SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

CMK Jadi Ahli Panel Diskusi Blogger Anjuran PAS Pahang Bersama Hishamuddin Rais Di Temerloh !

Pada 23 Oktober 2011 baru-baru ini, CMK sempat hadir ke program HiTea Perdana dan Diskusi Blogger yang bertajuk ""Blogger, Peranan & Cabaran Merialisasikan Pakatan Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" di Restoran Ibnu Hussin (Ibu Jah) perkarangan Pejabat PAS Pahang di Temerloh. Kehadiran CMK utk memantau program tersebut, namun akhirnya dijemput sebagai Ahli Panel oleh Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Peneranga PAS Pahang). Tetamu dan Ahli Panel jemputan ketika itu ialah Blogger Hishamuddin Rais (tukartiub). Pada awalnya, CMK sempat minum teh dengan beliau di Old Town White Coffee bersama Nizam Hamid (PKR) di hadapan restoran terbabait. Banyak perkara yang kami bincangkan tentang hala tju dan perjuangan rakyat menuntut keadilan di negara ini. Memulakan ucapann pada diskusi itu ialah Ustaz Suhaimi sendiri. Peserta sekitar 100 orang hadir dengan membeli kupon bernilai RM10. CMK memberi kenyataan sekitar 15 minit berkaitan dengan pengalaman sendiri, dugaan sepanjang perjuangan dan strategi untuk memantapkan media baru. Antara tips yang CMK berikan ialah supaya semua Facebooker yang merupakan pejuang parti agar tidak terikut-ikut budaya lama. Berbual dan bersembang kosong dengan facbook masing-masing. Mereka perlulah memasukkan beberapa isu penting untuk disebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Mereka juga boleh sharing artikel atau isu yang dimainkan di wall orang lain. Masa terlalu lama diambil hanya untuk berborak kosong merugikan perjuangan.


Sembang petang bersama Hishamuddin Rais dan Nizam PKR di Old Town

CMK sempat memberikan beberapa tips penting untuk dilaksanakan semua


Program "Diskusi Blogger" telah berjaya dijalankan secara santai dan teratur
Ikuti lain-lain lagi gambar foto program tersebut di facebook CMK

Tentang "blog" pula, CMK menasihatkan semua supaya membuat salinan terhadap blog dan artikel penting untuk disebarkan kepada rakyat. Saranan pemimpin PAS agar media baru termasuk blog "masuk kampung" tidak akan tercapai jika usaha ini tidak dilakukan. Tambahan pula di kawasan kampung dan pedalaman tiada kemudahan internet. Justeru mereka perlu cetak seberapa banyak maklumat itu dan sebarakan di surau dan masjid kerana disitu lokasi orang ramai berkumpul sebenarnya. Tidak perlu disebarkan dijalanan, melainkan ada acara keramaian tertentu. Dengan cara ini, mereka yang berada jauh dipedalaman dan mengetahui berita panas dan sensasi lebih awal sebelum ia disiarkan dalam akhbar alternatif seperti Suara Keadilan atau Harakah. Langkah ini perlu dilakukan secara sistematik agar maklumat sampai kepada mereka. Jika tidak hasrat itu tidak akan tercapai sebenarnya. Program berakhir sekitar jam 6.45 petang dengan sessi dialog daripada peserta yang hadir. Sebelum beredar CMK sempat bergambar dengan Hishamuddin Rais. Beliau terkejut dan tidak pernah bertemu CMK, sedangkan kami ada berdebat antara satu sama lain di dalam blog masing-masing sebelum ini. Apapun, terima kasih kepada PAS kerana sudi memberi peluang kepada CMK untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dengan para peserta pada petang itu. Salam !.

Read more »

CMK Hadir Ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Di Stadium Shah Alam Pada Hari Sabtu (22 Okt) !

Ramai yang marah dan mengutuk CMK gara-gara menyiarkan gambar "wanita Melayu tidak bertudung" hadir ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober lalu (Sabtu). Alasan yang diberikan kononnya ramai lagi yang bertudung turut hadir maka kenapa gambar yang tidak enutup aurat itu yang CMK siarkan. Sebenarnya bukan niat CMK untuk menghina atau sebagainya. CMK berada dalam stadium ketika itu dan melihat sendiri situasi yang berlaku. Ternyata, program itu jelas bertujuan untuk menyelamatkan akidah dan mereka yang hadir perlulah menunjukkan akidah yang baik dan mencerminkan wajah wanita Islam yang sebenar. Apa guna hadir ke majlis sebegitu elok dan baik dengan berpakaian tidak menutup aurat dan menjolok mata?. Malah, ramai dikalangan yang hadir hanya sekadar "suka-suka" atau "dipaksa" hadir oleh majikan mereka. Mereka juga dikatakan menerima elaun-elaun tertentu disampin makan minum percuma. Sewajarnya, kehadiran wanita Melayu dengan aksi sebegitu tidak wajar sama sekali. Apatah lagi, himpunan itu bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam agar tidak dimurtadkan oleh agama lain. Malah, ia juga bertujuan untuk memaksa kerajaan mengetatkan peraturan kebebasan beragama dan sebagainya. Sepatutnya, mereka yang hadir sedar dimana berada. Lainlah jika mereka hadir ke majlis-majlis hiburan dan sebagainya. Kenapa ini harus terjadi ?.


CMK sempat bergambar belakangkan pentas utama di Stadium Shah Alam
ketika Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) tersebut diadakan Sabtu lalu

Gambar ini telah cetuskan kontroversi selepas ia didedahkan di facebook

Sikap yang ditunjukkan oleh mereka yang terbabit jelas sekali bertentangan dengan matlamat program tersebut. Apa yang lebih mengejutkan ialah kehadiran umat Islam jauh sekali daripada apa yang dirancang sebenarnya. Terdapat hanya sekitar dua ribu hingga tlima rebiu orang sahaja yang memenuhi stadium berkenaan. Walhal, pada awalnya hasrat untuk mengumpul sejuta orang atau seratus ribu orang mahu dilakukan. Ia jelas bermakna himpunan itu gagal mencapai matlamatnya. Apapun, kelihatan beberapa tokoh agama terkenal seperti Tan Sri Harussaini Zakaria (Mufti Perak), Datuk Dr.Hassan Ali (Exco Selangor), Ibrahim Abu Shah (UiTM) dan ramai lagi jelas menarik perhatian orang ramai terhadap program tersebut. Semoga matlamat yang mahu dilaksanakan tidak merosakkan akidah umat Islam itu sendiri hendaknya.

Read more »

CMK Hadir Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Saidina Umar Al-Kattab, Cenderawasih Kuantan !

Isnin lalu (17 Okt), CMK sempat hadir untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih Kuantan. CMK tiba di kawasan masjid berkenaan sekitar jam 7.20 malam. Jalan masuk ke lokasi penuh sesak dengan lalulintas bermula dari persimpangan lampu isyarat Taman LKNP Bukit Setongkol-Kg.Tiram ke Pusat Bandar Kuantan. Ternyata, sambutan yang diberikan oleh orang ramai sungguh menggalakkan. Malah, CMK rasa malam itulah menjadi satu sejarah kepada kuliah Ustaz Azhar yang berjaya menghimpun sebegitu ramai manusia. Dari yang tua sehingga yang muda, semuanya berbondong-bondong mahu mendengar kuliah beliau. Ketika CMK sampai, kuliah sudah bermula. Sementara itu deretan gerai jualan telah dipenuhi orang ramai di sepanjang kiri kanan jalan masuk ke kawasan masjid berkenaan. Banyak ilmu yang bermanfaat telah disampaikan oleh Ustaz Azhar. Beliau banyak menyentuh soal kematian terutamanya persediaan dalam menguruskan jenazah. Kuliah beliau yang diselang seli dengan unsur humor (lawak) itu telah berjaya menambat hati orang ramai. Mereka tidak kering gusi tertawa dengan jenaka santai yang disampaikan oleh Ustaz Azhar. Disamping berjenaka beliau juga sempat memberikan nasihat yang berguna kepada semua. Kuliah berakhir sekitar jam 9.30 malam sebelum sesi soal jawab dan solat Isyak yang diimamkan oleh beliau. CMK sempat meronda dan meninjau-ninjau ke gerai-gerai jualan yang berada di situ. Inilah kali pertama CMK lihat begitu ramai manusia hadir ke kuliah Ustaz Azhar di masjid berkenaan. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau hadir menyampaikan kuliah di masjid itu. Paling membanggakan CMK juga sempat bergambar dengan beliau ketika terserempak di sebuah restoran selepas program itu. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus. Sesungguh beliau adalah pendakwah yang cukup popular pada masa ini.



Pertemuan singkat dengan Ustaz Azhar Idrus malam itu, walau pun buat seketika namun ia cukup bermakna untuk CMK meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara tercinta. Sesungguhnya, CMK turut terharu apabila Ustaz Azhar sendiri mengakui sudah lama ikuti tulisan CMK, cuma tidak kenal orangnya. Maka kami bersalaman dan berbual mesra berbincang sesuatu yang penting untuk kesinambungan perjuangan orang terdahulu. Semoga semua ini akan memantapkan lagi api perjuangan.

Read more »

Tempoh Sebulan Diberikan Kepada Pembangkang Yang Terlibat Dengan Projek Lynas Agar Tarik Diri

Ramai yang terkejut bila dalam laman facebook, CMK ada mendedahkan tentang beberapa kerat individu dalam "parti pembangkang" yang mempunyai projek secara langsung dengan Lynas Corporation, iaitu syarikat yang ditentang habis-habisan kononnya akan menghasilkan "sisa radioaktif" akibat bahan buangan hasil pemerosesan "rare aerth" di kilang mereka dekat Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Pendedahan CMK itu mendapat komentar panas daripada semua pihak, malah ada yang mahu CMK dedahkan terus siapakah individu yang terlibat?. Di fahamkan, individu terbabit bukan sahaja mendapat projek dalam syarikat Australia itu malah ada diantara mereka turut membiarkan ahli keluarga dan saudara mara bekerja di situ. Mereka ternyata khianat kepada perjuangan rakyat yang mahu kilang itu dinyahkan dari bumi Pahang ini. Di depan mereka menyokong berapi-rapi kempen bantahan Lynas. Tetapi dibelakang mereka "main projek" dan makan besar hasil keuntungan yang diperolehi. Apakah begini caranya mereka berjuang?. CMK kesian melihat pemimpin seperti YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) serta lain-lainnya. Mereka bermati-matian membantah projek tersebut, tetapi ada pula pihak yang "makan hasil" daripada perjuangan itu. Anehnya, mereka menyokong agar Kerajaan Negeri Pahang batalkan projek Lynas. Jangan jadi munafik dalam perjuangan. Atas apa jua alasan sekali pun, tolong jujur dan adil kepada mereka yang berjuang. Jangan depan berjuang belakang makan untung besar. CMK akan dedah dan bongkar isu ini dalam masa terdekat. CMK harap mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan projek Lynas akan mengundur diri dengan segera atau akan dimalukan bila pendedahan dibuat. Jika UMNO yang buat pendedahan mungkin kita akan kata mereka sengaja mahu jadikan isu politik. Tetapi jika CMK dedahkan, jangan pula tuduh CMK dibeli atau sebagainya. Ini tanggungjawab sosial yang perlu CMK lakukan tanpa prejudis. Mana yang benar CMK sokong, mana yang tidak betul CMK perlu tegur. CMK bagi tempoh sebulan supaya mereka yang terlibat buat tindakan termasuk tarik diri dari terlibat dengan projek Lynas.

Read more »

Rakyat Berhak Untuk Nyatakan Bantahan Mereka Tentang Isu Lynas, Kenapa Perlu Buat Provokasi !

Bantahan terhadap kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan kini semakin memuncak sebenarnya. Apa yang disaksikan ketika Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora pada 9 Oktober 2011 yang lalu, jelas sekali menunjukkan bahawa rakyat berbagai bangsa dan agama terus bangkit dengan berani untuk menyatakan bantahan mereka. Apa yang menarik pada himpunan itu, pemimpin kerajaan dan juga wakil dari Ahli Parlimen Australia, Mr.Robin Chapple (foto) turut hadir menyatakan sokongan. Mereka sanggup bersama rakyat untuk menyatakan bantahan ini. Bagi CMK rakyat ada hak untuk menentang Lynas dan rakyat juga ada hak untuk menyokongnya. Mereka yang menyokong boleh aturkan majlis dan aktiviti masing-masing. Manakala mereka yang membantah bolehlah menyatakan bantahan menerusi salura demokrasi yang ada. Namun, masalahnya ketika himpunan terbabit pihak berkenaan bukan sahaja dipantau oleh pihak polis malah ada juga beberapa kerat pemimpin UMNO BN dan NGO Perkasa yang hadir untuk mengganggu himpunan aman berkenaan. Tidak cukup dengan itu, pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tiba-tiba membatalkan permit yang sudah diluluskan. Mereka juga membawa masuk acara lain ke kawasan itu bagi tujuan mengganggu. Dipunggahnya pelatih PLKN dan dipasangnya sound ssitem yang besar dengan persembahan hiburan yang melampau untuk tujuan tersebut. Apakah wajar tindankan ini dilakukan?. Bukankah hak rakyat untuk nyatakan bantahan itu sudah terkandung dalam perlembagaan dan amalan negara demokrasi. Kenapa perlu diganggu dan sengaja ditakut-takutkan?. Mereka yang menyokong Lynas sepatutnya mengadakan majlis seperti itu di tempat lain. Kumpul seberapa ramai rakyat untuk hadir bagi membuktikan mereka mendapat sokongan. Tidakan mahu wujudkan kekacauan dan pergaduhan adalah sesuatu yang tidak relevan di alaf baru ini. Apakah ini cara orang Malaysai bertindak?. CMK berada pada majlis itu hingga ke akhirnya. Mujurlah tidak ada kejadian tidak dingini berlaku biarpun tanda-tanda ke arah itu sudah nampak. Rakyat Kuantan berhak untuk menyatakan bantahan mereka tentang isu ini, kenapa perlu wujud unsur provokasi oleh pihak tertentu.

Read more »

CMK Hadir Ke Majlis Penerangan Parti KITA. Oleh Datuk Zaid Ibrahim Di Jerantut Hill Resort (6 Okt)

CMK sempat hadir ke Majlis Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Jerantut Hill Resort pada 6 Oktober 2011 (Rabu) yang lalu. Kehadiran CMK adalah atas jemputan Ketua KITA Cawangan Pahang, Saudara Md Nor Jaafar yang merupakan bekas Ketua Cabang PKR Jerantut satu ketika dulu. Program yang diadakan secara santai itu, banyak membuka CMK tentang apakah matlamat sebenarnya kewujudan parti KITA. Ketua Parti, Datuk Zaid Ibrahim yang turut hadir banyak membuka minda dan menerangkan berbagai perkara yang sememangnya berlaku dalam politik di negara kita. Beliau juga banyak menjelaskan tentang hala tuju parti itu yang bertujuan untuk menjadi pemerhati dan penegur yang baik kepada kerajaan dalam apa juga situasi sekali pun. Memang benar bagai dikata, politik di Malaysia hari ini memang sudah melampau. Politik assobiyah dan balas dendam sudah menjadi amalan dalam kehidupan kita. Politik seperti ini sudah tidak relevan lagi buat rakyat Malaysia sebenarnya. Memang kita tahu, di Malaysia politik tuduh menuduh, fitnah menfitnah telah menjadi asam garam sebenarnya. UMNO BN menuduh pembangkang tidak betul sebaliknya mereka sendiri juga tidak betul. Begitu juga pembangkang yang menuduh UMNO BN tidak betul, tetapi apabila kuasa ada pada mereka maka apa yang tidak betul itu dilakukan. Contohnya, ketika BN memerintah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sekarang maka mereka menyekat peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada wakil rakyat yang terbabit. Anehnya, bila pembangkang pula menguasai negeri itu maka tindakan yang sama dilakukan pula terhadap wakil rakyat UMNO BN itu tadi. Akhirnya rakyat yang susah dan menanggung derita. Politik cara begini amatlah tidak wajar.


Datuk Zaid Ibrahim dan Md Nor Jaafar, Ketua KITA Cawangan Pahang

CMK sempat bergambar dengan Datuk Zadi dan kepimpinan KITA Pahang
Datuk Zaid juga banyak mendedahkan kenapa beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya, dia berhasrat dan merasakan PKR sebuah parti yang ingin membawa perubahan buat rakyat. Di luarnya kelihatan baik dan elok, tapi bila berada didalam PKR dilihat lebih teruk dari apa yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO BN. Pemilihan yang diadakan dalam PKR hanyalah gimik semata-mata, sebaliknya pucuk pimpinan parti itu sudah ada calon-calon tertentu yang mahu diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti. Akhirnya berlakulah penipuan dan penyelewengan yang kekal sehingga ke hari ini. Bagi CMK mmalan tipu undi, pengundi hantu dan segala macam yang dituduh kepada SPR yang akhirnya terpalit kepada PKR tidak sewajarnya berlaku. PKR sebenarnya tidak relevan untuk menjadi tulang belakang pembangkang di negara ini. Bayangkan jika satu hari nanti pembangkang pula menjadi kerajaan, maka amalan yang sama seperti hari ini pasti akan dilakukan. Malah, mungkin lebih teruk dari itu sebenarnya. Politik hari ini perlu bebas dari sebarang tekanan dan jujur. Ramai pemimpin dan ahli parti yang tidak jujur kepada perjuangan walau pun diluar ia nampak begitu. Mereka taksub dan menyokong segala yang dilakukan oleh pucuk pimpinan walau pun atas perkara yang salah dari segi moral dan prinsip asasnya. Mereka takut untuk menegur keran gusar dituduh sebagai pengkhianat. Lantaran itu mereka akan terus berada dalam parti, biar pun mereka sendiri tahu parti itu sudah dirosakkan dari dalam. Alasannya, mungkin satu hari nanti parti akan berubah. Sokongan membuta tuli ini tidak wajar berlaku kerana ia jelas menipu rakyat. Semua pihak perlu jujur dalam perjuangan dan berani untuk membuat perubahan.



Dalam berpolitik mana yang baik kita perlu sokong, mana yang tidak betul kita perlu tentang. Inilah asas kehidupan kita sebagai manusia atas mukabumi ini. Masakan semuanya betul apabila ia terjadi kepada parti kita, tetapi kepada orang lain semuanya tidak betul. Sikap sebegini perlulah dihapuskan. CMK tahu ramai sahabat-sahabat dalam parti yang memang sudah benci dengan sikap sesetengah pemimpin tertentu, namun dek kerana mahu mencari peluang mereka masih terus menyokong dan cuba menutup kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Sikap ini amat tidak baik kepada rakyat. Mereka harus sedar bahawa jika kebathilan itu terus dibiarkan maka satu hari nanti parti akan terus rosak. Apakah mereka rela orang yang tidak bertanggungjawab terus memimpin parti yang kononnya mewakili rakyat. Perubahan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas, bukan sekadar retorik semata-mata. Apapun, CMK ucapkan syabas dan tahniah kepada KITA yang sebenarnya lebih jujur dalam membuat perubahan politik di dalam negara kita ini.

Read more »