SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Laporan SPRM Di Buat Hari Ini Agar Siasatan Di Lakuan Terhadap Penjawat Awam Salah Guna Kuasa Seleweng Tanah !

 

Hari ini saya buat satu laporan berkaitan isu salahguna kuasa dan penyelewengan tanah  di Komplek SPRM Pahang, Indera Mahkota. 

Saya tiba pada jam 10.00 dan menggesa pihak SPRM menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak yang  berkenaan.

Ia berkaitan satu permohonan tanah (kediaman) yang melibatkan seorang individu berkepentingan di Kuantan. 

Saya mempersoalkan bagaimana penjawat awam yang masih berkhidmat boleh mohon tanah guna nama sendiri. Sedangkan beliau ada kepentingan terhadap kawasan terbabit. 

Malah, permohonan hanya beberapa bulan sudah diangkat oleh jabatan terbabit untuk dibawa ke atas. Sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun mohon tanah, itu pun fail tak pernah diangkat dan bila ditanya, hanya jawapan dalam proses yang mereka dapat. 

Saya terkejut, bagaimana seseorang penjawat awam yang masih berkhidmat tergamak memohon tanah bernilai tinggi menggunakan nama sendiri.

Bagi saya, ini tidak adil untuk rakyat kerana jelas ada kepentingan peribadi dalam urusan terbabit. Rakyat biasa berhadapan dengan berbagai kerenah birokrasi bila memohon tanah (geran). 

Hingga ramai yang meninggal dunia akibat terlalu lama menunggu. Tapi, mereka yang ada kuasa begitu mudah mencatur tanah untuk dimonopoli oleh puak-puak mereka.

Maka itulah saya menggesa SPRM menyiasat. Malah saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini. 

Tanah-tanah hanya difaraid sesama kakitangan dan proksi mereka yang ada duit. Dapat tanah, mereka jual dan menjadi kaya raya dengan sekelip mata selepas bersara kelak. Inilah kepincangan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan ia perlu dibersihkan segera. 

Saya turut menerima banyak lagi isu penyelewengan tanah di negeri Pahang khasnya dan seluruh Malaysia amnya. 

Mereka mahu isu ini diangkat, kerana tidak ada pihak yang mahu bersuara terhadap isu yang sudah lama berakar umbi dalam jabatan kerajaan terbabit sebenarnya. 

Rakyat kini mula sedar, mereka telah ditipu dan dipermainkan sejak sekian lama. Tanah yang mereka mohon, dilapis pelan oleh orang dalam dan dijual kepada pihak lain. Mereka dapat wang, rakyat melopong. Bila ditanya, jawapannya dalam proses. 

Namun, bila orang yang ada kepentingan baru mohon sudah diproses dan diangkat untuk kelulusan. Inilah yang tidak adil buat rakyat sebenarnya, tambah beliau lagi. 

Jika bukan sekarang, sampai bila-bila pun isu ini tidak akan selesai. Malah, penjawat awam yang terlibat anggap amalan hakiki mereka sebagai biasa, walhal rakyat marhaen yang dinafikan hak untuk memiliki tanah selama ini melihat ia adalah satu tindakan terkutuk dan ia perlu dibersihkan demi masa depan generasi akan datang. Inilah masanya untuk buat perubahan. 

Read more »

Pegawai Tinggi Kerajaan Pahang Yang "Masih Bertugas" Mohon Tanah Atas Nama Sendiri Di KotaSAS !

Ada member bertanya saya pergi tengok tanah siapa di KotaSAS semalam?. Sebenarnya saya pergi tengok beberapa lot tanah yang cuba di bolot oleh PEGAWAI KERAJAAN YANG MASIH BERTUGAS DAN ADA KEPENTINGAN di dalam hal ehwal tanah. Rakyat marhaen yg memohon tanah berpuluh tahun tak diangkat hingga ada yang meninggal dunia. Tiba2 ada pulak tanah2 yang baru sebulan dua dipohon oleh mereka ini tiba2 diangkat. Begitu cepat dan spantas kilat. Dah lah tu siap GUNA NAMA SENDIRI plak tuu.


Selamba je macam tak rasa bersalah langsung kpada rakyat marhaen. Conflict of interest dan  dengan rasa tak bersalah mereka ini membolot, memohon tanah2 di lokasi strategik. Kerajaan  mungkin tak tahu benda nih. Dengar cerita yang main peranan orang2nya yang dipunggah dari kawasan lain ke situ. Mudah nak buat kerja dan dibantu pula oleh orang dalam yang khianat ini.

Terima. masih kepada orang jabatan terbabit yang memberi maklumat berkenaan. Memang saya agak "terkejut beruk", berani mohon tanah GRED A guna nama sendiri ketika bertugas dan ada kepentingan? Projek lain dijabatan terbabit juga katanya dianugerahkn kpada ahli keluarga sendiri. Patutlah ramai pegawai kerajaan kaya raya yer. 

Kisahnya waktu bertugas, balun projek dan tanah sana sini untuk proksi dan kroni. Tak ingat langsung rasa bersalah. Siapakah mereka agaknya. Dokumen berkenaan sudah diterima sejak semalam, sebab itu saya pergi KotaSAS untuk tengok lokasi. Sungguh mengejutkan yer. Nilai tanah mencecah ratusan ribu, malah juta ringgit. Meman kaya ni kalau dah pencen nanti.

Pengkhianat sebenar bagi orang Melayu ialah beberapa kerat pegawai kerajaan yang khianat dan sanggup menggadaikan maruah, amanah dan tanggungjawab untuk kekayaan peribadi mereka. Mereka inilah yang rela bersekongkol dengan golongan kayangan untuk jual tanah2 daripada meluluskannya untup rakyat yg dah berpuluh2 tahun memohon. 

Sanggup lapis fail dan buat apa saja demi mengejar keuntungan duniawi. Asalkan mereka KAYA RAYA, rakyat marhaen dibiarkan merempat sana sini tidak bergeran (tanah) walau pun dah puluhan tahun mengusahakannya. Sebab, daripada diberikan geran, lebih baik lapis fail dan jual kpada pihak lain yang BOLEH MEMBAYAR harga2 tertentu.. Inilah dia pengkhianat rakyat yang sebenarnya. 

Read more »

Isu Penindasan Pekerja Tempatan MCKIP, Kerajaan Di Gesa Campur Tangan Membela Nasib Mereka !

 


Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) akan membuat surat terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan isu penindasan pekerja tempatan di kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng.

Tindakan ini dilakukan selepas melihat isu yang melanda kilang terbabit tidak  berkesudahan dan pasti akan berterusan. 

Jika kerajaan menutup mata atas isu yang berlaku maka sampai bila-bila pun rakyat akan disajikan dengan adengan cukup memilukan ini.

Banyak isu penindasan dan soal kebajikan yang terjadi di kilang ini sejak ia mula beroperasi. Anehnya, ia hanya melibatkan sebahagian brsar pekerja tempatan yang majoritinya berbangsa Melayu.

Isu paksaan tinggal di asrama, cuti tahunan dan kecemasan dipotong elaun, isu kes Covid-19, isu makanan serta isu kebajikan dan sosial yang lainya. Layanan berat sebelah terhadap pekerja tempatan dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh. 

Bila ada sesuatu kes yang melibatkan pekerja di kilang terbabit, MCKIP hanya akan berpihak kepada pekerja asing tapi pekerja tempatan akan diberikan surat amaran (warning letter).

Pada tahun lepas, seribu lebih pekerja telah diberhentikan tanpa alasan yang kukuh. Malah, pampasan yang ditawarkan juga tudak setimpal dan tidak seperti dijanjikan. 

Pekerja tetap hanya diberi pampasan gaji sebulan. Pekerja lain apatah lagi. Mereka layan pekerja tempatan umpama pendatang asing tanpa izin (PATI). Tetapi tidak kepada pekerja asing yang memperolehi berbagai keistimewaan. 


Pada masa ini 1,300 pekerja tempatan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari hingga 20 dan 23 Julai ini. 

Selepas tamat kuarantin, MCKIP hanya beri dua pilihan iaitu duduk di asrama jika mahu bekerja atau tidak dibayar gaji (unpaid) jika balik ke rumah masing-masing.

Sudah hampir dua bulan pekerja tempatan dikurung di asrama dan tidak dibenarkan balik. Alasannya Covid-19, namun kini kes merebak pula dari dalam bukan dari luar. Maka sepatutnya pekerja dibenarkan ulang alik dari rumah. Sudah terlalu lama mereka tidak bertemu anak isteri dan keluarga masing-masing sebenarnya. 


https://babab.net/out/pekerja-alliance-steel-tuntut-majikan-tunaikan-hak-mereka.html

MCKIP mendera mental dan fizikal pekerja tempatan seolah-olah mereka"buruh paksa". Inilah bukti kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kilang terbabit.

Kerajaan Negeri Pahang ada membantu pada tahun lepas (2020), namun isu yang sama  berlaku tahun ini.

Daripada lebih 4,000 pekerja tempatan kini hanya tinggal seribu lebih sahaja sebab mereka pecat sesuka hati terutamanya bagi pekerja yang bersuara mempertahankan hak yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.

https://www.sinarharian.com.my/article/74659/KHAS/Covid-19/Dakwa-diarah-bekerja-27-pekerja-kilang-lapor-polis

MCKIP pecat pekerja tempatan dan diganti dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh. Ini jelah menunjukkan kilang terbabit melanggar janji mereka kepada kerajaan Malaysia, iaitu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Banyak lagi isu yang berlaku dan kami dedahkan dalam surat terbuka yang akan dihantar kepada Perdana Menteri (Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Haju Md Yasin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) , Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan) , Menteri Komunikasi Dan Multimedia (Datuk Saifuddin Abdullah) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Rina Harun),

Surat terbuka itu juga akan ditujukan kepada Menteri Besar Pahang (Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail) , Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Pahang (Dato' Sri Johari Hussin)  dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beserah (Andansura Rabu) .

Kami turut akan hantar surat tersebut kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan dua bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir, dan kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang (Pezman Che Hussin).

Surat terbuka akan dihantar pada Isnin ini dan turut akan disebarkan di dalam media sosial dan wartawan media arus perdana serta portal-portal yang berkenaan.

Wakil Rakyat Marhaen. 

www.angkaraterjah.blogspot.comw  

www.cucumatkilau.blogspot.com

 

Read more »

Rakyat Jadi Mangsa Bila Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Gagal Pantau Dengan Betul Aktiviti Kilang Sawit Di Ulu Keratong !

 


Jabatan Alam Sekitar (JAS) Rompin dilapor sudah pun melakukan  siasatan terhadap kilang yang melepaskan air hitam ke Sungai Keratong pada 13 Disember 2020 yang lalu. Namun selang tujuh bulan dari tarikh tersebut rakyat di Keratong telah ditimpa  musibah, kini menderita sudah lebih seminggu ketiadaan air sekarang ini. 


Ia gara-gara air hitam akibat kolam effluen yang didakwa runtuh di kilang terbabit telah pun mengalir ke dalam Sungai Pukin. Kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dihantui masalah gangguan bekalan air. 



Timbul persoalan,  JAS mendakwa pihak kilang tidak dibenarkan beroperasi sehingga kolam itu dibaiki sepenuhnya.  Malah, JAS Pahang akan pantau kerja-kerja pembaikan kolam effluen itu. Namun, hasilnya kolam itu sekali lagi runtuh dan menyusahkan penduduk setempat.


Apa yang dipantau oleh JAS Pahang agaknya? Sebenarnya banyak isu alam sekitar yang kini berlaku di Pahang,  kreadibiliti JAS menjadi tanda tanya. 


Ini kerana, ada kes apabila ada pihak yang membuat aduan berkaitan isu pencemaran daripada aktibiti kilang, tiba-tiba pihak kilang terbabit pula telah menghubungi dan memberi amaran kepada pengadu. Ini jelas menunjukkan, ada unsur pecah maklumat dan orang dalam yang bocorkan rahsia kepada pemilik kilang berkenaan sebenarnya.


Saya pernah perjuangkan satu isu berkaitan isu pencemaran di Pahang. Saya terkejut apabila pengadu mendakwa beliau dihubungi pihak kilang, sedangkan aduan di buat kepada JAS Pahang. Beliau kemudian diugut dan mahu di ambil tindakan gara-gara mengganggu aktiviti kilang berkenaan yang dipercayai beroperasi secara haram. Apa tindakan JAS Pahang?? Sama juga pantau dan operasi tetap berjalan seperti biasa hingga menerima bantahan dari kalangan penduduk setempat.

Berbalik kepada isu pencemaran air sungai di Keratong ini, maka saya mengesyaki kaedah "pantau"  yang sama dilakukan. Inilah yang menjadi punca masalah kepada sebahagian besar penduduk apabila masalah bekalan air terjejas. JAS Pahang harus bertanggungjawab atas insiden yang  berlaku ini. Kenapa kilang boleh beroperasi, sedangkan SOP yang patut diikuti mungkin tidak dilaksanakan sebaiknya.

Akhirnya kolam effluen itu runtuh dan ramai penduduk yang terjejas apabila loji bekalan air di kawasan terbabit turut terlibat. Jika begini cara kerja JAS Pahang, saya merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap operasi kilang terbabit. Moga dapat dipermudahkan.

