Saya agak terkejut bila sahabat Tuan Syed Hassan Syed Ali umum peletakan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mulai 1 April.
Saya lama ikuti perkembangan beliau sejak memimpin NGO tersebut sejak 17 tahun lalu. Namun mula rapat sekitar tahun 2024.
Beliau pernah tawarkan saya menjadi salah seorang pemimpin NGO terbabit, namun saya meminta sedikit masa untuk fikirkan.
Selepas tiga bulan membuat penipaian dan berbincang dengan rakan dan taulan, maka akhirnya saya menolak jawatan ditawarkan.
Punca utama ialah saya melihat beliau mula terjebak antara politik dan NGO. Perkasa sebelum ini dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali (sekarang Presiden PUTRA).
Namun beliau letak jawatan kerana mahu bergerak aktif semula dalam politik.
Saya mulanya tertarik untuk bersama NGO Perkasa, tapi bila melihat ia mula terjebak dalam kancah politik maka saya batalkan hasrat dan niat tersebut.
Perkasa sepatutnya menjadi NGO bebas dan tidak boleh memihak pada mana-mana parti politik dalam negara ini.
Syed Hassan dilihat lebih cenderung pada parti politik pembangkang. Kenyataannya amat lantang bila menghentam kerajaan.
Saya pula suka bergerak sebagai aktivis bebas dan tidak terlibat dengan politk kepartian dalam perjuangan, tambahan pula saya kini tidak berdaftar atau aktif dengan mana-mana parti politik.
Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Syed Hassan. Moga masa depan politiknya lebih cerah selepas ini.
CMK @ BLOGGER CUCUMATKILAU




0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan