SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) | BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | HARAP MAKLUM

Politik


Dalam bidang politik, beliau telah beberapa kali bertanding pilihanraya sebelum ini. Namanya pernah tercalon sebagai calon Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 2004 (PRU-11) bagi kerusi DUN Lepar, Parlimen Paya Besar. Namun menarik diri dan memberi laluan kepada calon PAS ketika itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, beliau telah bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. Bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 3,678 undi kepada calon Barisan Nasional.

Akibat masalah dalam yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa tinggalkan PKR pada 11 Februai 2011 untuk menjadi aktivis bebas. Pada 2013, beliau sekali lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota atas tiket bebas. Walau bagaimana pun beliau tewas dan hanya mendapat 885 undi.

Pada tahun 2015, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. Namun akibat masalah teknikal , penyertaan beliau dibatalkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Cubaan terakhir beliau menyertai pilihanraya ialah pada tahun 2020, selepas pandemik Covid-19. Beliau telah bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Kecil DUn Chini, Parlimen Pekan. 



0 Komen Artikel Ini: