SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Bauksit: NGO Angkara Sokong Kenyataan Menteri Besar Pahang


Sebagai rakyat Pahang kami NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) yang cintakan alam sekitar, mengambil pendirian menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang mengatakan Kerajaan negeri Pahang tidak akan teragak-agak menghentikan aktiviti perlombongan bauksit dan bijih besi di negeri ini sekiranya masalah pencemaran di jalan sekitar menghala ke Pelabuhan Kuantan dan perindustrian Gebeng berterusan tanpa jalan penyelesaian. 

Kenyataan yang dibuat oleh MB itu sedikit melegakan warga Kuantan terutamanya mereka yang setiap hari berulang alik untuk bekerja di sekitar kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Sememangnya sejak dari awal aktiviti ini berjalanan, banyak aduan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Namun, ia mungkin tidak diedahkan oleh pihak berkenaan lantaran mendapati pengusahan lombong bauksit ini "mempunyai pengaruh masing-masing" dalam menghadapi situasi ini. 



Masalah pencemaran udara, jalan rosak, berhabuk, lori-lori yang kotor dan jelas tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa sebenarnya. Justeru, kami amatlah berharap semua pihak memberi perhatian terhadap kenyataan Menteri Besar Pahang itu. Kita tidak mahu lagi ada lori-lori memunggah bauksit yang berleluasa seperti sekarang. Kita merasa amat malu melihat jalanraya melalui kawasan perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan yang begitu menjijik. Malah, jalan di Lebuhraya Pantai Timur :(LPT) dari Plaza Tol Kuantan ke Plaza Tol Jabor juga dilihat kotor gara-gara lori yang beroperasi tanpa kawalan. 



Kami juga menggesakan Kerajaan Negeri Pahang menyiasat lesen atau permit pelombong-pelombong berkenaan, kerana ada banyak laporan daripada orang awam aktiviti perlombongan bauksit secara tidak sah masih berleluasa di sana sini terutamanya sekitar kawasan Sg.Ular. Bagi mengelakkan situasi yang lebih membimbangkan, tindakan mengaut keuntungan disamping tidak mengendahkan pencemaran alam sekitar amatlah tidak wajar sama sekali. 



Sepatutnya sudah lama kerajaan mengarahkan para pelombong membersihkan semula jalanraya dan memastikan lori-lori mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Apapun, tindakan berani Menteri Besar Pahang yang sanggup menghentikan aktiviti ini jika masih tiada jalan penyelesaian amatlah dihargai. 

Ia secara langsung melegakan orang ramai yang sudah tidak tahan lagi dengan situasi ini sebenarnya. Berbagai penyakit akibat jangkitan kuman boleh dihidapi akikbat udara dan persekitaran yang kotor ini sebenarnya. Diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang mengotakan apa yang dikatakan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat hendaknya.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A }

Read more »

Anwar Ke Dalam Lagi, Apakah Saya Perlu Teruskan Perjuangan


Ketika Anwar masih dalam penjara ( kes liwat I ) dulu... sy pun masih muda lg.. Baju Parti Keadilan Nasional (PKN) masih tersarung ditubuh.. Selalu juga bertandang rumah Kak Wan bertanya khabar. Tapi skrg.. Sy sudah tidak bersama Keadilan lg.. Terkadang perasaan simpati trhadap Kak Wan dan anak2 begitu terasa.

Apapun.. moga beliau tabah mengharungi segalanya ini. Buat diri sy.. biarlah terus begini mewarnai perjuangan rakyat dgn cara sy sendiri bersama Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA).

"Aku rapat dgn Wan Azizah dulu ketika Anwar berada didalam .. Bila Anwar keluar aku terpinggir.. Skrg Anwar kembali ke dalam.. mungkinkah aku perlu rapat kembali dgn Wan Azizah sprt dulu?"..

Dah jd mcm Chombi dgn Kasim Selamat dalam filem "Ibu Mertuaku" pulak dah huhu. Salam Perjuangan..

Read more »

Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Dan Kepimpinan PAS


Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan kepimpinan PAS di atas pemergian Mursyidul Am parti itu, Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ke Rahmatullah malam tadi. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya pemergian Tok Guru Nik Aziz adalah satu kehilangan yang besar kepada PAS dan perjuangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Al-Fatihah.

Read more »

Hikmah Di Sebalik Kembali Terpenjaranya Saudara Anwar Ibrahim


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Anwar dan sahabat-sahabat pejuang di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas nasib yang menimpanya sekarang ini. Keputusan hakim Mahkamah Persekutuan untuk menolak rayuan Anwar berhubung dengan dakwaan meliwat pembantu peribadi beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan memang amat sukar diterima oleh para penyokong tegar bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Namun, segalanya perlu diterima dengan hati yang tenang dan sabar.

Maka, bermulalah episod baru perjuangan Pakatan Rakyat dan PKR itu sendiri tanpa kelibat Anwar untuk tempoh lima tahun akan datang. Malah, Anwar juga tidak boleh lagi menjadi Ahli Parlimen dan bertanding untuk tempoh yang lebih panjang dari itu. Memang ada yang amat sedih dengan keputusan mahkamah itu tadi.

Namun, bagi saya hikmah disebalik keputusan itu harus diterima oleh semua pihak. Mahkamah telah memutuskannya, terima atau tidak Anwar kini sudah dihantar semula ke Penjara Sungai Buloh. Perjuangan harus diteruskan, bak kata Dr.Wan Azizah Ismail pada mesyuarat PKR malam tadi (10 Feb) perjuangan akan diteruskan dan mereka tidak akan mengalah. 

Memang agak lama saya tidak mengulas tentang isu politik terutamanya berkait rapat dengan Anwar Ibrahim. Ketika zaman reformasi dulu, beratus-ratus tulisan saya yang menyokong perjuangan beliau. Malah, saya juga antara salah seorang orang awam yang berjaya menyelinap masuk untuk mengikuti perbicaraan hari terakhir kes liwat I di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu. Saya berjaya memeluk Anwar dan dia ada berpesan "kamu orang muda teruskan perjuangan... Anwar tidak bersalah.. yakinkan rakyat.. Anwar tidak bersalah", katanya kepada saya ketika mahkamah rehat seketika.

Namun, takdir penentu segalanya. Jangka hayat saya bersama PKR berakhir pada 11 Feb 2011 yang lalu. Walau pun pernah menjadi calon PKR pada tahun 2008, namun kini saya terus terpinggir dari arus perjuangan mereka. Saya terpaksa pergi meninggalkan Anwar dan hari ini genaplah usia pemergian saya selama empat tahun. Apapun, saya masih kekal perjuangan dengan NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) dan tidak sertai mana-mana parti buat masa ini.

Cuma apa yang ingin saya perkatakan, terkadang biarlah Anwar berada di dalam agar perjuangan menuntut keadilan itu kembali subur dan disemarakkan. Saya merasa sedih apabila ramai sahabat pejuang asal dalam Keadilan akhirnya terpinggir gara-gara tindakan parti membawa masuk ramai pimpinan dan mereka yang telah terbuang oleh parti masing-masing untuk bersama. Mereka yang dulu bermewah dan bersenang lenang ketika Anwar dipecat dari kerajaan dan diawal gelombang reformasi, kini "menatang Keadilan itu bagai minyak yang penuh".

Mereka kononnya pejuang hebat, sedangkan ketika Anwar dizalimi mereka tidak berani ke depan dan hanya berada di belakang tabir perjuangan. Namun kini mereka ada kuasa selepas membawa sebegitu ramai penyokong untuk bersama menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka menang dalam pertandingan dan menguasai parti. Mereka terajang orang-orang lama yang mewarnai perjuangan asal Keadilan itu. Mereka sedikit pun tidak merasai pahit getir dan keperitan dalam perjuangan era reformasi. Mereka bersama ketika PKR dan Pakatan Rakyat itu berada di puncak kejayaan terutamanya selepas PRU12 (2008). 

Maka itulah, hikmahnya bila Anwar "kembali ke dalam" barulah mereka ini akan merasai erti perjuangan keadilan sebenarnya yang dilaung-laungkan selama ini. Biar mereka alami detik-detik cemas ketika era refosmasi dulu, ketika Anwar ditangkap, ditahan dan dihumban ke penjara. Kini, situasi yang sama bakal dilalui oleh mereka yang tidak pernah merasainya. Justeru, bersyukurlah atas apa yang berlaku. Semoga perjuangan menegakkan keadilan itu kembali subur dan bersemarak semula. Malah, dengan kembalinya Anwar ke penjara barulah kefahaman tentang perjuangan sebenar itu akan lebih bermakna. Pengampu dan mereka yang bergantung kepada batang tubuh Anwar pasti akan terasa kehilangan beliau. Ketika ini barulah mereka tahu erti perjuangan politik, berdidikari meneruskan perjuangan rakyat.

Begitu juga bagi Pakatan Rakyat, terpenjaranya Anwar mungkin memberi hikmah untuk anda kembali bersatu meneruskan perjuangan. Dosa Anwar dengan "Peristiwa 16 September", "Langkah Kajang" dan banyak lagi itu jadikanlah sebagai pengajaran. Ada kalanya bukan semua tindakan Anwar dipersetujui dan mendapat sokongan semua. Banyak kesilapan yang tidak disedari hingga membuatkan rakan-rakan Pakatan Rakyat itu akhirnya "makan hati" dengan sikap Anwar. Malah, tragedi pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR juga meninggalkan kesan besar kepada ramai penyokong mereka yang masih setia dengan Keadilan. Kini masanya Anwar bermuhasabah diri atas segala tindakan beliau yang membelakangkan kepentingan ahli parti dan kepimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. 

Semoga semua pihak mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Rapatkan saf perjuangan yang semakin kucar kacir jika mahu menakluki Putrajaya dan mencapai kemenangan pada pilihanraya umum akan datang. Biarkanlah Anwar berehat sambil meneruskan percaturannya. Soal beliau bersalah atau tidak biarlah Allah SWT yang menentukannya kelak. Kehidupan perlu diteruskan dan saya doakan sahabat-sahabat dalam keadilan lebih mengerti tentang perjuangan dengan apa yang berlaku ini. Salam Perjuangan.

Read more »

Bola: 'Imej Hina Istana Pahang', Angkara Gesa Polis Bertindak


KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa  pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas dengan kadar segera terhadap sikap sebilangan penyokong  Johor Darul Takzim (JDT) yang tertindak biadap menayangkan "kain rentang" penghinaan terhadap istitusi raja Pahang. Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, paparan kain rentang itu dapat dilihat dengan jelas ketika perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin malam tadi. 

"Jika benar dakwaan ini, maka saya sebagai rakyat Pahang amat terkilan dan rasa terhina dengan tindakan mereka. Persoalannya, bagaimana kain rentang yang berbentuk provokasi melampau begitu boleh terlepas pandang oleh pihak stadium?. Mana pergi pegawai bertugas?. Memang kita tau ini bukan kerja sebahagian besar penyokong JDT, namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Justeru, saya menggesa satu siasatan lanjut dijalankan segera demi kebaikan semua", kata Shukri.



Kain rentang yang dipaparkan jelas sekali menggambarkan seekor anjing tuan sedang memegang anjing muda dengan memakai jersi hitam putih. Ia memang sengaja dibuat untuk ditujukan kepada istana Pahang berdasarkan kepada imej dan sebaran maklumat di facebook yang dilontarkan selama ini. 



"Sebagai anak Pahang, saya memang berharap isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak berkuasa... saya juga menggesa warga Pahang membuat laporan polis di seluruh negeri ini terhadap penghinaan melampau itu. Soal siapa punya  kerja itu kedua, masalahnya bagaimana longgarnya pegawasan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin hingga boleh membiarkan adengan memualkan ini terjadi.. FAM juga di gesa bertindak segera terhadap JDT dalam hal ini. Menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun penghinaan sedemikian rupa amatlah tidak berperikemanusiaan", katanya. 


Tidak dapat dipastikan kesahihan gambar pada kain rentang tersebut, namun siasatan perlu dijalankan segera bagi tidak mencemarkan imej negeri Pahang. Ramai peminat yang marah dan kecewa dengan tindakan itu.  Baca kenyataan salah seorang penyokong Pahang di lama facebooknya.  "1 november 2014 mereka buat tifo gajah pink kentut di stadium nasional bukit jalil 31 januari 2015 di stadium tan sri hassan yunos larkin mereka menggambarkan presiden FAM yg juga KDYTM Tengku Mahkota Pahang sbg anjing. Dan anjing hitam putih itu sbg pahang. Hati ini amat terguris dan apakah jua hati 1.4 juta rakyat pahang. Walaupun hati org pahang ini lemah lembut seperti tertulis dalam jata negeri pahang, yaa alif lam tho yaa fa (yaa latif) membawa maksud yang maha lembut (salah satu nama dan sifat Allah) namun kesabaran hati kami ada batasnya. Semoga Allah memberi hidayah pada kalian. Nak sumpah laknat pun kalian masih seagama, sebangsa dgn aku".

Tindakan biadap penyokong Johor ini juga mendapat komen daripada Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah di twitternya. Sila rujuk kenyataan baginda di bawah: 



Bolasepak adalah sukan untuk keamanan, namun pertembungan Pahang vs JDT senantiasa sahaja berakhir dengan kontroversi yang berpanjangan. "Atas semangat kesukanan, saya menyeru penyokong Johor agar lebih bersikap terbuka dalam tindakan.. Janganlah kerana bolasepak kita akan terus bermusuhan sehingga ke akhirnya.. Sukan bolasepak itu adalah untuk mewujudkan peyatuan dan keharmonian sesama kita.. Isteri saya sendiri orang Johor dan beliau juga kecewa dengan senario yang berlaku.. amat menjijikkan sama sekali.. Marilah kita bersatu atas nama sukan", kata Mohd Shukri lagi. #pahangdaily

Read more »