SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Roadshow 'Bengkel Asas Blogger' Di Kuantan 26 Mei !



[Satu "Bengkel Asas Blogger" akan diadakan di Kuantan pada hari Ahad, 26 Mei 2013 ini. Bengkel selama satu hari itu akan dikendalikan oleh Blogger Cucumatkilau (CMK) yang mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang terbabit. Peserta adalah terhad kepada 10 orang yang terawal sahaja. Menerusi bengkel ini peserta akan diajar tentang teknik dan tektik membuat blog cara mudah "Try & Error", bagaimana untuk mengemaskini, cara memasukkan pelbagai jenis widget ke dalam blog, bagaimana untuk mempopularkan dan menceriakan blog serta yang paling menarik rahsia menjana pendapatan menerusi blog. Apa yang penting semua peserta akan membawa pulang blog masing-masing dan boleh terus menggunakan blog terbabit untuk tujuan masing-masing. Roadshow bengkel ini akan diadakan ke seluruh negara mulai bulan Jun 2013 ini nanti. Justeru kepada mana-mana pihak termasuk parti politik, NGO, kelab dan persatuan atau pun orang perseorangan yang ingin mengadakan bengkel di lokasi masing-masing perlulah mempunyai peserta sekurang-kurangnya seramai 15 hingga 20 orang. Bengkel terbuka kepada semua pihak yang berminat. Kepada anda yang ingin menyertai Bengkel Asas Blogger Siri I di Kuantan, sila SMS Nama & Alamat ke 012-385 4400 untuk dihubungi. Yuran penyertaan hanyalah RM150 sahaja].

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2Ta4RsXZl

Read more »

Panas: Tewas PRU, Blogger CMK Mahu Saman Utusan



[Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli A.K.A Blogger Cucumatkilau tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap akhbar media arus perdana milik UMNO, Utusan Malaysia berikutan penyiaran fakta salah berkenaan dirinya di akhbar itu pada 18 April lalu (selepas hari penamaan calon PRU-13). Dalam laporan gambar itu menyatakan beliau akan bertanding atas tiket Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menentang Ulamak Muda UMNO,  Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (BN) di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15, Sanglang di Perlis Indera Kayangan. Walhal beliau sebenarnya tidak bertanding di Perlis sebaliknya di DUN N13 Semambu dalam negeri Pahang. Ketika dihubungi, Shukri berkata tindakan Utusan Malaysia itu jelas sekali mengelirukan fakta dan menyebabkan beliau tidak mendapat kepercayaan pengundi kerana disyaki bertanding atas tiket bebas atas tajaan PAS di DUN Semambu. Susulan itu katanya, dia kehilangan banyak undi dari kalangan penyokong UMNO dan pengundi atas pagar. "Wartawan terbabit telah tersalah menyiarkan gambar saya dengan nama calon lain di Perlis. Saya difahamkan Mohd Shukri (Perlis) menang ke atas Ustaz Fathuk Bari dengan majoriti tipis 121 undi sahaja... Beliau mendapat 3,632 undi manakala ulamak muda UMNO itu mendapat 3,511 undi. Dia menang tapi saya kalah di DUN Semambu. Utusan menyiarkan gambar saya atas nama orang lain... nama saya Mohd Shukri Mohd Ramli sedangkan calon PAS itu namanya Mohd Shukri Ramli... Ini semua gara-gara wartawan yang tanpa usul periksa mengambil gambar menerusi google image di internet. Saya tewas akibat kekeliruan ini sedangkan saya bertanding di kawasan yang ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya tidak hilang deposit.. Saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan saman dalam masa terdekat", katanya. Sebelum ini  dia pernah saman Utusan dakwaan Cium Anwar, namun kes tersebut tertangguh atas masalah teknikal di mahkamah].


Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2Sie5G900

Read more »

PRU: Blogger Cucumatkilau Tumbang Di Semambu !!



Blogger Cucumatkilau akhir gagal meneruskan misinya untuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini apabila tertewas di Kerusi DUN N13 Semambu semalam. Beliau hanya mendapat 886 undi sahaja. Kerusi itu dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Lee Chean Chun yang mengalahkan penyandang dari BN, Dato' Pang Tsu Ming dengan majoriti 3,200 undi. Chean Chun mendapat 14,753 undi, manakala Pang Tsu Ming 11,553 undi.  Namun, apa yang menarik, walau pun beliau tewas namun kedudukan ranking undi calon bebas seluruh Pahang pada PRU13 ini beliau dipercayai berada ditangga kedua, iaitu di belakang Koh Boon Heng (Bebas DUN Damak yang sudah popular dan dibantu pula oleh jentera PR di sana). Malah undi yang diperolehi beliau juga lebih banyak dari undi Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Binti Ibrahim yang hanya mendapat 447 undi di Parlimen Kuala Kangsar dan Presiden parti KITA, Zamil Ibrahim di DUN Sidam Kedah yang hanya mendapat 347 undi . 

KEPUTUSAN PENUH CALON-CALON BEBAS DI PAHANG PRU-13 :- 

1. Koh Boon Heng (7,841 - DUN Damak) 
2. Mohd Shukri Mohd Ramli (885 - DUN Semambu) 
3. Mohd Wali Bin Alang Ahamad (670 - Parlimen Bera) 
4. Dr Cheam May Choo (408 - DUN Tanah Rata) 
5. Alagu A/L Thangarajoo (338 undi - DUN Jelai) 
6. Alagu A/L Thangarajoo (308 - Parlimen Cameron Hihglands) 
8. Aishaton Binti Abu Bakar (303 - Parlimen Lipis) 
9. Khairul Nizam Bin Abdul Majid (262 - DUN Luit) 
10. Ienan B Kassim (236 - Bukit Ibam) 
11. Syed Mohammad Faiz Bin Syed Azemmant (233 - DUN Peramu Jaya) 
12. Kamarzaman Bin Mohamed Yunus (200 - DUN) 
13. Kisho Kumar A/L Kathirveloo (101 - Parlimen Cameron Highlands) 
14. Ponusamy A/L Govindasamy (193 - Parlimen Indera Mahkota) 
15. Mohd Nor Bin Jaafar (174 - DUN Damak) 
16. Parirud-Din Bin Muhamed Amin (94 - DUN Jenderak) 
17. Mohd Zolfakar Bin Taib (71 - DUN Tioman) 
18. Ienan B Kassim (236 - Bukit Ibam)

[Kekalahan Blogger Cucumatkilau yang bertanding di kerusi DUN Semambu yang mempunyai pengundi majoriti Melayu 56.80% berbanding Cina 33.20% itu amat mengejutkan semua pihak sebenarnya. Sebelum ini, ramai yang meramalkan beliau mampu membuat kejutan di DUN Semambu berdasarkan kepada senario semasa dan faktor undi majoriti itu tadi. Namun, apa yang jelas rakyat terutamanya pengundi hanya melihat calon-calon yang bertanding atas tiket parti politik dan bukannya calon bebas untuk mewakili mereka. Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada beliau kerana berani untuk terus berjuang serta tidak berundur disaat-saat akhir biar pun ditawarkan dengan jumlah wang ringgit yang besar ketika itu. Sekurang-kurangnya beliau masih mempunyai sokongan kerana berjaya mendapat undi yang lebih besar daripada Naib Ketua Wanita UMNO sendiri. Malah, undinya juga lebih besar dari calon bebas Pro-Hijau yang ditaja oleh PAS di Parlimen Bera iaitu Mohd Wali Alang Ahamad yang mempunyai jentera dan kewangan yang kuat untuk berkempen berbanding beliau hanya tidak punyai segala-galanya. Bertanding dengan semangat semata-mata sudah cukup untuk membuktikan beliau boleh melakukan pada pilihanraya umum akan datang. Apapun, jika beliau membuat persediaan yang rapi mungkin lain jadinya. Namun, senario kepartian untuk UBAH masih meresapi jiwa para pengundi dan ia menyebabkan beliau tewas juga akhirnya, walau pun dengan sokongan Melayu].


Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2SidnRvfu

Read more »