SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Biar Anwar Berehat Demi Kembalikan Aura Sebuah Perjuangan


Selama lebih 12 tahun membela Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya dlm kes liwat yg dihadapinya... Kali ini sy berharap agar Anwar kembali ke Penjara Sungai Buloh. Bukan kerana sy benci Anwar, bukan kerana sy tak suka Anwar, bukan kerana sy marah dgn Anwar... Beribu tulisan sy sejak 1998 membela Anwar... tp lihat, akhirnya sy sendiri jd mangsa kerakusan mereka yg pegang kuasa.


Mereka yg menyorok belakang tabir ketika Anwar dipecat dulu kini tampil mengatakan merekalah pejuang sejati, walhal kembali selepas diterajang dek parti. Mereka ambil alih perjuangan selepas melihat PKR kuat. Ketika parti lemah mana mereka semua ini. Pernahkah mereka rasa nikmat REFORMASI?. Sekarang .. biarkan mereka semua ini lalui zaman itu. Barulah mereka sedar pengorbanan orang-orang lama....



Maka, bg saya perjuangan keadilan itu lebih bermakna dan terasa auranya bila Anwar kembali ke dalam.... bila Anwar diluar, terlalu ramai pencacai dan penjilat yg mengampu dan merosakkan minda Anwar hingga banyak keputusan yg dibuat mutakhir ini menyinggung hati dan perasaan rakan seperjuangan.

Biarlah Anwar di dalam utk beliau bermuhasabah dan PKR kembali berubah tidak lagi tersasar dr matlamat perjuangan asal. Soal Anwar salah atau tidak dgn Saiful biarlah HAKIM AKHIRAT yg tentukan, tp berehat itu lebih baik dr terus menjadi mangsa provokasi yang mendatangkan kontroversi itu sebenarnya.

Mohd Shukri Mohd Ramli
CMK@Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Agihan Subsidi Minyak Petrol Ikut Gaji Tak Relevan Di Laksana



Agihan SUBSIDI MINYAK PETROL nampak menarik ON PAPER tp perlaksanannya pasti BERTERABUR sbb mana mungkin nak isi minyak perlu tnjuk SLIP GAJI...apa citer kalau gaji saya RM10,000 sbln tapi sy surih DREBAR atau MEMBER yg tak keje, tak ada slip gaji tolong isi minyak..bawak kereta saya?.

Persoalannya... MATLAMAT tu bagus tapi ini semua TIDAK RELEVAN... Sbb siapa yg akan CHECK kita beli minyak?. Macam mana kalau sy beli minyak jam 3.00 pg ketika itu hanya ada STAFF DLM KAUNTER dan PINTU DI TUTUP.




Bagaimana pula jika sy isi minyak guna DEBIT ATAU KREDIT KAD.. sapa yg nak tgok gaji saya? . Maka itu, langkah ini pasti akan mengelirukan..sbb org isi minyak TAK TENTU MASA... Kerajaan mahu letak pemantau di semua stesyen minyak?. Atau biatkan BANGLA yg keje pam minyak tanya setiap pelanggan GAJI BERAPA?.

Nak tengok slip gaji ker setiap kali ISI MINYAK...ada Mat Bangla yg jd Pam Attendent kena LEMPANG BODO jer dek pelanggan nanti. Banyak lg benda yg pasti menarik utk anda fikir dan kongsikan. Tolong tanya skrg yer.....

Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Sampai Bilakah Mangsa Banjir Kuantan Mahu Di Perbodohkan ?


Terkadang sedih dan simpati dgn nasib RAKYAT KUANTAN... Duit banjir sumbangan kerajaan UAE sudah diagihkan tp majoriti mangsa masih belum terima, BANJIR RAOUND KEDUA NAK MUNCUL PULAK ni.... Antara jawapan bangang yg diberikan oleh pihak berkenaan ialah :-

1. Ada bukan mangsa tp menyamar jd mangsa, rumah naik air sikit jer.. dahlar rumah sewa.. so baik jangan bagi semua.. (yg tipu maybe 10% jer, tapi yg dinafikan hak 90%)

2. Duit banjir dr kerajaan UAE telah dipulangkan kepada UAE.. jawapan dr org SUK bila ada sahabat telefon.

3. Kalau nak duit banjir pergi tuntut sendiri dekat Kedutaan UAE di Kuala Lumpur.. juga jawapan dari SUK Pahang .. bila ada yg ke sana.

Macam2 jawapan mengarut yg sengaja direka cipta untuk menafikan hak rakyat seperti yang dijanjikan... Soalnya mana pergi wang yg diberikan oleh Kerajaan UAE khas utk sumbangan kepada mangsa banjir...?

Kenapa ada urusetia banjir MENJUAL BARANGAN BANJIR atas alasan berlebihan?. Malah ada urusetia sorok barangan seperti tilam, bantal, selimut, beras, gula dll?., Lepas habis banjir pakat jual belaka atas alasan berlebihan...

Banyak lagi pengkhianatan HAK RAKYAT berlaku ketika banjir dulu.. Kini  banjir baru akan tiba bila2 masa sahaja...Oleh itu, kami akan bongkarkan demi RAKYAT yang sepatutnya didahulukan.

Pihak kami akam membuat pendedahan eksklusif perkara ini agar rakyat tidak kira dari apa jua fahaman politik tidak terus diperkotak-katikan oleh pihak penguasa yang khianat sebenarnya.

Mohd Shukri Mohd Ramli  
Penyelaras NGO
 Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Dah Nak Banjir Semula Tapi Bantuan Tahun Lepas Belum Dapat


KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa kerajaan negeri Pahang melunas dan menyelesaikan segera janji pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir tahun lalu.

Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, ini disebabkan masih ramai yang merungut belum mendapat wang tersebut sedangkan cuaca di daerah ini kini sering hujan lebat yang mungkin menyebabkan mereka ditimpa bencana banjir sekali lagi.

Katanya, jika kerajaan gagal satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat.

“Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi.


“Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya duit banjir sumbangan kerajaan Emiriyah Arab (UAE) sebanyak USD10 juta yang dijanji untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir penghujung tahun lalu,” katanya.

Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan  ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air Sungai Kuantan naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar.

Dalam kejadian tersebut buat pertama kali pusat bandar Kuantan lumpuh ditenggelami air, harta benda awam dan persendirian musnah serta tiga jiwa turut terkorban.



Shukri berkata, Rakyat tidak suka terus dimomokkan dengan janji manis kerajaan. Meskipun mereka bukanlah lapar sangat dengan wang tersebut tetapi soal integriti menguruskan sumber kewangan yang diperoleh.

“Bagaimana dalam satu kawasan perumahan yang sama-sama meredah banjir ada separuh yang dapat dan separuh lagi kempunan?

“Kasihan mangsa, ada yang beratur panjang, berebut-rebut sehingga tiga kali beri nombor akaun bank. Ada yang sampai bertumbuk di Komplek Penyayang, semuanya mengharapkan duit banjir, tetapi senyap sunyi sehingga kini,” ujarnya.

Shukri berkata, kerajaan berjanji untuk memberi dua kali wang bantuan banjir iaitu RM750 daripada kerajaan negeri dan jumlah yang sama oleh bantuan Emiriyah Arab.

Tambahnya, wang bantuan kedua itu kononnya dimasukkan terus ke akaun mangsa yang berdaftar melalui Jabatan Kebajikan. #sumber

Read more »