SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Penguatkuasaan SOP, Usah Keliru Dengan Mainan Persepsi Dan Provokasi !

 

Ramai yang terkeliru dengan mainan persepsi dan provokasi dalam bab pengiatkuasaan SOP. Saya pun asalnya keliru juga, bila rakyat jelata buat salah, langgar SOP cepat jer pihak PDRM bagi surat kompaun atau saman. Tapi bila kat golongan kayangan, siap ada kertas siasata lg dan tunggu arahan dari pendakwaraya bagai2. Maka pihak PDRM dihentam, kutuk dan dicaci brtalu2 atas alasan tidak adil dan sebagainya. 


Selepas saya amati betul, barulah saya faham kes berbeza sebrnarnya. Dalam isu kayangan seperti kes Neelofa, Awie Wings, Datuk K, Siti serta ramai lagi selebriti tanahair isu mereka sebenarnya ditimbulkan selepas diviral pihak tertentu di media sosial. Kadang isu tersebut dah lepas beberapa hari yg lalu. Sebab itulah  polis kena siasat kesahihan gambar atau pun video yang didedahkan. Mana boleh terus jer pegi kompaun, kalau fitnah macam mana???

Dalam kes rakyat marhaen, sebab apa saman atau kompaun dikeluarkan on the spot? Sebab ia berlaku dilokasi kejadian ketika operasi SOP sedang dijalankan. Itu yang tak perlu nak buka kertas siasatan dan tunggu pendakwaan oleh pihak mahkamah. Maka tak perlulah kita hari2 dok marah kat pihak berkuasa terutama polis. Mereka menjalankan tugas, kita dah dimaklum akan penguatkuasaan SOP.  Kita yang degil tak follow dan langgar, maka kita tak perlu marah kat pihak berkuasa yang menjalankan tugas sebenarnya. Terkadang kita emosi sebab tak faham tindakan dan peraturan yang dibuat.

Maka tak peliklah, ada kes kena buka kertas siasatan dan tunggu arahan mahkamah untuk pendakwaan. Sebab kes tu bukan berlaku kat depan pihak berkuasa ketika operasi dijalankn. Usahlah kita terus keliru dengan mainan emosi dan persepsi. Sedangkan kita tak faham beza kedua-dua kesalahan yang berlaku. Misalnya, orang pos gambar kita langgar SOP dalam FB. Kejadian dah berlaku seminggu yang lalu. So,  bila ada aduan atau dilihat benar langgar SOP pihak polis kena buka kertas siasatan dulu.

Lepas tu kita dipanggil untuk bantu siasatan yang dijalankan. Jika kita salah barulah kita akan dikenakan hukuman dan sebagainya. So, sebab itulah dalam kes majlis tahnik Tokti dan Datuk K, selepas siasatan selesai dan pihak pendakwaan membuat keputusan barulah kesemua yang terlibat dijatuhkan hukuman RM10K utk pasangan terbabit dan RM2K utk pendakwah yang hadir. Makna kertas siasat dah lengkah, sah majlis itu langgar SOP baru tindakan kompaun dikeluarkan sebenarnya.

Dalam kes kena saman semasa Sekatan Jalan Raya (SJR), ia berlaku di lokasi dan pada masa operasi dijalankan. Sebab itu surat kompaun di keluarkan terus, tak perlu lagi siasatan kerana sudah terbukti depan mata melanggar SOP. Ini yang berlaku kepada rakyat marhaen yang kita kena faham. Janganlah kita bermain dengan api kemarahan, hingga kita tak boleh beza dan kata "antara dua darjat". Bila rakyat marhaen terus dikompaun, bila golongan kayangan di buka kertas siasatan dulu. Walhal situasinya adalah berbeza sama sekali.  Justeru harap semua faham dan tidak terus menyalahkan pihak berkuasa lakukan penguatkuasaan ini.

Semua atas diri kita, kadang kita tahu kita yg cuba langgar dan nak buat salah. Tapi pelik, bila kena saman kita marah dan viralkan sbb nak raih simpati agar netizen simpati dalam masa yang sama menghentam pihak PDRM kononnya bertindak zalim terhadap rakyat. Inilah yang terjadi kepada kes penjual burger, jeruk colek buah, penternak lembu dan lain2 yang hangat ditularkankan di media sosial.

Saya hanya menyatakan kebenaran, jika rasa tak setuju dengan pandangan ini maka hak anda untuk menilaikannya. Apa pun, patuhi SOP agar kita sama-sama dapat putuskan rantaian pandemik Covid-19. Kiita jaga kita.

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Wakil Rakyat Marhaen

D  U  N   T  E  R  J  A  H


BLOGGER CUCUMATKILAU

Penyelaras NGO

Angkatan Pembela Rakyat

A  N  G  K  A  R  A


Blog: 

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

www.cmk-tv.blogspot.com

Page:

www.facebook.com/cmkshukrieramly

www.facebook.com/angkatanpembelarakyat

Instagram:

www.instagram.com/cmk_cucumatkilau

www.instagram.com/angkaraterjah

Twitter:

www.twitter.com/cmkpahang

www.twitter.com/Angkaraterjah

Youtube:

https://m.youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg (CMK TV)

Read more »

Pelik, Polis Sahkan Menteri Di Periksa Dalam SJR Di Perasing, Menteri Nafikan Dan Dakwa Di Fitnah !

 

Apa sudah jadi dengan pemimpin kerajaan. Saya tak tahu mana satu betul mana satu salah. Tapi agak pelik dan mengelirukan. Antara polis dengan menteri kabinet, yang mana satu boleh dipercayai kenyatannya. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menafikan dakwaan kononnya beliau menjalin hubungan dengan seorang wanita berprofil tinggi.

Namun, polis mengesahkan beliau diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di lokasi tersebut 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Siap menteri nak ambil tindakan kepada penyebar fitnah. Masalahnya berita yang tular ini disebarkan oleh semua media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan sendiri.

Mana mungkin media arus perdana boleh siarkan berita sampah yang dikutip ditepi jalanan. Saya kenal dengan rakan-rakan media arus perdana. Mereka akan rujuk kepada pihak polis jika ada isu-isu yang diragui terutamanya dalam kes jenayah dan sebagainya.

Dalam kes ini, yang bagi kenyataan Ketua Polis Terengganu. Tak mungkin pihak polis nak buat fitnah terhadap seorang menteri kerajaan yang memerintah.

Memang pelik kes nih, menteri pulak buat laporan dakwa difitnah. Agak-agak ending fia macam mana yer? Maka fikirkanlah.....

Read more »

Sah, Majlis Tahnik Anak Tokti Datuk K Langgar SOP, Golongan Kayangan Jangan Banyak Alasan Lagi !

Golongan kayangan ni kadang2 bila langgar SOP, pandai jer belit nak menipu rakyat rakyat marhaen. Konon tak langgar SOP buat majlis.

Last2 kena kompaun RM10K. Paling pedih geng2 pendakwah pun macam2 alasan diberikan. Tak rentas negeri, slada rumah mertua, singgah rumah kawan, dan bagai2 lagi.

Siap ada ustaz buat kenyataan bagi nafikan langgar SOP. Sepatutnya awal2 mengaku jer buat salah dan mohon maaf. Lagi pun kompaun bukan kena bayar, dah tentu Datuk K tolong bayar. Sebab majlis tahnik anak dia kot.

Apa adahal RM20K nak bayarkan. Peliknya ada seorang ustaz tu beriya nak pertahankan benang yang basah tu. Ada pulak yang percaya cakap ustaz nih. Maka dalam. media sosial dok pertahankan kata Ustaz tu tak buat salah dan ikut prosedur. Dia dah dengar ustaz tu cakap.

Nampak kat sini, bila kuasa dah ada maka mudah benar golongan agama cuba nak menipu rakyat. Akhirnya mahkamah putus semua mereka bersalah.

Tak kiralah salah dari segi apa pun, tiada penjarakan sosial, tak pakai mask, rentas negeri atau sebagainya

Apa yang penting, salah tetap salah. Jangan nak cover2 line sebab Allah lebih mengetahui. Saya tak tuduh siapa betul siapa salah, tapi mahkamah yang putuskan. So, yang salah tetap salah. Usahlah cover2 line lagi yer. 

Read more »

Isu Roti Gardenia Naik Harga, Menteri Cakap Lain Tapi Syarikat Buat Lain !

Apa sudah jadi? . Baru dengar harga roti Gardenia masih kekal dan tiada kenaikan harga akan berlaku bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.

Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak perlu bimbang dan melakukan pembelian panik berikutan tersebarnya surat yang menyatakan bahawa akan berlaku kenaikan harga roti Gardenia.

Tiba2 dalam masa yang singkat, ada pula pengumuman daripada syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk mereka dinaikkan berkuat kuasa 1 Jun ini.

Saya melihat isu ini betapa lemahnya kerajaan kerana akur dengan syarikat terbabit hingga gagal untuk memastikan rakyat marhae itu terbela. Sepatutnya bila kerajaan umum, maka syarikat berkenaan akur dan patuh kerana rakyat didahulukan. Sebab tu rakyat marah kepada kerajaan yang dikatakan gagal.


Anda sendiri fikirkanlah. ika benda sekecil ini pun gagal ditangani dengan baik. Apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat marhaen lagi. Cakna Demi Rakyat. #CMK

Read more »

Kontroversi Isu 'Balak Luar Biasa', Salah Faham Jadi Punca Perbalahan Antara DS Shahaniza Dan Khaidir Ahmad !

Saya terpanggil untuk membicarakan isu panas 'kayu balak bersaiz luar biasa' yang sedang panas akibat pendedahan Khaidir Ahmad, yang tular dimedia sosial baru-baru ini.  

Saya tidak sangka isu tersebut menjadi semakin besar apabila Khaidir membuat laporan polis terhadap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin semalam. 

Khaidir mendakwa exco terbabit telah menfitnah beliau, sedangkan exco itu pula mendakwa Khaidir keluarkan kenyataan fitnah berkaitan isu tersebut. 

Saya malas nak ulas perbalahan antara kedua pihak itu tadi. Namun, bagi saya sebagai exco DS Shahaniza ada hak untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Pahang, kerana gara-gara posting Khaidir itu rata-raya netizen menyangka ia melibatkan penguatkuasaan hutan di Pahang. 

Maka, ramai netizen yang menghentam Kerajaan Negeri Pahang termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang itu sendiri. 

Mungkin netizen ingat, balak luar biasa itu dibawa keluar pada musim PKP Covid-19 dari hutan di negeri ini. Walhal balak itu dibawa dari Terengganu ke Selangor dan hanya singgah di Pahang seketika sahaja. 

Sebagai rakyat  marhaen terutamanya yang cakna isu rakyat, sememangnya akan ambil tahu apa yang berlaku. Benar, ada yang kata boleh terus bertanya kepada pemandu yang berkenaan jika inginkan kepastian.

Namun, diketika musim PKP ini tidak mungkin ia boleh berlaku. Tambahan pula bagi kita yang tidak ada kuasa melakukannya. Mana boleh kita sewenangnya minta mahu melihat  dokumen perjalanan membawa kayu balak itu.

Lainlah kita adalah penguatkuasa JPJ, pegawai polis atau lebih afdal lagi penguatkuasa hutan. Sekadar rakyat biasa, kita yang tertanya-tanya memang akan ambil gambar dan tularkan di  media sosial.  Bukankah ini zaman viral?, apa yang nak dihairankan?.

Jadi tidak salah Khaidir sekadar bertanya, sebab dia nak tahu apa kisahnya balak bersaiz luar biasa itu boleh dibawa keluar dari hutan?. Sudah pasti balak itu sepatutnya dipelihara kerana ia adalah khazanah alam untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Tidak kira hutan mata, ia ternyata menimbulkan seribu tanda tanya. Siapa yang benarkan? pihak mana yang luluskan lesen? dan berbagai-bagai lagi soalan bermain difikiran rakyat.

Mungkin Khaidir ingat, balak itu dari hutan di Pahang atau mana-mana lokasi yang berdekatan maka dia sangka Balai Pemeriksaan Hutan ditutup pada hari Ahad. Ketika itu mana kita tahu balak itu dari Terengganu, dan di sana Ahad adalah hari bekerja.

DS Shahaniza pula berhak menegur Khaidir kerana kenyataan beliau itu mengundang provokasi dan kontroversi sebenarnya. Apa tidaknya, rata-rata komen yang dibuat oleh netizen lebih menjurus kepada kecaman terhadap Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri.

Maka, DS Shahaniza selaku exco, menuduh Khaidir membuat fitnah terhadap isu ini. Walhal isunya benar iaitu Khaidir melihat ada lori treler membawa kayu balak bersaiz luar biasa berehenti di RNR Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada hari kejadian.

Tuduhan itu mungkin agak pedas, tambahan pula saya melihat begitu ramai penyokong DS Shahaniza mula mengecam tindakan Khaidir. Tidak kurang juga yang menyokong tindakan beliau kerana cakna isu rakyat.

Begitu juga dalam posting yang dibuat oleh Khaidir, ramai yang menghentam beliau dan tidak kurang juga yang menyokong tindakannya itu. 

Sesuatu yang normal, ada pihak yang menyokong dan mengutuk kita di media sosial sebenarnya. Mana boleh kita hanya melayan sokongan tapi tidak mahu berhadapan dengan kutukan dan kecaman. Jika takut, lebih baik tutup media sosial kita.

Saya dah lalui sebelum ini, sebelum Khaidir jadi aktivis alam sekitar (bertugas dengan TV3) lagi saya sudah menerima kutukan dan kecaman atas apa sahaja isu rakyat yang diperjuangkan. Sebab apa? kerana ia melibatkan pihak yang berkepentingan. 

Siapa tak marah apabila, projek mereka ditegur oleh pihak lain. Walau pun projek itu melanggar syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan itu sendiri sebenarnya.

Namun, jika tiada pihak yang menegur sudah pastilah rakyat marhaen akan menjadi mangsa akhirnya. Sebab itu orang-orang seperti kami perlu ada. Sebab adakalanya yang melakukan perbuatan itu adalah orang politik yang ada kuasa dan kepentingan.

Mana mungkin penguatkuasa atau penyokong mereka berani nak menegur?. Jika tegur pasti akan diambil tindakan?. Contohnya isu pengondolan hutan dalam kawasan bandar dekat Bukit Sekilau di Kuantan. 

Hingga ke hari ini saya melihat tidak ada mana-mana pihak terutamanya penyokong kerajaan yang minta siasatan dilakukan bagaimana tanah bukit hak kerajaan yang luas itu boleh dibeli oleh pihak luar. Malah difahamkan harga jualan pula jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kenapa tanah bukit dijual dan dijadikan kawasan penempatan hingga mencacatkan alam sekitar bandaraya Kuantan?. 

Sampai ke hari ini tiada seorang pun pemimpin atau exco kerajaan negeri yang berbunyi, atau pun orang parti kerajaan yang berani bersuara. Walhal mereka tahu siapakah yang terlibat dibelakang tabir kelulusan tanah tersebut. 

Pejabat Hutan Daerah Kuantan ada ditepi bukit yang ditarah, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana tanah itu bukan hak kerajaan dan sudah menjadi hak milik individu.

Persoalannya, bagaimana tanah kerajaan boleh terlepas menjadi milik individu?. Pernahkah ada yang bersuara dan minta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan?.

Sebabnya, jika bangkitkan isu ini yang akan rosak ialah nama Kerajaan Negeri Pahang. Justeru lebih baik masing-masing mendiamkan diri biar pun tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat sebenarnya. 

Sebab itulah, rakyat bising dalam isu yang dibangkitkan oleh Khaidir Ahmad sebenarnya. Rakyat tidak percaya dan yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak kerajaan, apatah lagi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 

Malah, ramai netizen yang saya lihat membangkitkan isu pejabat hutan cepat bertindak mengejar lori treler yang membawa balak luar biasa itu walau pun sudah masuk ke Selangor. Difahamkan, lori terbabit ditahan di RNR Gombak Arah Barat, beberapa kilometer menghampiri Plaza Tol Gombak.

Tindakan terbaik, sampai melepasi sempadan kata netizen, namun dalam isu beribu ekar hutan simpan di Raub yang diceroboh kemudian ditanam durian 'Musang King' kenapa hingga hari ini tidak ada seorang pun penceroboh yang ditangkap atau didakwa kerana kesalahan dibawah akta perhutanan?.

Walhal, sebelum ditanam durian 'Musang King' tanah-tanah tersebut adalah hutan simpan yang terletak berhampiran jalanraya utama dan nampak jelas jika mahu ambil tindakan. Inilah yang menjadi persoalan sebenarnya. 

Justeru, tidak perlulah berbalah dalam isu lori treler yang membawa balak luar biasa dari Terengganu itu. Saya menggesa Khaidir menarik  balik 'laporan polis' yang dibuat demi keharmonian semua pihak. Banyak kerja lain lagi yang boleh dibuat oleh pihak polis sebenarnya.

Bermaaf-maafanlah di bulan Syawal yang mulia ini. Usahlah terlalu emosi dalam isu yang banyak 'kelompongan' seperti ini. Apa akan jadi jika DS Shahaniza pula membuat laporan polis dan menfailkan tindakan saman? Akhirnya apa kesudahan isu ini? Walhal ia hanya berlaku di media sosial dan salah faham itulah yang menjadi punca.

Khaidir salah faham tidak siasat dulu sebelum membuat posting dan menyangka ia adalah kayu balak dari hutan di Pahang  (berdasarkan ayat hari Ahad cuti, Terengganu kerja). DS Shahaniza pula salah faham sebab ingatkan Khaidir terus menuduh dan mengaitkan isu tersebut untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pahang. Usahlah bertelagah diketika umat Islam sepatutnya bermaaf-maafan dihari lebaran. Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Read more »

Genap Usia 50 Tahun 25 Mei, Perjuangan Hak-Hak Rakyat Bakal Di Teruskan Terutamanya Isu Tanah !

Tanggal 25 Mei 2021 baru2 ini genaplah usia saya  ke-50 (1971). Nampaknya dah 5 series untuk meneruskan perjuangan masa hadapan. Apa pun ia diharap dapat mematangkan lagi perjuangan yang telah saya lalui sejak sekian lama.

Saya tak punya apa-apa kemewahan untuk dibanggakan, kerana saya senantiasa dimusuhi oleh penguasa atau mereka yang berkuasa. Apa tidaknya, sejak 1998 saya sering mendedahkan berbagai bentuk penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan di Pahang khasnya dan di Malaysia amnya.

Apa pun, saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Memang kerajaan tidak suka, tapi saya ada rakyat marhaen yang mengharapakan ada pihak yang berani bersuara untuk membangkitkan hak mereka dan berani menyatakan kebenaran biar pun pahit.

Saya tidak suka mengampu terutamanya golongan penguasa yang bertopengkan perjuangan rakyat untuk mengaut keuntungan peribadi mereka. Rakyat hanya digunakan untuk kuasa, bila sudah ada kuasa hak-hak rakyat dinafikan.

Contohnya dalam isu permohonan tanah. Rakyat yang memohon terkadang sampai mati tak dapat. Siapa yang rapat dengan kroni atau proksi pemimpin akan mendapat hasilnya walau sepatutnya tidak layak.

Rakyat marhaen, walau sudah 40 hingga 50 tahun mendiami dan mengusahakan tanah  akhirnya dinafikan hak. Walau pun berkali-kali mereka memohon untuk mendapatkan geran hak milik. Campur tangan orang atasan dan dalang-dalang di pejabat tanah dan daerah antara punca mengapa hak rakyat marhaen dinafikan.

Mereka hanya akan ditawarkan lot-lot tanah tatkala menjelang musim pilihanraya. Ketika itu borang tanah akan diedarkan, maka berbondong-bondong rakyat berbaris untuk membeli tanah di pejabat tanah dan daerah. 

Tanah kelompok dijanjikan, namun selepas pilihanraya 'habuk pun tarak', siapa yang dapat? Mereka yang tidak berkenaan, digunakan nama untuk jadi proksi. Ramai terdiri dari kalangan orang luar, bukan orang tempatan.

Akhirnya orang kampung dinafikan hak dengan kerja yang dibuat oleh pemimpin setempat dengan orang dalam. Tanah itu kemudian dibeli oleh pihak terbabit dengan harga murah.

Biasanya penama setuju jual, sebab mereka bukan orang tempatan. Mereka orang luar yang bekerja di kawasan itu. Kebanyakkannya adalah terdiri dari kalangan guru, sebab mereka selalu bertukar-tukar atau bila pencen akan balik kampung.

Orang kampung yang sepatutnya layak memohon tak dapat, mereka melopong tengok nama yang berjaya kebanyakkan orang luar. Tanah-tanah ini kemudian akan dijual oleh 'broker' kepada tokey-tokey untuk dimajukan sebagai ladang atau perumahan.

Bagi lokasi yang dekat dengan bandar, sudah semestinya dibuat taman perumahan. Inilah peluang 'broker' dapat untung 10-3 dengan tokey pemaju. Bayangkan kalau rumah berharga RM300,000 bukankah mereka yang terlibat ini secara automatik jadi jutawan segera.

Rumah akan diagihkan sesama anak beranak dan selebihnya dijual melalui pemaju perumahan terbabit. Jika di kawasan luar bandar, akan dijual kepada tokey ladang untuk dimajukan sebagai ladang sawit atau sebagainya.

Modus operandi inilah yang telah berlaku sejak zaman berzaman dengan kerjasama orang dalam untuk dapatkan tanah kelompok. Akhirnya siapa yang kaya?. 'Broker' yang rapat dengan proksi orang atasan dan orang dalam.

Ketika pilihanraya mereka gunakan orang-orang kampung untuk berkempen dan sekali lagi menjanjikan lot tanah atau rumah kepada rakyat  marhaen. Isu ini sudah berlaku sejak sekian lama. Sebab itu, pemohon yang sepatutnya layak tidak diberikan surat gagal atau permohonan ditolak. Jika ini berlaku, pasti rakyat akan menolak pihak berkenaan setiap kali pilihanraya.

Saya kesian tengok rakyat yang tidak sealiran dengan pihak berkenaan dinafikan hak sejak sekian lama. Namun, bagi mereka yang sealiran tanah berpuluh ekar dapat ke tangan mereka dengan bantuan orang atasan dan orang dalam.

Ini adalah contoh ketidakadilan yang terang dan nyata sebenarnya. Justeru, saya rela perjuangkan nasib rakyat walau pun saya tidak memiliki tanah 'sekangkang kera'. Saya sendiri temuduga tanah beberapa kali namun tidak pernah dilayan, apatah lagi diluluskan. 

Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan dan semangat. Biar pun saya dituduh dengan berbagai tohmahan. Namun, hingga ke saat ini saya berjaya menangkis segalanya dan meneruskan perjuangan rakyat. 

Justeru, dalam usia 50 tahun ini saya merasakan perjuangan akan lebih disemarakkan. Biarlah saya kalah dalam pertandingan atau pemilikan hartanah, namun akan terus berjuang membela rakyat marhaen walau pun saya bukanlah sesiapa. Tiada pangkat, tiada harta malah tiada sebarang jawatan. Namun segalanya diteruskan dengan semangat perjuangan harmoni.

