SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Pemilihan PKR: Tunjukkan Keadilan Dalam Parti Dulu Sebelum Mahu Yakinkan Rakyat Perjuangan Yang Di Bawa Benar Ikhlas !


Ramai yg pasti terkejut bila Anwar mahu lawan Wan Azizah utk jawatan Presiden PKR pd pemilihan parti itu kali ini. Apakah motif LAKI BINI berlawan?. Srategi apakah yg nak di buat lagi selepas KAJANG MOVE?. Bg yg tak tau mmg pelik, tp bg sy yg dah lama bersama dgn perjuangan Anwar... Ia tak pelik sbb strategi Anwar hanyalah utk halang AZMIN MOVE lawan Azizah jika dia tak bertanding.

Anwar tahu risiko jika dia menang sbb kes liwat yg akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Namun dia tahu, Azmin tidak akan masuk jika dia lawan Azizah, dlm masa yg sama Anwar akan kemprn supaya Azizah dimenangkan atau dia tarik diri disaat akhir atas alasan sama seperti Karpal Singh.

Kini yg jd mangsa ialah Azmin, sbb terpaksa bertembung tiga penjuru dgn Tan Sri Khalid dan Tian Chua bg jawatan Timbalan Presiden. Prestasi Tan Sri Khalid memuncak selepas PKR menang di PRK Kajang. Tambahan pula dia adalah Menteri Besar Selangor dan org Wan Azizah. Makanya, pasti Wan Azizah lebih suka bekerja dgn Tan Sri Khalid drp Azmin atau Tian Chua.

Azmin pula mendesak Anwar gugurkan Tan Sri Khalid dr jawatan Menteri Besar Selangor. Sebab tu Azmin berusaha mengatakan Wan Azizah layak jd MB walau pun tahu PAS dan DAP pasti tak setuju sbb Kajang Move bukan utk tukar MB. Azmin dan Anwar memainkan sentimen Wan Azizah ada peluang jd MB utk menekan Tan Sri Khalid. Pilihan Azmin, jika dia lawan Tan Sri Khalid tanpa jawatan MB, maka peluang beliau lebih cerah. Jika skrg, pasti kedudukan Tan Sri Khalid lebih kuat sebenarnya. Sebab itu Azmin mahu Anwar bincang dgn PAS dan DAP utk buat transformasi tukar MB di Selangor.

Dalam kedudukan genting seperti ini, apa saja boleh berlaku yang penting semua calon kena berhati2. Jika tidak Azmin akan gunakan strategi yg sama pada pemilihan 2010, bila mengawal Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dimana hampir 80% adalah penyokong beliau. Sebab itu kita tidak hairan, dimana ada org Azmin kalah disitu berlaku kekecohan sampai ada kerusi melayang. Alasannya, bila kecoh pemilihan semula akan dijalankan di cabang berkenaan. Inilah yang berlaku.

Ramai masih ingat banyak penyelewengan undi berlaku. Ada kawasan jumlah pengundi tak sama dengan kertas undi. Petugas JPP yang dilantik boleh bawa balik kertas undi dan hanya lapor menerusi SMS dan panggilan telefon ke Ibu Pejabat PKR. Ini menyebabkan undi palsu dan pengundi hantu berleluasa.

Tidak seperti Pilihanraya, SPR sediakan borang untuk ditndatangani oleh calon2 atas undi yang dikira. Akibatnya jumlah undi berubah-ubah menyebabakan Datuk Zaid Ibrahim kecewa dan tinggalkan PKR. Ini adalah strategi Azmin. Sebab itu semua Ketua Cabang yang tidak menyokong beliau telah ditukar jd calon PRU13 disaat akhir. Inilah tragedi malang yang berlaku dalam PKR baru2 ini.

Justeru, semua pihak dalam PKR digesa hentikan politik sebegini. Mana pergi perjuangan rakyat yang kamu laung2kan. Kamu tuduh UMNO guna wang ketika pemilihan, tp sebahagian daripada kamu juga amalkan budaya itu. Kamu tuduh SPR tidak adil jalankan pilihanraya, tp kamu juga tidak adil terhadap ahli parti sendiri.

Semua amalan ini berlaku didepan mata, cuma sebahagian besar pemimpin yg menjadi mangsa masih mahu teruskan perjuangan dan terus menyokong pemimpin sebegini. Sebab itu saya mengambil keputusan berundur dari PKR selepas pemilihan 2010. Sebabnya, saya tidak boleh bersekongkol dengan mana2 pemimpin yang "cakap tak serups bikin".

Makanya, saya harap semua amalan ini tidak berlaku pada pemilihan PKR kali ini. Jika terus berlaku, maka usahlah marah bila rakyat semakin muak dan jelek dengan perangai pemimpin PKR kelak. PKR masih selamat sebab berada dalam Pakatan Rakyat bersama PAS dan DAP. Bayangkan jika mereka sudah tak bersama lagi. Oleh itu buatlah perubahan dan jangan amalkan politik "kawan makan kawan" lagi.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO Angkara
(Angkatan Pembela Rakyat)
- Bekas Calon PKR PRU12

Read more »

Cuti-Cuti Malaysia, Melawat Tempat Bersejarah Di Bumi Johor


Walau pun dunia masih terkesan dengan insiden kehilangan pesawat MH370, namun kami tetap meluangkan masa musim cuti persekolahan untuk balik ke kampung isteri di bumi Johor Darul Takzim. Biasanya, ikut jalan Kuantan-Muadzam Shah-Segamat-Yong Peng-Simpang Renggam sebelum sampai ke Pontian. Tp, kali ini kami ikut jalan lain Kuantan-Pekan-Mersing-Kota Tinggi-Kulai-Skudai ke Pontian. Banyak laluan bari dirintis. Bertolak dari Kuantan sekitar jam 3.30 petang melalui Tanjung Lumpur - Cherok Paloh - Pekan. Tiba di Cherok Palok sempat menjamu selera di sebuah warung tepi jalan depan masjid. Di situ, isu MH370 heboh diperdebatkan dan ramai yang tak percaya kapal sebesar itu boleh hiang dari radar.



Selepas makan, kami teruskan perjalanan ke Pekan dan sempat singgah seketika untuk bertemu dengan rakan usahawan QMG Network di situ, sementara isteri ke kedai cermin mata. Perjalanan diteruskan ke Rompin, di sini kami singgah ke Rompin Fest 2014 di Kuala Rompin. Sempat membeli apa yang patut sebagai kenang-kenangan. Teringat dulu, saya pernah menjadi DJ dan MC Rompin Fest selama dua musim. Kami teruskan perjalanan dan singgah makan malam di Restoran Nusantara di Endau. 



Kemudian teruskan perjalanan ke Pantai Air Papan. Ingat nak bermalam di situ, tapi dibatakan sebab masalah bekalan air yang melanda. Kami teruskan perjalanan ke Mersing dan bermalam di sebuah hotel bajet di tepi sungai. Pemandangan sungguh indah permai. Bilik tak berapa besar, caj RM148, hotel dimiliki oleh orang Melayu, tapi sepatutnya sejadah disediakan bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat. 



Sekitar jam 11.40, kami check out dari hotel dan terus ke Bandar Penawar dan Desaru. Sempat tengok opis tempat isteri buat latihan praktika di situ dulu iaitu KEJORA. Makan tengahari di Bandar Penawar, sebelum ke Desaru menghirup udara pantai. Singgah seketika di Lotus Hotel & Resort sebelum terus ke Tanjung Balau. 



Di sini kami melawat Muzium Nelayan dan sempat bersantai kira-kira setengah jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Johor Lama. 



Di sini, kami tidak melepaskan peluang menyaksikan peninggalan sejarah Johor Lama. Sempat menonton rencana dan meninjau artifak bersejarah di situ. Kira-kira satu jam lamanya, baru kami beredar ke Kg.Makam di Kota Tinggi.



Di sini kami meninjau makam "Sultan Mahmud Mangkat Di Julang" dan tanah perkuburan lama yang berhampiran. 



Kini segalanya hanya tinggal sejarah yang masih terpahat dalam ingatan sepanjang zaman. Dari sini, kami teruskan perjalanan melalui Kulai dan terus ke Skudai untuk bermalam di rumah kakak ipar dekat Pulai Perdana. Letih perjalanan luas pemandangan. Sejarah tetap dalam ingatan. 

Read more »

Takziah Buat Semua Keluarga Mangsa MH370 Beragama Islam


Sungguh sedih dan terharu tatkala mendengar penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jam 10.00 malam tadi yang mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

PM  berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Jika benar makumat terbaru ini, maka berakhirlah penantian seluruh rakyat Malaysia dan seantero dunia tentang kehilangan misteri MH370 sejak dua minggu lalu. Ternyata spekulasi yang ditimbulkan oleh ramai pihak meleset sama sekali. Kini, kita hanya mampu berdoa semoga semua mayat penumpang terbabit ditemui dengan seberapa segera hendaknya. 

Read more »

Sempat Bersama MB Pahang Dalam Satu Majlis Perkahwinan


Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti, bermula hari Sabtu 22 Mac dan Ahad 23 Mac jadual memang padat dengan jemputan kenduri majlis perkahwinan sekitar Kuantan. 

Paling menarik ialah sempat bertemu dengan Menteri Besar Pahang,  Dato' Sri Di Raja Adnan Yaakob  dalam satu majlisdi Kg.Jawa. Walau pun beliau seorang Menteri Besar, dan saya pernah berlawan dengan beliau dari segi idealogi politik, tetap memang respek dengan beliau kerana masih mesra seperti dulu. Persahabatan tetap diteruskan walau pun siapa kitakan.




Bermula seawal pagi 22 Mac, sempat Meraikan majlis pertunangan anak shbt Johari Ngah, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Pahang di Perkampungan Sg.Isap II, Kuantan. Smpt bersama beliau ketika bertugas di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang, Komplek Tun Razak, Indera Mahkota 1995-2003 dulu.



Selepas itu sempat Singgah ke "Selangkah Ke UITM" di UITM Bukit Sekilau untuk anak sambung belajar ke peringkat Diploma.



Kemudian di sekitar jam 1.20 petang sempat pula meraikan majlis perkahwinan anak shbt Hj.Hashim bekas kakitangan Jabatan Bekalan Air Pahang di Indera Mahkota. Sempat bersama beliau ketika bertugas di Komplek Tun Razak (Komtur) satu ketika dulu.


Sementara itu pada hari Ahad 23 Mac dapat pula undangan untuk jadi DJ Majlis Perkahwinan Juniza & Ehanuddin di Dewan Banquet Hall, UIAM Kuantan, Bandar Indera Mahkota... bermula dari jam 12.00 tengahari hingga ke 4.00 petang.


Terima kasih atas undangan dan jemputan. Kepada sahabat yang nak undang sebarang majlid keramaian boleh terus klik www.cmkevents.blogspot.com atau talian hotline 012-3854400 sekarang

Read more »

"Misi Bantuan Kemanusiaan" Kini Di Teruskan Demi Rakyat


Walau pun banjir sudah lama berlalu di Kuantan, namun semalam saya sempat bersama krew NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) untuk meneruskan "Misi Bantuan Kemanusian" bagi menjejaki golongan fakir miskin dan ibu tunggal yang memerlukan sumbangan bantuan bagi meringankan bebanan kehidupan mereka. Kami memilih lokasi sekitar Kg.Belukar yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Inderapura dan Parlimen Kuantan.



Kawasan ini diwakili oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shafik Fauzan dan Fuziah Salleh dari PKR pula merupakan Ahli Parlimen di sini. Maklumat awal tentang golongan terbabit telah diperolehi oleh wakil Angkara. Kami telah membawa barangan berkaitan seperti pakaian lelaki dan wanita, pakaian sekolah, ubat-ubatan, sejadah dan lain-lainnya lebih awal. Barangan berkenaan kebanyakkannya disumbangkan oleh sahabat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). 



Cuma petang semalam, kami singgah di Pasaraya Tunas Manja Sungai Isap untuk membeli beberapa lagi keperluan lain seperti beras, gula, minyak masak, kicap dan sardin. Sebelum ini kami berhasrat untuk mengagihkan wang tunai, namun adalah lebih baik barangan makanan diberikan bagi memudahkan urusan yang berkaitan.


Seramai 10 orang ibu tunggal dan golongan fakir miskin telah dipilih untuk menerima bantuan berkenaan. Ada yang ditinggalkan suami, sakit buah pinggang dan yang paling tua berumur hampir 80 tahun. Kami membantu seadanya kerana peruntukan dana yang amat terkawal. Sebelum memberi sumbangan, kami sempat bersembang dan berbual panjang dengan pihak berkenaan. Sedih dan pilunya hati bila mendengar keluhan mereka ketika itu.



Seronok melihat mereka gembira dengan bantuan yang kami berikan. Ada yang bersedih dan hampir menangis kerana tidak menyangkan bantuan diterima walau pun banjir sudah lama berlalu. Mereka amat berterima kasih kepada NGO Angkara atas sumbangan tersebut. Program ini akan diteruskan setiap bulan dan lokasi lain pula akan dipilih tanpa mengambil kira latar belakang politik pihak yang berkenaan. 



Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbangkan dana untuk misi bantuan kemanusian Angkara ini bolehlah disalurkan ke akaun Maybank CMK Events Management 5560 1105 9285 dan SMS/ WhastApp 012-3854400 untuk info dan makluman lanjut. Segala sokongan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan. Hulurkan sumbangan seadanya demi meringankan bebanan insan lain yang amat memerlukan.

Read more »

Syabas Buat Datuk Seri Dr.Wan Azizah Menang PRK Kajang


Walau pun tak sempat untuk merasai kehangatan di haripengundian Pilihanraya Kecil DUN Kajang, namun saya nak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang iaitu Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail kerana telah berjaya mendapat mandat rakyat untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru bagi kerusi itu. Wan Azizah menang bila menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak  16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.

Kemenangan tersebut mengulangi keputusan pada PRU13 lalu apabila PKR menang dengan majoriti 6,824 undi. PRK Kajang diadakan selepas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Adun Kajang yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu tidak layak untuk bertanding kerana gagal dalam kes liwat di Mahkamah Rayuan.

Pada PRU13, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. 

Read more »

Naik Pentas, Tidak Timbul Soal Mahu Aktif Semula Berpolitik


Selepas naik pentas di Stadium Kajang baru-baru ini, ramai sahabat-sahabat baik dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang menghubungi saya bertanya, apakah saya mahu kembali ke persada politik?. Inilah soalan panas yang mereka ajukan.... tambahan pula bagi yang mendengar dan mengikuti ucapan saya selama hampir 20 minit di Kajang baru-baru ini.

Bagi saya, segalanya Allah yang akan tentukan. Perjuangan membela rakyat tidak semestinya berada di landasan politik. Sebab itu saya berusaha menubuhkan Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) iaitu sebuah NGO yang benar-benar telus, bebas dan adil serta tidak terikat dengan mana-mana parti politik di negara kita.

NGO Angkara tidak tertakluk kepada mana-mana pihak dan kita wujudkan NGO ini bukan untuk menjadi pengampu atau pun pencacai murahan. Sebab itu, sebelum membuat pelancaran secara rasmi kita mahu memilih mereka yang faham perjuangan rakyat untuk menyertai NGO ini. Jika mereka terikut-ikut rentak parti politik, memang agak susah untuk perjuangkan isu rakyat sebenarnya.

Soal, saya akan kembali ke landasan politik itu bukanlah isu utama selepas saya naik pentas baru-baru ini. Saya naik secara bidan terjun dan bukan ada perancangan sebenarnya. Kami hanya singgah di Stadium Kajang untuk melihat senario terkini Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang sedang hangat sekarang. Sahabat saya memaklumkan kepada penganjur, bahawa Blogger Cucumatkilau ada bersamanya dan boleh diberi ruang untuk berceramah buat seketika malam itu. Tiba-tiba penganjur bersetuju, maka itulah saya naik pentas selepas persembahan Zua XPDC membuat persembahan.

Saya tertarik naik ke pentas sebab programnya ialah Karnival Rakyat. Oleh itu, saya mengambil peluang dan kesempatan menerangkan agenda NGO Angkara yang bakal ditubuhkan kelak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi ruang kepada saya untuk bersuara selepas sekian lama menyepikan diri. Perjuangan rakyat tetap diteruskan.

Read more »

Lama Tak Ceramah, Sempat Naik Pentas Di PRK DUN Kajang


Tanpa diduga, lama tak bercakap dan berhadapan dgn ribuan hadirin termasuk VVIP. Mlm td dpt bersuara selama hampir 25 minit bg menerangkan misi dan visi NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) di Karnival Rakyat Selangor, Stadium Kajang 18 Mac lalu. Gemuruh jugak namun tetap berapi dan bersemangat, asalkan isu-isu yang  melibatkan rakyat...


Sebelum tu sempat bg penerangan ttg NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) kpd shbt2 di Kajang termasuk golongan artis... Leman Raja Lawak, Zua XPDC dan bekas vokalist kumpulan Gamma, .. Masing-masing nampak berminat untuk bersama-sama perjuangkan isu-isu rakyat. Apapun, salam perjuangan buat semua.

Read more »

Baguslah, Akhirnya Kuantan Music Festival (KMF) Di Batalkan


Selepas mendapat komen dan protes oleh beberapa pihak, akhirnya Kuantan Music Festival sah telah dibatalkan oleh pihak berkuasa. CMK juga ada menerima mesej berkenaan 

" TERKINIALHAMDULILLAH..dlm taklimat bersama PDRM DI IPD KUANTAN pd 19.3.2014 (RABU) menyaksikan "Kuantan Music Festival" pd 4-5 APRIL ni DIBATALKAN atas persetujuan bersama PDRM, MPK, BAHAGIAN PENGUATKUASA JAIP & PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN serta semua pihak yg terlibat..terima kasih semua". 

Apapun, syabas dan tahniah kepada yang berkenaan kerana terlebih awal mengelakkan kontroversi yang lebih besar dalam isu ini sebenarnya.

Read more »

Festival Music Kuantan, Sila Kaji Dulu Sebelum Luluskan Lesen


Walau pun Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin ada mengatakan beliau yakin apa yang berlaku di Festival Future Music Asia (FFMA) 2014 itu tidak akan berulang di Festival Muzik Antarabangsa Kuantan  pada 4 hingga 5 April ini., namun ia wajar diperhalusi betul-betul demi kesucian agama Islam. Sebagai orang lama yang banyak terlibat dengan kegiatan hiburan dan muzik di Kuantan, saya juga berharap jaminan kerajaan itu turut disertai dengan tindakan, bukan sekadar omongan kosong semata-mata.

Tindakan menghalang aktiviti minuman keras, pil khayal, dadah dan sebagainya dipintu masuk. Malah, pihak polis, agensi dadah dan pihak berkuasa yang lain perlu mengawal para peserta sejak dari awal hingga berakhir acara ini. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bukit Jalil berlaku pula di Kuantan. Daripada senarai nama artis yang terlibat memang saya nampak ia tidak sehebat di sana (Bukit Jalil).. kerana di Kuantan lebih ramai artis yang bermain alatan muzik (akustik). Malah turut diundang beberapa orang artis tempatan untuk menjayakan acara ini. Cuma apakah adengan yang sama boleh dijamin tidak berlaku di Kuantan?. Kita takut aktiviti tidak sihat seperti minum arak dan dadah juga berleluasa. Dalam hal ini saya bersikap terbuka dan tidak mahu menghentam sembrono kerana mungkin pihak penganjur telah berurusan secara rasmi dengan Kerajaan Negeri Pahang terhadap penganjuran acara ini. Tonton video artis undangan di sini

Jabatan Mufti Pahang, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga peru masuk campur dan meneliti penganjuran acara  ini dari berbagai aspek. Lebih baik ia dibatalkan atau ditunda ke tarikh yang lain kerana seluruh rakyat kini sedang bersedih dengan tragedi kehilangan MH370. Acara sebegini tidak wajar diadakan pada masa sekarang kerana semua rakyat disuruh berdoa, solat hajat dan sebagainya, namun dalam masa yang sama acara hiburan sebegini diteruskan juga. 

Read more »

Jemputan Sertai Bengkel Blogger Usahawan, 22 Mac 2014 Ini


Pada 22 Mac 2014 ini, saya akan adakan satu Bengkel Blogger Usahawan di Kuantan. Lokasi di Wisoyah Rich, B106, Tingkat 1, Rasau Aman 1, Batu 5, Jalan Gambang Kuantan. Bengkel khas untuk semua yang berminat dan tempat adalah terhad.

Apa yang menarik anda akan diajar rahsia membuat bloh teknik termudah dan terpantas didunia yang tidak pernah anda ketahui selama ini. Program selama lima jam bermula 9.00 pagi ini penuh dengan ilmu BLOG yang pasti membuatkan anda teruja. Malah, anda yang sertai program ini akan membawa balik blog peribadi masing-masing selepas tamat bengkel ini. 


Klik imej untuk besarkan

Ketahuilah rahsia membina blog menggunakan kaedah "Try N Error" yang pernah saya lakukan sejak 15 tahun yang lalu. Yuran penyertaan ialah RM80. Diskaun 20% untuk pelajar dan mahasiswa. Cepat, daftar segera sekarang. Roadshow ke seluruh negara akan diadaka. Nantikan jadual tidak lama lagi. Harap Maklum

Read more »

Raja Bomoh Teropong MH370 Lagi, Kali Ini Dekat Teluk Intan


Pelik sungguh Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin... Makin ditegur pihak berkuasa agama, apa yg dilakukan itu tak betul makin dia buat lagi. Terbaru, Raja Bomoh teropong MH370 dekat Menara Condong, Teluk Intan Perak... Guaner citer yer..

Read more »

MH470: Isu Pilot: Antara Kes Anwar Dan Altantunya,


Benarkah Kapten MH370 dipercayai rampas kapalterbang itu akibat kecewa dgn keputusan mahkamah terhadap Anwar Ibrahim?. Kerana dia ahli PKR mungkin spekulasi ini agak menarik juga. Tetapi, tergamakkah seorang pilot buat kerja2 mcm ni hanya kerana Anwar dipenjara 5 tahun?.

Kenapa tak dikaitkan juga rampasan MH370 dgn kes Altantunya?. Sbb pesawat itu khabarnya menghala ke negara berdekatan Monggolia... Mungkin juga kerajaan negara itu marah apabila tiada penjenayah yg didakwa akibat kematian Altantunya Shaariibuu.. Rakyat negara mereka MATI KATAK tanpa ada pembelaan.

Mungkin juga ini adalah balasan dendam kesumat yg lebih besar drp v pilot yg kecewa Anwar dipenjara sdngkan masih boleh membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Justeru, cuba sisatan dakwaan MH370 menghala ke negara itu. Mereka tidak mahu wang tebusan kerana hanya mahukan KEADILAN TERHADAP KEMATIAN ALTANTUNYA.... Mungkinkah spekulasi ini lebih besar dr seorang pilot ahli PKR.

Apapun, ini hanya spekulasi yg pasti mengundang kontroversi sebenarnya.

Read more »

Blog Cucumatkilau Dengan Imej Baru Kini Di Aktifkan Semula



Lama tak aktif dengan blog peribadi cmk ni... tapi mulai hari ni maybe nak aktifkan balik sebab banyak benda yang hilang begitu jer tanpa dapat disimpan. Blog Cucumatkilau kali ni lebih menarik dari dulu dan berkonsepkan magazine. Banyak berita panas dan sensasi akan dikeluarkan di sini terutamanya yang melibatkan isu-isu rakyat. So, sokongan semua amat diharapkan teruatamnya warga Pahang.

Sebelum ni banyak menulis di facebook, tapi tiga facebook yang dah ada 5000 friends kini hilang begitu saja akibat kena block. Puas dfah cuba nak bukak tapi tak boleh gak. Peliknya, log in password boleh pulak masuk tapi nak pegi kat waal tak boleh.. Ada sapa-sapa tau dan boleh tolong.. kaborlar yer..

Read more »

Memang Pelik, Kapalterbang Besar Boleh Hilang Di Udara


Sungguh terharu dan amat mengejutkan biler melihat kejadian pesawat MAS MH370 dari KL ke Beijing tiba-tiba hilang. Pelik, memang pelik kapalterbang yang besar boleh hilang. Tapi bila dikaji semula memang tak pelik sebab ini semua adalah bukti kekuasaan Allah. Namun, siapakah yang punya angkara sampai lebih seminggu belum dapat-dapat lagi nih. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370. Harap mereka dapat dijumpai semula.

Read more »