SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Biar Pun Ada 'Buku Forensik' Dan Seminar Untuk Nafikan, Saya Tetap Bertegas Banjir Besar Di Bentong Tetap Ada Kaitan Isu Pembalakan !

 

Saya bertegas menolak kenyataan yang di buat oleh Kerajaan Pahang, bahwa kejadian banjir besar yang berlaku di Bentong pada pertengahan Disember tahun lalu, tiada kaitan langsung dengan isu pembalakan di Hutan Simpan Lentang.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa hasil semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di Karak yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat berterusan.

Beliau menjelaskan fakta ini tepat berdasarkan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mencatatkan bacaan purata 155 milimeter pada 18 Disember lalu yang dikategorikan sebagai sangat lebat.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) juga katanya melakukan tinjauan melalui udara dan mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan dijalankan di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik di kedua-dua lokasi.

Kerajaan Pahang juga menjalankan satu kajian forensik berkenaan kejadian banjir puing yang berlaku di Daerah Bentong apabila didapati ratusan runtuhan tanah dan pokok-pokok di sepanjang laluan terbabit.

Kesemua bukti dan fakta telah direkodkan di dalam buku laporan forensik yang diedarkan kepada semua wakil rakyat pada sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

Wan Rosdy berkata, Hutan Simpan Lentang di Sungai Kerau seluas 30 hektar terbabit juga telah dijadikan petak High Conservation Value Forest (HCVF) sejak 2012.

Walau bagaimana pun saya menolak laporan dan kenyataan yang dibuat tersebut. Dalam pada itu beliau turut bersetuju dengan beberapa laporan yang berkaitan dengan 'kepala air' akibat puing atau 'debris flow' yang berlaku di sesetengah tempat. Namun, bagi lokasi yang lain beliau tetap mengatakan pengondolan hutan yang berleluasa menjadi punca banjir lumpur dasyat yang melanda di Sungai Kerau, Sungai Telemong dan Sungai Perdak.

Bukti, kayu balak bergergaji yang sudah pun dipotong di Sungai Perdak

Bukti nyata sehari selepas hari kejadian, kayu balak yang bergergaji 

Bukti, kayu balak yang sudah dipotong-potong di Sungai Perdak. 

Saya menjadi saksi, dan beberapa kali ke lokasi untuk melihat sendiri kejadian. Amat jelas sekali ada timbunan kayu balak hanyut yang bergelimpangan di merata tempat termasuk di Kampung Baru Sungai Perdak, Jambatan Telemong dan berhampiran stesyen timbang JPJ Karak.

Bukti, kayu balak bergelimpangan dekat stesen timbang JPJ Karak

Ini adalah fakta dan tidak boleh semudah itu dinafikan oleh kerajaan Pahang. Rakyat menyaksikan semua adengan ini, malah terdapat banyak gambar dan video yang telah tersebar di media sosial sejak awal kejadian yang meragut enam nyawa di Jambatan Telemong, tidak termasuk tiga nyawa di Janda Baik (kepala air). 

Bukti, Shukri bergambar di atas timbunan kayu balak di Sungai Perdak

Kerajaan boleh menerbitkan buku forensik dan mengadakan seminar berkaitan untuk dihidangkan kepada sebahagian rakyat, terutamanya kakitangan awam yang sudah semestina terpaksa bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

Cantik, kayu balak bergergaji sudah dipotong dihanyutkan banjir lumpur

Cantik, kayu balak bergergaji sudah dipotong dihanyutkan banjir lumpur

Namun, majoriti rakyat tetap melihat sebaliknya. Malah, bukti-bukti kayu balak hayut juga turut disokong dengan notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sendiri yang memberi tempoh kepada pemilik balak untuk menuntut hak masing-masing, beberapa hai selepas kejadian tersebut.

Bukti, ada notis tuntutan yang ditampal pada kayu balak bergelimpangan

Jika kayu tersebut bukan balak, kenapa sampai perlu keluarkan notis dan di tampal di stesen timbang JPJ Karak, Jambatan Telemong dan Kampung Baru Sungai Perdak?. Bukankah ini bermakna, kerajaan sendiri mengesahkan ia adalah kayu balak hanyut. Hanyut dari mana, kalau bukan dari atas bukit. Siap dipotong-potong dan bergergaji. Mana mungkin kepala air sampai boleh memotong balak itu.

Bukti, inilah gambar notis tuntutan kayu balak  yang ditampal itu

Justeru, siasatan yang lebih rapi dengan melibatkan pihak yang bebas, berkecuali dan tiada kepentingan dengan kerajaan negeri dibuat segera.

Apa guna buku forensik dan seminar, jika semua yang terlibat adalah pihak yang memang agensi kerajaan negeri itu sendiri. Mana mungkin, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melaporkan kesalahan mereka dalam buku laporan tersebut. Ini bukan soal kelulusan atau sebaliknya, tapi apa yang lebih utama ialah integriti untuk melaporkan kebenaran yang sudah disaksikan oleh seluruh rakyat semasa hari kejadian.

Jentolak alihkan timbunan kayu balak hanyut di Jambatan Telemong

Ini bukan masa untuk merosakkan minda rakyat dengan menafikan sepenuhnya apa yang mereka lihat di depan mata. Ini zaman teknologi maklumat, bukan zaman TV hitam putih. Sata bersetuju ada tempat yang dilanda kepala air, namun usah sembunyikan fakta ada tempat yang dilanda balak-balak hanyut. Adakah kerajaan fikir, balak-balak itu datangnya dari alam ghaib. negeri bunian atau planet pluto?. Maka dengan mudah menafikan sepenuhnya. Sepatutnya tubuhkan Suruhanjaya Bebas buat siasatan yang lebih telus dan adil untuk bongkar segalanya.

Saya agak terkilan kerana tidak dapat berada dalam Sidang DUN Pahang untuk menjawab dan mendedahkan segala bukti itu, kerana dia bukan wakil rakyat. Namun, sebagai aktivis beliau terpanggil untuk menyatakan kebenaran, biarpun bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan itu sendiri.

Saya konsisten, sejak dari awal lagi menyatakan banjir yang melanda ada kaitan langsung dengan penyalahgunaan tanah di kawasan tanah tinggi Bentong. Ia bukan sahaja melibatkan aktiviti pembalakan, malahan juga mungkin pertanian dan perumahan. 

Saya ada mendengar projek bernilai jutaan ringgit yang sedang dibina, sudah pastilah hutan dan pokok balak ditebang untuk tujuan tersebut. Bila berlaku pengondolan berskala besar, maka kelestarian alam sekitar rosak dan tadahan hujan juga musnah. Inilah yang menyebabkan banjir lumpur dasyat melanda sebenarnya. Kenapa susah sangat nak nyatakan kebenaran hakiki yang mana hanya Allah sahaja lebih mengetahuinya. #CMK

0 Komen Artikel Ini: