Al-kisah, saya sempat jadi Juruhebah di majlis perkahwinan pertama Nurul Izzah anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2003.
Saya melihat sendiri di depan mata setiap detik yang terjadi, betapa sedih dan pilunya bila Anwar dibawa balik oleh pihak penjara untuk jadi wali nikah anaknya.
Melihat sendiri beliau diangkut balik ke Penjara Sg Buloh dengan kawalan ketat tanpa dibenar luangkan masa yang lebih lama untuk bersama di majlis tersebut.
Menitis air mata kami melihat apa yang berlaku kepada beliau ketika itu.
Saya sempat melihat anak-anak Anwar menangis bila bapanya dipapah oleh warder penjara.
Adengan ini tetap jadi ingatan saya buat selamanya, biar pun saya bukan orang yang berada disekeliling Anwar hari ini.
Takdir penentu segalanya, biar pun Anwar difitnah, dizalimi, dipukul, ditumbuk dan diaibkan oleh mereka yang berkuasa namun akhirnya Allah angkat darjat beliau.
Kini beliau asalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 selepas dua kali dinafikan hak sebelum ini.
'Jika Takutkan Risiko, Usah Bicara Soal Perjuangan... Lawan Tetap Lawan !!' ✊





0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan