SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Tubuhkan RCI Segera Untuk Siasat Dan Dakwa Penceroboh, Dalang Yang Terilbat Dengan Isu Tanah Haram Musang King Raub !

Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) senada dengan NGO Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan segera untuk menyiasat unsur penyelewengan, rasuah dan korupsi yang berlaku dalam isu pencerobohan tanah secara haram untuk tanaman durian 'Musang King' yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Keputusan mahkamah baru-baru ini memberi harapan baharu untuk kita melihat perubahan sistem pentadbiran dan penguatkuasa hutan dan tanah di seluruh negeri Pahang khasnya dan seluruh negara amnya.

Ketika membuat keputusan, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz ada membuat beberapa teguran terutamanya dari sudut penguatkuasa yang ditujukan khas kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Tindakan penguatkuasaan yang lemah  menyebabkan kes ceroboh tanah di Raub ini berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa diambil tindakan oleh pihak kerajaan.

Sepatutnya awal-awal lagi pemantauan dibuat, iaitu ketika penceroboh menanam pokok durian Musang King, bukan tunggu membesar dan mereka sudah dapat hasil jutaan ringgit.

Antara beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang seperti yang dimaklumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini iaitu pencerobohan adalah satu jenayah, maka penceroboh wajar diambil tindakan yang tegas.

Kerajaan Negeri Pahang juga perlu memperbaiki sistem permohonan tanah. Malah, kawasan yang diceroboh adalah kawasan tadahan air.  Hakim menegur kerajaan negeri agar lebih peka menjaga alam sekitar.

Sebagai permulaan, suara rakyat menang tapi tindakan oleh pihak berkuasa di Raub terhadap tanah terbabit masih menjadi pertikaian dan persoalan. Penceroboh perlu keluar dari tanah-tanah terbabit, namun siapa yang akan memantau semua ini?. 

Rakyat di sana (Raub), perlu menjadi 'mata dan telinga' kerajaan untuk melaporkan kepada kami sekiranya mereka melihat ada tindakan yang mencurigakan.

Rakyat tidak mahu, keputusan sudah dibuat oleh pihak mahkamah diatas 'kertas. Namun di atas 'tanah' penceroboh tetap dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Saya mahu melihat pula mereka yang menceroboh ini dikenakan tindakan saman dan denda mengikut akta yang telah ditetapkan. Juga kepada 'dalang' yang telah 'bersekongkol' dan membiarkan pencerobohan ini berlaku sejak sekian lama juga perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya. Mereka masih berkhidmat dengan jabatan yang berkenaan. 

Apa pun apa yang berlaku di mahkamah baru-baru ini, ia adalah permulaan perjuangan rakyat sebenarnya. Banyak lagi kes pencerobohan haram didalangi 'orang dalam' dan 'berpengaruh' yang berlaku di seluruh negeri Pahang. 

Kami akan terus bersuara untuk melihat adengan seterusnya dalam kes ini. Kita tidak mahu akhirnya rakyat hanya "menang sorak, kampung tergadai". Maknanya kita menang di mahkamah, tapi mereka bebas beroperasi seperti biasa kerana ada pihak tertentu yang cuba melindunginya kelak,

Biar pun wakil NGO Pembela yang terdiri daripada Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi) dan Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi) tidak dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan.

Hanya Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, iaitu Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi yang juga merupakan seorang peguam yang dibenarkan masuk. Namun begitu kita merasa lega kerana ia akhirnya berpihak kepada rakyat.

Saya tetap bertegas agar RCI ditubuhkan jika benar kerajaan mahu melihat ketelusan dalam isu ini. Jika tidak rakyat tetap menganggap ada sesuatu cuba disembunyikan. Tambahan pula tiada seorang pun penceroboh dan pihak yang bersekongkol terbabit yang didakwa di mahkamah. Sedangkan dalam masa yang sama, penceroboh pula akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah baru-baru ini. 

Bahkah jika melibatkan bangsa sendiri, masuk hutan simpan untuk jalankan aktiviti rekreasi, berkhemah, memancing dan sebagainya pun ramai yang didakwa dan dikenakan hukuman kerana menceroboh secara haram. Adakah ada dua undang-undang berbeza dalam hal pencerobohan haram ini. 

Kita sibuk menyalahkan bangsa lain dalam isu ini, sedangkan yang ada kuasa ke atas tamah dan hutan bangsa kita sendiri. Dalam diam kita diperdayakan oleh bangsa sendiri yang khianat dan bersekongkol dengan penceroboh untuk mengejar kemewahan duniawi. #CMK

Read more »

Pencerobohan Tanah: Bukan Bermakna Isu Sudah Selesai, Sebab 'Dalang' Dan 'Tali Barut' Mereka Masih Bermaharajalela !

Setelah keputusan ditangguhkan pada 9 Disember, namun 23 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 110 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka. 

Dilaporkan, keseluruhan sebanyak 204 pekebun memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Royal Pahang Resources PKPP Sdn Bhd dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

Walau pun kemenangan ini masih terlalu  awal buat rakyat. Namun, sekurang-kurangnya ia memberi harapan baharu untuk kita melihat perubahan sistem pentadbiran dan penguatkuasa hutan dan tanah di seluruh negeri Pahang khasnya dan seluruh negara amnya.

Difahamkan juga, semasa membuat keputusan hakim perbicaraan juga ada menegur kerajaan dari sudut  penguatkuasaan. Tindakan yang lemah  menyebabkan kes ceroboh tanah di Raub ini begitu beraani dengan sewenang-wenangnya menceroboh tanah untuk ditanam durian 'Musang King' tanpa disedari oleh jabatan yang berkenaan. 

Sebagai permulaan, suara rakyat menang tapi tindakan oleh pihak berkuasa di Raub terhadap tanah terbabit masih menjadi pertikaian dan persoalan. Penceroboh perlu keluar dari tanah-tanah terbabit, namun siapa yang akan memantau semua ini?. Rakyat di sana, perlu menjadi 'mata dan telinga' kerajaan untuk melaporkan kepada kami sekiranya mereka melihat ada tindakan yang mencurigakan.

Kita tidak mahu, keputusan sudah dibuat oleh pihak mahkamah diatas 'kertas. Namun di atas 'tanah' penceroboh tetap dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Justeru, kita mahu melihat pula mereka yang menceroboh ini dikenakan tindakan saman dan denda mengikut akta yang telah ditetapkan. Juga kepada 'dalang' yang telah 'bersekongkol' dan membiarkan pencerobohan ini berlaku sejak sekian lama juga perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya. Mereka masih berkhidmat dengan jabatan yang berkenaan. 

Apa pun apa yang berlaku di mahkamah hari ini baru permulaan perjuangan rakyat sebenarnya.

Banyak lagi kes pencerobohan haram didalangi 'orang dalam' dan 'berpengaruh' yang berlaku di seluruh negeri Pahang sebenarnya.

Maka itu, kita akan terus bersuara untuk melihat adengan seterusnya dalam kes ini. Kita tidak mahu akhirnya rakyat hanya "menang sorak, kampung tergadai". Maknanya kita menang di mahkamah, tapi mereka bebas beroperasi seperti biasa kerana ada pihak tertentu yang cuba melindunginya kelak.

Biar pun wakil NGO Pembela yang terdiri daripada Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi) dan Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi) tidak dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan.

Hanya Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, iaitu Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi yang juga merupakan seorang peguam yang dibenarkan masuk. Namun begitu kita merasa lega kerana ia akhirnya berpihak kepada rakyat.

Syabas juga kepada semua NGO yang hadir memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat di Komplek Mahkamah Kuantan hari ini. Tidak sia-sia kita menghantar memorandum kepada KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Seri  Paduka Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negera dan Istana Abu Bakar, Pekan pada 21 Disember baru-baru ini.

Tahniah juga kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali dan anggotanya yang banyak membantu di lokasi. Beliau turut memberi teguran dan nasihat agar semua pihak mematuhi SOP Covid-19 ketika sidang media diadakan di pintu masuk Komplek Mahkamah Kuantan.

Walau bagaimana pun, keadaan terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sokongan rakyat dari kejauhan juga amatlah membantu kami untuk meneruskan perjuangan rakyat ini. Suara Rakyat Suara Keramat.

Terimalah nukilan sajak dari saya, 

khas untuk rakyat marhaen sahaja


"PENCEROBOHAN HARAM"

(Buat Yang Memahami)


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada penguasa yang melindungi

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada pegawai yang mendalangi


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada dalang yang bersekongkol

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada indvidu yang terima rasuah


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika penguatkuasaan berjalan betul

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika puak2 talibarut tidak berleluasa


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika ada orang politik ingat rakyat

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika pemimpin setempat tidak bisu


Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika jabatan kerajaan tak tutup mata

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada kakitangan rakus kumpul harta


Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika mereka bekerja kerana amanah,

Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika semua ingat mati, takutkan Allah.


"Cakna Demi Rakyat"


Salam Perjuangan dari

Wakil Rakyat Marhaen:


MOHD SHUKRI B MOHD 

RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO

Angkatan Pembela Rakyat

[ A N G K A R A ]

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com


Tonton Video kenyataan NGO Pembela :-


Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi)

Dato' Syed Nasarudin Syed Abd Hadi 

(Peguam/Ketua Pembela Pahang)

https://youtu.be/iFqJeWqyu1c 

- Keputusan mahkamah


Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi)

https://youtu.be/XFZY2hOWwJs

- Ini hanya satu permulaan

Read more »

Saya Akan Bersama NGO Esok Untuk Serahkan Memorandum Isu Ceroboh Tanah Raub, Seluruh Negeri Pahang

Esok, saya akan luangkan masa bersama NGO Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Veteran Tentera untuk menyerahkan memorandum kepada Yang  di-Pertuan Agong dan Sultan Pahang berkaitan isu pencerobohan tanah di Raub dan seluruh negeri Pahang.

Di fahamlan memorandum akan diserahkan serentak di Istana Negara, Kuala Lumour dan Istana Abu Bakar, Pekan pada Isnin, 21 Disember jam 11. 00 - 12.00 tengahari.

Memorandum terpaksa diserahkan esok lerana pada Rabu 23 Disember, keputusan kes ini akan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Justeru kami menggesa Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Pahang menyelidik, mengiasat dan mengambil tindakan telus terhadap kes ini.

Kepada sahabat2 yang memahami erti perjuangan rakyat, boleh turun beramai-ramai esok untuk menyokong perjuangan ini. #CMK

Read more »

Kenapa Komplek SUKPA Di Jadikan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Warga Asing Dari Bentong?

 

Kawad duri sudah dipasang, namun tahukah anda ramai warga Kuantan terutamanya para penduduk Bandar Indera Mahkota yang kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang benar Majlis Keselamatan Negara (MKN) pindahkan pesakit Covid-19 warga asing "Kluster Jalan Genting" dari Bentong untuk dikuarantinkan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) . 

Kenapa tidak dikuarantin di hotel-hotel yang banyak terdapat di Genting Highlands? Inilah yang menjadi persoalannya sekarang. Sebab semua rakyat tahu Covid-19 adalah bahaya dan risikonya boleh ke tahap membunuh mangsa.

HADIS LARANGAN KELUAR KAWASAN

Ingatlah ada hadis sahih, daripada Aisyah ra yang bertanya kepada Rasulullah saw tentang masalah taun, lalu baginda mengkhabarkan:

"Taun adalah sejenis seksa yang Allah swt hantarkan kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah swt menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita taun lalu dia tetap bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar dan mengharapkan pahala, serta mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah swt telah mentakdirkannya kepadanya, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mati syahid." - (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari hadis itu, kita tahu bahawa penyakit taun merupakan wabak yang menular sama halnya seperti ketika kita berhadapan Covid-19.

Ia biasanya merupakan penyakit yang menular dan merebak di wilayah yang memang sudah terjangkit. Oleh itu, Rasulullah saw mahu Muslim 'menjaga jarak' dengan melarang orang yang mendapat serangan penyakit ini dan orang yang ada di wilayah itu keluar sebagai tindakan pencegahan.

Larangan keluar dari wilayah yang terjangkit mempunyai dua makna.

Pertama, mendorong jiwa untuk percaya kepada Allah swt, tawakkal kepada-Nya, sabar, reda kepada qada-Nya.

Kedua, sesiapun yang ingin menghindari penyakit harus mengeluarkan cairan kotor dari tubuhnya dan mengurangkan pemakanan (berpuasa) serta menghindari tempat kotor, lembab dan basah.

Keluar dari wilayah yang sudah terjangkit wabak berjangkit tidak boleh dilakukan kecuali dengan tindakan yang cepat.

Begitulah yang dijelaskan doktor, sehingga kita lihat sangat bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad saw (Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Ma'aad fi Hadyi Khayril Ibaad).

Kesimpulan daripada hadis diatas, maka sepatutnya biarkan warga asing yang  bergejala itu dikuarantin di Bentong. Kenapa perlu bawa keluar daerah sampai ke Kuantan? 

RISIKO DARI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Memang benar pesakit dikuarantin dan dikurung dalam stadium, namun bagaimana dengan petugas barisan hadapan yang bertanggung jawab untuk menguruskan warga asing terbabit?

Bukankah mereka ini akan balik ke kediaman masing-masing yang terletak di sekitar kawasan terbabit. Jika ada yang positif serta berisiko, inilah yang akan menyebabkan orang awam lain akhirnya jadi 'kontak rapat' dan turut terkesan dengan situasi tersebut.

KES DI GENTING HIGHLANDS TERKAWAL

Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan penularan kes di Genting Highlands terkawal dengan hanya melibatkan tiga kawasan penempatan yang diduduki oleh warganegara asing.

Difahamkan setakat ini tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di situ dan pemasangan kawad besi bagi mengelak penghuni di kawasan berkenaan keluar ke kawasan penduduk tempatan.

Malah dilaporkan juga Pahang kini merekodkan 61 kes dengan 55 kes adalah dari daerah Bentong yang kebanyakannya melibatkan 'Kluster Jalan Genting'. Persoalannya kenapa perlu pesakit dari Bentong mahu dikuarantin di Kompleks SUKPA.  yang jaraknya beratus kilometer dari lokasi terbabit. Jika terkawal, maka tidak perlu di bawa ke Kuantan. 

Kalau saya ada kuasa saya tak akan benarkan warga asing pesakit Covid-19 dikuarantin di Kompleks SUKPA. Kes terjadi di sana, maka kuarantinlah di sana, atau di mana-mana lokasi  di Lembah Kelang, yang jaraknya lebih dekat dengan Bentong.

Ini bukan mangsa banjir atau kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditangkap kerana tiada dokumen. Ini kes berisiko dan mereka itu adalah pesakit Covid-19 yang sudah membunuh ramai manusia di atas muka bumi ini.

KERAJAAN SEPATUTNYA TOLAK ARAHAN

Betul, saya tahu ini adalah arahan dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun jika Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju dan memikirkan soal rakyat maka, mana mungkin tergamak memunggah peskait itu ke Kuantan yang merupakan 'kawasan hijau' pada masa ini. Tempatkanlah mereka di lokasi sekitar kawasan Bentong sahaja. Jangan dibawa keluar kawasan hingga menakutkan warga Kuantan sekarang ini. 

Bukankah di sana ada Genting Highlands, guna salah satu hotel jadi pusat kuarantin. Ini bukan masa pelancong nak datang ke situ untuk bercuti. Biarlah pemilik hotel di sana buat kerja kebajikan pula ketika pandemik Covid-19 melanda sekarang ini. Kenapa perlu nak dihantar mereka yang bergejala itu ke sini?

Kenapa tidak gunakan 'Arena Of Stars Genting' yang lebih canggih dan terbaik. Waktu ini tak ada sebarang acara atau konsert artis yang diadakan disitu. Bukankan lokasi lebih dekat dengan kawasan "Kluster Jalan Genting" itu sendiri sebenarnya. Kenapa perlu dipunggah warga asing terbabit ke Kompleks SUKPA pula? . 

LOKASI BERADA DI PUSAT TUMPUAN

Kompleks SUKPA. kawasan tumpuan, virus boleh terlepas dengan berbagai cara yang kita tidak disedari. Kenapa perlu perjudikan nasib rakyat Kuantan? Kerajaan boleh berikan alasan yang munasabah kepada MKN agar tidak jadikan Kompleks SUKPA. Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Kuasa ada ditangan kerajaan. 

Sebelum ini saya sendiri pernah dedahkan kes Covid-19 terjadi di Hospital UIAM (Kluster Bali.  Namun semua pihak membisu seribu bahasa, malah saya dilarang mendedhakannya demi menjaga nama pusat perubatan terbabit. Maka, orang awam yang tidak tahu, datang ke situ untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya ramai yang positif Covid-19.Hingga ada beberapa nyawa terkorban.

KES "KLUSTER BALI' UAIM JADI PEDOMAN

Malah kakitangan UIAM serta ahli keluarga terpaksa menjalani ujian saringan  (swab test) di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Paling mengejutkan pihak UIAM sendiri menafikan kejadian sebelum itu dan mendakwa saya telah membuat fitnah. Namun, akhirnya terpaksa diakui selepas semakin ramai yang positif. 

Kompleks SUKPA. jaraknya begitu dekat dengan UIAM (berhadapan) sebenarnya. Jika kes di UIAM pun cuba disembunyikan. Maka saya tidak yakin kes kali ini juga akan berlaku benda yang sama. Ada pihak tidak mahu bersuara dan  berkata benar demi menjaga nama baik pihak terbabit. Akhirnya rakyat jadi mangsa. 

Harus diingat, lokasi Kompleks SUKPA juga berdekatan dengan pusat riadah Taman Bandar (laluan orang berjogging) dan kawasan perniagaan baharu. Memang ada kawad duri sebagai penghalang, Tapi masih kita ingat lagi peristiwai pagar yang tinggi kat ibu pejabat SPRM pun orang boleh panjat dan meloloskan diri. Malaysia, benda pelik boleh berlaku. Mana mungkin rakyat Indera Mahkota khasnya dan Indera Mahkota amnya tidak risau kalau warga asing yang dikuarantin itu terlepas ke luar. 

Kompleks SUKPA juga selalu digunakan sebagai Pusat Perpindahan Sementara (PPS) mangsa banjir. Bayangkan jika tiba2 hujan lebat turun dan stadium tertutup itu mahu digunakan untuk pusat perpindahan, bukankah ia berisiko, walau pun sudah disanitasi.

Apa, ingat virus itu boleh hilang begitu saja, walau pun ada macam2 SOP ditetapkan oleh kerajaan. Warga asing pulak tu yang dipunggah ke Kompleks SUKPA. Kalau warga tempatan, mungkin boleh dimaafkan lagi.

BENTONG LEBIH DEKAT LEMBAH KELANG

Jika alasan sebab dekat dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan Covid-19, rasa saya antara Bentong Kuantan dekat lagi ke Kuala Lumpur. Hospital Sungai Buloh ada dan Hospital Kuala Lumpur pun ada.

Malah di Lembah Kelang itu lebih banyak kemudahan sebenarnya. Pusat Kuarantin Covid-19 yang sedia ada di MAEPS Serdang juga ada dan lebih afdal digunakan daripada memperjudikan nasib rakyat Kuantan. 

Apakah kerajaan tidak mampu  bersuara untuk menghilangkan keresahan rakyat marhaen yang kini dalam ketakutan untuk berhadapan dengan risiko pandemik Covid-19?.

Siapa akan dipersalahkan jika kes positif Covid-19 tiba2 meningkat di Kuantan selepas ini?. Ingatkah kes di Sabah, gara2 pilihanraya negeri, akhirnya kes meningkat secara mendadak dan menakutkan rakyat. 

GUNAKAN HOTEL UNTUK KUARANTIN

Kami warga Kuantan dan  penduduk Indera Mahkota gesa warga asing dikuarantin di hotel-hotel sekitar Genting Higlands. Bincanglah dengan pihak pengurusan Genting. Bilik ada banyak kat sana. Masa ini pelanggan kurang so buatlah kerja amal pulak, bukan tak biasa kuarantin di hotel.

Atau pun gunakan bangunan i-KPKT yang kemudahannya lebih canggih di Bukit Tinggi Bentong. Bukankah itu bangunan milik kerajaan. Lokasi jauh dari kawasan kediaman dan pusat tumpuan penduduk berbanding Kompleks SUKPA. 

Boleh juga digunakan MRSM Bentong yang kini kosong kerana pelajar sedang bercuti. Kes ini berlaku di Bentong. Waktu ini dikira darurat dan ibubapa perlu faham situasi terkini. Kerajaan boleh kata MRSM tak sesuai kerana ia institusi pendidikan dan menimbulkan ancaman kepada pelajar dan ibubapa. Bukankah sekarang musim cuti? Selepas digunakan buatlah sanitasi semula.

 TIGA KES POSITIF DI KUANTAN HARI INI

Kenapa nak kena cari lokasi yang jaraknya beratus kilometer dari Bentong? Pelik sungguh, sanggup ambil benda yang sah ada risiko untuk disajikan kepada rakyat di kawasan yang dah kurang risiko ini.

Namun apa yang membimbangkan, biar pun Kompleks SUKPA belum beroperasi lagi tapi l daripada zon hijau sebelum iini, terkini Kuantan mencatatkan tiga kes positif Covid-19. Ini satu petanda yang tidak baik sebenarnya. 

Justeru saya merayu dan menyeru Kerajaan Negeri Pahang kaji dan tarik balik kebenaran penggunaan Kompleks SUKPA ini, kerana majoriti rakyat dan penduduk tidak boleh terima serta bersetuju dengan tindakan yang 'tidak popular' ini. Fikirlah sebelum bertindak.  Jika tidak boleh sekali pun, pastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman damai dan selamat daripada pandemik Covid-19 yang dibawa oleh 'Kluster Jalan Genting' itu. 

"Suara Rakyat Suara Keramat"


===========IKLANEKA BERBAYAR =========

Skim Pelaburan Emas Patuh Syariah, Beli 1 Unit Dapat 10 Unit Emas. Dapatlan Info Lanjut, Klik : https://quantumetal.blogspot.com/2020/11/orang-ramai-yang-tercar-cari-peluang.html?m=1

Read more »

Penceroboh Tanah Haram Musang King Menang Round Pertama Bila Mahkamah Tangguhkan Keputusan !

Keputusan yang  ditunggu2 oleh rakyat marhaen dalam isu pencerobohan tanah Musang King hari ini telah ditangguhkan ke tarikh baharu, pada 23 Disember 2020. 

Ini kerana mahkamah telah dimaklumkan ada afidavit baharu dikemukakan oleh penceroboh2 untuk mempertahankan tindakan mereka itu. Notis pengosongan tanah yang berakhir kini dicabar sekali lagi oleh mereka. 

Pada Ogos lalu penceroboh telah memfailkan permohonan itu dengan menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. 

Namun agak mengejutkan, kenapa dibenarkan ada afidavit baru? Sedangkan hari ini sepatutnya satu keputusan yang dinantikan rakyat diumumkn iaitu, penceroboh mesti keluar dari tanah2 yg telah mereka ceroboh secara haram itu.

Sungguh mengecawakan NGO yang hadir termasuk daripada PEMBELA, PERKID, ABIM dan VETERAN ATM sendiri. Tentera yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara, mohon tanah tidak dilayan. 

Malah ada veteran tentera  yang dihukum penjara dan denda ribuan ringgit gara-gara ceroboh tanah kerajaan. Namun kes ini agak musykil, boleh pulak penceroboh itu lawan dan pertikaikan notis pengosongan tanah yang telah dikeluarkan.

Siapa yang lebih berkuasa agaknya di sini? Kerajaan atau penceroboh. Apa akan jadi jika keputusan memihak kepada penceroboh? Ayuh bangkit seluruh rakyat, kenapa penceroboh dapat hak keistimewaan untuk menafikan hak kerajaan? Kenapa perlu ada afidavit lain? Sedangkan jika berlaku kepada orang Melayu, begitu cepat tindakan dan hukuman dibuat.

Pasti tiada peluang untuk rakyat pertahankan tindakan menceroboh, hatta masuk ke hutan simpan untuk berkelah atau memancing ikan sekali pun.. Ini pencerobohan yang sudah lama berlaku, boleh pula penceroboh lawan dan mempertahankan hak mereka menceroboh.


Sila klik video di https://youtu.be/RS9tqh2nkJo

MOHD SHUKRI B MOHD 

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Wakil Rakyat Marhaen ]

www.cucumatkilau.blogspot.com

Read more »

Jika UMNO Berkerjasama Dengan DAP Pada PRU-15, Mungkin 2/3 Kerusi Majoriti Menjadi Milik Mereka Dalam 'Kerajaan Perpaduan' !

Musuh marah dan buat lawak hina, kutuk dan hentam pemimpin UMNO yang nak berbaik-baik dengan DAP. Sebab bagi mereka DAP adalah parti yang menyemarakakan ideologi 'komunis' di negara ini. UMNO pula parti keramat org Melayu. Bagi saya, jika UMNO dan DAP boleh bersama pada PRU-15 ini.. maka kemungkinan besar 2/3  majoriti dalam dewan rakyat akan jadi milik mereka dalam "Kerajaan Perpaduan".

Rasionalnya, DAP adalah parti yang disokong oleh majoriti kaum Tionghua di negara ini, biar pun mereka ahli MCA, GERAKAN dan PKR. Sbb mereka ini bersatu atas nama undi, walau pun brpecah atas nama parti. Semua orang Melayu tahu. Jika tempat tersebut tak ada calon DAP maka undi akan diberi kepada proksi. Sebab itulah PH boleh menang majoriti di bandar.

Sebabnya, undi kaum Cina akan pergi ke calon proksi PH, tidak kepada MCA, Gerakan dan lain2 parti lawan mereka. Ini jelas dan memang terbukti, tak perlu dinafikan.

Maknanya DAP kuat di semua kerusi bandar. Sebab itu PH berjaya menakluki semua kerusi yang menempat ibu negeri pada PRU-14 lalu.


UMNO pula parti keramat orang Melayu dan sudah pasti sukar untuk ditumbangkan di kerusi majoriti Melayu terutamanya kawasan Felda. Orang Melayu sudah sebati dengan UMNO sebab parti itu bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Makanya, nenek moyang orang Melayu dan wasiatkan anak-anak cucu agar terus pegang perjuangan parti itu untuk kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan tanahair (ABATA). 

UMNO sukar ditumpaskan dikawasan majoriti Melayu kerana rakyat ingat jasa-jasa pejuang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Di Pahang, benar ada beberapa kerusi Felda yang UMNO tumbang kepada PAS. Namun, segala yang berlaku hanyalah permainan politik pihak tertentu yang membuat percaturan untuk menjatuhkan pemimpin tidak sehaluan dengan mereka. 

Maka, undi protes dihantar untuk menghukum pemimpin terbabit dengan arahan "parlimen pangkah BN, tapi DUN bagi PAS". Sebab itulah ramai calon popular yang sepatutnya menang tiba-tiba dikalahkan secara mengejut. Itu kata orang-orang yang lebig tahu. Sebab sumber mereka daripada ahli akar umbi. Sebab itulah bila UMNO dan PAS membentuk "Muafakat Nasional", mereka akan kuat. Tapi hanya di kerusi majoriti Melayu sahaja. Bagaimana dengan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak serta majoriti kaum lain?.  Mereka boleh bersama dalam perjuangan, tapi untuk jadi calon ia mematikan peluang pemimpin UMNO yang tewas kepada PAS pada PRU-15 lalu.

Walhal jika PAS dan UMNO berentap semula di kerusi terbabit, mungkin UMNO boleh menang dan merampas semula kerusi tersebut. 

PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dulu. Parti Islam boleh menerima DAP atas nama perjuangan, maka kenapa tidak UMNO? Jika parti Islam boleh bersama DAP,  parti Melayu UMNO lagilah mudah untuk berbuat demikian sebenarnya.

Justeru, saya melihat dan risau jika UMNO dan DAP bersama atas nama perjuangan rakyat. Mungkin mereka akan sapu bersih kerusi parlimen di seluruh negara, lebih dari 2/3 majoriti. Semakin susah susah untuk parti lain berjuang jika UMNO dan DAP bersama. UMNO kuat di kerusi majoriti Melayu, DAP pula kerusi majoriti Tionghua. Parti lain harap tempias jika mahu dapatkan undi.

Oleh itu, saya berharap semua ini sekadar teori semata-mata dan tidak menjadi kenyataan. Sebabnya, mungkin ramai ahli akar umbi UMNO yang tidak boleh terima kenyataan mereka duduk semeja dengan DAP. Namun hakikatnya memang selama ini pemimpin UMNO itu sendiri punyai hubungan rapat dengan tokey-tokey balak, emas, bijih besi, pasir dan lain-lain projek yang kebanyakkan mereka ahli DAP seumur hidup. Cuma ahli akar umbi yang tidak biasa dengan semua itu dan memandang jahat kepada DAP. Walhal, proksi-proksi DAP inilah yang menyokong politik pemimpin UMNO sejak sekian lama.

Makanya, tidak janggal untuk UMNO berbaik dengan dap sebab mereka adalah parti yang berdaftar secara sah dengan ROS, bukan pertubuhan haram yang mahu hancurkan kerajaan. Mereka sertai pilihanraya secara sah dalam sebuah negara demokrasi sejak zaman berzaman. Hanya provokasi keterlaluan yang menakutkan ahli UMNO dengan DAP.  Malahan, jika dilihat kepada undang-undang tubuh DAP, parti itu adalah parti berbilang kaum. Bukan hanya untuk satu sahaja. Malah, wakil rakyat DAP ada Cina, Melayu dan India. Namun, momokan berbaur 'rasist' menyebabkan orang Melayu dimomokkan DAP itu 'komunis, inilah yang menakutkan orang Melayu. Iulah senario yang berlaku selama ini. Sekadar pandangan mata kasar.


BLOGGER CUCUMATKILAU

www.cucumatkilau.blogspot.my


Read more »