Baru-baru ini warga Kuantan dikejutkan dengan tersebarnya satu kenyataan media berkaitan 'Penutupan Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Rangin di Jalan Persekutuan Kuantan - Chukai dan Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Sultan Ahmad Shah, berhadapan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)'.
Kenyataan media itu kononnya dibuat oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Ir Razali Kassim.
Maka kecohlah semua pengguna jalan raya terutamanya mereka yang sering melalui jalan ini. Apa tidaknya laluan ini antara yang paling kritikal kesesakan sejak beberapa tahun yang lalu.
Malah, kesesakan ada kalanya sehingga lima ke enam kilometer, iaitu dari simpang Bukit Rangin hingga ke flyover KotaSAS - UIA. Ia bertambah teruk pada waktu puncak antara jam 5.00 petang hingga 8.00 malam.
Benda sudah lama berlaku dan para pengguna jalanraya mengharapkan pihak kerajaan melakukan tindakan bagi mengatasi permasalahan ini.
Maka itulah, bila tersebarnya kenyataan media yang menyatakan perubahan jalan di mana dua persimpangan lampu isyarat terbabit akan ditutup bermula 10 Mac 2025 ini maka ia menimbulkan sedikit kelegaan dan kegusaran kepada orang ramai.
Menerusi kenyataan tersebut kenderaan yang mahu keluar dari permatang badak ke Indera Mahkota perlu membuat pusingan U di Kampung Chendering (selepas stesen minyak Caltex).
Manakala semua kenderaan dari arah Lapangan Terbang Kuantan, Kampung Pandan Damai ke Kampung Permatang Badak perlu membuat pusingan U dibawah flyover berhampiran Kolej Universiti WIDAD.
Arahan itu kononnya hanya terpakai pada waktu bekerja antara jam 4.00 petang hingga 7.00 malam. Lampu isyarat pula akan dinyalakan secara 'amber flashing.
Satu lagi lokasi terlibat ialah dipersimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ahmad Shah, berhadapan dengan UIA. Laluan keluar daripada UIA ke Komplek SUKPA serta jalan pintasan Kuantan ditutup dan laluan keluar dari komplek SUKPA menuju ke Bandaraya Kuantan akan ditutup sepenuhnya.
Penutupan itu hanya pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat bermula 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi.
Penutupan kedua-dua laluan ini dijangka akan mengurangkan kesesakan aliran trafik di Jalan Pintasan Kuantan pada waktu puncak dan petang seperti yang tular di dalam mkedia sosial sebelum ini.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan