SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA PEMBACA BERAGAMA ISLAM | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI

Ditawarkan Menjadi 'Mangsa Liwat' Anwar Ibrahim


Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Biar pun saya kini bukanlah sesiapa tetapi ada 'rahsia' besar yang saya sembunyikan sejak sekian lamanya.

Saya pernah ditawar menjadi 'mangsa liwat ketiga' Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu pada tahun 2008.

Ia terjadi susulan tersebar foto kononnya saya mencium Anwar sebelum beliau menerima rawatan di Jerman ketika itu.

Kisah ini betul-betul tragis dan saya rasa Anwar sendiri tidak tahu sebenarnya. Ada benda yang saya lalui dan terpaksa simpan sehingga sekarang.

Kejadian berlaku selepas gambar terbabit tersebar secara meluas di media sosial dan menjadi bahan serangan oleh cybeetrooper kerajaan terhadap saya.

Pihak terbabit memanggil saya ke sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur ketika itu.

Empat orang individu kemudian tawarkan saya agar mengaku menjadi mangsa liwat Anwar.

Alasan mereka, Saiful Bukhari Azlan hanya ada gambar hidangkan air kopi kepada Anwar pun sudah boleh dijadikan cerita panas kononnya diliwat Anwar.

Apatah lagi saya, kononnya ada gambar 'cium Anwar' dan pernah bermalam di rumah Anwar ketika menjadi juruhebah majlis perkahwinan Nurul Izzah pada 2003.

Kenapa mereka buat demikian? Siapa yang buat tawaran? Inilah yang jadi persoalan.

Namun, demi maruah dan harga diri saya menolak tawaran tersebut kerana saya tidak sanggup bersekongkol dengan fitnah yang menjijikkan itu.

Saya masih ingat ungkapan keramat:

'Jika Takutkan Risiko, Usah Bicara Soal Perjuangan... Lawan Tetap Lawan !!' ✊

0 Komen Artikel Ini: