SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Saman: Nasib Pejuang Anti Lynas Tidak Sama Dengan Nasib Aktivis Persoalkan Tragedi Banjir Balak Di Bentong !

 

Biar pun mereka tak bersetuju dengan tindakan kerajaan bawa masuk kilang Lynas ke Pahang, namun mereka bebas memberikan pandangan  terhadap isu tersebut. Malahan mereka bebas berhimpun, menyatakan bantahan termasuklah menghantar memorandum kepada kerajaan.

Ada mereka disaman juta-juta seperti hari ini?. Bukankah mereka juga berbeza pandangan bab sisa radioatif nadir bumi yang dihasilkan kilang tersebut yang kerajaan negeri turut menafikan!.

Saya juga terlibat dengan himpunan bantahan tersebut sejak dari awal lagi sebenarnya.Aneh saya tidak pernah dengan mana-mana aktivis pejuang anti Lynas kena saman atas dakwaan menfitnah dan menghasut rakyat supaya jadi benci kepada kerajaan. Walhal isu Lynas lebih besar impak dalam menjatuhkan imej kerajaan negeri di mata dunia sebenarnya. Aneh bukan?

Bukankah ketika itu Menteri Besar Pahang dan barisan exco yang ada sekarang, juga berada di dalam kepimpinan terdahulu?  Kenapa kerajaan tak saman pejuang anti Lynas, jika benar dakwa menjatuh, mencemar reputasi kerajaan negeri?.

Tiba-tiba pula hari ini 'melenting' bagai 'cacing kepanasan' dalam isu banjir lumpur di Bentong.

Walhal kami para aktivis yang bersuara hanya menyatakan pandangan berbeza dalam isu ini.

Kerajaan nafi ada kaitan 'pembalakan', namun kami pula tetap nyatakan mungkin pembalakan antara punca terjadinya banjir lumpur tersebut.

Hujjah kami diperkuatkan lagi dengan adanya kayu balak bergergaji yang dipotong-potong di lokasi kejadian selepas banjir lumpur itu surut.

Kami persoalkan, mungkin ada pembalakan di atas bukit. Sisa kayu balak hanyut akibat hujan lebat dan arus deras yang melanda. Jika tiada kaitan, kayu balak bergergaji itu datangnya dari mana?. Mana mungkin 'puing kepala air' boleh potong pokok balak dengan cantik? Siasatlah dengan telus dan profesional. Kami menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Bebas agar keputusan siasatan itu lebih adil dan menyakinkan rakyat. 

Banjir lumpur ini melibatkan kematian, enam mangsa di Jambatan Sungai Telemong dan tiga lagi di Janda Baik. Kami hanya tak yakin dengan kenyataan penafian sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi berkaitan. Andai lansung tiada kaitan, bagaimana begitu banyak balak bergelimpangan di sebelah Stesen JPJ Karak, Sungai Kerau dan Kampung Baru Sg Perdak?.

Jika tiada kelulusan kawasan balak, mungkin ada pembalakan haram yang telah dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak penceroboh tanpa pengetahuan kerajaan. Isu ceroboh dan pembalakan haram ini memang sering terjadi di seluruh negeri sejak sekian lama. Salahkah kami berbeza pendapat serta persoal isu ini?

Kenapa perlu disaman jutaan ringgit terhadap rakyat marhaen yang mahu selamatkan hutan dan menjaga kelestarian alam sekitar? Kami bukannya nak memberontak. Tiada ada pun sebarang perhimpunan bantahan di Pejabat Menteri Besar Pahang. Tiada pun sebarang memorandum yang kami hantar. Kami hanya bersuara kerana cakna dengan alam sekitar!.

Besar sangatah dosa kami kerana perbezaan pendapat dengan kerajaan? Kami hanya mahu keadilan serta pembelaan terhadap sembilan mangsa yang terkorban di dalam kejadian ini.

Kenapa perlu kamu menyaman kami? Apakah kamu terlalu 'yakin' sepenuhnya tindakan itu betul? Jika menang mungkin ia tidak jadi apa-apa masalah, namun bayangkan jika tiba-tiba kamu pula kalah? Bukankan reputasi kerajaan itu sendiri akan jatuh. Malahan seluruh dunia kini menyaksikan dan mentertawakan tindakan kamu. Apakah kamu sudah bersedia dengan segala kemungkinan ini? Kerajaan Pahang dulu pernahkalah dalam isu kawasan balak di Peka yang difailkan oleh Syarikat Seruan Gemilang. Puluhan juta terpaksa dibayar selepas kes di bicarakan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Soal kamu bayar ganti rugi atau buat rundingan dengan syarikat terbabit, itu hak kamu. Namun isunya tindakan kerajaan tak semestinya betul.

Inilah dia hakikat yang telah terjadi sebenarnya.

Maka itu, kami tetap bersedia untuk berlawan berbekalkan dengan sokongan majoriti rakyat.

Moga kebenaran itu dapatlah ditegakkan demi sebuah keadilan dan pembelaan terhadap roh semua mangsa  terkorban di dalam tragedi ini. 

#CaknaDemiRakyat @ #SuaraRakyatMarhaen !

Read more »

Tindakan Saman Agar Aktivis Tutup Mulut Isu Banjir Balak Di Bentong Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 Nanti?

 

Pilihan Raya Umum Ke-15 sudah kian hampir. Isu kegagalan menguruskan pembangunan di kawasan tanah tinggi Bentong hingga terjadi 'Banjir Balak' pastinya akan dibawa oleh parti pembangkang. Lantaran itu, hanya mahkamah sahaja yang boleh menghalang isu ini dibicara secara terbuka, terutamanya oleh para aktivis.

Langkah terbaik kenakan tindakan saman agar arahan mahkamah dikeluarkan, kerana ia akan dituduh menghina mahkamah kelak. Makanya tidak pelik mereka gunakan tindakan undang2 agar isu ini tidak jadi 'millage' kepada pihak yg berlawan dengan parti kerajaan sebenarnya.

Mereka ada bukti, kita pun ada bukti. Malahan bukti sudah tersebar di mana-mana sejak dari awal hari kejadian. Bukan sahaja media sosial ia juga dipapar media arus perdana itu sendiri.

Kegagalan urus pembangunan ditanah tinggi menjadi punca termasuklah isu2 pembalakan, perumahan dan pertanian yang diluluskan oleh pihak mereka. Pengondolan hutan tanpa ada kawalan, memberi impak besar apabila pasak bumi tak mampu lagi menahan aliran air hujan yang deras dari atas kawasan tanah tinggi itu.

Ini adalah fakta bukan auta. Mereka hanya ke lokasi 'sebelah sana' untuk meninjau dengan menaiki dua buah helikopter. Tapi sedarkah, mereka tidak meninjau lokasi di 'sebelah sini' iaitu di Sungai Kerau, Sungai Telemong dan juga Sungai Perdak. Lokasi yang kritikal dan banyaknya sisa kayu termasuklah juga balak  yang bergelimpangan akibat dihanyutkan dari atas sana. Ingat, ada enam mangsa terkorban dan keluarga mereka juga perlukan pembelaan.

Sebenarnya, kami juga tak cuba nafikan ada kawasan yang dilanda 'debris flow' dan 'puing kepala air' seperti didakwa oleh pakar-pakar alam sekitar yang berkenaan. Tetapi, kenapa tidak disiasat juga senario lokasi 'sebelah sini', iaitu sekitar kawasan Karak. Kami akan lawan dengan bukti bagi menguatkan lagi kenyataan.

Menang atau kalah hanya takdir menentukan. Berlawan dengan kerajaan, memang amatlah sukar sebenarnya. Namun, harus diingat dulu, Kerajaan itu sendiri pernah tewas dalam satu kes di mahkamah dan diarahkan membayar gantirugi puluhan juta ringgit kepada syarikat balak berkenaan. Inlah sejarah yang berlaku.

Kini sekali lagi mereka menyaman rakyat yang bersuara untuk selamatkan kehancuran alam sekitar. Apakah mereka fikir rakyat marhaen tidak boleh bersuara dan hanya perlu dengar kenyataan sebelah pihak semata-mata? Kita berada dalam sebuah negara demokrasi dan kebebasan bersuara telah termaktub di dalam perlembagaan. Apakah bila terjadinya berbeza pandangan, maka itu kita dituduh menfitnah?

Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat dalam isu ini. Biarlah kalah bermaruah daripada menang tapi dengan penuh kehinaan. Perjuangan rakyat akan tetap diteruskan jua !!

#CaknaDemiRakyat @ #SuaraRakyatMarhaen !

Read more »

Kerajaan Saman Rakyat Sendiri Dalam Negara Demokrasi, Siapakah Yang Punya Idea ?

 

Puak-puak mereka berkokok "padan muka kena saman. Lain kali jangan buat fitnah lg, kan dah kena saman". Saya tersenyum membaca serta menyaksikan gelagat mereka. Apa mereka fikir kena saman makna mereka betul dan benar ?? 

Mereka nafi ada pembalakan, kami dakwa ada jumpa kayu balak bergelimpangan di lokasi yg berkenaan. Satu dunia saksikan adengan ini, tp mereka tetap nafikan. Mereka anggap rakyat ni hidup pada zaman TV hitam putih gamaknya?

Pasti kami akan lawan. Biar kalah bermaruah asal jangan menang tapi dalam kehinaan. Satu lagi persoalan, adakah saman ini benar dripda kerajaan  atau individu yang sengaja nak tunjuk hebat dengan menggunakan nama kerajaan. 

Apakah tindakan diperkenankan tuanku Sultan  Pemangku Raja? Ini negara demokrasi dan hak untuk bersuara termaktub dlam perlembagaan. Takkanlah kalah berhujjah, sikit2 nak saman ??

Nampak sangat kelemahannya di mata dunia. Jangan biarkan mereka mentertawakan kita !!

#CaknaDemiRakyat @ #SuaraRakyatMarhaen !

Read more »

Terharu Dengan Titah Pemangku Raja Pahang, Mohon Rayuan Agar Tuanku Arahkan Kerajaan Negeri 'Tarik Balik' Saman Terhadap Aktivis Alam Sekitar

 

SERUAN TUANKU AGAR ANAK MUDA SAMA TERLIBAT BANTU PULIHKAN ALAM SEKITAR DAN MENJAGA KELESTARIAN ALAM, TETAPI
====================================
[Aktivis Alam Sekitar Di Saman Dek Kerajaan]
------------------------------------------
Sebagai rakyat Pahang, saya terharu dengan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru lebih ramai anak muda menggalas tanggungjawab dalam aktiviti pemulihan alam sekitar demi kelestarian alam.

Titah tuanku ini sebenarnya selaras dengan apa yang kami perjuangkan selama ini. Rasa bangga kerana pihak istana menyokong apa yang para aktivis alam sekitar suarakan.

SERUAN AGAR ANAK MUDA SAMA-SAMA BANTU PULIHKAN ALAM SEKITAR SERTA MENJAGA KELESTARIAN ALAM INI AMAT BAIK DAN TEPAT PADA MASANYA. NAMUN HAKIKAT YANG BERLAKU, PEJUANG2 YG NAK SELAMATKAN ALAM SEKITAR PULA YANG DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN DEK KERAJAAN NEGERI PAHANG ITU SENDIRI.

Namun, apa yang berlaku pada hakikatnya agak menghairankan. Belum pernah dalam sejarah, Kerajaan Negeri Pahang bertindak menyaman para aktivis alam sekitar yang mendedahkan kemusnahan alam negeri ini.

Terkini, dua orang aktivis alam sekitar iaitu Puan Sri Shariffa Sabrine Syed Akil, bekas Presiden PEKA dan Saudara Khaidir Ahmad bekas Ketua Pengarang Berita TV3 dikenakan tindakan saman oleh Kerajaan Negeri Pahang.

APA YANG BERLAKU JELAS SEKALI SUARA ISTANA TAK SELARAS DENGAN TINDAKAN OLEH PEGUASA. MEREKA YG LULUSKAN KAWASAN PEMBALAKAN DI KAWASAN2 HUTAN SIMPAN YANG MENJADI TADAHAN HUJAN, PUSAT REKREASI DAN SEBAGAINYA. SEMUA KERANA WANG ATAU DUIT UNTUK SURVIVAL POLITIK MASING2 SEBENARNYA.

Aktivis hanya perjuangkan isu alam sekitar selepas mendapat aduan daripada rakyat marhaen. Kita dedah, bongkar dan angkat isu2 yang berkaitan kemusnahan alam ini, namun berbaloikah apabila kita pula mahu disaman oleh mereka? Belum pernah ada Menteri Besar Pahang yang membenarkan tindakan ini sebenarnya. Bukankah pelik??

BAGAIMANA ANAK MUDA NAK BERSAMA, JIKA NAK BERSUARA DAN MENYATAKAN  PANDANGAN YANG BERBEZA KAMI PULA YANG DITUDUH PENGKHIANAT DAN NAK DIPERANGI DENGAN BERBAGAI TINDAKAN UNDANG2. AKHRNYA RAKYAT JADI BISU !! TIADA SIAPA LAGI MAMPU BERSUARA BG MENYELAMATKAN ALAM INI. FIKIRKANLAH.

Maka, saya merayu kepada Tuanku Pemangku Raja untuk masuk campur dan mengarahkan Kerajaan Negeri Pahang menarik balik saman terhadap aktivis alam sekitar. Ia lebih mulia, ditambah lagi ketika bulan Ramadan ini dan dikala umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri 2022 tidak lama lagi.

SEPATUTNYA KERAJAAN ITU PERLU HATI2 DALAM MELULUSKAN KAWASAN HUTAN UNTUK PEMBALAKAN ATAS NAMA LADANG HUTAN. PEMBESAR DAN TOKEY2 TERLIBAT BERAK, TAPI RAKYAT YANG TERPAKSA CUCI.
MAKA ITU, ISTANA PERLU ARAH KERAJAAN BATALKAN TINDAKAN SAMAN TERHADAP PARA AKTIVIS YANG BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN, MENJAGA KELESTARIAN ALAM INI. ITULAH TINDAKAN TEGAS AGAR ANAK2 MUDA TIDAK TAKUT UNTUK BUAT 'CHECK N BALANCE' DALAM ISU SEPERTI INI.

Semoga Tuanku mendengar suara rakyat marhaen. Jika mahulan lebih ramai anak muda terlibat sama menjaga kelestarian alam ini, maka usahlah kerajaan takut-takutkan rakyat dengan tindakan saman. Sepatutnya kerajaan berterima kasih kerana ada rakyat marhaen yang masih lagi cakna serta prihatin dalam mendedah, membongkar dan menyelamatkan alam sekitar di bumi Pahang yang tercinta ini.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
People's Activist N Freedom Journalist
Blogger Cucumatkilau @ CMK
https://cucumatkilau.blogspot.com

https://m.malaysiakini.com/news/618875

Read more »