Kami juga terkejut dengan apa yang dibongkarkan ini sebenarnya terutamanya berkenaan dengan "pengundi hantu" di Cabang Parit Sulong ini. Kenapa, pengundi yang tidak mempunyai nama dalam senarai "ahli" boleh mengundi?. Sedangkan, semasa mengundi petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) begitu profesional menyemak nama-nama ahli. Jika tiada nama, sepatutnya ahli terbabit tidak layak untuk mengundi. Soalnya, kenapa ini berlaku di Parit Sulong. Itu yang didedahkan, bagaimana pula di cabang-cabang lain?. Sebab itu kami tegaskan, bahawa memang benar adanya penyelewengan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dan wajarlah ia ditangguhkan. Namun, dek kerana ada pihak yang mahu membuktikan kebenaran maka inilah jadinya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak terbabit. Buktikan kebenaran biar pun pahit. Apakah mereka ini boleh dituduh sebagai pengkhianat atau pembelot?].

Read more »

Wednesday, November 24, 2010

Panas: Ramai Ahli-Ahli PKR Merasa Amat Kecewa, Majlis Dialog Yang Di Janjikan 'Bertukar' Jadi Sesi Penerangan Satu Hala Anwar-Saifuddin Semalam

Sumber: pahangdaily

Dalam ceramahnya di Kuantan semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lantang mengatakan bahawa beliau amat kecewa dengan tindakan Datuk Zaid Ibrahim menggunakan media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia untuk menghentam serta mengkritik parti. Bagi Anwar, akhbar terbabit adalah "musuh nombor satu PKR" sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah, Zaid amat wajar dipecat dan dipersalahkan dalam kemelut yang melanda parti itu mutakhir ini. Bagi Anwar, tindakan Zaid yang sanggup bersekongkol dengan media UMNO itu amatlah dikesali dan tidak wajar berlaku sama sekali. "UMNO mencari peluang untuk melumpuhkan parti, tiba-tiba ada orang seperti Zaid pula yang bersekongkol dengan media mereka untuk menjatuhkan parti", kata Anwar. Sambil tidak mahu menghuraikan apa yang ditegur oleh Zaid itu benar atau sebaliknya, Anwar lebih selesa menggasak Zaid. Soalnya sekarang jika benar kesalahan Zaid kerana tidak mengikut saluran yang betul untuk menegur dan mengkritik parti. Apakah saluran betul yang dimaksudkan itu agaknya?. Lihat apa yang berlaku di Kuantan semalam, saluran yang betul dibuat untuk membolehkan ahli-ahli yang tidak berpuas hati meluahkan pandangan mereka secara berdepan akhirnya bertukar jadi "majlis penerangan satu hala" semata-mata.


Antara tetamu dan hadirin yang telah hadir dalam majlis petang semalam

Asyik mendengar "satu hala" tetapi gagal ambil bahagian untuk berdialog

Ahli PKR yang hadir dicanangkan supaya menerima apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh parti. Tanpa boleh menegur dan menyalahkan pihak lain, mereka terpaksa menerima kenyataan itu biar pun pahit untuk ditelan. Mereka yang hadir umpama "lembu dicucuk hidung". Apa sahaja kata Anwar dan Saifuddin, mesti diterima bulat-bulat dan tidak perlu dipertikaikan. Apakah ini keadilan buat mereka yang mempunyai sesuatu untuk ditanyakan kepada Anwar. Hak ahli perlu juga difikirkan kerana mereka mahukan penjelasan terus daripada pemimpin terbabit.

Guna Media, Kenapa Ada Dua Tindakan Berbeza


Datuk Zaid Ibrahim dipersalahkan kerana menggunakan media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia untuk mengkritik parti. Namun, apa yang dilakukan itu bukanlah bersifat umum dan tidak akan menghancurkan parti secara keseluruhannya. Soalnya sekarang, ramai yang mempertikaikan jika itulah penyebabnya Anwar tidak sukakan Zaid maka apa bezanya dengan tindakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) agaknya. Umum masih ingat, beliau telah memanggil satu sidang media yang turut dihadiri oleh media arus perdana untuk menyatakan hasratnya meletak jawatan Timbalan Pengerusi I PKR Pahang. Keputusan itu dibuat akibat beliau tidak percaya lagi dengan kepimpinan Pengerusi PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman ketika itu. Bukankah Dato' Fauzi iti dilantik oleh Anwar, makanya Azan tidak wajar membuat sidang media untuk mengkritik Dato' Fauzi. Mengkritik Dato' Fauzi samalah seperti mengkritik Anwar. Kecoh dibuatnya dengan tindakan Azan itu, malah timbul juga desas-desus beliau antara nama yang disebut-sebut bakal "lompat parti". Bahkah Azan sendiri mengakui kepada beberapa orang proksinya, bahawa dia ada mendapat tawaran lumayan kiranya keluar PKR. Namun, dek kerana dia komited dan setia parti maka Azan tidak berbuat demikian. Soalnya, insiden itu telah menjadi mainan media arus perdana kononnya PKR terus bergolak. Malah, di Pahang sendiri ia menjadi isu panas dan kepimpinan Dato' Fauzi pula dipertikaikan. Bukankah isu Azan ini juga "besar impaknya" kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, kenapakah tiada tindakan displin dikenakan terhadap beliau?. Apakah kerana dia ada hubungan cukup rapat dengan Azmin Ali bahkan Anwar Ibrahim sendiri?.


Antara penyokong Azan yang hadir dalam majlis yang diadakan semalam
Ini yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Kenapa ada orang boleh buat sidang media dan bersahabat dengan Utusan Malaysia, tetapi ada yang lain pula dianggap kurang ajar dan khianat kepada parti. Kenapa ada dua peraturan yang berbeza?. Sedangkan dalam PKR itu sendiri tidak ada surat pekeliling khas atau arahan rasmi supaya media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia itu diboikot. Maka kenapa dalam kes Zaid ia dicanang-canangkan sedemikian rupa seolah-olah beliau memang pesalah besar?

Kenapalah Saifuddin Sanggup Putar Belit Fakta

Banyak fakta yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (foto) dalam majlis semalam telah diputarbelit sebenarnya. Antaranya ialah tentang pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang kononnya dipilih dari 250, dihantar kursus dan sebagainya. Tapi beliau tidak sedar dalam dewan semalam ada JPP "bidan terjun" yang dilantik secara "pasang siap". Tiada kursus, tiada latihan tiada ilmu tapi ditugaskan jaga pemilihan peringkat cabang. Maknanya apa yg dikatakan oleh Saifuddin hanyalah wayang semata-mata. Begitu juga dengan kenyataan beliau kononnya JPP sudah menyelesalikan beratus-ratus laporan cabang tentang kemelut pencalonan dan pemilihan. Sebaliknya beliau lupa, cabang Indera Mahkota sendiri (tempat beliau bercakap) statusnya masih diragui hingga ke hari ini. Bahkan Pengerusi Majlis (MC) majlis itu sendiri iaitu Razali Alias adalah calon Ketua Cabang yang telah menghantar protes bantahan tersebut. Mungkin ianya antara yang terawal dihantar kepada JPP, namun hingga ke hari ini tiada maklumat tentang siasatan yang diterima. Jangan surat rasmi malahan satu panggilan telefon pun tidak diterima oleh beliau sebenarnya. Namun, anehnya Saifuddin mengatakan "sudah selesai". Apa yang selesai agaknya?. Melihat dua penipuan kenyataan ini, jelas sekali ternyata Setiausaha Agung PKR itu sengaja memberi penjelasan "satu hala" tanpa memberi ruang kepada ahli untuk bersoal jawab. Mereka dimomokkan dengan laporan salah oleh Saifuddin tentang pemilihan parti, sedangkan ahli-ahli yang datang lebih tahu apa yang telah berlaku di cabang mereka.

[Melihat kepada apa yang berlaku ini, bermakna memang kemelut yang melanda PKR sekarang amat sukar untuk dipulihkan sebenarnya. Biarpun dalam pertemuan tersebut Anwar ada menjelaskan bahawa dia tidak mahu penyokong Zaid dinafikan hak untuk terus bersama parti, namun kenyataan Azmin pula sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa pembersihan yang mahu dilakukan oleh Azmin selepas Kongres Nasional PKR minggu ini pasti akan menjadi kenyataan sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah Anwar akan datang semula untuk memperbetulkan keadaan supaya rakyat terutamanya pengundi atas pagar yakin dengan apa yang diperkatakan itu. Jika tidak harapan untuk melihat Pakatan Rakyat menuju Putrajaya pasti akab berliku sebenarnya. Pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas untuk berjuang dan jangan sekadar retorik serta menabur kata-kata manis kepada rakyat. Sebaliknya mereka sendiri berpuak-puak dan mengamalkan budaya UMNO yang amat dibenci oleh seluruh rakyat itu sebenarnya].

Read more »

Saturday, November 20, 2010

Pendedahan Terbaru "Bukti Penglibatan" Anwar Dalam Pemilihan PKR Oleh "Chegubard", Apakah Beliau Juga Bakal Dituduh Sebagai Pengkhianat !!

Sumber: pahangdaily

Sungguh mengejutkan bila membaca kenyataan berkaitan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin (foto), tentang adanya campurtangan serius Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendedahkan perkara itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail. Menurut Chegubard, segala kepincangan telah diketahui sejak sekian lama cuma waktu dan masa yang tidak mengizinkan untuk beliau mendedahkannya. Justeru itu beliau berharap agar pucuk pimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Persoalannya, jika benar pun laporan yang dibuat oleh Chegubard itu maka apalah sangat yang boleh dilakukan oleh Wan Azizah. Bukankah Anwar itu adalah suami kesayangan beliau?. Maka, mana mungkin dia sanggup pertahankan orang lain daripada suami sendiri. Inilah yang perlu diperhalusi apabila sesebuah parti itu dipimpinan oleh keluarga sendiri. Segala dakwaan Chegubard itu memang sudah lama kita dengar, cuma bukti-bukti kukuh tidak mencukupi untuk beliau tampil sebenarnya. Kini, selepas beliau ditewaskan oleh Samsul Iskandar barulah dia punyai cukup ruang untuk melaporkannya. Soalnya sekarang, apakah Chegubard juga akan dituduh sebagai pengkhianat andainya dia melakukan kerja ini?. Tugas memperbetulkan keadaan dianggap derhaka jika ia tidak sealiran dengan kehendak pucuk pimpinan agaknya?. Sebelum ini memang sudah heboh ditimbulkan solah "wahyu" yang mengatakan Anwar sudah memberi kepercayaan kepada beberapa orang pemimpin untuk dipilih. Malah, Chegubard sendiri dipercayai telah dipanggil oleh Anwar agar mengundur diri dari bertanding jawatan Ketua AMK, semata-mata untuk memberi laluan kepada calon-calon tertentu. Berita ini diterima sejak dari awal lagi iaitu sebelum hari pencalonan pemilihan PKR 2010 lagi.

[Kini, dengan apa yang berlaku apakah mereka yang mahu menuntut keadilan dan kebenaran ini akan dikatakan petualang oleh parti?. Kebenaran akhirnya disembunyikan dan mereka yang cuba mempertahankannya pula bakal dinyahkan agaknya. Inilah yang amat ditakuti oleh para penyokong Chegubard sekarang ini. Namun, diharapkan Wan Azizah selaku Presiden PKR dapat mengambil berat laporan ini dan memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku itu. Jika tidak, kita khuatir rakyat akan hilang kepercayaan kepada PKR itu suatu hari nanti. Apakah Chegubard juga akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim atas ketegasan beliau ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Justeru itu langkah yang terbaik dan berhati-hati perlu dilakukan demi menjaga keharmonian parti. Jika tidak, sudah pasti permasalahan yang lebih besar berlaku nanti].

Read more »