SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Selamat Berjuang Sahabat Lokman Noor Adam Di PRK Sungai Kandis, Menang Atau Kalah Anda Tetap Pejuang Sejati !


Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat saya  Datuk Lokman Noor Adam yang dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang sedang berlangsung sekarang ini.

Lokman bukanlah satu nama baru dalam arus politik negara sebenarnya. Saya mengenali beliau sejak kami sama-sama belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perak di Bandar Sri Manjung, Sitiawan sekitar tahun 1990-1991 dahulu. 

Saya hanya sempat bersama beliau ketika dia berada dalam Parti Keadilan Nasional (PKN) satu ketika dulu. Ketokohan dan kehebatan Lokman memang sudah terserlah sejak di IPT lagi sebenarnya. Cuma saya lebih senior dari beliau ketika itu.

Namun ketika berjuang sejak era Reformasi, Lokman dilihat terkehadapan daripada saya. Malah dia membina namanya dalam Pemuda Keadilan sebelum berlaku krisis antaranya dengan Ezam hingga membawa kepada pemecatan beliau dari parti pada 2004.

Saya turut mendapat tempias kerana banyak menolong Lokman ketika itu. Saya tahu kekuatan jiwa beliau dan banyak menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan perjuangan. Malah, beliau sendiri pernah melalui saat-saat getir ketika bersama UMNO itu sendiri. Berbagai tuduhan dan dakwaan songsang dibuat oleh musuh dalaman untuk menjatuhkan beliau.

Tambahan pula ketika di menawarkan diri bertanding jawatang tinggi dalam sayap parti itu sebelum ini. Namun, jiwa Lokman kuat dan dia terus istiqomah dengan tugasannya di JASA dan kemudian di Kementerian Kewangan. Dia kerap turun padang bertemu dengan semua golongan rakyat untuk memperbetulkan persepsi dalam beberapa isu besar ketika itu.

Kekalahan BN pada PRU14 benar-benar mengeujutkan dan saya tidak sangka kini Lokman diterima sepenuhnya oleh UMNO. Bahkan beliau dianggap wira yang menjadi pejuang sebenar parti itu. Mungkin kerana dia ada bakat dalam gerakan reformasi ketika Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dulu.

Lokman bukan sahaja menang bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO, malah namanya pula dipilih sebagai calon PRK Sungai Kandis. Satu permulaan yang baik untuk kelanngsungan politik beliau sebenarnya.


Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah ketika programmnya di Raub sekitar bulan Jun 2017 yang lalu. Kami sempat beramah mesra dan bertukar-tukar pandanga. Walau pun ada kalanya beliau marah atas tulisan panas saya terhadap dirinya, namun kami tetap bersahabat dan saya doakan Lokman dapat membina masa depan politiknya dengan lebih cemeerlang selepas ini hendaknya.

Di PRK Sungai Kandis, bagi saya Lokman wajar diberi peluang untuk masuk ke DUN Selangor. Beliau berupaya menjadi "check n balance" untuk memastikan kerajaan tidak tersasar dari landasannya. Jika PKR menang, ia langsung tidak memberi apa-apa kesan dan perubahan kepada Selangor. Maka itu, Lokman perlu dimenangkan demi Selangor yang lebih adil dan saksama kepada semua rakyat.

Salam Perjuangan,

BLOGGER CUCUMATKILAU
24.07.2018 (1.49 am )

Read more »

Selamat Bersidang Buat Semua ADUN Pahang, Buatlah Perubahan Bukan Sekadar Dengan Kata-Kata !


Syabas dan tahniah diucapakan kepada semua wakil rakyat Pahang yang kembali menjalankan tugas untuk melaksanakan amanat rakyat kepada mereka pada PRU14 baru-baru ini. 

Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14  yang diadakan semalam tidak sempat untuk saya hadiri atas kesibukan tugas. Namun, saya rasa bangga kerana DUN Pahang kini mempunyai kerusi pembangkang yang semakin banyak hingga menafikan 2/3 Barisan Nasional.

Ternyata sokongan rakyat untuk perubahan di negeri Pahang tetap ada walau pun gagal membentuk sebuah kerajaan baharu seperti di negeri-negeri lain. Pahang kini menjadi kubu dan benteng  terakhir untuk melihat kekuatan UMNO BN di Malaysia. 

Jika tersilap langkah, tumbangnya Pahang maka sudah pasti UMNO BN akan berkubur juga di negeri ini pada PRU15 nanti. Saya tidak sertai PRU14 atas kesibukan dan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

Apapun, saya menganggap kekalahan BN pada PRU14 lalu adalah satu hikmah untuk membolehkan pemimpin Melayu terutamanya dalam UMNO bermuhasabah. Sudah tiba masanya anda kembali kepada rakyat dan tidak memperjudikan lagi nasib rakyat walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Zaman untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah sudah berlalu. Pahang terus merudum akibat hutang kepada kerajaan pusat yang masih tertunggak. Makanya, pemimpin yang ada perlu laksanakan tugas dan tidak lagi mengejar kekayaan peribadi seperti sebelum ini.

Rakyat tidak mahu lagi mendengar wakil rakyat yang bermewah-mewah dan terlibat dengan berbagai projek di sana sini, Rakyat tidak mahu lagi dengar isu tanah, hutan. serta hasil mahsul negeri ini dirampok sesuka hati atas nama pencerobohan. Walhal ia didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang rakus membina kekayaan.

Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar agihan tanah dan lot rumah murah yang tidak adil kepada proksi dan kroni. Sedangkan rakyat marhaen yang lebih layak dinafikan hak mereka. Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar, wakil rakyat sibuk menggunakan proksi masing-masing untuk melobi projek-projek kerajaan seperti dahulu.

Pemimpin UMNO perlu kembali ke pangkal jalan dan bermula semula dengan UMNO zaman Tun Razak. Dengar suara dan denyut nadi rakyat setiap masa, bukan sahaja ketika menjelang pilihanraya.

Paling penting, negara dan negeri ini adalah hak milik kita bersama "Bangsa Malaysia". Jika isu agama dan perkauman terus dimainkan, nescaya kuasa yang ada akan terus tinggal kenangan. Zaman sudah berlalu, politik matang dan terbuka perlu diamalkan jika mahu mengambil semula tampuk kuasa.

Jika terus bermain dengan sentimen perkauman, walhal dibelakang tabir  merekalah yang banyak memberi projek, menjual dan melobi untuk "bukan Melayu" itu sendiri sebenarnya. Kembalilah kepada hakikat kehidupan bahawa kita perlu bergantung antara satu sama lain. Sebuah Malaysia Baharu perlu duwujudkan bukan sekadar dengan kata-kata.

Akhir kalam, saya ingin melihat negeri Pahang ini terus maju jaya dan aman damai serta harmoni dengan kepimpinan baharu yang ada. Masa untuk membuat perubahan sudah tiba, jika tidak digunakan sepenuhnya maka sudah pasti rakyat akan ubah pada PRU15 nanti.

Salam Perjuangan,

BLOGGER CUCUMATKILAU
24.07.2018 (1.27 AM)

Read more »

Syabas Atas Pelantikan MB Pahang Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Yang Baharu !


Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu.

Sebelum ini, saya tertanya-tanya juga bila agaknya Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob akan melepaskan jawatan tersebut, selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Pahang.

Saya masih ingat krisis yang berlaku antara bekas Menteri Besar, Tun Khalil Yaakob dengan Adnan ketika beliau lewat melepaskan jawatan Pengerusi UMNO Negeri selepas berpindah ke pusat. Ketika itu Tun Khalil dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO pada 25 Mei 1999 iaitu tarikh yang sama Adnan menjadi Menteri Besar Pahang.

Akibat kelewatan itu, timbul berbagai cerita panas antara kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan, Adnan mahu Khalil melepaskan jawatan Pengerusi UMNO Negeri Pahang. Namun, Khalil masih tidak berbuat demikian walau pun dia adalah Menteri Penerangan ketika itu.

Justeru, dengan perlantikan Wan Rosdy sebagai Pengerusi UMNO Pahang yang baharu maka sahkan beliau kini berkuasa dari sudut pentadbiran kerajaan negeri dan juga parti. 

Semoga beliau dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik bagi mempertahakankan negeri Pahang pada PRU15 tidak lama lagi. Malah, Pahang kini adalah negeri pembangkang dan sudah semestinya cabaran yang lebih besar akan dilalui oleh Wan Rosdy selepas ini. Selamat maju jaya.

BLOGGER CUCUMATKILAU
15.07.2018 (1.37 AM )

Read more »

Tindakan Zahid Lantik Bekas Peguam Negara Jadi Ahli MT UMNO, Satu Kesilapan Besar Yang Boleh Memakan Diri !


Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali  sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah satu keputusan yang silap dan boleh memakan diri.

Biar pun, Apandi kemudian menolak pelantikan terbabit namun ia menimbulkan seribu persoalan di kalangan rakyat marhaen teutamanya mereka yang tidak berparti (bebas).

Kenapa Zahid begitu tergesa-gesa menamakan Apandi sedangkan ramai lagi pemimpin UMNO sedia ada yang leboh berpotensi untuk diketengahkan.

Bukankah Apandi adalah Peguam Negara yang menyelamatkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kes 1MDB sebelum ini. Bahkan, ramai yang mengesyaki perlantikan beliau sebagai Peguam Negara mengganti Tan Sri Gani Patail adalah bertujuan untuk menyelamatkan Najib dari skandal tersebut.

Tindakan Zahid ini membuktikan pelantikan Apandi adalah kerana dia ahli UMNO dan wajar mempertahankan Presiden parti itu dalam kes 1MDB. Malah, ketika dia dilantik menjadi Peguam Negara memang ramai yang mengesyaki dia akan menyebelahi Najib, kerajaan BN dan pemimpin UMNO.

Dek kerana itulah rakyat melihat banyak kes-kes melibatkan pemimpin UMNO seperti Skandal NFC, FELDA, MARA dan banyak lagi kes yang akhirnya berpihak kepada mereka (pemimpin UMNO). Sedangkan satu dunia mengetahui kecelaruan serta kekeliruan yang berlaku dalam kes tersebut sebenarnya.

Justeru, walau pun Apandi menolak jawatan itu namun kini rakyat melihat benarlah beliau adalah penyelamat Najib dalam kes 1MDB.  Malah, tindakan Apandi mendakwa tiada kesalahan yang melibatkan Najib dalam kes itu mengundang kemarahan semua pihak. Sedangkan satu dunia sudah dihebohkan tentang penyelewangan dalam skandal 1MDB itu sebenarnya.

BLOGGER CUCUMATKILAU
15.07. 2018 (1.22 AM)

Read more »

Tindakan Menteri Belia Dan Sukan "Kutip Sampah", Satu "Gimik" Yang Cukup Baik Untuk Anak Muda. Tahniah Syed Saddiq !


Ramai yang terkejut dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengutip sampah di Stadium Bukit Jalil selepas saja tamat pertandingan akhir Piala FA antara Pahang dan Selangor malam tadi.

Ada pihak yang memuji tindakan beliau itu, namun ramai juga yang mencaci.

Namun bagi saya apa yang dilakukan oleh menteri muda itu biar pun sekadar "gimik" dan memang semua tau ia adalah gimik tetapi ia tetap perlu dijadikan ikhtibar dan tauladan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Dalam sejarah negara, belum pernah ada menteri yang sanggup turun padang sebegini untuk melalukan kerja sedemikian. Namun, tindakan Syed Saddiq itu harus diberikan kredit kerana dia sanggup memulakan sesuatu yang diluar jangkaan.

Memang benar ia untuk tatapan umum, namun ia harus memberi kesan positif kepada semua pihak agar amalan kebersihan itu perlulah diutamakan. 

Sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium selepas sahaja pasukan mereka beraksi di Piala Dunia 2018 di Russia. Ia menjadi tatapan umum dan ramai pihak yang teruja melihat adengan berkenaan.

Sememangnya ia perlu jadi ikutan, dan tidak salah Syed Saddiq memulakannya di negara ini. Mungkin bagi yang tidak pernah melihat menteri kabinet berbuat demikian, agak janggal. Namun bagi mereka yang melihat dari sudut lain, apa yang dilakukan oleh beliau itu satu gimik yang akan menimbilkan kesan kepada anak muda di negara ini.

Tabik untuk Syed Saddiq kerana berani melakukan perubahan. Semoga selepas ini banyak lagi gimik yang perlu dilakukan agar menjadi ikutan generasi akan datang. Mana yang baik kita ambil jadi pedoman, mana yang tak baik jadikan sempadan.

"Ke Arah Malaysia Baru Yang Lebih Gemilang"

Read more »

NGO Hairan Apa Kerajaan Negeri Buat, Sampai 48 Tahun Cukai Hasil, Sewa Dan Royalti Mineral Tertunggak Itu Gagal Di Kutip?


KUANTAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Pahang untuk menguatkuasakan serta merta undang-undang bagi mengutip tunggakan hasil seperti cukai tanah serta taksiran, sewa perumahan kos rendah dan royalti mineral berjumlah RM151 juta yang tertunggak sejak 48 tahun lalu.

Penyelaras NGO terbabit, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) bagaimana pun hairan kenapa baru sekarang perkara ini mahu dikuatkuasakan. Katanya, bukankah selama ini Pahang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang efisyen dan terbaik.

"Pahang tidak pernah dikuasai pembangkang, hingga ke PRU14. Makanya saya hairan kenapa begitu banyak cukai dan royalti minyak tertunggak sejak 48 tahun lalu?. Apa yang dibuat oleh pemimpin negeri terdahulu?.", kata Shukri.

Beliau ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang yang baru, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail kerana berjaya mengubah situasi ini. Jika pentadbiran kerajaan negeri tidak berubah, maka saya rasa mungkin senario ini juga tidak mungkin berubah.

"Selama ini memang rakyat dengar banyak syarikat perlombongan yang tidak membayar premium atas hasil mineral yang mereka keluarkan. Tambahan pula yang ada hubungan rapat dengan pemimpin politik tertentu. Ia jelas, dan banyak kali telah dibangkitkan. Namun kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak mengambil tindakan, hingga menyebabkan negeri ini terjerat dalam kancah hutang tertinggi dengan kerajaan pusat?.", kata Shukri.

Menurut beliau lagi, dia juga mendapat banyak maklumat berkenaan pembabitan orang politik dan pegawau tinggi kerajaan yang menjadi dalang disebalik kegagalan ini.

"Ada pihak yang tidak sepatutnya dapat rumah murah, dapat.. bukan satu malah lebih lagi. Mereka ini menyewakan rumah-rumah terbabit kepada orang lain. Sedangkan mereka sudah ada rumah sendiri. Rakyat yang sepatutnya dapat kemudahan itu dinafikan hak. Mereka yang terbabit pula punyai hubungan dengan orang politik dan sengaja tidak mahu membayar sewa termasuk cukai yang berkaitan. Inilah senario yang berlaku sejak zaman berzaman di bumi Pahang sebenarnya", tambah beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail atas perkara ini. Namun katanya, ia mungkin sudah terlambat kerana Pahang kini menjadi negeri pembangkang di Malaysia.

"Kenapa baru sekarang  Setiausaha Kerajaan Negeri mahu bertindak?. Apakah selama ini beliau tidak sedar apa yang berlaku?. Kenapa di zaman pemimpin terdahulu perkara ini tidak dibangkitkan?. Kenapa tidak melakukan perubahan dari awal?. Kenapa hanya menunggu dan melihat siapa pemimpin berwibawa baru mahu bertindak?. Bukankah isu ini sudah 48 tahun berlalu", kata Shukri lagi.



Apapun, beliau berharap Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dapat melakukan perubahan besar ke arah meningkatkan kepercayaan rakyat. Jika terlambat, sudah pasti Pahang juga akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan pada PRU15 nanti.

"Masa untuk tutup mata, pekak telinga dan membisu sudah berlalu. Ini masa untuk kalian semua buat kerja. Sudah-sudahlah dengan apa yang berlaku selama ini. Saya juga menyeru kerajaan negeri bertindak terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang mempunyai aset luar biasa dari kemampuan mereka. Begitu juga dalan isu penjualan tanah-tanah tanpa geran yang begitu berleluasa di Pahang sejak sekian lama. Kerja-kerja licik inilah menyebabkan kantung kerajaan negeri tiris dan kebocoran. Hasil banyak tapi duit tak masuk akibat ada mereka yang khianat kepada tanggungjawab", katanya.

Malah katanya, banyak juga kes di mana cukai hasil mineral yang tidak dibayar ikut caj sepatutnya apabila rayuan dibuat menggunakan pengaruh orang-orang tertentu. "Bayangkan jika cukai sepatutnya RM18 juta, tapi bila dirayu hanya dibayar RM4 juta sahaja.. Sepatutnya jika dirayu, RM18 juta kurang-kurang jadi RM15 juta. Itu baru berbaloi untuk meningkatkan hasil. Ini menunjukkan selebihnya mungkin mengalir ke tempat lain. Ini sebagai contoh sahaja yang saya mahu ia diambil perhatian oleh pihak kerajaan negeri yang baru. Biarlah peraturan yang ada benar-benar telus dan adil untuk semua pihak dan dapat meningkatkan hasil negeri. Jangan biarkan kantung-kantung pihak tertentu masuk banyak tapi hasil kerajaan negeri merudum", tambah beliau.

Shukri turut menegaskan, beliau sedia berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk memulihkan semula situasi yang berlaku. Tiba masa katanya, perubahan itu perlu benar-benar dilakukan dengan tindakan, bukan sekadar bercakap untuk menyedapkan halwa telinga semata-mata.

Jika tidak, saya yakin akhirnya ia akan berbalik kepada yang asal. Zaman bermewah-mewah, bolot projek, bolot tanah dan mengambil hasil mahsul negeri sesuka hati perlu dihentikan. Jika ia terus berlaku maka, pasti rakyat akan buat perubahan pada pilihan raya umum akan datang, kata Shukri lagi. #sumber

Read more »