SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA PEMBACA BERAGAMA ISLAM | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI

Saksi Keputusan Kes Liwat I Anwar Dari Dalam Mahkamah


Sebenarnya saya adalah orang awam yang menyaksikan keputusan kes libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung dari dalam mahkmah pada tahun 1999.

Kes telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1999. Peguam Negara ketika itu ialah Tan Sri Mokhtar Abdullah.

Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun (rasuah) dan sembilan tahun (liwat), dijalani secara berasingan atas kesalahan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.

Dalam kes itu, paling menarik ialah terjadi adengan 'usung tilam' dan percikan air mani yang bertebaran atas tilam terbabit.

Berjaya Masuk Dalam Mahkamah

Kenapakah saya berjaya masuk ke dalam dan menyaksikan secara langsung adengan yang berlaku dari dalam mahkamah?.

Sebabnya kerana saya datang awal dari Kuantan, selepas subuh di Puduraya saya terus berjalan kaki ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Saman, Dataran Merdeka.

Panjang cerita kenapa saya berjaya masuk ke dalam mahkamah sebenarnya. Namun, dipendekkan cerita saya 'berjaya'.

Malah, saya duduk pula di galeri keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu. Ini bermakna saya duduk bersama isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah, Nurul Izzah serta ahli keluarga Anwar yang hadir.

Pemimpin Keadilan dan Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak dapat masuk sebab mereka datang lambat ke mahkamah.

Ditambah lagi pada hari tersebut, hanya 10 orang awam dibenarkan masuk ke dalam mahkamah (sebelum ini 20 orang).

Azizan Mengaku Dia Tidak Diliwat

Dalam mahkamah ketika prosoding kes, Azizan Abu Bakar yang kononnya mangsa liwat Anwar, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham) mengaku beliau tidak diliwat.

Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992.

Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

Pengakuan Azizan itu tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

Bukankah ini adalah satu kezaliman dak ketidakadilan buat Anwar ketika itu.

Saya masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari keputusan dibuat. Apa yang saya saksikan dalam mahkamah sungguh tragis dan memalukan.

Malah membuktikan kes Anwae jelas satu fitnah yang cuba mengaibkan beliau sebenarnya. Ia berpunca daripada dendam politik pihak tertentu yang tidak mahu Anwar naik ke atas.

Jalan paling mudah, mengaib dan menjatuhkan maruah Anwar agar politiknya terkubur.


0 Komen Artikel Ini: