SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kurang Petugas: Kerajaan Sepatutnya Gunakan Khidmat Pelatih PLKN Sebagai Sukarelawan Banjir


Tragedi banjir terbesar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan seuruh semenanjung Malaysia sekarang ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak pernah di duga oleh mana-mana pihak sekali pun. Ia merupakan musbiah yang dilihat lebih besar daripada bah yang berlaku pada tahun 1971 dan sebelumnya. Jika dulu, banjir berlaku pada zaman negara belum membangun dan sudah pastilah kerosakannya dan kerugian harta benda tidaklah sehebat mana. Namun, hari ini banjir yang berlaku dianggap luar biasa dan memang diluar jangkaan.

Susulan itu, berbagai persiapan yang dilakukan oleh pihak kerajaan banyak yang berlaku sebaliknya. Malah, apa yang paling ketara dilaporkan mengenai kekurangan jentera untuk misi bantuan kemanusiaan setiap kali musim banjir. Kali ini ia lebih parah lagi, apabila beberapa negeri dan bandar mengalami situasi yang amat kritikal. Ramai mangsa yang menghadapi tekanan akibat kelewatan mendapatkan bantuan. Malah ada yang kebulur dan ikat perut akibat tidak dapat makan selama beberapa hari. Ramai juga yang terpaksa bermalam di bawah rintikan hujan dengan cuaca yang amat sejuk akibat kelewatan bantuan. Semua ini menyebabkan mangsa berkenaan menjadi marah dan kecewa dengan kerajaan yang diihat gagal menangani misi bantuan dengan segera seperti dijanjikan.

Jawapan kekurangan jentera untuk membantu amatlah tidak wajar sama sekali kerana saban tahun tatkala musim tengkujuh melanda kerajaan mendakwa sudah bersiap sedia menhadapi banjir. Malah, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku menteri berkenaan pernah keluarkan kenyataan bahawa pengurusan banjir di Malaysia antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik dari Amerika Syarikat. Persoalannya kenapa masih banyak berlaku kepincangan hingga menyusahkan mangsa yang berkenaan.



Justeru, pada masa akan datang Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) mencadangkan supaya kerajaan menggunakan semula pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyumbang bakti berkhidmat kepada negara ketika ditimpa musibah seperti ini. Pelatih PLKN telah dilatih selama tiga bulan dengan kos yang menelan belanja jutaan ringgit. Maka itu, kenapa tenaga mereka tidak langsung digunakan sebagai sukarelawan banjir. Mereka boleh digunakan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir untuk melancarkan urusan yang berkaitan. Sampai bila bakat yang ada kepada pelatih PLKN ini perlu disimpan begitu saja?. Merekalah yang sepatutnya dijadikan aset sukarelawan banjir di seluruh negara. Mereka mempunyai berbagai asas dan kemahiran untuk membantu dan menolong orang ramai ketika ditimpa bencana seperti ini. Kenapa masih mengharapkan KRT, JKKK, RELA dan sukarelawan biasa yang tidak terlatih sepenuhnya dalam misi bantuan kemanusiaan seperti ini. Bukankah elok jika bekas pelatih PLKN yang kebanyakannya sedang bercuti dari pengajian mereka di institusi pengajian tinggi dipanggil semula untuk menyumbangkan bakti kepada negara dikala ditimpa bencana seperti ini. 



Cadangan kami, perkara ini diperhalusi dan dipertimbangkan demi memudahkanlah lagi operasi dan kerja-kerja bantuan yang diperlukan. Jumlah bekas pelatih PLKN bukan seorang dua sebenarnya. Malah saban tahun puluhan ribu peatih menamatkan latihan mereka di PLKN seluruh negara. Inilah masa mereka perlu menunjukkan "Khidmat Kepada Negara" dan bukannya tidur enak dibantal empuk ketika rakyat ditimpa musibah, sedangkan kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Jika bukan sekarang, bila agaknya masa yang paling sesuai untuk mereka buktikan keberkesanan Latihan Khidmat Negara yang telah dilalui selama ini. Alangkah indahnya, tatkala banjir menimpa kelihatan pelatih PLKN dengan pakaian seragam mereka bertugas membantu mangsa-mangsa banjir di sana-sini. Dengan cara ini, barulah ada kesan postif terhadap PLKN itu sendiri sebenarnya.

Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Terjah Temerloh 30 Disember, Naik Bot Hantar Misi Bantuan Bersama NGO IKRAM


Edisi Terjah 30 Disember, Skuad Terjah Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah bergerak bersama dengan NGO IKRAM Pahang untuk ke lokasi seterusnya di Temerloh. Kami bertolak dengan menaiki tiga truck (Hilux) menerusi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kuantan ke Maran sekitar jam 2.30 Petang. 



Setiba di Plaza Tol Maran, kami dimaklumkan bahawa laluan Simpang Jengka (Tajau) dan Simpang Chenor sudah tidak boleh dilalui. Ini menyukarkan misi bantuan kemanusiaan IKRAM untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan iaitu Paya Pulai, Temerloh.



Akhirnya kami terpaksa berpatah balik memasuki LPT menuju ke Exit Plaza Tol Chenor. Dari sini kami terus ke laluan banjir di Felda Sg.Nerek ke Kg.Awah. 



Ternyata lalaun utama Jengka-Temerloh ini sudah ditutup dan tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan sama sekali. 



Kami terpaksa menggunakan bot Unit Amal PAS untuk membawa barangan ke seberang yang jaraknya lebih kurang satu kilometer dengan kedalaman air mencecah enam meter di situ. Ketika sampai, orang ramai telah berpusu-pusu di kawasan terbabit untuk melihat sendiri banjir di situ.



Terdapat juga gerai-gerai jualan yang dibuka kepada orang ramai di situ. Barangan banjir telah diagihkan sepenuhnya di lokasi terbabit. Pada asalnya, kami ingin membawa sebahagiannya ke Jengka 8. Namun selepas dimaklumkan ada mangsa yang memerlukan bantuan di situ maka ia ditinggalkan di lokasi terbabit. 



Sekitar jam 5.30 petang kami bertolak ke Jambatan Temerloh untuk  menyaksikan pula keadaan air banjir di KM126, Exit Temerloh yang masih dinaiki air. Ternyata air bertambah dan jaraknya juga semakin jauh. Air amat deras disitu, kelihatan beberapa orang petugas bantuan banjir sedang mengagihkan barangan untuk di hantar ke Kuala Krau. 



Laluan LPT Kuantan ke Kuala Lumpur, masih ditutup sepenuhnya di situ. Kelihatan sebuah lori membawa amang tersangkut dalam air akibat kegagalan untuk meredah banjir.



Kami berada dis itu kira-kita setengah jam sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuantan. Sebelum balik singgah solat Maghrib dan Isyak di R&R Temerloh. Suasana sungguh lengang, tiada kenderaan dan tiada satu pun gerai makanan yang dibuka. 



Mujurlah ada sebuah kedai serbaneka yang dibuka kepada orang ramai untuk membeli sesuatu. Kami sampai di Kuantan sekitar jam 9.30 malam. Edisi Terjah Temerloh gagal tapi cukup bermakna kerana merasia pengalaman menaiki bot ketika banjir. #cmkterjah

Read more »

Terjah Pekan 29 Disember, Air Sungai Pahang Di Waterfront Masih Lagi Bertahan


Pada 29 Disember skuad Terjah Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah berjaya meredah air untuk sekai lagi ke Bandar DiRaja Pekan. Kali ini perjalanan agak berliku dan berbahaya kerana air banjir sudah pun naik melepas jalanraya terutamanya di sekitar kawasan Kg.Ubai menuju ke bandar Pekan. Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar terutamanya ketika lawatan menyaksikan paras air di Pekan Riverfront. Ternyata, paras air Sungai Pahang di situ masih lagi bertahan sebenarnya.



Perjalanan balik amat menyukarkan apabila terpaksa menempuh beberapa halangan air yang sudah membanjiri jalanraya. Apapun, kami berjaya melepasi halangan berkenaan dengan jayanya. Dibawah ini dipaparkan edisi terjah Pekan buat tatapan para pembaca budiman.



Difahamkan, pada sebelah malamnya, laluan di hadapan Sek Men Ubai sudah ditutup kepada kenderaan ringan akibat air yang semakin naik. Mujurlah kami berjaya melepasi halangan-halangan yang bekenaan. #cmkterjah

Read more »

Edisi Terjah 28 Dis: Sempat Mengadap Tengku Mahkota Pahang Di SK Pahang Tua, Pekan

 

Edisi Terjah Banjir NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) ke Pekan petang semalam adalah yang terbaik sepanjang musim banjir ini. Ia kerana saya sendiri berjaya mengadap dan berbual mesra dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah ketika baginda hadir ke program sumbangan banjir di Pusat Pemindahan Banjir Di Sekolah Kebangsaan Pahang Tua.


Pertemuan yang tidak dirancang itu berlaku ketika kami menerjah banjir di Kg.Semangat, Kg.Lamir berdekatan dengan Kg,Pahang Tua. Kami bergegas ke SK Pahang Tua selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk bahawa ada majlis penyerahan bantuan banjir oleh Tengku Mahkota Pahang di sana. Tidak syak lagi kehadiran kami kena pada masanya. Sempat melihat anakanda baginda menyampaikan sumbangan banjir di situ, sebelum saya mengambil kesempatan untuk mengadap baginda secara berdepan. Sempat berbual dan bergambar seketika sebelum banginda dan rombongan beredar ke lokasi lain. 


Terdahulu, kami sempat merakamkan beberapa gambar dan video di Kg. Permatang Pasir dan Kg.Lamir. Sebelum balik ke Kuantan sempat memantau keadaan terkini air Sungai Pahang di Jambatan Sultan Abu Bakar dan selepas itu ke Riverfront Pekan untuk melihat sendiri keadaan air sungai di sana. Ternyata keadaan masih terkawal dan air masih belum naik sepenuhnya membanjiri bandar Pekan. 


Foto2 Yg Sempat Di Rakamkan Ketika Kami Berkunjung Ke Kg.Lamir, Kg.Pahang Tua .. Utk Meninjau Situasi Terkini Banjir Ptg Tadi. Air Sedang Naik. ‪#‎cmknews‬


 [4.55 PM] ~ Singgah Di Kg.Semangat, Dlm Edisi Terjah Ke Pekan. Kawasan Ini Air Baru Naik Dan Mangsa Banjir Kini Di Tempatkn Di Dewan Orang Ramai. Sempat Posing Dgn Anak2 Penduduk Di Sini. Hati2 Semua Yer. ‪#‎cmknews‬


[5.10 PM] ~ Kami Berada Di Kg.Lamir, Pekan. Air Sedang Naik Skrg. Cuaca Kini Hujan Sekejap2 Kadangkala Lebat. Edisi Terjah Banjir Akan Ke Bandar DiRaja Pekan Utk Melaporkan Berita Terkini Selanjutnya.‪#‎cmknews‬


[8.30 PM] ~ Shbt2 Yg Nak Ke Pekan Bandar DiRaja Di Minta Berhati2 Kerana Air Sudah Mula Naik Atas Di Hadapan SMK Ubai, Jalan Pekan-Kuantan. ‪#‎cmknews‬


Sebelum beredar sempat makan martabak Pekan. Kami tinggakan Pekan sekitar jam 8.30 malam, dan terserempak pula dengan air banjir yang sudah mula naik ke atas jalan berhadapan Sekolah Menengah Ubai.

Read more »

Edisi Terjah 27 Dis, Bandar Ikan Patin Pula Di Tenggalami Air !


Edisi Terjah Banjir NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) diteruskan lagi semalam, dengan menerjah ke lokasi seterusnya di Temerloh "Bandar Ikan Patin". Kami bertolak dari Kuantan melalui Plaza Tol LPT Kuantan di Bukit Goh. Perjalanan terhenti setiba di exit Plaza Tol Maran. Trafik sesak apabila pihak polis memaklumkan jalan ditutup kerana air banjir di LPT Temerloh. Aliran trafik begitu perlahan kerana banyak kenderaan terpaksa melalui Maran untuk ke Kuala Lumpur akibat masalah terbabit. 

Kami membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Maran  dan meneruskan perjalanan ke Temerloh seperti biasa. Walau pun engkar arahan, namun niat kami ialah untuk mendapatkan gambar-gambar banjir secara dekat dari lokasi. Kami berjaya melepasi exit Plaza Tol Chenor dan kemudian meneruskan perjalanan ke R&R Temerloh untuk solat dan makan. Selepas itu kami teruskan perjalanan dan ternyata air Sungai Pahang naik tinggi dan sungguh membimbangkan. 


[4.30 PM] - Laluan LPT Dr Ktn Ke KL Di Tutup Kpd Lalu Lintas. Semua Kenderaan Di Lencongkan Ke Maran Menyebabkan Kesesakan Yg Luar Biasa. Di Fahamkan Banjir Berlaku Di LPT Temerloh Dan Hanya Kenderaan Ringan Di Benarkan Lalu. Pihak Polis Memantau Di Simpang Ke Plaza Tol Maran. Sila Berhati2. ‪#‎cmknews‬


[5.11 PM] ~ Kami Berjaya Melepas Plaza Tol Maran Ke Chenor, Selepas Membuat U-Turn Sebelum Bayar TOL. Niat Kami Nak Dptkan Gambar Dr Lokasi Banjir. Ternyata Banjir Di LPT Maran - LPT Chenor Sudah Surut. Kami Skrg Rehat Di R&R Temerloh. ‪#‎cmknews‬


[5.20 PM] ~ Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Dr Maran Ke Chenor Lengang Tiada Kenderaa Yg Lalu. Hanya Krew Kami Yg Bergerak Utk Memantau Banjir, Bg Memberi Maklumat Terkini Kpd Shbt2. Ternyata Dr Maran Ke Chenor Sudah Boleh Di Lalui.. Banjir Sudah Surut. ‪#‎cmknews‬


 [6.45 PM] ~ Laluan Di Simpang Plaza Tol Temerloh Sudah Di Naiki Air & Bahaya Kpd Kenderaan Ringan. Mmg Tak Boleh Di Lalui Dr Kedua2 Arah Skrg. ‪#‎cmknews‬



[6.50 PM] ~ Situasi Di LPT kat Simpang Plaza Tol Temerloh Skrg Agak Tragis, Bila Ada Yg Sanggup Meredah Banjir Utk Balik Kampung. Air Banjir Sanggup Di Redah. Semua Kenderaan Ringgan Di Halang Melalui Jalan Ini. Amat Berbahaya. ‪#‎cmknews‬


[7.01 PM] ~ Beberapa Buah Bas Ekspress Terpaksa Meredah Air Akibat Banjir Di Simpang Plaza Tol Temerloh. ‪#‎cmknews‬


Ini Foto Banjir Di Felda Sungai Nerek, Keluar Tol Chenor Masuk Kiri Utk Ke Pekan Awah /Temerloh Mmg Sudah Tak Lepas. Rakaman Petang Tadi Dr Lokasi. ‪#‎cmknews‬


Kami sempat merakamkan gambar di atas jambatan dan kemudian teruskan perjalanan untuk keluar melalui Plaza Tol Temerloh.




 Malahnya, di KM126 simpang masuk ke Plaza Tol Temerloh, sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan akibat dinaiki air lebih 300 meter. Demikianlah serba sedikit rentetan perjalanan kami untuk tatapan pembaca budiman. Video sila tengok di bawah:-

Read more »