Saya harap agar rakyat marhaen terus memberikan maklumat sekiranya mereka menjadi mangsa dalam isu sebegini. Iaitu, dipermain-mainkan oleh pihak berkaitan untuk kepentingan masing-masing. Biarlah saya kalah bermaruah, daripada menang merasuah. #CMK

Read more »

Bahaya, Isu Jambatan Gantung Sungai Dingin Mentakab Pula Tular !

   

TEMERLOH - Baru saja dikejutkan dengan tragedi jambatan gantung yang mengorbankan dua beradik jatuh ke dalam Sungai Keratong di Kampung Rekoh Rompin, kini satu lagi insiden jambatan uzur berlaku di daerah ini yang sedang hangat diperkatakan.

Jambatan gantung yang uzur dan berbahaya itu terletak di Kampung Sungai Dingin, Mentakab dekat sini.


Menurut penduduk sudah beberapa bulan jambatan tersebut rosak akibat banjir pada awal tahun ini, namun sehingga hari ini ia masuh belum diperbaiki oleh pihak berwajib sehingga meresahkan penduduk sekitar. 

Isu jambatan gantung Sungai Dingin ini 'panas' selepas ia ditularkan oleh seorang netizen yang juga merupakan penduduk kampung terbabit iaitu Nur Muhammad Alias.

Menurut beliau dalam posting di facebooknya, keadaan jambatan terbabit amat uzur dan cukup membimbangkan. Malah jambatan yang rosak selepas banjir pada awal Januari lalu, hingga kini masih belum dibaiki hingga sekarang.

"Ini membimbangkan penduduk setempat kerana laluan jambatan ini merupakan laluan utama penduduk dan alternatif jika laluan utama dinaiki air untuk keluar bekerja dan merupakan laluan harian untuk anak ke sekolah," katanya.

Menurut beliau lagi, penduduk menjadi gusar selepas hujan lebat baru-baru ini dan laluan jalan ke kampung mereka tidak boleh dilalui.

"Jambatan gantung ini adalah laluan utama  yang digunakan oleh lebih 450 penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Dingin dan Mambang Berulang. Bagaimanapun, beberapa struktur jambatan itu yang rosak mengundang risiko keselamatan terhadap orang ramai," dakwa beliau.

Tambah menakutkan katanya, tragedi dua beradik yang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sungai keratong apabila motosikal yang ditunggani ibunya hilang kawalan ketika melalui jambatan gantung Kampung Repoh di Rompin baru-baru ini masih segar dalam ingatan.

Susulan insiden tersebut penduduk menjadi trauma dan gusar ancaman keselamatan mereka.

"Jambatan ini juga merupakan jalan pintas penduduk kerana jalan kereta mengambil masa yang lama untuk smpai ke jalan utama. Baru-baru ini terdapat kemalangan kecil melibat motor tumbang di atas jambatan ini, tetapi penunggang tidak mengalami kecederaan," tambah Nur Muhammad lagi.

Hantaran beliau itu mendapat berbagai komen balas dari kalangan netizen, antaranya ;








Ada juga netizen yang mempertahankan isu ini, dengan mendakwa pihaknya sudah buat tindakan dan masih menunggu peruntukan.








Difahamkan jambatan gantung Sungai Dingin menjadi laluan penduduk untuk pergi ke bandar serta berbagai urusan lain termasuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Keadaan jambatan gantung yang rosak mengundang kesulitan kerana penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jauh untuk ke jalan utama Temerloh-Mentakab.

Justeru penduduk berharap pihak berkaitan dapat membaiki segera jambatan ini kerana ia laluan utama penduduk sejak berpuluh tahun lalu selain mengundang risiko keselamatan.

Sementara itu menurut penduduk, masalah jambatan juga menjejaskan perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan, dokumen atau makanan. Ini kerana posmen, syarikat kurier atau penghantar makanan tidak mahu masuk kerana gusar dengan keadaan jambatan tersebut.

Jambatan gantung Sungai Dingin telah dibina padantahun 1983 dengan jarak sejauh lebih 200 meter. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, susulan hantaran facebook Nur Muhammad Alias tentang isu ini menyebabkan ramai pihak terkejut atas apa yang terjadi.

Ramai yang menganggap, pemimpin setempat sepatutnya cakna isu jambatan uzur ini. Malah, tragedi yang berlaku di jambatan gantung Kg Repoh Rompin sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh semua pihak.

Namun, akibat kealpaan dan lewat bertindak menyebabkan rakyat terpaksa mengadu nasib di media sosial.

Sepatutnya isu ini diselesaikan segera, tidak perlu menunggu terlalu lama sampai berbulan lamanya baru mahu bertindak.

"Bila sudar viral, barulah masing-masing bagai cacing kepanasan. Mulalah pemimpin tunjuk muka turun padang untuk ambil kisah. Walhal penduduk sudah banyak kali bertanya sebelum ini. Namun, jawapannya sama tiada tindakan dan akhirnya penduduk terpaksa baiki sendiri pagar-pagar yang telah rosak," kata seorang warga emas yang ditemui semalam.

"Saya sedih, pada zaman moden masih ada jambatan gantung yang sudah hampir 40 tahun  digunakan. Bukankah ia merbahaya dan boleh mengancam nyawa penduduk. Pemimpin wajar turun padang melihat sendiri, bukan hanya dapat laporan dari jauh.

"Saya tahun pihak JKKK, Tok4, Penghulu dan lain-lain pemimpin setempat sudah lakukan tindakan. Namun akibat isu ini tidak diangkat dan diberi keutamaan oleh pihak atasan maka ia dipinggirkan. Hinggalah menjadi viral baru semua pihak menggelabah," katanya lagi.

Isu jambatan uzur ini pernah mendapat perhatian Yang Dipertuan Agong sendiri sebenarnya. Baginda menitahkan ia diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan, ketika dimaklumkan oleh pemimpin setempat dalam satu program bantuan banjir di kawasan terbabit awal tahun ini. 

Kampung ini terletak dalam kawasan DUN Mentakab yang diwakili oleh YB Woo Chee Wan  (DAP) dan Parlimen Temerloh yang diwakili oleh YB Mohd Anuar Mohd Tahir (PAN).

Semenjak isu ini viral, difahamkan masih tiada kelibat dua wakil rakyat terbabit setakat ini. Harus diingat, Ahli Parlimen Temerloh adalah merupakan Timbalan Menteri Kerjaraya pada zaman pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH). Sepatutnya isu ini telah diberi perhatian sewajarnya.

Malah, difahamkan hanya Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar Shamsuddin dilihat turun ke lokasi untuk melihat aduan penduduk terbabit. Walhal beliau adalah ADUN Lanchang.

Mungkin atas kapasitinya sebagai Exco Kerajan Negeri Pahang, menyebabkan beliau terpanggil untuk memantau isu ini.

Terkini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan batu penghadang agar orang ramai tidak melalui jambatan gantung itu buat sementara waktu.

Sementara itu, ada penduduk mendakwa mereka bukanlah meminta jambatan baharu yang menelan kos jutaan ringgit untuk dibina.

"Kami hanya mahu jambatan gantung ini dibaiki segera. Pagar yang rosak, laluan berlekuk dan berlubang dibaik pulih. Struktur jambatan diperkukuhkan agar tidak bahaya ketika penduduk melaluinya," kata penduduk terbabit.

Kisah rayuan agar pembinaan jambatan ini juga sudah tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada bulan April lalu. 

Justeru, dengan tularnya kisah jambatan gantung ini maka diharapkan segala masalah yang membelenggu penduduk dapat diatasi segera. Keselamatan rakyat perlu diutamakan. Jangan tunggu ada yang jatuh dan terkorban baru semua pihak mahu buat tindakan.

Ada sumber mendakwa, permohonan mendapatkan peruntukan bagi membaik pulih jambatan ini sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang, cuma peruntukkannya belum turun untuk tindakan. Namun, penduduk berharap dan merayu kerajaan mempercepatkan peruntukan terbabit demi membelan rakyat marhaen yang memerlukan. 

Read more »