SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) | BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | HARAP MAKLUM
@cmktv_official1

Mana Gambar Pemimpin Bersatu Dan Gerakan, Kenapa Wajah Pemimpin PAS Sahaja Pada Poster 'Teraju Pahang'?

Berita panas hari ini, tersebarnya poster 'TERAJU PAHANG' sekali lagi. Tapi kali ni tak ada tulis PAS atau PN teraju Pahang. 

Cuma ada logo bawah gambar pemimpin PAS. Persoalannya yang timbul, kenapa gambar ketiga2 pemimpin PAS dan bukannya PN?

Ini yang jadi pertanyaan. Sepatutnya jika nak buat poster macam ni, kena ada sekali muka ketiga-tiga pemimpin dalam PN iaitu gambar pemimpin PAS, BERSATU dan juga GERAKAN.

Bila hanya ada muka pemimpin PAS jer maka lebih elok poster ini berbunyi 'PAS TERAJU PAHANG' macam biasa sebelum ini. 

Malah ada pemimpin PAS mendakwa, tema itu menggerunkan pihak lawan. Kenapa perlu diubah-ubah dan tidak konsisten? Pening rakyat kalau macam ini, asyik bertukar-tukar tema. 


Sebelum ini juga kecoh dibuatnya, bila dalam sibuk PAS kempen Teraju Pahang tiba-tiba Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar kenyataan 'Bersatu intai Pahang dan Selangor'

Maksudnya Muhyiddin dakwa PAS dah ada empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Maka apa salahnya Pahang dan Selangor dipimpin pula oleh Bersatu (jadi Menteri Besar), barulah nampak adil. 

Sampai Timbalan Presiden PAS, yang juga ADUN Cheka Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa menegur 'menang dulu baru bincang calon MB

Sebab itu saya melihat, poster kena betul. Wajah ketiga-tiga pimpinan PN kena ada. Ia lebih baik daripada  mengguriskan hati pemimpin PN yang lain.

Seolah-olah Pahang ini untuk PAS semata-mata. Bersatu dan Gerakan sila duduk diam. 

Saya tak nak komen beriya2 sangat, nanti ada yang koyak pulak. So, kena buat semua poster ni. 

Mana boleh sekejap 'PAS Teraju Pahang', sekejap 'PN Teraju Pahang' kemudian hilang PAS dengan PN, yang tinggal 'Teraju Pahang' saja. 

Ubah sebelum jadi isu pulak. Nak bersama itu biarlah bersama-sama. Jangan retorik politik semata-mata.

Salam perjuangan leluhur ~ CMK

Read more »

Syabas Dan Tahniah Genap Tujuh Tahun Pentadbiran Tok Wan Sebagai Menteri Besar Pahang

 

Saya ambil kesempatan ucapkan salam perjuangan dan tahniah kepada Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy b Wan Ismail atas genap tujuh tahun pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Pahang.

Memang benar banyak cabaran serta tohmahan yang beliau hadapi, tetapi Tok Wan tetap bergaya dan semangat meneruskan kerjanya tanpa putus asa.

Walau pun Tok Wan melalui berbagai dugaan, termasuk masalah kesihatan beliau sendiri namun saya lihat hamba Allah ini tetap cekal dan tabah untuk mengharunginya. Syabas Tok Wan !!

Selama lebih 20 tahun saya antara aktivis yang banyak menegur kerajaan Pahang sejak zaman MB Dato' Sri DiRaja Hj Adnan Yaakob (Long Nan) lagi, saya dapat melihat prestasi yang ditunjukkan oleh Tok Wan memangnya berlaku di depan mata.

Misalnya pencapaian kutipan hasil cukai melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut adalah satu sejarah buat negeri Pahang.

Malahan, wang itu kembali diagihkan kepada rakyat semua golongan tidak kira agama, fahaman politik, usia dan  sebagainya. Semua mendapat nikmat berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Mereka yang bising dan tidak berpuas hati pastilah penyokong pembangkang yang menganggap hak mereka dinafi selama ini.

Walhal, dalam agihan Bantuan Prihatin Pahang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, golongan mahasiswa, golongan beliau, ibu tunggal, rakyat miskin dan sebagainya.

Bahkan kerajaan juga memberikan bantuan insentif berupa bonus kepada semua kakitangangan awam neegri,  imam, bilal dan siak di surau serta masjid seluruh negeri Pahang setiap kali menjelang hari raya Aidil Fitri.

Biar pun mereka yang dapat itu terdiri daripada pihak yang tidak suka kepada Tok Wan, atau memang tidak pernah mengundi kerajaan setiap kali musim pilihanraya sebenarnya. Tok Wan tidak pernah berrasa dengki, pilih kasih dan double standard kepada semua rakyat.

Maknanya agihan bantuan kerajaan itu terus disalurkan kepada rakyat bukan melalui pihak-pihak yang cuba bermain politik tentang kerja buat kerajaan Pahang ini. 

Cuma bezanya ia tidak disalurkan ke akaun wakil rakyat pembangkang kerana bimbang ia disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian. Inilah yang dimomokkan oleh mereka kononnya Tok Wan tidak beri peruntukan yang sepatutnya mereka terima sebagai wakil rakyat yang dipilih secara demonrasi menerusi pilihanraya.

Biar pun saya bergerak sebagai aktivis masyarakat dan tidak terlibat dengan politik kepartian sehingga ke hari ini, namun mana yang baik dilakukan oleh kerajaan tetap saya sokong.

Mana yang tidak baik untuk rakyat tetap akan saya tegur dan betulkan keadaan, biar pun ada menganggap saya sudah macam pembangkang pula. Namun, adakalahnya kita kena menegur biar pun pahit untuk ditelan. Bukan semua apa yang kita buat boleh diterima oleh rakyat, maka adakalanya mereka mahu hasil yang lebih baik dari yang terbaik.

Itu cara saya, selama ini memang kerja saya bangkang apa sahaja kerajaan buat walau pun baik kerana saya ketika itu duduk dalam parti pembangkang. Selama sepuluh  tahun saya berjuang dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ketika itu menjadi pembangkang di negara ini. Namun kini, bila mereka menjadi kerajaan, saya sudah jauh terpinggir dari arus perjuangan selepas meninggalkan parti itu pada 2011.

Namun hari ini saya bebas bersuara dan benda yang benar tetap saya kena akui hakikatnya. Bukan lagi masa untuk saya terus bermain dengan persepsi dan naratif bahawa apa yang kerajaan buat semuanya tak betul buat rakyat.

Semua pihak kena faham, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Namun saya berkawan dengan semua rakan dan pemimpin politik.

Justeru, dikesempatan ini saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tok Wan dan seluruh barisan pimpinan serta pentadbirannya kerana berjaya menaikkan ekonomi Pahang ditahap yang cukup membanggakan.

Ada yang terkhilaf dan tersalah itu ia bolehlah diperbetulkan dari masa ke semasa. Apa yang penting semoga Tok Wan diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk terus mentadbir negeri Pahang selepas PRU-16 nanti. Salam perjuangan leluhur buat Tok Wan.  #CMK

Read more »

Musang King: Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Haram Dan Mereka Yang Melindungi Ke Mahkamah

 

Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan apa jua rundingan dengan pihak terbabit.

Semua pihak yang bersekongkol dibelakang tabir dengan para penceroboh juga wajar dikenakan hukuman biar pun mereka sudah bersara daripada perkhidmatan awam mahu pun politik.

Benda dan terlalu lama berlaku dan sepatutnya mereka yang terlibat sudah didakwa di mahkamah.

Saya hairan, hingga ke hari ini tidak ada seorang pun penceroboh dan pegawai berkaitan yang diambil tindakan undang-undang. Sedangkan pihak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada satu kenyataan pada Julai 2021 mendakwa pihaknya telah melengkapkan 80 peratus kertas siasatan.

SPRM juga telah memanggil beberapa orang penceroboh dan mendapatkan maklumat teurs dari pejabat tanah dan hutan Raub. Rakyat tertanya-tanya selepas empat tahun apakah hasil siasatan tersebut. Kenapa tiada sesiapa yang didakwa?.

Saya berharap agar semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan bukan hanya penceroboh semata-mata.

Pencerobohan tidak akan berlaku jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak yang berkempentingan. Tambahnya, mana mungkin ketika pokok balak ditebang dan kawasan hutan simpan seluas 4,400 hektar itu dijarah tidak ada seorang pun pegawai di pejabat tanah dan hutan Raub mengetahuinya.

Tanam pokok durian musang king perlu ambil masa yang lama untuk membesar, bukan tiba-tiba boleh  berbuah. Mereka sudah kaut hasil ratusan juta dan selama ini isu ini didiamkan begitu sahaja. Maka sudah pasti ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan hasil bersekongkol dengan pencerobohan haram. 

Kerajaan Pahang perlu lebih tegas menangani isu ini, jika tidak sudah pasti penceroboh akan terus berada di atas tanah itu biar pun pokok-pokok sudah ditebang.

Amatlah tidak masuk dek akal bilamana penceroboh pula yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pahang untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang mereka ceroboh.

Biar pun Kerajaan Pahang sudah menang sehingga ke Mahkamah Rayuan, namun penceroboh bebas melakukan kerja dan mengambil hasil mahsul durian sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah. 

Malah mereka dengan berani pula menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan. Maka itu, sudah pastilah ada pihak yang melindungi penceroboh ini sebenarnya. Sebab itulah mereka berani bangkit melawan, pertahankan hak mereka kononnya.


Read more »

Isu Pencerobohan Tanah Musang King Tidak Akan Selesai Selagi Tali Barut Dan Mereka Yang Melindungi Tidak Di Bawa Ke Muka Pengadilan !

Pandangan saya dari lokasi, isu pencerobohan tanah haram tanam musang king di Raub tidak akan selesai sampai bila2, biar pun MP Raub ditahan polis dan dikenakan tindakan. 

Ini kerana saya melihat ada tangan-tangan ghaib disebalik pengkhianatan ini, dan masih bebas diluar sana. 

Penglibatan merekalah memberi ruang bebas kepada penceroboh untuk mengusahakan ladang durian musang king sejak 40 tahun lalu.

Jika hanya MP dan penceroboh di bawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan sewajarnya maka 'wal hasil balik asal'.

Kita bisinglah mereka diam sekejap lepas tu masuk balik ke kebun musang king masing-masing tanpa halangan.

Pengkhianatan ini sudah macam 'kartel' antara penceroboh dan pihak terbabit yang telah pun mengaut keuntungan jutaan ringgit selama ini.

Pengkhianatan ini melibatkan penceroboh, orang dalam dan mereka yang mempunyai kepentingan dari sudut politik.

Buatlah apa saja, ia tidak akan berjaya kerana barah ini dan semakin kritikal tahap empat. 

Bayangkan, semasa di lokasi kami dihalang masuk ke kawasan kebun durian musang king haram iti, namun dalam masa yang sama penceroboh pula bebas keluar masa ke kebun haram masing-masing tanpa sekatan.

Sepatutnya bila kemenangan telah berpihak kepada Kerajaan Pahang, maka penceroboh wajar diusir keluar dari kebun haram masing-masing tanpa banyak alasan.

Kenapa laluan masuk ke kebun haram itu tidak disekat oleh pihak berkuasa? Setidak-tidaknya ada halangan kekal (sama macam kes Tanah Aina Farina di Bentong), supaya penceroboh tidak boleh sesuka hati masuk.

Usahkan laluan masuk itu dikawal rapi dengan halangan batu dan sebagainya, malah tapi tape amaran dilarang masuk polis pun tidak ada.

Sebab itulah ketika pihak Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan pejabat hutan buat operasi menebang pokok durian, tiba-tiba pulak penceroboh boleh masuk menghalang dan juga memaki hamun pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Halangan dan gangguan penceroboh tersebut menyebabkan kerja-kerja berkaitan tergendala.

Walhal, jika laluan masuk utama ditutup dan pihak polis atau pejabat tanah menjaga jalan masuk itu setiap hari bukankah mereka tidak boleh masuk sesuaka hati.

Maknanya mereka 'kebal' dan boleh langgar halangan, walhal mereka penceroboh. Cuba kena kat bangsa sendiri orang Melayu, sudah pasti langsung tidak dibenarkan masuk bila telah diusir keluar melalui perintah mahkamah di sesuatu kawasan terbabit.

Ini jelas 'double standard' dan tidak adil kepada  bangsa sendiri. Mwka fikir-fikirkanlah. Salam terjah dari Sungai Chalit, Raub Pahang.

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

https://cucumatkilau.blogspot.com


#ybterjah #dunN007

 #parlimenP007

#kasiterjah #demirakyat #rakyatbangkit

Read more »

Kenyataan Media Isu Penutupan Simpang Lampu Isyarat Bukit Rangin Dan UIA Palsu, Apa Keputusan Kerajaan Untuk Membina Flyover Bagi Mengatasi Kesesakan?

Baru-baru ini warga Kuantan dikejutkan dengan tersebarnya satu kenyataan media berkaitan 'Penutupan Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Rangin di Jalan Persekutuan Kuantan - Chukai dan Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Sultan Ahmad Shah, berhadapan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)'.

Kenyataan media itu kononnya dibuat oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Ir Razali Kassim.

Maka kecohlah semua pengguna jalan raya terutamanya mereka yang sering melalui jalan ini. Apa tidaknya laluan ini antara yang paling kritikal kesesakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Malah, kesesakan ada kalanya sehingga  lima ke enam kilometer, iaitu dari simpang Bukit Rangin hingga ke flyover KotaSAS - UIA. Ia bertambah teruk pada waktu puncak antara jam 5.00 petang hingga 8.00 malam.

Benda sudah lama berlaku dan para pengguna jalanraya mengharapkan pihak kerajaan melakukan tindakan bagi mengatasi permasalahan ini.

Maka itulah, bila tersebarnya kenyataan media yang menyatakan perubahan jalan di mana dua persimpangan lampu isyarat terbabit akan ditutup bermula 10 Mac 2025 ini maka ia menimbulkan sedikit kelegaan dan kegusaran kepada orang ramai.

Menerusi kenyataan tersebut kenderaan yang mahu keluar dari permatang badak ke Indera Mahkota perlu membuat pusingan U di Kampung Chendering (selepas stesen minyak Caltex). 

Manakala semua kenderaan dari arah Lapangan Terbang Kuantan, Kampung Pandan Damai ke Kampung Permatang Badak perlu membuat pusingan U dibawah flyover berhampiran Kolej Universiti WIDAD.

Arahan itu kononnya hanya terpakai pada waktu bekerja antara jam 4.00 petang hingga 7.00 malam. Lampu isyarat pula akan dinyalakan secara 'amber flashing.

Satu lagi lokasi terlibat ialah dipersimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ahmad Shah, berhadapan dengan UIA. Laluan keluar daripada UIA ke Komplek SUKPA serta jalan pintasan Kuantan ditutup dan laluan keluar dari komplek SUKPA menuju ke Bandaraya Kuantan akan ditutup sepenuhnya. 

Penutupan itu hanya pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat bermula 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi.

Penutupan kedua-dua laluan ini dijangka akan mengurangkan kesesakan aliran trafik di Jalan Pintasan Kuantan pada waktu puncak dan petang seperti yang tular di dalam mkedia sosial sebelum ini.


Ketika orang ramai terutamanya netizen kecoh berbicara soal ini, tiba-tiba semalam tular pula kenyataan daripada page portal rasmi Kerajaan Pahang iaitu Pahang Media yang mendakwa kenyataan media itu tidak dikeluarkan oleh pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. 


Malah turut dibuat memo tulisan merah bahawa kenyataan tersebut tidak dikeluarkan oleh pihak terbabit. Maknanya kenyataan media yang disebarkan sebelum ini adalah palsu sebenarnya.


Persoalannya sekarang apakah langkah yang mahu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi kesesakan jalan raya di Jalan Pintasan Kuantan - Kemaman ini?. isu dah sekian lama berlarutan, namun ternyata masih gagal diselesaikan dengan baik. Akhirnya pengguna jalan raya menjadi mangsa kesesakan setiap hari.

Saya juga ingin mengajukan persoalan kepada Kementerian Kerja Raya berkaitan status cadangan Projek Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan - Chukai (FT03). 


Bukankah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sendiri telah turun padang pada Februari 2021 untuk meninjau perkembangan projek ini. Bukankah sekarang beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri II, maka sudah pasti beliau mempunyai keupayaan untuk mengangkat semula isu ini agar dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan.


Ini bermakna sudah empat tahun rakyat menunggu, namun masalah yang mereka hadapi masih tidak berkesudahan. Saya akan terus mengangkat isu ini demi kepentiangan dan keselesaan pengguna jalan raya. Mereka ada hak untuk mendapat kemudahan yang selesa, kerana sebahagian besar dikalangan mereka adalah pembayar cukai.

Salam Terjah,
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau @ CMK )


Read more »

Panas: Netizen Serang Komen Saya Di Page Buletin TV3, Jangan Ingat Saya Tak Bertindak Apabila Agama Islam Itu Di Hina !

Saya amat tertarik untuk mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, iaitu perihal Astro Audio menggantung tiga penyampai radio '3 Pagi Era' iaitu  Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani  serta dua lagi kakitangan susulan kontroversi insiden rakaman video mempersenda tarian kavadi Hindu.

Dalam kenyataannya, Astro Audio berkata keputusan itu dibuat selepas CEO dan pengurusan tertinggi syarikat itu mengadakan perjumpaan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam.

Terdahulu, pengurusan Astro Audio berkata tiga penyampai tersebut direhatkan dan pihaknya kesal dengan insiden tersebut.

Dalam hantaran di akaun Instagram Era FM, Nabil, Azad dan Radin memohon maaf atas video tersebut dan mengakui mereka tidak sensitif, terutama kepada masyarakat India.

Video yang telah diturunkan dalam platform media sosial stesen itu, memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel disusuli gelak tawa.

Klip itu mengundang kritikan meluas dengan kebanyakan ia berupa penghinaan kepada tradisi Hindu iaitu upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Saya diserang netizen gara-gara keluar kenyataan page Facebook Buletin TV3 berkenaan sokongan saya terhadap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang segera membuka kertas siasatan terhadap mereka yang terlibat (Klik SINI)


Pandangan ikhlas saya telah disalah tafsir oleh sesetengah netizen yang tidak melihat dari sudut yang lebih meluas iaitu dalam kontek kita hidup di negara yang berbilang kaum atau kalangan masyarakat majmuk.


Bagi saya, mana-mana agama tidak wajar dihina sedemikian rupa termasuk agama Islam itu sendiri. Bukanlah bermakna saya tidak berbuat apa-apa bila agama Islam itu dihina. 


Malah, pada 27 Mac 2015 saya telah disiasat selama lima hari atas laporan polis yang saya buat terhadap seorang wanita bernama Aisyah Tajuddin yang menghina hudud.  Laporan tersebut telah disiarkan dalam akhbar rasmi parti PAS iaitu Harakah pada 5 April 2015.


Banyak laporan polis dibuat di seluruh negara, tetapi Ketua Polis Negara ketika itu mengarahkan pihak polis hanya merujuk laporan saya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kerana lebih lengkap dan teratur. 


Makanya tidak perlu netizen nak menuduh kononnya saya berdiam diri apabila agama Islam dihina. Walhal mereka tidak follow akaun media sosial saya dan tidak tahu apa yang saya lakukan untuk pertahankan agama Islam itu sendiri sebenarnya.

Tambah menyedihkan, ada juga dikalangan netizen yang langsung tidak berilmu dan membaca laporan media berkaitan kes-kes hina agama Islam yang berlaku di negara kita sebelum ini. Mereka selesa mengatakan kononnya kes tersebut ditutup selepas individu yang menghina (bukan Islam) memohon maaf atas keterlanjuran mereka.

Walhal semua kes terbabit telah dibuka kertas siasatan oleh pihak polis susulan laporan demi laporan yang dibuat di seluruh negara. Misalnya  Kertas siasatan membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sendiri berkata, polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan dan akan menghantar kertas siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin. Maknanya proses undang-undang telah dilaksanakan biar pun kedua-dua individu terbabit telah memohon maaf. 

Netizen yang komen terkadang mereka sendiri tidak mengikuti perjalanan kes, kemudian sesedap hati membuat dakwaan kononnya dua individu terbabit tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. 

Banyak Kes Hina Agama Islam Telah Di Ambil Tindakan Sebenarnya

Pada Julai 2022, seorang penghantar makanan dihukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana menghina Islam setelah lelaki itu gagal membayar denda sebanyak RM50,000.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menerusia kenyataan berkata, Mohd Nor’muzil Mohd Razalli, 39, dihantar ke Penjara Kajang tengahari tadi berikutan kegagalannya membayar denda itu.

Begitu juga dalam kes isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, pada Mac 2024 yang lalu. Netizen mendakwa syarikat terbabit tidak diambil tindakan, walhal  Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd, masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam berkaitan kes tersebut.


Begitu juga dalam kes isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, pada Mac 2024 yang lalu. Netizen mendakwa syarikat terbabit tidak diambil tindakan, walhal  Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd, masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam berkaitan kes tersebut.

Pada Mac 2024, seorang lelaki yang memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di Facebook dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ricky Shane Cagampang, 33, mengaku bersalah, atas pertuduhan terhadapnya


Sementara itu, pada April 2024 pula seorang bekas juruteknik aplikasi sosial didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya.


Terbaharu,  seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang pada 17 Februari lalu atas pertuduhan membuat kenyataan yang menghina agama Islam, pada tahun lepas.


Lim Kim Teng, 70, didakwa membuat penyataan yang melukakan perasaan berkaitan agama orang Islam dan perbuatan itu dilihat di Pejabat Pasti, Gombak, di sini, pada 8 malam, 4 Jun 2024.

Sebenarnya banyak lagi kes hina agama Islam yang telah diambil tindakan, menunggu pendakwaan atau pun yang sedang dalam perbicaraan. 

Cuma ada netizen yang malas nak membaca dan mendapatkan ilmu dan menggunakan isu ini kononnya kerajaan tidak bertindak tegas jika melibatkan bangsa lain. Sebaliknya laju buat kerja jika melibatkan bangsa Melayu Islam itu sendiri. 

Naratif inilah yang dimainkan agar rakyat melihat ada sikap 'double standard' dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.

Sebab itulah saya menyokong tindakan pihak polis mengambil langkah segera untuk membuka kertas siasatan terhadap isu ini. 

Jaga Sensitivi Agama Dalam Masyarakat Majmuk Di Negara Ini

Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita yang sama-sama memahami maksud muhibah yang bertapak di bumi Malaysia sejak sekian lama. Agama mengajar kita untuk menjaga tutur kata, perbuatan dan tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh melanggar sensitiviti ataupun batasan agama, adat resam dan budaya tertentu.

Jelas sekali perbuatan merendah-rendahkan identiti sesebuah bangsa, agama atau adat resam komuniti tertentu merupakan satu pencabulan yang tidak boleh diterima. Apa yang berlaku selama ini, haruslah menjadi teladan bagi kita semua bahawa perbuatan ini tidak memberi kebaikan.

Budaya menghina, merendah-rendahkan, atau untuk tujuan gurauan sekalipun tidak sepatutnya dijadikan kebiasaan dalam kehidupan. Banyak perkara yang perlu kita jaga dan wartakan sebagai “suci” yang tidak boleh dipermain atau dipersenda oleh mana-mana individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Nilai-nilai positif seperti menghormati jiran tetangga, membantu tidak kenal warna kulit, dan menjadi bangsa yang beradab sering kali dikaitkan dengan budaya dan adat resam masyarakat Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga ada menegaskan setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk, sama ada secara lisan, tulisan, perbuatan, mahupun di platform media sosial.

Hati-Hati Mengambil Pelawak Menjadi Penyampai Radio

Trend mengambil pelawak menjadi pencampai radio kini semakin menjadi-jadi. Tugas juruhebah yang duluknya dikendalikan oleh mereka yang benar-benar berbakat dan berpengalaman kini telah diambil alih oleh pelawak.

Stesyen radio lebih memikirkan rating dan populariti untuk mendapat tempat dihati pendengar. Walhal ramai pendengar mula serabut dengan lawak-lawak bodoh dan hilai ketawa yang cukup membosankan.

Saya sendiri sudah lama tidak mendengar mana-mana radio yang mengambil pelawak sebagai penyampai mereka. Sebab itu terkadang ada pelawak yang 'over acting' dan sepanjang masa mahu berlawak.

Hasilnya, terjadilah adengan yang cukup mengegarkan iaitu rakaman video mempersenda tarian kavadi Hindu. Semoga semua ini dijadikan ikhtibar dan diambil perhatian oleh semua pihak. Saya sekadar menegur demi kebaikan kita rakyat Malaysia. 

Apa bezanya kes terbaru ini dengan kes sebelumnya?. Kes sebelum ini, hanya melibatkan komen-komen menghina dalam media sosial yang menimbulkan kemarahan umat Islam. Manakala kes khalimah Allah pada stoking pula mungkin kesilapan yang tidak diketahui oleh pemiliknya kerana ia dihantar oleh pembekal. 

Tapi kes Nabil Ahmad dan rakan-rakannya ini jelas sangat siap upload video di TikTok untuk tontonan umum. Maknanya bukti yang cukup jelas dan nyata untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kes-kes lain agak lama untuk dapat hasil siasatan kerana ada yang buat hantaran menggunakan akaun palsu (fake), dan pihak polis perlu ambil keterangan berbagai pihak sebelum melengkapkan kertas siasatan. 

Apa pun, ambillah ikhtibar atas insiden ini. Mahu agama kita dihormati, maka kita juga perlu saling hormat menghormati agama orang lain. Hiduplah dalam keadaan harmoni dan aman damai demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta ini.

Salam Terjah,
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau @ CMK )

Read more »

Isu Jalan Gelap Di Lebuhraya KL-Karak, Saya Menyanjung Tinggi Keprihatinan Menteri Besar Pahang

 

Saya amat terharu dan menyanjung tinggi tindakan Kerajaan Pahang yang telah mengemukakan permohonan peruntukan baharu bagi memasang lampu jalan ekoran isu gelap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula daripada Genting Sempah di Bentong.

Keprihatinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  yang cakna dan prihatin untuk mengambil perhatian isu tersebut amatlah dihargai.

Saya antara pihak yang sering membangkitkan isu ini sejak sekian lama sebenarnya. Cuma akhir-akhir ini isu tersebut telah dibawa ke dalam parlimen dan Sultan Pahang juga ada membangkitnya, susulan terbaca keluhan pengguna laluan terbabit yang disiarkan dalam media arus perdana baru-baru ini.

Kita tak mahu ada double standard, bayar tol sama..tapi jalan hanya bergermelapan dari Gombak ke jalan naik ke Genting Highland sahaja. Sebaliknya dari Terowong Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak gelap gelita,

Ini menyusahkan pengguna dan mengakibatkan kemalangan sering berlaku terutamanya dikawasan berselekoh. Lampu jalan tiada malah lampu pantulan cahaya pada pembahagi jalan pun sudah tidak kelihatan di beberapa kawasan. Ini membahayakan pengguna terutamanya ketika cuaca hujan pada waktu malam.

Justeru saya menyokong penuh tindakan Kerajaan Pahang memohon peruntukkan baharu bagi mengatasi isu jalan gelap yang sudah sekian lama dihadapi oleh para pengguna Lebuhraya KL-Karak selama ini.

Moga ia membuahkan hasil dan memudahkan orang ramai selepas ini hendaknya. Rakyat di tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu pasti berbangga dengan keprihatinan Menteri Besar Pahang terhadap isu ini. #CMK

Read more »

Tercabut Tayar: Penggunaan 'Runner PUSPAKOM' Jadi Punca Banyak Lori Tak Cukup Syarat Berada Di Atas Jalan Raya !

Insiden tayar lori tercabut yang hingga menyebabkan tujuh mangsa termasuk lima sekeluarga maut di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka pada Isnin, amatlah mengusarkan semua pihak sebenarnya. 

Benar kata pepatah "malang tidak berbau", namun insiden yang berlaku baru-baru ini sungguh meruntun hati dan perasaan kita sebagai pengguna jalan raya. 

Apa tidaknya, punca kemalangan akibat kecuaian pihak lain hingga menyebabkan nyawa mangsa yang tidak berdosa melayang begitu saja. 

Bayangkan jika tragedi itu terjadi kepada ahli keluarga atau saudara mara kita?. Bukankah perit untuk ditelan. 

Kejadian kemalangan Isnin lalu berlaku di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara itue membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan. 

Baca artikel penuh di sini

Ia juga melibatkan dua buah lagi kenderaan iaitu sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.

Saya cukup tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya memandang serius trend kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain.

Baca artikel penuh di sini

JPJ sedang menyiasat secara terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) syarikat kenderaan terbabit kemalangan tersebut. 

Siasatan itu bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal terhadap syarikat berkenaan.

JPJ akan menambah kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkaitan pemeriksaan penyalahgunaan dadah oleh pemandu, serta akan menyemak dan memeriksa prosedur pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan yang dilakukan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) atau pusat pemeriksaan kenderaan yang dilantik.

Dakwa beliau lagi, JPJ akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, penguatkuasaan itu termasuk memeriksa dan memantau bengkel yang berdaftar dan juga bengkel haram yang disyaki menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan bagi tujuan pemeriksaan di pusat pemeriksaan kenderaan.

Sementara itu menurut beliau lagi JPJ juga akan menilai semula dan menambah baik latihan dan kursus kepada pemandu kenderaan perdagangan dan menambah elemen pematuhan dan pengetahuan teknikal kepada pemandu sebelum sijil dikeluarkan. 

Tahun 2025 akan dijadikan tahun penguatkuasaan dengan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempunyai cubaan dalam langkah bersubahat melakukan kesalahan teknikal, terutamanya berkaitan kenderaan perdagangan. 

Pada dasarnya saya bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ atas perkara ini. 

Namun sampai bila insiden seperti ini dapat dielakkan jika ada pihak yang ambil kesempatan dan melanggar peraturan ketika melakukan pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM sejak sekian lamanya. 

Isu rasuah dan integriti dikalangan petugas PUSPAKOM juga perlulah diambilkira dalam hal ini. 

Umum mengetahui, ada syarikat lori gemar menggunkan perkhidmatan 'runner' dalam urusan berkaitan. 

PUSPAKOM terlalu memberi muka kepada 'runner' untuk membuat urusan, sehingga berlaku adengan yang tidak ingin kita lihat. 

Antaranya, tayar dan badan lori dicat baru sebelum pemeriksaan dibuat bagi mengaburi mata pegawai PUSPAKOM. 

Kononnya lori sentiasa dijaga, walhal sebahagian besar menggunakan 'tayar celup' dan nat serta skru pada tayar pun sudah kelihatan usang. 

Itu belum termasuk ada unsur 'kautim' antara syarikat lori dengan pegawai PUSPAKOM yang diuruskan oleh 'runner'. 

Terkadang hanya satu lori yang dibuat pemeriksaan tapi lori-lori lain turut diberi kelulusan tapa pemerikaaan. 

Ada kes, rim tayar dan bahagian lori hanya ditukar ketika pemeriksaan. Selepas lulus, barangan asal akan digunaan semula. 

Banyak lagi taktik yang digunakan oleh syarikat untuk membolehkan lori-lori mereka mendapat kelulusan berada di atas jalan raya. 

Unsur rasuah dan korupsi ini perlulah diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan dalam menangani isu lori tercabut tayar yang sering berlaku mutakhir ini. 

Syarikat lori sanggup membayar berapa sahaja habuan kepada pegawai pemeriksa PUSPAKOM asalkan dapar kelulusan. 

Segala kerja ini dilakukan secara 'licik' menggunakan 'runner' yang akan berurusan terus dengan pegawai terbabit setiap minggu untuk ambil habuan yang telah ditetapkan. 

Semua ini sudah lama berlaku cuma orang ramai tidak berani bersuara sebenarnya.

Paling mengecewakan, bila pemilik kenderaan uruskan sendiri pemeriksaan PUSPAKOM pasti ada saja benda yang tak kena, hingga mereka diarahkan datang semula pada hari-hari berikutnya. 

Akibat bimbang tidak lulus, akhirnya mereka terpaksa gunakan 'runner' dengan upah tertentu untuk urusan. Anehnya bila gunakan 'runner' mudah pula kelulusan dibuat, walau pun ada benda-benda yang melanggar peraturan yang ditetapkan. 

Justeru, saya bimbang dengan senario inilah menyebabkan banyak lori-lori perdagangan yang 'tak cukup syarat' akhirnya dibenarkan berada di atas jalan raya. Bukankah semua ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain?. 

Untuk menyiasat pegawai PUSPAKOM saya syorkan Penguatkuasa JPJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyamar sebagai orang awam atau pemilik syarikat lori untuk berurusan dengan 'runner'. 

Banyak rahsia boleh terbongkar jika risikan dilakukan dengan betul. Pada tahun 2022 dulu, JPJ dan SPRM pernah membuat pemeriksaan Ops Puspakom di seluruh PUSPAKOM dalam negara kita bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama kenderaan perdagangan. 

Baca artikel penuh di sini 

Ini bermakna JPJ pernah melakukan edisi terjah bagi menyiasat kerja-kerja PUSPAKOM. 

Namun, siasatan lebih menjurus kepada pegawai PUSPAKOM yang bertugas di lokasi dan ia tidak fokus kepada kerja buat 'runner' yang memainkan peranan penting dalam hal ini. Hanya 'runner' yang berurusan dengan pihak PUSPAKOM. 

Sebab itulah JPJ dan SPRM tidak dapat menemui sebarang masalah berkaitan.
Mereka 'pandai makan pandai simpan' dalam semua urusan sebenarnya. 

Akhir kalam, saya sekali lagi menggesa Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memansuhkan penggunaan 'runner' dalam urusan PUSPAKOM. Barulah syarikat lori akan buat yang terbaik bagi memastikan kenderaan mereka senantiasa dijaga sepanjang masa. 


Malah, unsur-unsur rasuah dan korupsi juga boleh dielakkan bila tiada lagi penggunaan 'runner' di PUSPAKOM selepas ini. Jika tidak, saya pasti isu dan adengan 'lori tercabut tayar' berulang kembali sepanjang masa. 

CMK TERJAH
25.12.2024 

Read more »

Rapid Kuantan Tamatkan Operasi, Ada Persoalan Buat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

 

Warga Kuantan mengetahui bahawa Rapid Kuantan akan menamatkan operasi mereka di bandaraya ini pada tahun depan (2025). Sebagai aktivis, ada dua persoalan dan kemusykilan saya nak kemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pertama, bagaimana Rapid Kuantan sebuah syarikat dibawa Prasana Malaysia Berhad, yang dimiliki sepenuhnya (s kerajaan boleh bantu syarikat ini terus beroperasi demi kemudahan untuk rakyat. 

Saya bimbang bila pihak swasta ambil alih, ia akan bebankan rakyat akhirnya. Malah difahamkan syarikat swasta yang akan ambilalih milik penuh swasta yang sudah pasti hanya memikirkan keuntungan, bukan tanggungjawab sosial untuk rakyat.

Kedua, Pihak APAD telah membentangkan tender terbuka dikeluarkan berkenaan Stage Bus Service Transformation 2.0 (SBST 2.0) mulai 2025 hingga 2030.

APAD memaklumkan Rapid Kuantan hadir pada taklimat tender itu dan mereka tidak menyertai tender terbuka SBST 2.0 berikutan pemakluman masa terlalu singkat.

Persoalannya, apakah punca Rapid Kuantan gagal masuk tender terbuka dan pemakluman masa terlalu singkat?

Mana mungkin syarikat kerajaan boleh terlepas tender, soal dapat atau tidak itu bab kedua. Saya syak ada sesuatu yang memusykilkan disini.

Pemakluman lambat bermakna Rapid Kuantan tidak dimaklumkan lebih awal, bahkan saya difahamkan kontrak mereka patutnya berakhir pada 2028. Maknanya ada tempoh empat tahun lagi operasi (dengan izin). Benarkah semua ini?.

(3) Benarkah kegagalan Rapid Kuantan ada unsur campurtangan pihak atasan yang mahu membawa masuk syarikat swasta. Melihat kepada nama syarikat yang masuk tender jelas sekali ada nama-nama seperti Causeway link (https://www.causewaylink.com.my/company-information/about-us/)  dan sebagainya.

Apa hebatnya mereka dengan Rapid Kuantan hingga syarikat milik penuh kerajaan boleh terlepas masuk tender?.
Amat tidak logik dan masuk dek akal syarikat milik penuh kerajaan tidak sempat masuk tender. 

Takkanlah  sampai macam itu sekali jadinya. Di sini jelas membuktikan seolah-olah ia disengajakan, hingga gagal masuk tender. Kalau gagal dapat tender itu biasa, ini gagal masuk tender. Pelik!

Justeru saya menggesa Kerajaan Pahang turut dapatkan maklumat daripada Rapid Kuantan berkenaan perkara ini. Difahamkan makluman sudah diperolehi daripada APAD pada Oktober lalu.

Sebagai rakyat, kita mahu ketelusan dalam perkara seperti ini, tambahan pula Rapid Kuantan sudah laksanakan berbagai penambahbaikan untuk terus memberi perkhidmatan mereka kepada warga Kuantan. 

Jika mereka lemah, sepatutnya kerajaan membantu. Ini, tiba-tiba tender dapat kepada pihak swasta dan syarikat milik  kerajaan sendiri tidak sempat masuk tender.

Suara Rakyat Marhaen,
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

CMKTV BLOG
https://cucumatkilau.blogspot.com

CMKTV TIKTOK
https://www.tiktok.com/@cmk_tv1?_t=ZS-8s0XfNQ7zz5&_r=1

CMKTV YOUTUBE
http://www.youtube.com/@cmktvofficial

CMKTV INSTAGRAM
https://www.instagram.com/cmk.tv?igsh=cmFnemNjNmRjZDQw

Read more »

Jelajah 'PAS Teraju Pahang', Tiba-Tiba Muhyiddin Pula Umum BERSATU Mahu Jawatan Menteri Besar

KUANTAN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti itu menyasarkan jawatan Menteri Besar di Pahang jika Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Selain Pahang, Muhyiddin turut memaklumkan dua negeri lagi iaitu Perak dan Selangor. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenan kedudukan BERSATU bersama-sama PAS yang pada masa ini mengetuai pentadbiran di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Persoalannya, adakah kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang dibuat di Perhimpunan Agung BERSATU di Shah Alam itu telah dirujuk kepada pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di negeri terbabit?. 

Ini isu yang ditimbulkan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 52, kepada Pahang Daily Online (PDO) hari ini.

Menurut Shukri, adakah kepimpinan PAS di Pahang bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin itu?. Malah ketika ini PAS Pahang sedang melaungkan slogan 'PAS Teraju Pahang' kepada rakyat di negeri ini.

Tambah Shukri, PAS berhasrat dan secara terus-terang memberitahu rakyat negeri  ini dan di hadapan kerajaan yang memerintah hari ini, bahawa parti itu akan ambil alih kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.

Malah, slogan 'PAS Teraju Pahang' telah dipilih sebagai tema yang diangkat parti itu buat kali ketiga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti. Parti itu juga sudah dan akan menjelajah seluruh negeri Pahang untuk bertemu rakyat bagi merealisasikan hasrat mereka.

"Kenyataan Muhyiddin pasti mengundang polimik dalam hal ini. Bagaimana perasaan kepimpinan dan ahli PAS di Pahang agaknya?. Apakah mereka bersetuju atau kecewa dengan kenyataan itu?. Inilah yang menjadi persoalan sekarang," kata Shukri.

"Bagaimana BERSATU pula mahu menjadi MB Pahang, sedangkan selama ini rakyat dimomokkan dengan nama ADUN Cheka yang juga Timbalan Presiden PAS iaitu Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar.

"Saya melihat kenyataan Muhyiddin ini bakal mengurangkan sokongan rakyat terhadap parti itu di Pahang. Malah kemenangan dua kerusi DUN BERSATU iaitu Kuala Sentul dan Lepar pada PRU-15 lalu adalah dengan kerja kuat dan dokongan ahli serta jentera akar umbi PAS sebenarnya," dakwa beliau lagi.

"Mana mungkin MB Pahang dari BERSATU, sedangkan jelas dapat kita lihat pada PRU-15 lalu PAS menang 15 daripada 17 kerusi DUN di negeri ini. Maknanya sudah pasti terdapat bantahan daripada ahli PAS terhadap kenyataan Muhyiddin ini.

"Ia satu peluang terbaik untuk Kerajaan Perpaduan (PH-BN) di Pahang mengatur langkah sebenarnya. Ketidakpuasan hati akan menyebabkan berlakunya undi protes dan ia boleh menyebabkan perbalahan dalaman Perikatan Nasional itu sendiri menjelang PRU-15 akan datang.

"Tidak mungkin PAS akan memberi peluang BERSATU bertanding dalam jumlah kerusi yang lebih banyak daripada sekarang, kerana PAS pasti bimbang jika BERSATU menang banyak kerusi maka mereka akan menuntut jawatan Menteri Besar bila PN menang kelak," tambahnya.

Justeru Shukri melihat, kekalutan ini akan memberikan harapan baharu kepada UMNO terutamanya untuk kembali merampas kerusi DUN yang ditakluki oleh PAS pada PRU-15 lalu. Usaha ini pasti berhasil jika ahli akar umbi PAS yang takut BERSATU merampas jawatan Menteri Besar Pahang, jika pemimpin atasan PAS juga akur berdasarkan rundingan yang akan dijalankan kelak. Lagi pun, PAS sudah berkuasa di empat negeri, memang ikut logik Pahang. Selangor dan Perak perlu dilepaskan kepada BERSATU," dakwa beliau. #PahangDaily

Read more »