This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Naya Sungguh, Gara-Gara Ter 'Pau" Sebatang Rokok Berharga 45 Sen Tiba-Tiba Kena Saman RM250 Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Naya sungguh, saya bukan perokok tegar macam orang lain. Tak jumpa rokok setahun pun tak apa. Bab kata orang tua-tua, hanya layan bila terjumpa kawan yang merokok.

Cuma petang tadi terjumpa kawan kat restoran mamak "Fatima Bistro" sebelah Pasaraya Pantai Selamat, Bandar Kuantan Puteri, Kuantan. 

Dia ajak ngeteh sebab lama tak jumpa, saya pulak lapar nak makan nasi. Sambil tunggu order tiba, dia bawak keluar rokok dan letak atas meja.

Saya terpadang rokok tu dan rasa macam nak isap sebatang, lepas gian. Maka saya ter 'pau' sebatang rokok dia. Kalau tak 'pau' takut dia berasa hati sebab dah letak atas meja kan.

Lepas tu saya isaplah dia tak isap. Baru dua Kali sedut, tiba-tiba ada hamba Allah datang tegur dan mintak IC, sambil tunjuk kad dia Peguatkuasa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). 

Saya 'terkejut berok' dan 'tergamam'. Waktu tu restoran tak ada orang hanya ada kami berdua dan pelanggan lain sorang meja depan.

Saya tak boleh nak cakap apa, nak merayu pun tak diterima walau pun sempat campak putung rokok ke longkang. 

Dua lagi pegawai wanita datang kemudian tulis surat saman. Terus saya kena kompaun tanpa boleh berunding sebanyak RM250, dah takdir.

Masa diberi 30 hari untuk bayar (10/10/2026), jika gagal bayar kes di bawa ke mahkamah dan ada harapan kena pulak RM5,000 jika pendakwaan.

Daripada kerajaan saman rakyat marhaen yang isap rokok, baiklah haramkan penjualan rokok di Malaysia macam dadah.

Siapa yang isap kena tindakan undang-undang. Ini rokok diimport, yang seludup bertebaran. Cukai dikaut, rakyat marhaen menjadi mangsa.

Bayangkan rokok yang saya kena baru RM9 sekotak, ada 20 batang dalam dia. Maknanya sebatang jatuh 45 sen.

Tapi terpaksa bayar RM250. Ini baru betul-betul cobaan. Apa pun terima kasih kerajaan kerana akhirnya saya sendiri jadi 'mangsa' tidak sengaja.

Salah tetap salah. Sebagai rakyat kena akurlah. 

Insya Allah terpaksa cari duit Untuk bayar juga sebelum 10 Oktober 2026. 

Saya tak ada kata tak nak bayar, dah memang saya 'gatai' pegi 'pau' rokok kawan. kalau saya tak 'tak sakau' rokok dia mungkin tiada cerita nih.

Begitulah kisahnya, akhirnya aku kena Terjah ! 😭

CMK @ YBTERJAH

BLOGGER CUCUMATKILAU (1998-2026)

People's Activist N Freedom Journalist

Follow TikTok #CMK #YBTERJAH

PENGAJARAN :

---------------

1) Kalau tak isap rokok, jangan selalu pau atau sakau habis rokok orang lain. Jaga kesihatan 

(bagi orang yang bukan perokok tegar)

2) Jangan ajak kawan ngeteh dekat port yang selalu kena Terjah dek peguatkuasa KKM, takut nanti kawan jadi mangsa macam saya. 

Dah tahu kawasan tu ada 'pocong', jangan ajak kawan pegi situ malam hari, pocong boleh keluar bila2 masa jer, dia tak bagi tahu pukul berapa.

(bagi perokok yang suka lepak kedai mamak)

PAS Pahang Perlu Hentikan Naratif Kononnya UMNO Tolak Penyatuan Ummah, Jika Mahu Ia Menjadi Kenyataan Di Negeri Ini

PAS Pahang digesa menghentikan serangan naratif kononnya UMNO Pahang tidak mahu 'penyatuan ummah' di negeri ini.

Saya ingin mengulas lanjut tentang kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar bahawa parti itu bersedia bertembung dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya usaha penyatuan parti-parti Melayu tidak mendapat persetujuan.

Pada kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian semalam, Rosli yang juga merupakan ADUN Tanjung Lumpur itu mendakwa parti itu meletakkan penyatuan ummah sebagai pilihan utama, namun tidak menolak kemungkinan lain dijangka berlaku.

Saya agak hairan, kenapa PAS Pahang sering sahaja memainkan naratif sebegini?. Ia jelas mengelirukan rakyat dan menganggap UMNO Pahang tidak mahu penyatuan ummah. Walhal, tiada sebarang rundingan dan perbincangan langsung yang diadakan antara pemimpin kedua-dua parti bagi menyokong naratif tersebut.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan Ismail pada satu kenyataan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini telah menegaskan bahawa kerjasama politik atas nama penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya tertakluk di itu sahaja.

Maknanya ia tidak tertakluk kepada negeri lain termasuklah Pahang sendiri. Gagasan ini dilaksanakan khusus untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi memastikan perpaduan umat Islam dan kestabilan politik di negeri tersebut," dakwa Shukri.

Persoalannya, kenapa PAS Pahang asyik menyerang UMNO dengan 'naratif' kononnya UMNO Pahang menolak penyatuan ummah.

Beliau turut mendakwa, situasi politik di Pahang tidak sama dengan Negeri Semnbilan.

Di Pahang, Kerajaan Perpaduan yang ada masih tetap utuh dan tiada masalah besar yang ditimbulkan olej Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP. Malah, dua pemimpin PH yang berada dalam tampuk pemerintahan negeri sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) iaitu YB Leong Yu Man (ADIN Triang) dan YB Sim Chong Siang (ADUN Teruntum) juga kekal menghormati kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Wan Rosdy.

Makanya, tidak timbul soal mahu wujudkan penyatuan ummah dan terajang mereka keluar daripada kerajaan. Di Pahang tiada masalah politik sehingga memerlukan pembubaran DUN seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka selepas ini.

Tidak timbul soal penyatuan ummah, kerana kerajaan Pahang itu sendiri telah dipimpin oleh orang Melayu Islam daripada UMNO Barisan Nasional (BN)," tambah Shukri lagi.

Menurut beliau, jika pun mahu wujudkan penyatuan ummah di Pahang tunggulah sehingga DUN dibubarkan kemudian diadakan perbincangan antara pimpinan PAS dan UNMO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 selepas itu.

Itu pun jika perbincangan yang diadakan menjurus ke arah penyatuan ummah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak," katanya.

Persoalan yang timbul sekarang ialah, kenapa PAS Pahang biarkan 'cybertrooper' mereka terus menyerang UMNO Pahang dengan naratif seperti itu.

Tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjurus ke arah perbalahan. Sepatutnya bila mahu bersama sebagai penyatuan ummah maka musuh politik perlu disantuni dengan baik dan berhemah.

Tidak perlu menjaja cerita yang belum ada. Melainkanlah PAS dan UMNO di Pahang sudah mengadakan beberapa pertemuan demi pertemuan untuk berbincang isu penyatuan ummah, kemudian UMNO menolaknya.

Justeru, beliau berharap perkara ini dapat dihentikan segera bagi membolehkan situasi kembali harmoni.

Sewajarnya, diketika kita ingin berkerjasama atas nama penyatuan ummah maka kita perlu saling menghormati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguriskan hati sahabat.

Tambahnya lagi, waktu ini semua pihak perlu "rapatkan ukhwah dan eratkan sillaturrahim" jika mahu menjurus ke arah penyatuan.

Bukannya dengan menghentam sahabat dengan berbagai kenyataan yang menunjukkan seolah-olah sahabat sudah menolak secara total sekiranya penyatuan ummah berlaku di Pahang.

Biarlah Wan Rosdy teruskan pentadbiran sehingga habis penggal. Lagi pun Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga individu yang bertanggungjawab menasihatkan Kerajaan Perpaduan diwujudkan di peringkat persekutuan apabila semua parti politik tidak mendapat majoriti mudah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Maka, hormatlah sikit kepada Sultan Pahang. Usahlah dicemari dengan perkara yang boleh membawa kemudaratan jika mahu wujudkan persefahaman politik pada masa akan datang.

Usah gelojoh dalam tindakan, kerana kelak dibimbangi akan makan diri. Mahu bersahabat buat cara mahu bersahabat. Jika mahu lawan, buat sahaja cara mahu lawan dan tidak perlu menjaja cerita sahabat tidak mahu bersamaatas nama penyatuan ummah maka kami akan lawan mereka pada PRU-16 nanti. ~ CMK

Apa Sudah Jadi Dengan Kerajaan Madani? Jarang Berlaku Penyelaras Dilantik Di Kawasan Parlimen Yang Diwakili Parti Pemerintah !

Biasanya penyelaras dilantik daripada parti yang berbeza.. itulah amalan yang berlaku selama ini.

Namun, satu keanehan dan kejanggalan berlaku dalam negara ini apabila seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri (kerajaan memerintah), Datuk Azman Abidin telah diberikan amanah bagi menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Parlimen Ampang (kawasan kerajaan memerintah). 

Jarang kita dengan sesama parti ada penyelaras. Semua ini menunjukkan 'kejadian luar tabie' atau 'buang tabiat' namanya.

Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang menang pada PRU15 dari PH (PKR). Tiba-tiba kerajaan PH (PKR) lantik penyelaras daripada kerajaan PH (PKR) sendiri.

Ini adalah petanda awal PH (PKR) akan ditolak rakyat pada PRU16 akan datang.

Buat sesuatu yang 'hairan bin ajaib' ini sudah pasti akan memecahbelahkan ahli parti di kawasan parlimen terbabit.

Selepas ini sudah pasti parlimen Petaling Jaya dan Subang akan menyusul pula.

Rakyat akan jadi keliru dan sudah pasti menolak amalan seperti ini. Jika ia melibatkan parti lawan atau pembangkang, mungkin tak jadi isu sebab wakil kerajaan dilantik sebagai penyelaras disitu.

Apa sudah jadi? Belum pernah lagi senario seperti ini berlaku sejak negara merdeka sebenarnya.

Lebih elok PKR pecat sahaja ahli parlimen yang tidak sehaluan itu, agar mereka jadi 'bebas'. Barulah tidak jadi isu, bila dilantik seorang penyelaras di parlimen bebas.

Rakyat melihat semua ini dengan mata dan kepala mereka. Rakyat tidak bodoh dan bangang untuk menyaksikan semua adengan ini.

Ingatlah, rakyat hakim negara. Suara rakyat suara keramat dan jangan nanti rakyat hukum kamu hingga kuasa yang ada terlepas semula dari tangan. ~ CMK

Kerajaan Perpaduan Di Pahang Tiada Masalah, Tidak Perlu Diadakan 'Penyatuan Ummah' Di Negeri Ini Sekarang !


Kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa persefahaman 'penyatuan ummah' hanya membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Dan tidak melibatkan negeri-negeri lain amatlah wajar.

Persefahaman itu bagi tujuan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) semata-mata seperti yang telah dipersetujui.

Tidak ada sebarang MOU antara BN dan PN sebenarnya. Malah, persefahaman itu bukanlah bermakna terbentuknya satu gabungan baharu antara kedua-dua pihak.

Maka itu tidak perlu timbul persoalan sesetengah pihak, selepas Negeri Sembilan maka Pahang harus mengikut jejak langkah tersebut.

Situasi di Negeri Sembilan mahu pun Johor berbeza dengan Pahang sebenarnya.

Wujud persefahaman di Negeri Sembilan kerana adanya PRN. Begitu juga di Johor, arahan ahli PAS mengundi calon BN kerana adanya PRN di Negeri terbabit.

Maka, apa perlu persefahaman itu terpalit ke Pahang pula?

Di Johor dan Negeri Sembilan, hubungan antara PH Dan BN bermasalah, walau pun diperingkat pusat wujudnya Kerajaan Perpaduan.

Di Johor, seringkali dibangkitkan kenapa kerajaan negeri tidak libatkan PH bersama dan isu pertikaian terhadap kelulusan ADUN Lantikan pada Sidang DUN Negeri tersebut.

Di Negeri Sembilan pula, isu penarikan sokongan ADUN BN terhadap pimpinan kerajaan negeri dan isu melibatkan adat.

Di Pahang situasi masih lagi stabil dan tidak ada gangguan oleh PH  terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru, tidak perlulah ditimbulkan persoalan tentang perlunya penyatuan ummah di Pahang. Kerajaan yang ada boleh meneruskan pentadbiran hingga habis penggal.

Malah, dalam kedudukan kerusi BN dan PH yang seimbang 17-17, ia juga boleh menimbulkan masalah sebenarnya. BN Lainlah majoriti DUN BN lebih besar daripada PN, barulah boleh dilaksanakan.

Saya bimbang nanti PN berebut soal MB, Lantikan jawatan penting dalam exco kerajaan negeri, GLC, PBT, MPKK dan sebagainya.

Justeru, adalah lebih baik kerajaan sedia ada (PHBN) terus dipertahankan. Beri laluan kepada MB uruskan pentadbiran tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

Tiba masanya nanti (PRU16) barulah difikirkan soal persefahaman atau sebaliknya selepas menilai keputusan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini. 

Buat masa ini, tidak relevan untuk diadakan persefahaman 'penyatuan ummah" di negeri lain termasuklah negeri Pahang ini katanya.

Syabas Dan Tahniah Buat Datuk Zaid Ibrahim Kerana Kembali Meriahkan Politik Negara, PAS Wajar Beri Laluan Beliau Jadi Calon !

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan pendirian beliau untuk bersama PAS baru-baru ini. Saya sempat bersama beliau ketika di menyertai PKR selepas keluar daripada UMNO suatu ketika dulu. Malah saya juga sempat bersama beliau ketika dia menubuhkan parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) dulu.

Saya hadir ketika pelancaran parti tersebut peringkat negeri Pahang di Jerantut. Datuk Zaid sendiri mengambil saya di stesyen bas Temerloh dan kami sama-sama ke Jerantut menaiki kenderaan beliau. (foto selepas pelancaran KITA)

Lama saya tak nampak beliau berpolitik, namun tiba-tiba melihat dia menyertai PAS. Sungguh mengejutkan dan ternyata orang seperti beliau layak jadi calon selepas ini. 

Kerana Zaid satu-satunya menteri UMNO yang berani meletakkan jawatan ketika masih lagi Menteri Di Jabatan Perdana menteri (Undang-Undang) ketika meninggalkan UMNO dulu. 

Salam perjuangan buat Datuk Zaid Ibrahim. Moga dipermudahkan segala urusan hendaknya.

Saya Terjah Flat Rohingya Di Kampung Baru Sungai Makau Di Hulu Langat Untuk Melihat Sendiri Situasi Dari Lokasi Terbabit


Pada 12 Jun dan 14 Jun 2026 lalu, saya sempat luangkan masa hadir ke lokasi flat Rohingya yang tular di Kampung Baru Sungai Makau, Sungai Tekali Hulu Langat Selangor. Tujuan kehadiran saya adalah untuk  melihat sendiri situasi di lokasi terbabit.

Kerja-kerja perobohan yang diwar-warkan hanya melibat bangunan lain dilokasi terbabit, bukanlah bangunan yang menjadi isu itu.


Dilaporkan,  kerja perobohan bangunan ini hanya boleh dilakukan selepas pihak berkuasa dapat peruntukkan sebanyak RM600,000 daripada Kerajaan Selangor.


Maknanya jika tiada peruntukan, maka bangunan ini akan kekal berdiri megah 'sampailah abang Jamil mampos !!'




Kenapa nak kena gunakan duit rakyat?  Sedangkan 'tuan tanah kedaung' dapat kutip sewa antara RM600-RM700 sejak sekian lama kawasan perkampungan Rohingya itu wujud.


Malah, ada dakwaan tuan tanah dapat hasil lumayan mencecah RM25,000 hingga RM30,000 sebulan hasil sewaan rumah kepada puak Rohingya.


Menurut warga Rohingya yang saya temui di lokasi mendakwa hasil duit sewa lumayan,  tuan tanah akhirnya telah berpindah ke kondominium yang berdekatan.

Bayangkan kalau sebulan dapat RM30,000, setahun RM360,000. Jika kawasan itu wujud enam tahun, makka dah berjuta tuan tanah untung.

Sepatutnya, tuan tanah tanggung kos perobohan RM600,000 yang didakwa oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Sany Hamzan itu.

Saya juga agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh anak kepada tuan tanah yang mengatakan semua ini berlaku bukan kerana salah pihak berkuasa. Katanya semua agensi menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab.

Maknanya tiada unsur rasuah dan korupsi dalam kejadian ini. Namun bagi saya agak pelik jika tiada rasuah kerana mana mungkin bangunan dan kawasan penempatan Rohingya di sini boleh dibiarkan sejak sekian lama.

Walhal sudah beberapa kali notis perobohan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sejak 2017. Bertahun lamanya bangunan flat ini masih terus bertahan sehingga ke hari ini.

Tambah mengejutkan, bangunan haram ini boleh mendapat bekalan elektrik dan air. Ada bukti gambar kepala meter air dan letrik yang sempat saya rakamkan.


Persoalan yang timbul, jika tiada rasuah bagaimana bekalan utiliti ini boleh disediakan pada bangunan yang tidak mengikut syarat dan peraturan pihak berkuasa sebenarnya. 

Justeru, dalam isu ini bukannya soal perobohan yang perlu diberi perhatian. Isu lebih besar ialah heret mereka yang terlibat bersekongkol dengan tuan tanah ke muka pengadilan.

Selamat Hari Wartawan Nasional, Saya Wartawan Bebas Yang Tidak Pernah Diiktiraf Oleh Pihak Kerajaan Sebenarnya

Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2026 buat semua sahabat wartawan media. 

Saya wartawan bebas 'belakang tabir' yang tidak pernah dikhtiraf oleh mana2 kerajaan. 

Saya tidak pernah dipanggil atau terlibat dengan apa jua majlis rasmi melibatkan pihak media selama ini.

Saya mula menulis pada 5 Disember 1998 iaitu tiga bulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO.

Hampir 30 tahun saya berkecimpung dalam bidang kewartawanan ini, nakun saya tidak pernah rasa kecewa dan akan terus bersuara demi kebenaran serta keadilan buat rakyat marhaen.

Bezanya saya hanya wartawan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana platform media sejak sekian lamanya.

Selamat Hari Wartawan Nasional 2026

Hospital Maran Keperluan Rakyat: Maka Ia Tidak Wajar Dibatalkan, Sebab Itu Kerajaan Lulus Bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Dengan Kos RM350 Juta

Walau pun sudah diluluskan sebelum ini, tapi kini segalanya tinggal kenangan. Saya hadir semasa majlis pelancaran rasmi tapak ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 dulu.

Sedih hati saya bila melihat papan tanda ini masih terpacak disini. Projek pembinaan Hospital Maran ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan anggaran kos RM350 juta.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Maran adalah anggota kabinet kerajaan persekutuan, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu Datuk Seri Ismail Hj Mutallib.

Pada 2022, beliau memaklumkan Hospital Maran yang diluluskan projek pembinaan sejak tahun 2018 dijangka dimulakan pada tahun hadapan iaitu 2023. Namun semua itu tidak menjadi kenyataan.

Mungkin kerana beliau bukan lagi Ahli Parlimen kerajaan pusat, kerana menang bertanding atas tiket PAS pada PRU15.

Mengulas mengenai kelewatan proses pembinaan walaupun projek diluluskan kira-kira empat tahun lalu, Ismail berkata, ia berpunca daripada perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut beliau jika diikutkan bukan projek hospital ini sahaja berdepan masalah, tapi ada beberapa projek lain ditangguhkan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Apakah kerana  politik rakyat marhaen terpaksa menghadapi perubahan ini?.

Warga Maran sungguh terkejut apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan projek pembinaan Hospital Maran yang pernah diluluskan dengan kos RM350 juta, tidak diteruskan buat masa ini.

Sebaliknya, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi tumpuan kepada pengukuhan klinik kesihatan sedia ada dan penjagaan kesihatan primer.

Keputusan itu dibuat selepas kementerian meneliti kadar penggunaan katil (bed occupancy rate, BOR) di hospital berhampiran yang didapati masih rendah dan belum mencapai tahap mendesak.

BOR di Hospital Jengka kini sekitar 57 peratus, manakala Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh mencatat kira-kira 63 peratus, menunjukkan fasiliti sedia ada masih mampu menampung keperluan pesakit.

Daripada sudut penggunaan, belum sampai ke tahap yang memerlukan kita membangunkan hospital baharu di setiap daerah.

Menurur Dr Dzulkefly lagi, bagi memenuhi keperluan kesihatan penduduk Maran, KKM kini memberi fokus kepada Klinik Kesihatan Maran Type 4, termasuk memperkasakan perkhidmatan kecemasan, katil pesakit dalam serta Emergency Birthing Centre (EBC).

Tambahnya, walaupun jumlah kelahiran di kawasan itu rendah, perkhidmatan EBC tetap penting demi akses rawatan segera tanpa perlu ke hospital jauh.

Paradigma kerajaan ialah memperkukuh primary healthcare melalui klinik kesihatan sebagai tunjang penjagaan kesihatan sebelum pesakit memerlukan rawatan hospital.

Projek Hospital Maran sudah lama menjadi harapan penduduk di Daerah itu, dengan cadangan awal pembinaan diluluskan beberapa tahun lalu dengan tapak awal yang difokuskan di laluan Batu 55, Jalan Maran–Jengka, Mukim Luit.

Justeru, saya berharap pembinaan hospital ini dapat diteruskan demi keperluan rakyat sekitar DUN Luit dan DUN Sri Jaya dalam kawasan parlimen Maran yang amat perlu kemudahan ini sebenarnya.

PERSOALANNYA

(1) Semua daerah dalam negara ini wajar mempunyai sebuah Hospital Daerah, kerana ia adalah keperluan dan hak rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih efisyen dan selesa.

(2) Kenapa baru sekarang berbagai alasan diberikan. Peliknya, macam mana boleh diluluskan sebelum ini? Walhal ketika kajian sebelum kelulusan projek ini, memang sudah wujud Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh dan Hospital Jengka di Bandar Tun Razak Jengka.

(3) HOSHAH untuk warga Temerloh dan Hospital Jengka untuk warga Jengka. Hospital Maran untuk warga Maran. Hospital daerah biasanya akan dibina di bandar utama dalam daerah tersebut.

(4) Masa lulus tak ada pulak alasan da ia adalah keperluan rakyat. Tak mungkin tiada kajian sebelum dibuat kelulusan terhadap projek tersebut.

(5) Mana mungkin projek bernilai RM350 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) tiba-tiba boleh dibatalkan begitu sahaja?. Usah jadikan rakyat mangsa percaturan politik.

"Fight For Your Right"

Sumbangan Ikhkas, Sila Scan QR CODE

 




'Seketul Jorjet Myla' Anak Peneroka Felda Jengka 7 'Kedua' Yang Telah Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 Selepas Saya

'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat'.

Justeru saya membantah tindakan pihak berkuasa menangkap TikToker Seketul Jorjet Myla baru-baru ini. Bagi saya amat tidak adil menggunakan Akta Hasutan 1948 yang digubal oleh pentadbiran British khusus untuk menangani ancaman komunis semasa Darurat (1948–1960).

Namun, pindaan tahun 2015 mengubah skop akta ini berbanding versi asalnya pada zaman British. Pindaan terebut merupakan perubahan paling besar sejak zaman British kerana ia beralih daripada melindungi 'Kerajaan' kepada melindungi institusi agama dan perpaduan kaum.

Dulu, mengkritik atau menghasut kebencian terhadap Kerajaan adalah satu kesalahan. Ini digunakan oleh British untuk menyekat gerakan kemerdekaan dan komunis.

Sekarang (Pindaan 2015), mengkritik kerajaan bukan lagi satu hasutan. Rakyat bebas mengkritik pentadbiran selagi tidak menyentuh isu 3R (Raja, Agama, Bangsa).

Maka itu, kenapa kerajaan harus gunakan akta tersebut untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan?.

Saya terkejut dengan penangkapan Jorjet Myla yang dilakukan secara terancang, seolah-olah beliau adalah pengganas komunis yang mengancam keselamatan negara.

Walhal beliau hanya bersuara dan meluahkan pandangan peribadi beliau terhadap petadbiran kerajaan hari ini. 

Dia hanya seorang wanita dan tidak mempunyai pengaruh yang besar kerana dia bukanlah orang politik.

Kenapa perlu takut sangat dengan beliau?. Bukankah kerajaan ada berbagai channel terutamanya Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk menjawap setiap kritikan yang disuarakan oleh rakyat terutamanya dalam media sosial?.

Bukankah kerajaan sudah ada program CEPLOS yang diterbitkan oleh J-KOM untuk menjelaskan isu-isu semasa, dasar kerajaan, dan menjawab persoalan rakyat secara langsung atau melalui media sosial.

Bukankah CEPLOS boleh digunakan dengan sebaiknya untuk menepis berita palsu (fake news) dan memberikan pencerahan terhadap naratif yang mengelirukan dalam kalangan masyarakat. 

Maka itu gunakanlah medium tersebut untuk menangkis serangan daripada musuh, bukankah mereka semua dibayar gaji dan elaun yang lumayan untuk mempertahankan kerajaan yang ada hari ini?.

Kenapa perlu gunakan pihak berkuasa? Masakan dengan seorang wanita seperti Jorjet Myla pun CEPLOS gagal, hingga tergamak memperlakukan beliau sedemikian rupa.

Saya sendiri telah ditangkap oleh pihak polis Bukit Aman dan ditahan di IPD Dang Wangi atas kenyataan saya berkaitan isu Zara Qairina pada 21 Ogos 2025 yang lalu. 

Pertuduhan yang dikenakan ialah dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Saya digari dan dibawa ke Kuala Lumpur dari Kuantan pada jam 3.00 pagi kemudian disumbat ke dalam lokap hanya kerana mahu bersuara mempertahankan keadilan buat Zara Qairina.

Ini satu tragedi sedih dalam hidup saya, gara-gara bersuara akhinya kita terpaksa menjadi mangsa. Sedangkan dulu, semua pemimpin yang berada dalam kerajaan hari inilah yang mengajar rakyat erti kebebasan dan mempertahankan hak untuk bersuara sebenarnya.

Dimanakah laungan 'hidup rakyat' dan ' reformasi' yang dilaungkan selama ini?, jika bila sudah berkuasa rakyat ditindas pula dengan segala undang-undang yang ada untuk menakutkan mereka untuk terus bersuara menyatakan pandangan dalam sesuatu isu.

Apa pun saya ucapkan salam perjuangan buat sahabat Jorjet Myla kerana anda adalah anak peneroka Felda Jengka 7 kedua yang mewarisi perjuangan saya selama ini.

Kita sebagai anak peneroka, harus terus berani bersuara demi mempertahankan hak kita. Keadilan harus dilaksanakan bukan sekadar diucap dengan kata-kata sahaja. 

Teruskan perjuangan dan ingatkan yang hak akhirnya akan menang dan yang bathil akan kecundang. Ingatlah, seorang pemimpin negara di era reformasi dulu pernah melaungkan 

'Lawan tetap lawan!. Jika takutkan risiko, usah bicara soal perjuangan'. Maka itu bangkitlah nyatakan kebenaran hakiki kerana Allah senantiasa ada bersama orang-orang yang dianiaya dan dizalimi. 

Salam Perjuangan Leluhur,  

CMK@BLOGGER CUCUMATKILAU

https://cucumatkilau.blogspot.com


https://www.tiktok.com/@seketul.jorjet.myl?is_from_webapp=1&sender_device=pc


Salam Aidilfitri Untuk Semua Pembaca, Perjuangan Di Alam Maya Tetap Akan Saya Teruskan Sehingga Ke Akhir Hayat

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua, semoga beroleh keberkatan dihari yang mulia ini hendaknya. Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata, tulisan dan kenyataan saya selama ini boleh mengguriskan hati dan perasaan pembaca budiman.

Saya sudah berkarya sebagai 'blogger' sejak 5 Disember 1998, iaitu masa yang cukup lama dan panjang untuk mematangkan perjuangan sebenarnya. Bayangkan daripada zaman Blog, kemudian Youtube, lepas tu Facebook, Instragram, Twitter dan sekarang era AI, muncul berbagai jenis media sosial terutamanya TikTok, Treads dan lain-lain platform.

Pengalaman ini cukup berharga untuk saya kenang, apatah lagi saya masih terus menulis di blog ini sejak sekian lama. Ramai rakan-rakan blogger sudah bersara dan tidak kurang juga yang sudah dijemput Allah SWT ke alam sana.

Namun, kekuatan saya terus menulis serta berkarya adalah sesuatu yang saya sendiri tidak boleh jangka sebenarnya. Namun itulah 'Blogger Cucumatkilau', akan terus berjuang di alam maya sehingga ke akhir hayat.

Sokongan dan perhatian semua amatlah dihargai. Salam lebaran dari CMK

Peletakan Jawatan Tuan Syed Hassan Sebagai Presiden PERKASA Mengejutkan, Selamat Maju Jaya Buat Sahabat

 

Saya agak terkejut bila sahabat Tuan Syed Hassan Syed Ali umum peletakan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mulai 1 April.

Saya lama ikuti perkembangan beliau sejak memimpin NGO tersebut sejak 17 tahun lalu. Namun mula rapat sekitar tahun 2024.

Beliau pernah tawarkan saya menjadi salah seorang pemimpin NGO terbabit, namun saya meminta sedikit masa untuk fikirkan.

Selepas tiga bulan membuat penipaian dan berbincang dengan rakan dan taulan, maka akhirnya saya menolak jawatan ditawarkan.

Punca utama ialah saya melihat beliau mula terjebak antara politik dan NGO. Perkasa sebelum ini dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali  (sekarang Presiden PUTRA).

Namun beliau letak jawatan kerana mahu bergerak aktif semula dalam politik.

Saya mulanya tertarik untuk bersama NGO Perkasa, tapi bila melihat ia mula terjebak dalam kancah politik maka saya batalkan hasrat dan niat tersebut.

Perkasa sepatutnya menjadi NGO bebas dan tidak boleh memihak pada mana-mana parti politik dalam negara ini.

Syed Hassan dilihat lebih cenderung pada parti politik pembangkang. Kenyataannya  amat lantang bila menghentam kerajaan.

Saya pula suka bergerak sebagai aktivis bebas dan tidak terlibat dengan politk kepartian dalam perjuangan, tambahan pula saya kini tidak berdaftar atau aktif dengan mana-mana parti politik.

Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Syed Hassan. Moga masa depan politiknya lebih cerah selepas ini.

CMK @ BLOGGER CUCUMATKILAU

Saya Menerima Kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Ahmad Farhan Fauzi Dalam Program Ziarah Kasih @ Reformis

Alhamdulillah, pada Isnin, tanggal 26 Januari 2026 lalu Setiausaha Politik (SUPOL) Perdana Menteri, YH Dato' Ahmad Farhan Fauzi datang ke rumah saya menerusi Ziarah Kasih @ Reformis, program Santuni Madani di kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Beliau sempat bertanya tentang majlis perkahwinan anak saya di Rumah Abang Jamil, Balok pada Sabtu, 24 Januari 2026.

Selepas lebih 27 tahun berjuang sebagai reformist dialam maya, jadi Blogger sejak 1998 ini kali yang pertama seorang wakil kerajaan hadir dan menziarahi saya.

Saya juga sempat menunjukkan beberapa bahan-bahan sejarah lama saya  menjadi 'Blogger' berjuang membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 5 Disember 1998.

Terharu betullah, kerana hampir separuh abad saya hidup di dalam perjuangan reformasi dan rakyat, akhirnya ada pihak yang menghargainya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Farhan dan semua AJK Keadilan Pahang juga Indera Mahkota yang mengunjungi saya hari ini.

Memang terbaiklah, at least 'refomis' yang sekian lama berjuang di zaman derita dulu (Anwar terpenjara) dikenang jua.

Semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya. Salam perjuangan leluhur.

BLOGGER CUCUMATKILAU @ CMK

People's Activist N Freedom Journalist

Kenapa MCA Perlu Melatah Bila MB Pahang Dakwa Lebih Mudah Berkerja Dengan DAP Dalam Urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri?

 

MCA melatah bila Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan Ismail akui berkerja dengan DAP lebih mudah berbanding parti itu. 

Macam-macam tohmahan dilontarkan kepada pemimpin terbabit.

Ada yang mahu Tok Wan nyatakan urusan apa yang sukar semasa dengan MCA dan bagai-bagai lagi.

Walhal itu hak Tok Wan sebagai pemimpin negeri Pahang, sudah semestinya selepas bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan beliau ada hak memberikan pandangan.

Lagi pun DAP tidak banyak meminta apa jua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Apa yang ada sekadar seorang Timbalan Speaker dan seirang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

DAP tidak meminta-minta untuk dilantik ke dalam syarikat GLC Kerajaan berbeza MCA.

Malah dalam lantikan Ahli Majlis PBT pun DAP hanya utamakan kawasan kerusi yang mereka menang terutama di Parlimen Bentong dan Raub.

Di kawasan yang mereka kalah semasa Pilihan Raya Umu Ke-15 lalu, jika ada lantikan pun hanya sekadar bagi cukupkan kuota semata-mata.

Selebihnya urusan MB untuk melantikan Ahli Majlis dikalangan UMNO BN dan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Begitu juga hal ehwal lantikan pemimpin setempat bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK), diberikan kelebihan mengikut kawasan yang dimenangi oleh parti itu.

Lebih mudah bekerja bukan bermakna Tok Wan menyembah DAP, tapi ia berkaitan dengan hal pentadbiran semata-mata.

Maknanya DAP tidak cerewet mahu minta jawatan itu ini, malah pemimpin mereka juga banyak memberikan kerjasama dalam merealisasikan agenda Pahang1st sendiri sebenarnya.

Maka tidak pelik untuk Tok Wan kata lebih mudah berkerja dengan DAP berbanding MCA sebelum ini. Itu hak beliau bersuara sebagai Menteri Besar.

Lagi pun ada pemimpin MCA yang terlalu lantang bersuara mutakhir ini mengkritik Kerajaan Perpaduan malah Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri sebenarnya.

Ura-ura dan khabar angin MCA mahu tinggalkan Barisan Nasional (BN) juga mungkin menjadi salah satu faktor Tok Wan bercakap sedemikian rupa.

Maka, tak perlulah meroyan tak tentu hala bila MB sendiri anggap lebih mudah berkerja dengan DAP berbanding MCA.

Ziarah Makam Mustafa Kamal Ataturk Pun Jadi Isu, Ulamak Dunia Dah Lama Ziarah Makan Firaun Di Mesir Sebenarnya !

 


Mana-mana pemimpin dunia yang melawat negara Turkiye pasti akan melalui protokol dibawa menziarahi makam Mustafa Kamal Ataturk pun ramai marah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Kononnya Anwar menyembah pemimin Turkiye yang tidak diterima oleh 'bumi' dan dilaknat oleh Allah SWT.

Kecoh dibuatnya di media sosial mainkan isu tersebut, hingga PM sendiri terpaksa menjawab dan buat kenyataan media.

Mereka yang kutuk bukan main lagi dakwa macam-macam penghinaan terhadap PMX.

Kali ini saya nak bagi tau dan buka mata kepada semua bahawa usah jumud dalam membuat penilaian sesuatu isu.

Sebenarnya, sebelum PMX ziarah makam Mustafa Kamal Ataturk  di Turkiye memanf dah ramai pemimpin Islam ke sana, kerana ikut protokol kerajaan negara terbabit.

Takkanlah nak ziarah ambil sejarah sebagai panduan di masa hadapan pun tak boleh.

Antara Kamal Artartuk dengan Firaun mana yang lebih dilaknat Allah SWT sebarnya?

Tapi sedarkah kita berapa ramai pemimpin Islam dan ulamak seluruh dunia termasuk dari negara kita yang menziarahi Piramid di Mesir, tempat tersimpannya mumia Firaun selama ini.

Adakah mereka mahu menyembah Firaun? Mereka melawat Piramid dan makam Firaun, bukan untuk berziarah secara pemujaan.

Tetapi untuk mengambil pengajaran tentang kebesaran Allah, kezaliman Firaun, dan keajaiban ciptaan-Nya.

Malah kisah Firaun menjadi peringatan sejarah keangkuhan dan azab Ilahi, seperti yang dilakukan oleh beberapa ulama yang mengambil iktibar dari binaan megah itu untuk renungan, bukan untuk mengagungkan Firaun.

Mereka mahu melihat sendiri bukti keangkuhan Firaun sebagai simbol kezaliman dan kekuasaan yang ditentang ajaran Allah.

Iktibar dan Peringatan yang mereka dapat ialah mengingatkan tentang azab yang menimpa Firaun dan kaumnya sebagai pengajaran kepada umat Islam.

Kesimpulannya lawatan para ulamak ke Piramid adalah untuk tujuan renungan, pengajaran, dan kajian, mengukuhkan keimanan, bukan untuk memuja atau mengagungkan Firaun, yang merupakan musuh Allah.

Maka, kenapa perlu buat provokasi yang keterlaluan tatkala melihat PMX ziarah ke makam Mustafa Kamal Ataturk terpedaya dengan omongan dan momokan mereka yang memang benci dengan segala tindakan Perdana Menteri Malaysia itu.

Usah terpedaya dengan mainan persepsi yang berlebihan kerana ia akhirnya boleh menjerumuskan kita ke arah kehancuran.

Zahid Lepas Bebas Daripada Pertuduhan Rasuah Pada Zaman Muhyiddin Jadi PM, Tapi Kenapa Anwar Pula Dipersalahkan?



 Terkadang pelik dengan manusia itu, apa saja tindakan pemimpin terdahulu mahu dicampak kepada PM sekarang.

Walhal benda berlaku pada zaman PM sebelum ini. Misalnya dalam kes Zahid, beliau dilepas bebas daripada 40 tuduhan rasuah pada zaman Muhyiddin jadi PM.

Tapi, hari ini Anwar pula yang didakwa sengaja melepaskan Zahid bilamana kes beliau itu diklasifikasi sebagai NFA oleh Jabatan Peguam Negara baru-baru ini.

Kononnya ia sebagai balasan jasa Zahid yang mengumumkan UMNO BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Padahal mengikut rekod Zahid dilepas bebas pada 22 September 2022, iaitu semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Muhyiddin berkuasa.

Sedangkan Anwar pula jadi PM selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 iaitu pada 19 November 2022, dua bulan selepas Zahid bebas.

So, kenapa salahkan PMX pulak dalam hal ni?? Zahid melalui proses perbicaraan dan dibebaskan oleh mahkamah. Kenapa kita pulak nak jadi hakim persoal keputusan?

Naya kalau macam tu, semua nak salahkan PM sekarang. Padahal ia terjadi zaman PM terdahulu. Dia ada lawyer hebat lawan kes dan menang, kenapa kita pulak meroyan??

Cuba bijak sikit berfikir. Sudah-sudahlah !

Tak percaya klik sini artikel (tengok tarikh)

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/zahid-hamidi-lepas-bebas/