Beliau memulakan dunia pekerjaan selepas tamat SPM pada 1988. Sebelum ke alam pekerjaan, beliau pernah jalani kursus di Pusat Giat Mara Jengka, sekitar bulan Julai-Ogos 1989, selepas keputusan SPM keluar pada awal bulan April 1989. Sebelum itu, beliau hanyalah buat pekerjaan membantu orang tua di ladang.
Tidak lama di Giat Mara, kerana ada hal peribadi yang tak dapat dielakkan dengan seorang tenaga pengajar. Beliau ambik kursus baiki motosikal ketika itu. Masih ingat lagi, beliau menyewa sebuah rumah bersama rakan-rakan di Jalan Obor.
Selepas berhenti Giat Mara (tak sempat tamat kursus, beliau ambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur pada September 1989. Ketika itu beliau ke sana untuk menjejaki seorang rakan dari Jengka 7 yang dikenali sebagai 'Papa 'Jumie. Kawan saya hantar gambar untuk ruangan 'Remaja Bersama Juwie' dalam majalah URTV, tetapi entah macam mana gambar dia tak keluar tapi dia boleh berkawan dengan Arwah Mama Juwie.
Dia cukup baik dengan Arwah Mama Juwie wartawan sensasi di URTV - Utusan Malaysia. Dia selalu bercerita tentang hal mereka kepada beliau. Hinggalah Mama Juwie suruh dua datang KL untuk 'rekmenkan' kerja.
Sebab itulah dia ajak beliau bersama ke KL pada awal bulam September 1989. Tapi, ketika beliau balik dari Giat Mara dan terus ke rumah beliau kisahnya dia dah pergi.
Dia ada bagi tahu nak jumpa Mama Juwie, sebab dijanjikan pekerjaan. Beliau memang rancang ke KL bersama beliau, tapi tak sangka pulak dia boleh pergi lebih awal. Beliau minta nombor telefon Mama Juwie daripada adiknya.
Berdasarkan surat-surat kiriman Mama Juwie, saya berjaya dapatkan nombor telefon pejabat Utusan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin.
Beliau ke KL, pada September 1989 dengan menaiki bas ekpress Bulan Restu dari Temerloh. Sampai di Pudu Raya, beliau terus lepak kat Kota Raya dan menghubungi Mama Juwie. Mama jawab panggilan dan bagi tahu Jumie tak ada pun datang ke KL. Dia pun tak tahu sebab tidak dihubungi.
Beliau agak terkejut, dan kecewa. Tapi Mama Juwie suruh beliau datang ke Utusan Malaysia naik teksi, dia akan bayar tambang bila teksi sampai. Beliau setuju tapi agak berdebar-debar juga.
Sebab itulah pertama kali beliau dapat jumpa Mama Juwie yang merupakan wartawan hiburan negara yang cukup popular ketika itu. Mama Juwie tunggu saya sampai di hadapan pintu masuk pejabat Utusan Malaysia.
Juwie maklumkan kepada beliau, Papa Jumie memang sudah berjanji untuk ke KL berjumpanya. Lama juga beliau dapat berbual dengan Mama Juwie. Dia bawa Beliau ke cafe Utusan dan kemudian ke pejabatnya. Masa tu, mana ada smartphone lagi. Kalau tidak memang boleh selfie buat kenangan.
Buat sementara waktu sebelum dapat rumah saya menyewa bilik di rumah Mama Juwie. Ketika itu Juwie duduk dengan Untie Huzz (juga wartawan hiburan) di Lorong Keramat Kiri. Beliau masih ingat kereta Ford Laser 'S' warna merah JBG XXXX yang digunakan oleh arwah berulang-alik ke tempat kerja.
Pada masa itulah beliau dapat melihat arwah Mama Juwie kisahnya tak tinggal solat dan suka membaca Al-Quran walau pun keadaan seperti itu. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Kali terakhir beliau bertemu arwah ketika di Majalah Mangga dan Juwie sudah pun berpindah rumah ke Bukit Antarabangsa ketika itu. Banyak kisah beliau ketika ikut Mama Juwie interbiu artis-artis sensasi seperti Wann, Hafizz, Fauziah Latiff, Ruhil Amani Hussin dan ramai lagi. Nama glamer saya ketika itu ialah 'Amy', diambil daripada nama samaran beliau zaman sekolah iaitu 'Amyies Ramly' (masa tingkatan 4 dan 5 di Sek Men Jengka 2, Maran 1987-1988).
Bermula Alam Pekerjaan
Beliau memulakan alam pekerjaan di kotaraya Kuala Lumpur sekitar bulan Oktober 1989. Ketika itu beliau diterima berkerja di Kentucky Fried Chicken, Jaya Jusco Taman Maluri. Sekarang sudah bertukar menjadi AEON Mall.
Beliau ingat lagi kena interbiu kat KFC Bukit Bintang ketika itu. Masa tu juga beliau tinggal di rumah saudara saya di Jalan Perkasa 9, Taman Maluri.
Mudah sikit, sebab boleh jalan kaki ke tempat kerja. Kerja sebagai waiter di KFC masa tu memang dah dikira amat glamer. Gaji tak silap saya RM8 sejam. Pengalaman saya makan ayam tanpa nasi tetap jadi ingatan.
Paling pilu, beliau kena marah dek pelanggan gara-gara tak hantar air 'Skyjuice' yang di mintanya. Mana beliau tahu, dia tengok pada menu tak ada tulis 'skyjuice', yang ada orange juice sahaja. Pelanggan tu siap panggil bossnya, cakap dia tak hantar air.
Punya malu, kisahnya boss beliau kata 'skyjuice' tu air sejuk kosong. Terasa kampung betul beliau masa tu, sebab tak tau apa itu air 'skyjuice'. Tapi paling best bila cuti, balik kampung di Jengka 7, atas bas siap pakai topi dan baju KFC. Memang glamer tau, maklumlah kerja KL kat restoran barat. Memang malu betul bila teringat semula. kisah nih.

-XL_edit_24313980228580.jpg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)




0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan