SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Selamat Berjuang Sahabat Lokman Noor Adam Di PRK Sungai Kandis, Menang Atau Kalah Anda Tetap Pejuang Sejati !


Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat saya  Datuk Lokman Noor Adam yang dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang sedang berlangsung sekarang ini.

Lokman bukanlah satu nama baru dalam arus politik negara sebenarnya. Saya mengenali beliau sejak kami sama-sama belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perak di Bandar Sri Manjung, Sitiawan sekitar tahun 1990-1991 dahulu. 

Saya hanya sempat bersama beliau ketika dia berada dalam Parti Keadilan Nasional (PKN) satu ketika dulu. Ketokohan dan kehebatan Lokman memang sudah terserlah sejak di IPT lagi sebenarnya. Cuma saya lebih senior dari beliau ketika itu.

Namun ketika berjuang sejak era Reformasi, Lokman dilihat terkehadapan daripada saya. Malah dia membina namanya dalam Pemuda Keadilan sebelum berlaku krisis antaranya dengan Ezam hingga membawa kepada pemecatan beliau dari parti pada 2004.

Saya turut mendapat tempias kerana banyak menolong Lokman ketika itu. Saya tahu kekuatan jiwa beliau dan banyak menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan perjuangan. Malah, beliau sendiri pernah melalui saat-saat getir ketika bersama UMNO itu sendiri. Berbagai tuduhan dan dakwaan songsang dibuat oleh musuh dalaman untuk menjatuhkan beliau.

Tambahan pula ketika di menawarkan diri bertanding jawatang tinggi dalam sayap parti itu sebelum ini. Namun, jiwa Lokman kuat dan dia terus istiqomah dengan tugasannya di JASA dan kemudian di Kementerian Kewangan. Dia kerap turun padang bertemu dengan semua golongan rakyat untuk memperbetulkan persepsi dalam beberapa isu besar ketika itu.

Kekalahan BN pada PRU14 benar-benar mengeujutkan dan saya tidak sangka kini Lokman diterima sepenuhnya oleh UMNO. Bahkan beliau dianggap wira yang menjadi pejuang sebenar parti itu. Mungkin kerana dia ada bakat dalam gerakan reformasi ketika Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dulu.

Lokman bukan sahaja menang bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO, malah namanya pula dipilih sebagai calon PRK Sungai Kandis. Satu permulaan yang baik untuk kelanngsungan politik beliau sebenarnya.


Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah ketika programmnya di Raub sekitar bulan Jun 2017 yang lalu. Kami sempat beramah mesra dan bertukar-tukar pandanga. Walau pun ada kalanya beliau marah atas tulisan panas saya terhadap dirinya, namun kami tetap bersahabat dan saya doakan Lokman dapat membina masa depan politiknya dengan lebih cemeerlang selepas ini hendaknya.

Di PRK Sungai Kandis, bagi saya Lokman wajar diberi peluang untuk masuk ke DUN Selangor. Beliau berupaya menjadi "check n balance" untuk memastikan kerajaan tidak tersasar dari landasannya. Jika PKR menang, ia langsung tidak memberi apa-apa kesan dan perubahan kepada Selangor. Maka itu, Lokman perlu dimenangkan demi Selangor yang lebih adil dan saksama kepada semua rakyat.

Salam Perjuangan,

BLOGGER CUCUMATKILAU
24.07.2018 (1.49 am )

1 Komen Artikel Ini:

  • Anonymous says:
    Aug 7, 2018, 2:14:00 PM

    Apa barang ngan lokman bangang ni... patut pun bungkus... ingat kempen dalam kuil hindu boleh mwnang...rupanya bungkus... dewa marugun pun menyampah tengok muka lokman banggang ni... kikiki