SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Panas: Fitnah Keluar PKR Serta Cium Anwar, CMK Hantar Notis Mahkamah Kepada Utusan Malaysia Dan Saman RM5 Juta Bakal Menyusul Kemudian !

Sumber: pahangdaily

KUANTAN - Susulan tindakan biadap media arus perdana Utusan Malaysia yang menyiarkan satu artikel berunsur fitnah terhadap blogger cucumatkilau (CMK) pada 27 November lalu, maka satu notis mahkamah telah dihantar kepada pihak terbabit. Menurut CMK, notis telah diserahkan oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co sekitar jam 4.30 petang semalam. "Saya amat kecewa dengan tindakan akhbar terbabit yang membuat laporan artikel tanpa merujuk kepada pihak saya terlebih dahulu. Sudahlah maklumat yang disiarkan tidak betul, mereka juga menfitnah dengan mengatakan saya sanggup mati kerana membela Anwar. Saya juga dituduh mencium pipi Anwar dengan ghairah seolah-olah saya seorang gay, homoseks dan sebagainnya. Paling teruk bila wartawan terbabit mengatakan saya sudah pun keluar PKR sedangkan perkara itu masih dalam perancangan dan belum berlaku pun. Saya hanya menyatakan hasrat di dalam blog saya dan berjanji akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Masalahnya Utusan telah melaporkan kononnya saya sudah keluar PKR. Ini menyebabkan saya telah dihina dan dikutuk oleh ramai pihak susulan berita berkenaan", kata CMK. Sementara itu difahamkan tindakan saman fitnah terhadap akhbar terbabit akan diambil biarpun media terbabit memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel tersebut. "Tarik balik artikel dan memohon maaf bukanlah bermakna saman tidak diteruskan. Lihat apa yang berlaku kepada MB Perak si Zambry Kadir dulu. Beliau meneruskan saman terhadap Suara Keadilan, Wan Azizah dan Dr.Syed Hussin biarpun akhbar terbabit sudah tarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka", katanya.



Sila klik pada imej untuk besarkan notis mahkamah di atas


Klik pada imej untuk besarkan laporan yang berkenaan atau klik SINI

[Tindakan saman amatlah wajar bagi mengajar wartawan terbabit yang selama ini banyak membuat fitnah dan merosakkan minda rakyat dengan laporan yang menyimpang. Di fahamkan wartawan berkenaan adalah wartawan senior dan memang tidak sewajarnya beliau mencari publisiti murahan dengan laporan berkenaan. Sususlan laporan itu, ramai yang menyangka CMK sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau juga banyak dihubungi oleh sahabat seperjuangan, rakan taulan dan seteru politik yang menghina, mengkritik dan mencaciny keputusannya itu. Soalnya sekarang, Utusan Malaysia yang selama ini dianggap sebuah akhbar yang profesional wajarkah mempunyai wartawan "cap ayam" seperti ini?. Adalah lebih elok wartawan terbabit meletakkan jawatan dan menajdi blogger daripada mereka cerita yang beiau sendiri tidak pasti kebenarannya. Maka tindakan saman adalah dikira jalan terbaik buat masa ini, tambahan pula artikel tersebut disiarkan ketika Kongres Nasional PKR berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini. Semoga ia menjadi pengajaran buat mereka agar lebih berhati-hati melaporkan beritanya].

Read more »

Kontroversi: Demontrasi Pertahankan Ketuanan Melayu Anjuran Perkasa Dan Sekutunya Berjaya Kerana Sikap "Double Standard" Polis Kuantan !!

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 4 Dis - Orang ramai di bandar ini terkejut dengan tindakan "double standard" pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang mereka terutamanya berkaitan dengan isu perhimpunan dan demontrasi aman. Jika ia melibatkan pemimpin dan NGO yang berkaitan dengan parti pembangkang, sudah pasti undang-undang tegas akan dikenakan. Malah, pihak polis sanggup menghalang acara terbabit dalam apa jua cara sekali pun termasuk menggunakan kekerasan terhadap mereka yang terlibat. Pihak polis bukan sahaja mengarahkan mereka bersurai malahan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat. Malah, dalam kebanyakkan demontrasi aman yang dijalankan oleh merela, pasti saja Ketua Polis Daerah (OCPD) sendiri akan turun untuk memantau situasi di lokasi yang berkenaan iaitu perkarangan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Tindakan ini jelas sekali dengan konsert "mesra rakyat" yang sepatutnya diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Jika ia melibatkan pembangkang, maka mereka sewenang-wenangnya menguatkuasakan undang-undang berlandaskan undang-undang. Tetapi apabila melibatkan pemimpin, parti politik atau NGO yang menyokong kerajaan maka semua arahan tersebut "longgar begitu sahaja". Inilah yang berlaku dalam demo "Bantahan Ketuanan Rakyat" yang diadakan petang semalam.



Sebahagian peserta demo yang kelihatan semasa acara itu berlangsung

Kain rentang "Anwar Ibrahim Bertaubatlah" juga dipamerkan mereka

Kain rentang yang dipasang di pagar masjid, hero demo semalam (kanan)

Apa yang menarik ialah "Laungan Allahu Akhbar" yang dijeritkan oleh Faiz langsung tidak mendapat "sahutan" daripada jemaah yang keluar dari masjid berkenaan. Hanya beberapa kerat yang menyahut laungan tersebut dengan hati yang tidak ikhlas. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkag terutamanya dari PAS sebelum ini. Mungkin kerana "roh perjuangan Islam" dalam diri mereka itu tidak berapa kuat agaknya, maka ia gagal memberi impak besar kepada para jemaah solat Jumaat yang melalui kawasan itu semalam.

Demo Anjuran NGO Sokong Kerajaan Di Halalkan

Demo yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Pahang itu dikatakan untuk menyatakan bantahan terhadap mana-mana pihak yang terus berdegil mempertikakaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Demo yang diketuai oleh Ketua Penerangannya iaitu Mohd Faiz Hashim (foto), yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Indera Mahkota itu dilihat berjalan dengan lancar dan baik tanpa gangguan oleh pihak polis seperti kebiasaannya. Biarpun ia mungkin tidak mempunyai "permit" seperti lain-lain demo sebelum ini, namun anehnya mereka dilihat selesa mengadakannya tanpa ada mana-mana pegawai polis yang mengarahkan ia diberhentikan seperti yang berlaku kepada pihak pembangkang sebelum ini. Memang benar polis ada memantau, tetapi mereka dilihat sekadar berborak-borak sesama sendiri dan tidak bertegas untuk menghalang. Inilah buktinya, yang pihak polis dilihat "double standard" terhadap rakyat itu sendiri. Bayangkan jika yang bercakap itu pemimpin atau NGO pembangkang, sudah pasti mereka akan bertegas mengarahkan ia diberhentikan, semua bersurai atau memberi masa lima minit sahaja untuk berucap dan beredar dari lokasi berkenaan. Apapun, demo terbabit hanya disokong oleh pihak yang berkenaan sahaja, termasuk beberapa orang pemimpin UMNO, serta wakil NGO terbabit seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang dan juga MAYC.


Bukti, demo bantah judi anjuran PAS (pembangkang) diganggu pihak polis
kelihatan OCPD Kuantan, Jasmani Yusof memberi kata dua kepada peserta

Lagu bukti kukuh, pihak polis kuat kuasakan undang-undang bila demo itu
dilakukan pembangkang tetapi tidak untuk mereka yang sokong kerajaan


Menurut Faiz, ketuanan Melayu yang cuba dipersoalkan tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitivi kaum Melayu. Beliau juga memberi amaran pihak berkenaan supaya tidak lagi mempersoalkan perkara terbabit kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan. Disamping ketuanan Melayu, yang dipersoalakan juga ialah tentang penghinaan terhadap agam Islam itu sendiri yang dibuat oleh salah seorang wakil PKR ketika Kongres Nasional parti itu baru-baru ini. Mereka mengecam tindakan wakil berkenaan yang juga merupakan ADUN Hutan Melintang Perak, S.Kesavan yang didakwa mentafsir ayat Al-Quran secara membuta tuli dan tidak tepat. Apa yang pasti pemimpin UMNO dan NGO mereka perlu banyak belajar ilmu berdemo daripada pembangkang.

[Apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah kenapa harus ada dua undang-undang untuk perhimpunan itu sendiri?. Jika ia diadakan oleh parti kerajaan atau NGO yang menyokong mereka, maka arahan itu longgar atau sengaja dilonggarkan tetapi jika ia membabitkan pemimpin dan NGO pembangkang maka arahan itu ketat atau segaja diketatkan. Apakah ini caranya kerja profesional yang dilaung-laungkan itu agaknya. Lokasi yang sama tetapi undang-undang yang berbeza untuk rakyat. Sewajarnya, pihak polis mengambil langkah yang sama terhadap NGO kerajaan jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan undang-undang. Amalan inilah yang menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya kepada kerja-kerja pihak polis itu sendiri sebenarnya. Mereka sanggup menggunakan kekerasan atau berhemah mengikut arahan politik jika sesuatu demontrasi yang tidak memihak kepada kerajaan itu sendiri. Sebaliknya arahan akan bertukar jika ia boleh menguntungkan kerajaan. Ternyata, demo yang diadakan itu adalah dinaungi oleh parti UMNO sebenarnya. Malah Ketua Penerangan Perkasa itu sendiri juga adalah Bendahari UMNO Indera Mahkota sebenarnya. Oleh itu, pihak polis diharap agar tidak meneruskan amalan doubble standard ini pada masa-masa yang akan datang. Berilah keadilan kepada semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing].

Read more »

Read more »

Panas: Gara-Gara Fitnah Cium Anwar Dan Artikel Keluar PKR, Blogger Cucumatkilau Bakal Failkan Saman Terhadap 'Artikel Fitnah' Utusan Malaysia

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 2 Dis - Blogger Panas yang pernah dikaitkan dengan Pahang Daily Online (PDO) satu ketika dulu iaitu Cucumatkilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli akhirnya bersetuju untuk menfailkan "Saman Malu" terhadap penyiaran artikel "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" yang telah dibuat oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia baru-baru ini (27 Nov). Beliau yang dihubungi PDO mengatakan tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi maruah dan imejnya yang terjejas gara-gara laporan "rambang" tersebut. "Memang saya ada mengatakan hasrat untuk keluar PKR di dalam blog peribadi saya namun ia dalam tempoh terdekat ini. Maknanya perkara itu belum rasmi lagi. Soalnya kenapa wartawan Utusan Malaysia mendahului saya. Jika pun saya mahu buat keputusan sudah pasti saya akan maklumkan kepada semua media dan bukan hanya utusan. Tindakan wartawan berkenaan Tarmizi Abdul Rahim jelas sekali telah menjatuhkan maruah dan imej saya. Tambahan pula beliau tergamak melaporkan kenyataan bahawa saya cium Anwar (foto), sedangkan gambar yang disebarkan dengan meluas di internet itu bukanlah saya sebenarnya. Ini semua fitnah dan mereka yang berani menyebarkan gambar tersebut akibat percaya dengan kenyataan yang disensasikan oleh Utusan Malaysia", kata Shukri. Justeru itu beliau memberi notis seminggu untuk akhbar terbabit menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada beliau. "Saya tidak teragak-agak akan menfailkan notis saman terhadap Utusan Malaysia jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh notis tujuh yang akan diberikan", tambah Shukri.


Klik pada imej untuk besarkan laporan yang berkenaan atau klik SINI

Di fahamkan, selepas Utusan Malaysia menyiarkan berita tersebut beliau telah dihubungi oleh berbagai pihak yang mahu penjelasan lanjut tentang perkara ini. Bukan sahaja isu "keluar PKR" malah lebih hangat lagi tentang "cium Anwar". "Saya tidak menafikan beberapa kali bertemu Anwar secara berdepan sebelum ini. Malah saya juga sempat "peluk" Anwar ketika memberi semangat kepada beliau semasa hari-hari terakhir perbicaraan kes liwat I di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (ketika itu di bangunan Sultan Abd Samad depan Dataran Mereka). Saya adalah antara lima orang awam yang berjaya masuk dan menyaksikan detik-detik Anwar dihukum oleh mahkamah gara-gara kes pertama dulu. Memang benar, ketika sesi rehat saya ada peluk dan tepuk bahu Anwar ketika beliau bertemu dengan ahli keluarganya. Ketika itu saya duduk di galeri keluarga Anwar bersama Wan Azizah, Nurul Izzah, Arwah bonda Anwar dan yang lainnya. Saya hanya berpeluk untuk nyatakan sokongan kepadanya. Gambar yang disebarkan itu adalah seolah-olah saya mencium Anwar, sedangkan ketika kejadian saya tidak berada di lokasi yang dinyatakan. Malah, saya juga mempunya saksi bahawa gambar berkenaan memang bukan gambar saya sebenarnya", tambah Shukri lagi.

Tindakan Saman Demi Maruah Serta Pengajaran

Susulan fitnah Utusan Malaysia dan penyebaran gambar tersebut menyebabkan kehidupan beliau dalam keadaan trauma. "Ramai yang terkejut dengan gambar tersebut selepas mengetahuinya melalui Utusan Malaysia. Ada yang kata saya homoseks dan gay, malah tidak kurang juga mengatakan saya juga mungkin salah seorang mangsa liwat Anwar. Sedangkan semua itu tidak berlaku dan hanyalah dusta semata-mata sebenarnya", katanya. Difahamkan, notis seminggu untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia akan dihantar pada hari Isnin (6 Disember) ini. Beliau bakal melantik peguam Mohd Fadli Mohd Ramly (foto) dari Tetuan Mohd Fadzli & Co untuk urusan yang berkenaan. "Saman terpaksa dilakukan setelah melihat kecurangan akhbar terbabit yang tergamak melaporkan berita tidak benar sedangkan mereka melaung-laungkan kononnya mempunyai wartawan yang profesional dan berintegriti. Tindakan wartawan terbabit jelas sekali mencemarkan amalan kewartawanan itu sendiri sebenarnya. Utusan bukanlah blog, ia dibaca oleh jutaan rakyat yang tidak tahu apa-apa. Mereka pasti percaya dengan laporan tersebut. Memang saya ada menafikan kenyataan tersebut sehari selepas itu, tetapi itu bukan permohonan maaf dari pihak terbabit. Itu adalah kenyataan saya untuk menafikannya. Kenapa mereka tidak perbesarkan penafian saya itu seperti berita kononnya saya telah keluar PKR dan sanggup cium Anwar Ibrahim sehari sebelumnya? ", kata Shukri.


Bukti, antara blog yang fitnah CMK selepas laporan Utusan itu
Sila klik imej untuk besarkan, atau klik SINI untuk info lanjut


Bukti, blog mykmu.net juga siarkan fitnah ini, Info sila klik SINI

[PDO ucapkan syabas kepada CMK atas ketegasan beliau dalam hal ini. Ternyata, tindakan beliau untuk menyaman Utusan Malaysia memang sangat dinantikan oleh semua pihak. Tambahan pula laporan yang tidak betul dan jelas sekali berunsur fitnah itu telah menjatuhkan maruahnya. Tidak dapat difahamkan, berapakan jumlah saman yang akan dikemukakan terhadap pihak terbabit setakat ini. Semuanya bergantung kepada perbincangan beliau dengan peguamnnya Ahad ini. Apapun, langkah ini adalah wajar untuk memberi amaran kepada Utusan Malaysia agar tidak terus melakukan provokasi kepada rakyat. Mereka mendabik dada kononnya media arus perdana melaporkan kebenaran, namun kini terbukti laporan yang diceduk dari blog jelas sekali telah menyebabkan mereka terperangkap sekarang. Malah, tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh mencerminkan betapa tidak profesionalnya wartawan terbabit. Laporan seterusnya akan dibuat dari masa ke semasa].

Read more »

Memalukan: "Bajet Defisit" Untuk Tahun Yang Ke-13, Negeri Punyai Hasil Yang Terhad Atau Menteri Besar Pahang Gagal Laksanakan Tanggung Jawab

Sumber: pahangdaily

KUANTAN, 2 Dis - Bajet Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (foto), terus mengalami defisit untuk tahun ke 13 berturut-turut. Bagi tahun 2011 defisit dijangka berjumlah RM68.2 juta, sebagaimana dibentangkan oleh beliau pada 22 Nov lepas. Bagaimanapun, defisit kali ini lebih baik sedikit daripada defisit 2010 iaitu sebanyak RM92,481,950. Adnan ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 di Dewan Undangan Negeri Pahang Selasa lalu, mengakui kerajaan negeri Pahang kini mempunyai hasil yang terhad walaupun merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna, kerajaan negeri gagal menjana kemewahan sumber asli ada di samping tidak inovatif dan proaktif mencipta peluang-peluang ekonomi yang baru. Di samping itu, ramai yang berpendapat pembaziran dan penyelewengan tetap antara punca yang menyebabkan pendapatan ekonomi Pahang tidak berkembang. Adnan juga sempat menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri Pahang akan bankrap jika berterusan membentangkan bajet defisit. Minggu lalu Adnan membentangkan Bajet 2011 dengan peruntukan sebanyak RM871,117,390 untuk negeri Pahang. Sejumlah RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan RM270,693,250 lagi untuk peruntukan pembangunan. Ini bermakna, peruntukan bagi pembangunan rakyat semakin mengecil berbanding bajet-bajet yang lepas.

[MB mempunyai jawapan mudah untuk menolak kenyataan yang berlaku. Bajet defisit 13 tahun berturut-turut membuktikan bahawa Adnan Yaakob gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara serius. Biarpun ia dikatakan dek kerana negeri Pahang mempunyai hasil yang terhada, namun rakyat lebih mengetahui bahawa ketirisan dan penyelewengan yang berlaku adalah punca segalanya. Banyak hasil kerajaan negeri kini dirompak sesuka hati oleh pemimpin UMNO serta juak-juaknya. Malah, ahli keluarga MB Pahang sendiri dipercayai "kembung perut" meraih harta-harta, khazanah dan hasil mahsul kerajaan negeri menerusi beberapa buah anak syarikat milik kerajaan itu sendiri. Malah, perkara ini dapat dibuktikan dan akan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu dalam masa terdekat ini. Adnan dilihat gagal menyakinkan rakyat akibat kelemahan pentadbiran beliau. Sedangkan dalam masa yang sama mereka tahu jutaan ringgit masuk ke kantung pihak-pihak yang berkenaan tanpa sedikit pun rasa malu. Justeru itu, rakyat Pahang tidak harus terus ditipu lagi dan perlu lakukan perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika tidak mereka akan terus dirundung malang dan ditipu oleh pihak berkuasa buat selamanya]. selamatkanpahang

Read more »

Saman Anwar Terhadap Khairy Di Dengar 13 April

KUALA LUMPUR 1 Dis - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 dan 14 April tahun depan untuk mendengar saman fitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan peguam Khairy, Sarah Abishegam di kamarnya apabila kes itu tampil untuk pengurusan hari ini. Sebelum ini, mahkamah menetapkan 8 dan 9 Disember ini untuk mendengar kes itu. Anwar, 63, menfailkan saman pada 7 Sept 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu timbalan ketua pergerakan Pemuda Umno, menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007. Beliau berkata, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007. Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu

Read more »

Perubahan Pucuk Pimpinan UMNO, Nasib Adnan Yaakob Kini Masih Jadi Tanda Tanya Di Pahang !!

Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu di semua peringkat selama 18 bulan mulai Oktober 2011 sehingga April 2013 ini jelas sekali mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Asasnya cukup muda, apabila PM Najib Razak mengatakan penangguhan itu bertujuan untuk menggelakkan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam parti seperti apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Apa yang lebih mengejutkan ialah penyusunan semula kepemimpinan parti itu di peringkat negeri akan diumumkan sebelum hujung tahun ini. Malah Najib berkata beliau memerlukan sedikit masa bagi menentukan tugasan dan jangkaan kepada mereka yang bakal dilantik nanti. Katanya, penyusunan semula kepemimpinan di peringkat negeri itu nanti akan menyaksikan terdapat pemimpin yang dilantik kembali selain muka baru. Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata perubahan kepimpinan parti itu mungkin akan membabitkan kepimpinan UMNO di peringkat negeri, antaranya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Selangor. Soalnya, kini di Pahang juga bahangnya sudah mula terasa. Ramai pemimpin UMNO kini mula berdebar-debar menantikan rombakan yang bakal berlaku tidak lama lagi. Masing-masing takut diri mereka terpelanting terutamanya bagi mereka yang dipercayai team "Pak Lah Khairy". Di Pahang juga kini timbul desas-desus bahawa kerusi Menteri Besar juga akan bertukar. Biarpun sudah beberapa kali perkara ini diwar-warkan, namun ia tetap tidak menjadi kenyataan. Tambahan pula apabila melihat hubungan erat antara MB Adnan Yaakob dengan pihak istana. Namun, ura-ura itu semakin ketara bila beluau diangerahkan pingat khas "Dato' Seri DiRaja" oleh Sultan Pahang baru-baru ini. Menurut sumber, itulah penghargaan tertinggi buat seorang pemimpin negeri. Ia bermakna, riwayat politik Adnan Yaakob di Pahang bakal berakhir tidak lama lagi.

Selepas lebih 10 tahun mentadbir negeri Pahang, Bajet Defisit masih terus disediakan untuk rakyat negeri ini. Semuanya ini membuktikan bahawa KPI Adnan berada diparas paling merudum sebenarnya. Itulah yang menyebabkan Perdana Menteri Najib Razak terpaksa menukarkan Adnan dengan muka baru agaknya. Nama-nama panas yang dijangka mengisikan kekosongan yang bakal ditinggalkan Adnan sekarang ini bukanlah dikalangan Exco atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada sekarang. Inilah yang memusykilkan semua pihak sekarang ini. Bukan Sharkar, bukan Shafik Fauzan, bukan Wan Adnan, bukan Dato Tan dan bukan semuanya. Khabarnya, ada calon lain yang kini sedang hangat diperkatakan. Antaranya termasuklah Ahli Parlimen Rompin (Dato' JJ), Suhaimi Ibrahim (mantan ADUN Benta) dan lain-lainnya. Jika ini berlaku, pastinya UMNO Pahang bakal menerima tamparan yang cukup besar. Kini, masing-maisng sedang mencongak ke mana arah mereka. Adnan dipercayai tidak sehaluan dengan PM Najib Razak. Lantaran itulah kemungkinan besar beliau ditukarkan kini bakal menjadi kenyataan. Apapun, siapa sahaja yang bakal menjadi MB Pahang, selagi ia dari parti UMNO BN maka masalah pasti akan tetap sama. Oleh itu, rakyat perlulah membuat perubahan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jika mahu hidup selesa dan masa depan mereka lebih terjamin kelak.

Read more »