SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Projek Ganti Bumbung Sekolah Terbengkalai, Jabatan Pelajaran Pahang (JPNP) Di Harap Bertindak Segera !!


KUANTAN, - Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli AKA Blogger Cucumatkilau (foto)  menggesa Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) mengambil perhatian serius terhadap isu kelewatan menyiapkan kerja-kerja menggantikan bumbung Sekolah Rendah LKTP Bukit Goh dekat sini. Beliau yang menghubungi PDO awal pagi tadi berkata, kelewatan dan kegagalan kontraktor menjalankan kerja-kerja berkaitan kini telah menyusahkan para pelajar di sekolah terbabit. Menurutnya, projek tersebut sepatutnya siap pada 19 Julai 2013 ini. Namun, daripada progres kerja yang sepatutnya dijalankan maka ia dijangka tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. "Siap lewat itu tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR), namun kini masalahnya ialah kepada pelajar. Saya difahamkan pelajar terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa. Mereka kini berhimpit-himpit dalam satu kelas yang digabungkan hingga mencecah 50 orang. Bayangkan, situasi ini amat menyusahkan.. terutamanya kepada pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Bukan sahaja pelajar tidak selesa, malah guru-guru juga mungkin berhadapan dengan masalah yang sama", katanya yang juga bekas Calon Bebas DUN Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Shukri juga berkata, dia terpanggil untuk mendedahkan isu ini selepas mendapat rungutan daripada beberapa orang ibubapa yang amat kecewa dengan senario ini. 


Bangunan sekolah sudah dipagar dengan zink biru, tapi kerja terbengkalai

"Saya hairan mana perginya kontraktor yang telah diamanahkan untuk menyiapkan projek ini?. Bangunan sudah dipagar (zink biru) tapi kerja terhenti. Projek sepatut bermula bulan April lalu dan siap Julai ini. Namun, jika ini keadaannya... saya yakin projek ini tidak akan siap mengikut jadual. Jika ini berlaku.. bukankah ia lebih menyusahkan para pelajar dan guru di sekolah terbabit...", katanya lagi. Tinjau krew kami di Kuantan mendapati projek berkenaan telah dianugerahkan kepada kontraktor MYJZ Enterprise yang beralamat di No. 1/54226, Kampung Baru Permatang Badak, Kuantan (berdasarkan kepada papan iklan). Projek ini adalah dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan (Nombor Sebut Harga Tender ialah JKR/KTN/B(F) 01/2012)

Papan iklan berkenaan, membuktikan projek ini mesti siap dalam tempoh 
sebulan dari sekarang. Namun, dari kerjanya mungkin tidak jadi kenyataan

[Jika dilihat kepada tarikh projek berkenaan, ternyata ia dianugerahkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Namun, anehnya projek yang sepatutnya sudah berjalan 80% itu terhenti begitu sahaja selepas sekolah berkenaan dipagar oleh pihak kontraktor. Dapat dilihat dengan jelas beg simen dan barangan berkaitan sudah diletakkan di kaki lima sekolah terbabit. Soalnya, ke mana menghilang kontraktor berkenaan?. Apa yang terjadi ini jelas membuktikan ada unsur-unsur yang tidak wajar telah berlaku. Namun, siasatan yang rapi harus dilakukan oleh JKR Daerah Kuantan sendiri sekarang. Kenapa perlu menyusahkan para pelajar berkenaan. Mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam keadaan yang tidak selesa akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual. Kini, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan digesa menghantar pegawai masing-masing untuk memantau projek berkenaan. Demi para pelajar yang terbabit, lakukanlah sesuatu mulai sekarang !!].

Read more »