SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Isu Langgar Lembu, NGO Bongkar Banyak Lokasi Pagar Bocor Di LPT !


KUANTAN: Susulan kekerapan binatang masuk ke kawasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hingga terus mengancam keselamatan pengguna jalanraya, maka NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah melakukan edisi terjah pada 10 Januari lalu.

Mengejutkan, bila terdapat masalah kealpaan dan kecuaian yang telah dikenalpasti hingga menyebabkan binatang seperti harimau, babi, kerbau dan lembu berkeliaran di kawasan lebuhraya.

Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, dalam satu kenyataan di blog www.angkaraterjah.blogspot.my berkata isu pagar-pagar yang tidak selamat dan mengancam nyawa pengguna leburaya bukanlah mainan semata, malah terdapat bukti-bukti kukuh tentang kegagalan pihak konsesi lebuhraya menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan keadaan, biar pun mereka tahu banyak nyawa melayang akibat kemalangan langgar lembu sejak beberapa tahun lalu.

"Kami telah menerjah ke beberapa lokasi termasuk di KM339.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) laluan Paka ke Kuala Terengganu dan melihat sendiri situasi sebenar yang berlaku. Memang jelas pagar-pagar rosak dan berlubang akibat dibolosi binatang kini sudah tidak selamat lagi untuk digunakan", katanya.

"Antara faktor utama ialah kualiti pagar yang sudah tidak sesuai, pokok-pokok renek menutupi pagar hingga menjadi tempat lembu mencari makanan malah simen konkrit juga tidak digunakan antara pagar dengan tanah, agar kedudukan pagar jadi kukuh dan sukar ditembusi oleh mana-mana binatang".

"Malah saya melihat sendiri ada pintu pagar yang tidak ditutup hingga menjadi laluan keluar masuk binatang. Paling menyediahkan ada lokasi terdapat kandang lembu betul-betul berada di tepi lebuhraya laluan Paka-Kuala Dungun. Sebab tulah banyak lembu masuk ke kawasan lebuhraya dengan sewenang-wenangnya", dakwa Shukri.

Beliau turut menyaksiakan sendiri truck LPT2 mengejar lembu-lembu yang memasuki lebuhraya. "Kadang jadi lucu pula, petugas LPT2 terpaksa kejar lembu, mujur hari siang.. kalau malam macam mana.. Paling haru bila lembu lompat ke laluan sebelah, sedangkan truck LPT2 berada dilaluan sebelah lagi.. ini boleh membahayakan nyawa orang awam", kata beliau lagi.  

"Pengguna membayar tol untuk mendapatkan perkhidmatan yang selamat dan selesa, tiba-tiba nyawa mereka diancam dengan kehadiran anasir subversif seperti ini (binatang). Apakah kita mahu melihat ada lagi mangsa seterusnya yang mengalami kemalangan akibat terlanggar lembu dan binatang lain?."


"Memang benar pihak LPT meletakkan papan tanda awas lembu yang tertulis hati-hati memandu untuk makluman kepada pengguna lebuhraya, namun itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik kerana ia langsung tidak efektif pada masa ini. Pihak konsesi wajar mengeluarkan kos untuk membina pagar baharu yang lebih kukuh dan berkualiti demi keselamatan pengguna".


"Jangan sayang duit, kutip tol dan untung juta-juta... buat penambahbaikan demi nyawa orang awam.. itulah tindakan yang wajib dilakukan oleh konsesi lebuhraya.. bukan sahaja di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), malahan lebuhraya lain di seluruh negara... Itu baru betul.. kos pasang papantanda gambar lembu murah dan tak berbaloi...sedangkan lembu dan binatang lain terus memasuki kawasan lebuhraya dengan sewenangnya", tambah beliau. 

Justeru, Shukri menggesa kerajaan bertindak tegas dalam hal ini dengan mengarahkan pihak konsesi lebuhraya lebih bertanggungjawab. 

"Sudahlah lebuhraya selalu rosak dan diperbaiki, kini masalah lain pula timbul...wajarkan pengguna berhadapan dengan situasi sebegini?.. Lebih baik tak perlu ada lebuhraya... dah tentu lembu berkeliaran di merata tempat jika ikut jalan negeri.. Ini tidak, pengguna bayar tol.. dahlah bila jalan rosak tol tak kurang.. harga sama.. Sepatutnya fikirkanlah langkah keselamatan untuk pengguna semua.. jangan fikirkan keuntungan semata-mata", jelas Shukri lagi. #sumber

Read more »

Blogger Gesa Parti Pembangkang 'Kembali Bersatu' Untuk Menang PRU14 !


KUANTAN: Parti-parti pembangkang terbesar di negara ini seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu bersatu kembali, jika mahu melangkah setapak lagi ke Putrajaya. Itulah harapan rakyat untuk meihat perubahan tampuk pemerintahan selepas pilihnaraya umum ke-13 tidak lama lagi. Jika terus bertelagah sesama sendiri akhirnya "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Demikian ditegaskan oleh Blogger Cucumatkilau AKA Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, hari ini. Beliau yang pernah bertanding atas tiket PKR (2008) dan Bebas (2013) berkata, kecelaruan politik antara pakatan pembangkang amatlah merugikan rakyat marhaen secara keseluruhannya. Mana mungkin mereka perlu buat tiga pilihan untuk masa depan anak-anak dan generasi mereka. Seboleh-bolehnya, pertembungan tiga penjuru perlu dielakkan demi kelangsungan perjuangan yang sudah sekian lama membara itu. 



Shukri mendakwa, selepas sekian lama berjuang akhirnya pakatan pembangkang utama negara berpecah belah dikala misi mereka sudah hampir tercapai. Pakatan pembangkang membentuk gabungan mantap bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sekitar tahun 1990 hingga 1996. 



Selepas itu wujud pula gabungan baru Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat-Parti Tindakan Demokratik-Parti Islam Se-Malaysia (PKR-DAP-PAS) bermula sekitar tahun 2008. Namun ia berkubur selepas krisis PAS-DAP pada tahun 2015. 



Akhirnya terbentuk dua gabungan baru iatu Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada  DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Dan terbaharu turut bersama ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Sementara itu PAS pula membentuk gabungan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS,  Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk bertembung tiga penjuru pada PRU14 tidak lama lagi.



"Saya melihat, situasi ini tidak bagus untuk rakyat.. malahan ia pasti akan memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk terus mempertahankan Putrajaya sebenarnya. Maka, apa motif perjuangan pembangkang selama ini.. Dah elok-elok bersama satu lawan satu tiba-tiba berpecah pula.. hanya kerana mempertahankan prinsip parti masing-masing, malahan agenda peribadi pemimpin tertentu", kata Shukri.



"Jika nak menang, kena kembali duduk semeja dan sedia untuk satu lawan satu... saya tak nampak jalan bila berlaku pertembungan tiga penjuru pembangkang akan menang.... hatta di kerusi tradisi masing-masing. Pengundi majoriti ialah yang tidak berparti iaitu pengundi atas pagar.. mereka melihat apa yang berlaku ini.. saya bimbang akhirnya mereka tidak mahu keluar mengundi.



"Bukan kerana tidak yakin dengan kemampuan parti, tapi pening dan serabut untuk membuat pilihan. Dalam politik hanya ada dua pilihan... kalau hitam maka hitam, kalau putih maka putih.. tidak boleh ada parti yang nak playsave memilih jalan kelabu. Ini amat merugikan rakyat sebenarnya.. Apa guna perjuangan yang dirintis sejak sekian lama bila tiba-tiba bersetuju dengan apa yang rakyat tidak setuju.. oleh itu parti-parti pembangkang kena lawan hingga ke ahirnya".

"Apa yang berlaku di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sabak Bernam pada 2016, haruslah dijadikan ikhtibar. Maka itu, lupakan sengketa.. kembalilah duduk semeja demi rakyat marhaen. Buanglah sikap ego masing-masing.. Jangan berbangga dengan pertembungan tiga penjuru yang pastinya akan menjerumus ke lembah kehancuran. Tolak ketepi dulu perbezaan, fikirkan soal rakyat yang mahukan perubahan... Apa guna mereka turun mengundi jika perubahan yang diharap semakin jauh untuk digapai", tambah beliau lagi dengan nada yang kecewa. Lagi kenyataan panas beliau di www.cucumatkilau.blogspot.my #sumber

Read more »

"Pondok An-Nur" Terbakar Malam Tadi, 113 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang




KUANTAN: Seramai 113 orang pelajar Pusat Pendidikan Islam An-Nur (Pondok An-Nur) di Penor dekat sini  tinggal sehelai sepinggang apabila asrama lelaki pondok terbabit hangus dijilat api dalam satu kebakaran malam tadi. 



Kejadian mula disedari sekitar jam 8.10 malam itu telah menyebabkan  Dipercayai, ketika kejadian semua pelajar sedang mengikuti kuliah di surau pusat berkenaan sementara menunggu solat Isyak. Kerugian dianggarkan mencecah kira-kira RM400,000.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang memaklumkan mereka  mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 8.20 malam. Empat jentera dengan kekuatan 24 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba kita mendapati api sudah marak dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan asrama itu. 



Pusat Pendidikan Islam An-Nuur lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nur berdiri megah di atas tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Penor sejak tahun 1994.. Pondok ini diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Pengambilan pelajar serta pengajian sulung pada di pondok ini bermula pada tahun 1996.


Aliran pengajian yang disediakan di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur ialah pengajian pondok tradisional sehingga 4 Senawi atau 6 Tahun. Juga menyediakan Aliran Tahfiz (30 juzuk), Aliran Akademik (PMR dan SPM), Aliran Prasekolah (An-Nuur Islamic PreSchool – ANIS) dan Kolej Islam An-Nuur (KIAN) yang dalam pembangunan.



Sementara itu, anakanda kepada Pemangku Raja Pahang, YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah telah hadir ke lokasi sekitar jam 10.30 malam.  


Sebaik sahaja tiba baginda telah dipersembahkan taklimat ringkas oleh mudir sekolah, kemudiannya dibawa menyaksikan bangunan asrama yang hangus terbakar itu.



Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengagihkan kain pelikat, alas tidor, bantal, selimut dan tuala kepada pelajar-pelajar berkenaan.  Turut hadir ke lokasi malam tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Pegawai Daerah Kuantan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ketua Polis Kuantan.



Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan mangsa terbabit boleh salurkannya ke akaun Bank Islam (0601 9010 0218 680) dan Maybank (5560 1101 8085) atas nama Pondok An-Nur.

Info lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi  Ustaz Mokhtar Senik (0199532456), Mohd Zaki Mohd Zulkafali (0132743889) atau bendahari, Cikgu Ramdi (0199663629). Sumbangan orang ramai boleh meringankan bebanan mangsa dan pihak sekolah untuk membaik pulih semula kerosakan yang berlaku. #sumber

Read more »