Dalam sejarah hidupnya, beliau hanya sempat bersama parti UMNO dan PKR sahaja. Dalam UMNO tidak tidak berapa aktif dan sekadar memegang jawatan Setiausaha UMNO cawangan di Felda Jengka 7, Maran. Itu pun semasa ayahanda beliau Allahyarham Mohd Ramli @ Jamaluddin Md Yunus Ketua Cawangan dan ibunya Allahyarhamah Kamsiah Jamil pula Ketua Wanita Cawangan.
Biar pun ahli UMNO, beliau banyak terlibat dengan aktiviti pembangkang termasuk membekalkan peralatan PA sistem, pengacara dan juruhebah untuk sebarang program anjuran KeADILan sejak dari awal lagi. Malah beliau juga terlibat sebagai juruhebah majlis perkahwinan Nurul Izzah Anwar di kediaman Anwar di Jalan Setiamurni, Bukit Damasara pada 2001.

Beliau pernah terlibat aktif dengan KeADILan sejak ia ditubuhkan. Malah pada Pilihanraya Umum Ke-11 pada 2004, namanya terpilih sebagai calon Parti Keadilan Nasional kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Parlimen Paya Besar. Namun akibat krisis Lokman-Ezam ketika itu, beliau telah menarik diri dan memberi laluan calon lain bertanding disitu.
Ketika itu beliau Ketua Pemuda KeADILan Bahagian Paya Besar. Akibat krisus tersebut beliau bersama Lokman Nor Adam (Datuk) telah dibawa bertemu dengan Menteri Besar Pahang (Dato' Sri DiRaja Hj Adnan Yaakob) dan kemudiannya mengadap Ahli Parlimen Pekan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Sri Najib Tun Razak di Pekan. Ia kerana terdapat ura-ura Ezam Md Noor akan menentang Najib di Parlimen Pekan.
Beliau bersama beberapa AJK bahagian telah mengumumkan tindakan keluar parti kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan pusat berkaitan ke Lokman-Ezam dan termasuklah pertukaran nama calon kerusi Parlimen Paya Besar ketika itu iaitu Wan Jusoh Wak Kolok (Allahyarham) kerana dipercayai menyokong Lokman Nor Adam yang telah dipecat daripada parti. Tempat Wan Jusoh telah digantikan nama Shaari Sungib yang dibawa khas dari Selangor.
Hubungan rapat dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail menyebabkan beliau telah dipilih sekali lagi sebagai calon, selepas kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2007. Namanya telah dipilih sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Parlimen Bera.
Beliau dua kali keluar Keadilan, iaitu pada 2003 semasa krisis Lokman-Ezam dan kemudiannya pada 2011 bagi meneruskan hasratnya menjadi aktivis bebas. Ketika bersama PKR, beliau sempat jadi calon pilihanraya iaitu PRU-11 (DUN Lepar) dan PRU-12 (DUN Kemayan).
Namun akibat krisis dalaman yang melanda, beliau memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di PRU-11 selepas membubarkan Parti Keadilan Nasional (PKN) Bahagian Paya Besar ketika itu. Beliau kembali menyertai PKR pada 2007, selepas diberi laluan oleh Ketua PKR Cabang Kuantan (YB Senator Pn Hjh Fuziah Salleh).
Beliau sekali lagi keluar PKR iaitu pada 2011 akibat kecewa dengan insiden pemilihan parti yang didapati tidak telus dan banyak mencurigakan. Selepas itu beliau terus bergerak sebagai aktivis bebas sehinggalah ke hari ini. Bukan tiada tawaran menyertai mana-mana parti politik, namun beliau lebih selesa menjadi aktivis kerana boleh mengangkat suara rakyat dan menegur kepincangan yang berlaku tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing.
Beliau mempunyai banyak pengalaman bertanding pilihanraya baik pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil. Kali terakhir beliau menjadi calon bebas pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Parlimen Pekan pada Jun 2020.
Biar pun tewas namun sebagai aktivis beliau gembira kerana isu alam sekitar, pencerobohan haram dan pencemaran Tasik Chini mendapat perhatian daripada semua pihak termasuk istana Pahang sendiri.
Sebelum itu beliau menjadi calon bebas di Pilihanraya Umum Ke-13 bagi kerusi DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota pada 2013. Kemudian sekali lagi di Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin pada 2015, namun gagal akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Sepanjang menjadi penulis blog (Blogger) beliau telah beberapa kali ditahan oleh pihak polis iaitu pada 2007 dan 2008. Beliau banyak kali dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan laporan yang dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tulisan panasnya.
Pengalaman tersebut mengajar beliau erti sebuah perjuangan leluhur. Semangat untuk terus menulis tidak pernah padam sejak sekian lama. Malah, beliau antata blogger yang konsisten menulis blog sehinggalah ke hari ini sebenarnya.
Malah, beliau satu-satunya bekas 'orang kuat' PKR yang keluar parti namun tidak menyertai mana-mana parti politik sehinggalah ke hari ini. Apa pun beliau pernah mencuba untuk memasuki parti, namun terhalang akibat masalah yang tidak dikenalpasti sehingga ke hari ini. Antaranya parti UMNO dan PAS. Lantaran itu beliau mengambil kesempatan terus bergerak sebagai aktivis masyarakat.
Selepas berundur daripada PKR pada 11 Februari 2011 beliau terus bergerak sebagai aktivis sehinggalah ke hari ini (2011-2025 ~ 14 tahun). Sejak itu beliau tidak aktif lagi di dalam mana-mana parti politik di negara ini. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Penerangan AMK Pahang
Walau bagaimana pun berita Utusan Malaysia berkenaan beliau keluar PKR telah diterbitkan lebih awal pada 27 November 2010. Susulan dakwaan beliau 'mencium Anwar Ibrahim', tindakan saman RM5 juta terhadap akhbar terbabit telah dibuat oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co pada 6 Disember 2010.
Namun akibat kegagalan akhbar terbabit menjawab notis yang dihantar dan berdiam diri atas isu tersebut, satu lagi tindakan saman dikemukakan melalui Tettuan Harris. Utusan Malaysia hanya mengeluarkan kenyataan maaf pada 29 November 2010 atas kesilapan artikel terbabit selepas itu.
Nama beliau ada tersenarai sebagai bekas pemimpin Keadilan yang meninggalkan Anwar Ibrahim. Beliau adalah satu-satunya orang kuat PKR yang keluar parti namun tidak menyertai parti lain.
Pada tahun 2008, namanya panas kembali apabila disaman RM2 juta oleh Saiful Bukhari Azlan gara-gara artikel panas yang disiarkan dalam portal Pahang Daily Online (PDO). Beliau terlibat sebagai wartawan dan editor di portal terbabit ketika itu. Namun kes tersebut selesai apabila portal terbabit mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terhadap enam artikel yang telah disiarkan.
Beliau telah disiasat lebih lima jam oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atas dakwaah terbabit. Kes tersebut mendapat liputan meluas media dan disiarkan dalam muka hadapan akhbar Sinar Harian nasional bertajuk 'Pahangdaily tunggu saman' ketika itu.

Gara-gara tidak dapat kerjasama daripada parti untuk menyediakan barisan peguam untuk berhadapan kes tersebut di mahkamah, akhirnya beliau secara sukarela menarik balik artikel yang dikatakan fitnah itu dan berdamai serta memohon maaf secara terbuka kepada Saiful Bukhari.
Sepanjang penglibatan sebagai aktivis, beliau beberapa kali pernah bertanding sebagai calon bebas iaitu pada PRU-13, kerusi DUN Semambu (2013) dan PRK DUN Chini (2020). Beliau hilang wang pertaruhan di kedua-dua pilihanraya tersebut. Beliau pernah cuba bertanding bebas di PRK Parlimen Rompin pada 2015, namun hasratnya gagal akibat masalah teknikal dan beberapa faktor lain.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan