SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Terkini: Berpuluh Ribu Ekar Lagi Hutan Simpan Kekal (HSK) Telah Di Luluskan Jadi Ladang Hutan Di Pahang !

Terkini saya menerima lagi kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) baharu berskala besar (10,000 hingga 12,000 ekar) yg sedang dan akan digondolkan di Pahang. 

Biasalah lesen diluluskan atas nama GLC. Pelesen proksi2 akan cari kontraktor. Habis hutan ditarahnya. Sedap mereka buat duit & kumpul kekayaan.

Bila banjir lumpur kayu balak terjadi seperti biasa akan nafikan. Di Bukit Tinggi Bentong, pun ada kawasan yang diluluskan. Penama dan kontraktor yang berkenaan dah ada nih.

Jika tak jadikan rakyat mangsa, mungkin tak jadi isu sebenarnya. Inix rakyat yang tidak berdosa kehilangan nyawa dan harta benda. Maka itulah rakyat perlu bangkit berjuang !! 

Macam biasa, tajuk "Ladang Hutan". Balak2 ditebang, yang naik bukan pokok hutan tapi ladang Musang King dan Kelapa Sawit. 

Ada mereka kisah langgar SOP dan EIA? Tarah2 selagi boleh sampai ke tebing sungai. Asal banyak untung sudah. Rakyat bantah buat2 pekak telinga dan mata.. Janji kita kaya raya.

'BATALKAN SEMUA PROJEK LADANG HUTAN'

#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen ✊

Read more »

Kaya Di Dunia Hanya Sementara, Bukan Boleh Bawa Mati Tapi Akhirat Jua Kekal Abadi Selamanya !

 

Ada orang tanya saya, kenapa asyik dok fikir soal rakyat. Awak dah kalah pilihan raya, buat keje sendiri jer boss. Buat bisnes adalah untung boleh masuk. Terjah sana sini apa yg boss dapat?. Saya jawab mudah jer..kalah @ menang bukan halangan orang berjuang dan saya tidak kejar untung di dunia. 

Apa yang di kejar ialah untung diakhirat. Memang saya ni tak ada apa-apa jawatan, baik dalam kerajaan atau pun mana-mana anak syarikat (GLC). Sy juga bukan Wakil Rakyat atau Yang Berhormat. 

Namun saya terus berjuang sebab kita semua adalah WAKIL RAKYAT MARHAEN. So, Biarlah orang mahu kata apa pun asalkan perjuangan  diteruskan ! Dosa kita atas dunia dah banyak. 

Itu belum termasuk bab2 makan rasuah lagi.  Hulur sana, hulur sini nak ekjas projek. Sapu sana sapu sini ekjas projek balak, tanah, PLB, kontrak juta-juta. Under table, Allah nampak !

Nak jd kaya punya pasal, langgar habis walau  nama MELAYU ISLAM. Ini yang nak dibangga? 

Untung dunia pun bukan boleh bawak masuk kubur. Tinggal belaka. Kaya raya macam mana sekali pun, kain kapan juga dibawa. Lagi pun, kita semua adalah KHALIFAH Allah atas muka bumi ini. 

Maka tak salah kita membela rakyat, biarlah tak bergaji dan elaun pun atas dunia ni. Asalkan diakhirat akan dikira pahala oleh Allah.

Semua pahlawan Melayu mati tidak tinggalkan harta untuk anak cucu mereka. Walhal jika nak kaya mereka bersekongkol dengan penjajah je.

Sebab itu jangan disalahkan perjuangan saya dan rakan2 yang lain. Kami tidaklah mengejar apa2 pun kemewahan di duna seperti mereka !

Apa yang kami dapat ialah dihina, dicaci serta dituduh penderhaka, pengkhianat oleh mereka.

Samalah yang dilalui oleh para pejuang terdahulu! 

#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen✊

Read more »

Dr Maszlee 'Terkhilaf', Menteri Besar Pahang Turun Padang Cuma Tidak Singgah Ke Lokasi Kritikal 'Banjir Balak' Di Karak !

 

Isu yang sedang dimainkan sekarang ialah Dr Maszlee buat tuduhan MB Pahang tidak turun padang ketika banjir teruk melanda negeri ini.

Maka ramailah pihak, individu, pemimpin, NGO yang selama ini diam diri isu banjir balal di Bentong mula bersuara. Biasalah nak tunjuk hebat jadi juara membela pembesar negeri.

Dalam erti kata lain nak mengampu, menjilat dan mengipas agar MB bagi perhatian. Tapi pelik, mereka-mereka ini langsung tak berani nak bersuara isu 'banjir balak' yang melanda.

Masing-masing tutup mulut, tutup mata, tutup telinga biar pun mereka lebih tahu kisah yang berlaku dibelakang tabir. Mereka kenal siapa tauke-tauke dan syarikat terlibatm

Namun, jika bersuara takut ada yang nampak mereka melanggar kenyataan MB. Maka elok diam, mudah untuk terus mencari makan.

Mereka inilah bila Dr Maszlee melanyak MB Pahang, mulalah mereka tunjuk bakal untuk membela dan mempertahaknkan pemimpin.

Saya juga tak setuju kenyataan MP Simpang Renggam itu. Bagi saya beliau terkhilaf sebab MB ada turun padang di merata tempat hulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Cuma menurut penduduk di Telemong dan Sungai Perdak, iaitu lokasi paling kritikal banjir balak di Bentong mendakwa MB tak datang menjengok mereka. Padahal. MB dah sampai ke Karak dan hanya jengok lokasi lain termasuk  Kampung Tanjung (foto).

Kata mereka, sepatutnya MB singgah lokasi mereka untuk tengok balak-balak hanyut yang bergelimpangan di lokasi. Jarak kawasan itu dari pekan Karak hanya sekitar 10 hingga 13 kilometer sahaja. Mereka menunggu MB tapi kelibatnya tidak sampai-sampai.

Itu isu yang sebenarnya Dr Maslee perlu angkat di Dewan Rakyat sebenarnya. Bukan soal MB tidak turun padang melawat mangsa banjir. Amat tidak logik kenyataan tersebut. Sebagai pemimpin besar negeri, sudah pasti beliau akan turun, cuma. lokasi kritikal MB tak datang menziarahi mangsa yang berkenaan.

Apa pun, sebagai rakyat marhaen  kita akam terus bersuara untuk menjadi penegur yang baik agar  kerajaan akan lebih cakna dengan isu rakyat. Kita kena perbetulkan keadaan.

Bab rasuah, korupsi dan penyelwengan kita harus dedahkan. Jangan cuba bersekongkol kerana nak jaga kekayaan kita. Bila tengok ada peluang nak 'mengampu' baru kita nak bangkit bersuara. Kena fikir soal rakyat, bukan soal mana-mana pihak yang khianat.

Moga segalanya dipermudahkan hendaknya...
#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen ✊

Read more »