SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Pengkhianat Isu Tanah Terhadap Orang Melayu, Angkara Siapa ??

 

Saya agak terkejut hari ini, bila ramai rakyat yang menghubungi saya dan menyokong kenyataan berkaitan isu 'faraid tanah' yang berlaku sejak sekian lama. Saya hanya nak perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan.

Saya tidak mahu gara2 sikap tamak haloba mereka yang diberi amanah dan tanggung jawab, tiba-tiba mereka khianat demi kejar kekayaan. Nasib rakyat terutamanya orang Melayu diperkotak-katikkan. Mereka kaya raya kerana perbuatan tersebut.

Rakyat di nafikan hak untuk memiliki tanah di bumi sendiri kerana tak mempunyai wang ringgit untuk membayar 'kerja orang dalam'. Semua ini sudah lama terjadi, tetapi tiada siapa yang berani  mengangkat isu ini.

Sebab itu mereka yang terlibat tersenyum riang ria dan terus bermaharajalela. Mereka tidak takut dengan aduan demi aduan oleh rakyat kerana 'kartel' sudah lengkap dari atas sampai ke bawah. Tambah malang lagi, ada juga yang berani menggunakan nama sendiri tanpa rasa takut dan bersalah. Bagi yang guna proksi dan kroni itu memang sudah jadi amalan biasa sejak sekian lamanya.

Sebab itulah saya terpaksa bersuara demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kebobrokan harus di dedahkan demi masa depan generasi akan datang. Sampai bila kita harus menyaksikan adengan ini terus berlaku di depan mata?

Maka terpaksa saya bangkit membela nasib rakyat marhaen yang ditindas sedemikian rupa. Saya tidak mahu bangsa sendiri dipijak2 oleh golongan yang terlalu rakus membina kekayaan di atas mukabumi ini.

Justeru, saya menggesa supaya kerajaan bertindak demi sebuah keadilan untuk rakyat. Jangan nanti rakyat menolak kerajaan pada pilihanraya umum akan datang gara-gara benci dengan sikap mereka yang khianat ini.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
[ Blogger Cucumatkilau ]
https://bloggercucumatkilau.blogspot.my

Baca keratan artikel Pahang Daily di sini >> https://www.facebook.com/cmkshukrieramly
#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen

Read more »

Tabung Dana Rakyat Lawan Kes Saman Banjir Balak Bentong RM1 Juta Kini Jadi Bahan Serangan !

Antara punca saya amat malas nak merayu sokongan dana bila berlaku kes mahkamah ialah disalah ertikan oleh mereka untuk jadi bahan menyerang saya, seolah2 saya tiada sokongan rakyat. 

Tapi mungkin juga TIADA, sebab penyokong bertepuk bila angkat isu2 balak banjir Bentong dulu. Sokongan padu daripada semua pihak.

Namun bila didakwa ke mahkamah atas kes tersebut, ramai yang cabut dan menikus, hatta nak hulurkan apa2 sumbangan. Bukan orang lain, malah rakan2 taulan yang konon mengkagumi perjuangan. 

Saya perlu bayar peguam untuk berhadapan kes ini. Namun, rakyat yg saya ingat bangkit bersama telah hilang dari radar.

Saya kenal.. sorang2 rakan yang selama ini sokong. Tapi, nak menyumbang RM10 pun berkira. Mereka sanggup biarkan pejuang bersendirian. 

Inilah takdir dalam perjuangan. Apa pun sabar demi sebuah pengharapan yang tiada kesudahannya.

Saya tak salahkan pihak Pahangku Media menyerang, sebab itu tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7491936660879866&id=173935606013378

Namun, saya hairan rakyat yang berdegar2 menyokong perjuangan tiba2 hilang begitu sahaja. Memang ada yang hulur sumbangan, namun ia masih tidak mencukupi untuk kos guaman yang diperlukan.

Terpaksalah saya bergolok bergadai untuk berhadapan dengan situasi ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hendaknya. #CMK

Read more »

Kerajaan Negeri Melaka Di Gesa Arahkan Pengusaha Restoran Terima Kaedah Bayaran Tanpa Tunai !

 

Tengahari tadi saya sempat bersama keluarga dan saudara mara singgah menjamu selera di sebuah restoran asam pedas di Bandar Hilir, Melaka.

Caj harga menu makanan yang terpaksa dibayar agak tinggi namun saya tidak bicara soal harga atau sikap peniaga di restoran terbabit.

Apa yang ingin saya kongsikan, cuma sekadar pandangan agar perubahan dilakukan demi kemudahan para pelanggan terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Melaka dengan bangga umum menyasarkan seramai 305 pengayuh beca akan dilengkapi kemudahan Touch ‘n Go eWallet. Sekaligus menjadi negeri pertama dalam negara yang menawarkan perkhidmatan itu secara bebas tunai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, memaklumkan hampir 80 peratus atau 244 daripada pengayuh beca telahpun menggunakan aplikasi tersebut bagi memudahkan pembayaran oleh pelanggan.

Rujuk laporan artikel Utusan Malaysia di https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/beca-melaka-tanpa-tunai-menjelang-syawal/

Sudah bagus beca guna bayaran tanpa tunai, tapi lain pula di restoran yang terbabit. Saya cuba buat bayaran tanpa tunai atau pindahan wang (transfer fund), namun ditolak oleh pengusaha restoran terbabit atas alasan premisnya hanya gunabayaran tunai sahaja. 

Lebih panas lagi, dia pula nasihatkan saya selepas diajukan sepatutnya perlu ada

sistem EWallet, QRPay, Debit Card, TouchNGo, Boost dan sebagainya untuk tujuan bayaran.

Tambahan pula Melaka adalah destinasi pelancongan utama di negara ini. Namun dijawab dengan mudah "Encik sepatutnya sediakan wang tunai dan bertanya sebelum makan".

Terharu hati saya bila dia juga arahkan saya keluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM untuk buat bayaran. Saya tidak mahu berbalah panjang dan beredar mencari mesin ATM untuk buat pengeluaran wang dan bayar harga makanan berkenaan.

Mujurlah saya tidak mahu berbalah panjang dan akur dengan arahan pengusaha restoran terbabit. Namun terdetik dihati saya, apa akan jadi sekiranya pelanggan terus 'cabut' kerana kecewa dengan situasi itu. Naya kepada para pelanggan, dalam cuaca panas terpaksa jalan kaki mencari mesin ATM. Bukankah lebih elok jika ada sistem pembayaran secara tunai. 

Justeru, saya mohon Kerajaan Negeri Melaka ambil perhatian terhadap isu ini. Zaman dah berubah, naya kepada pelancong kalau benda  macam ini tidak ditangani sebaiknya. Jika beca boleh gunakan kaedah bayaran tanpa tunai, sepatutnya ia turut diwajibkkan kepada premis lain termasuk pengusaha kedai makan. 

Hargailah kehadiran pelancong, jangan paksa mereka buat sesuatu yang menyusahkan. Mujurlah mesin ATM tidak bermasalah atau kehabisan wang ketika kejadian. Pernahkan para peniaga memikirkan soal ini. Terimalah bayaran tanpa tunai yang lebih memudahkan. #CMK

Read more »