Wakil Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau) 

Penyelaras NGO Terjah
Angkatan Pembela Rakyat

Like N Subscribe Channel Suara Rakyat

Sumber maklumat di Facebook JAS Pahang ::

Sumber aduan kepada pihak Kementerian :

Read more »

Musang King: Kenapa Hanya Di Salahkan DAP, Sedangkan MCA 35 Tahun Berkuasa Di Raub !

 

Isu pencerobohan  tanah haram untuk penanaman durian 'Musang King' tidak wajar terus dipolitikkan oleh pihak tertentu, hingga terus menyalahkan Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) sepenuhnya atas pencerobohan tanah yang berlaku.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dengan tegas pada satu kenyataan tidak mahu tindakan menghalang pekebun dan menebang pokok durian musang king itu dipolitikkan hingga menjadi isu perkauman. 

Saya hairan, kenapa pihak berkenaan terus menyerang DAP dalam isu ini. Seolah-olah Cina yang menanam durian musang king di Raub itu semuanya adalah orang-orang DAP. 

DAP hanya berkuasa di Parlimen Raub selepas calon mereka Dato' Ariff Sabri Abd Aziz menang pada PRU-13. Kemudian pada PRU-14 pula Tengku Zulpuri Tengku Puji pula menang dan berjaya mengekallan kerusi parlimen itu untuk dua penggal berturut-turut, bermula pada tahun 2018 hingga sekarang. 

Untuk rekod parlimen Raub dimenangi oleh calon MCA bermula pada tahun 1978 (Tan Koon Swan), 1982 (Tan Tiong Hon), 1986 (Teng Gaik Kwan), 1990 (Teng Gaik Kwan ), 1999 (Ng Yen Yen) dan 2008 (Ng Yen Yen). Bermakna enam penggal MCA menguasai parlimen Raub sebenarnya.

Sedangkan isu pencerobohan tanah haram kerajaan oleh pekebun musang king ini dilaporkan telah bermula sejak awal tahun 70an lagi. Siapa yang lebib berkuasa di Parlimen Raub ketika itu. Bahkan ketika MCA menang, Kerajaan Negeri Pahang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) yang mana MCA adalah parti komponennya. 

Kenapa DAP yang baru lapan tahun itu harus dipersalahkan 100%?. Kenapa mereka tidak langsung salahkan MCA? Walhal, calon DAP itu ialah orang Melayu Islam dan Kerajaan Negeri Pahang masih diperintah oleh Barisan Nasional (BN). 

Mereka yang terlibat dalam isu  musang king ini bukan semuanya berbangsa Cina. Katanya ada ramai juga orang Melayu yang terlibat terutamanya peserta RPS Sungai Chalit yang merupakan penyokong kuat UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama.

Kenapa sebahagian orang Melayu yang terlibat ini tidak disedari dan didedahkan? Kenapa hanya menfokuskan kepada pekebun bangsa Cina sahaja dan mengaitkan DAP sebagai dalang di sebalik pencerobohan ini. 

Sedarkah MCA telah berkuasa puluhan tahun di Parlimen Raub, dan kuasa ke atas hutan dan tanah adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat. 

Maka, jika puluhan tahun pencerobohan haram ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan ia bermakna  Kerajaan Negeri Pahang sendiri telah gagal dalam urusan pentadbiran akibat maklumat yang disembunyikan oleh mereka yang khianat dan bersekongkol dengan isu ini. Sebab itu beliau menggesa Menteri Besar Pahang menyiasat pihak terbabit sama.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang mendapat maklumat tepat daripada pemimpin di Raub tentang aktiviti pencerobohan ini. Bukankah salah seorang pemimpin politik Raub juga lama berada dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. 

Apakah beliau tiada langsung maklumat tentang pencerobohan ini? Siapa yang sepatutnya melaporkan kepada beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Raub dan Exco Kerajaaan Negeri? Pemimpin setempat seperti Penghulu, Tok Empat, Pegawai Daerah, Yang Di Pertua Majlis dan sebagainya. Takkanlah tiada langsung laporan atau aduan yang diterima,  boleh dibawa dalam mesyuarat MMK setiap hari Rabu di Wisma Sri Pahang. 

Kenapa baru sekarang nak sedar ada pencerobohan? Bukan seekar dua tapi 11,000 ekar hutan yang diceroboh keseluruhannya. Mana pergi Jabatan Perhutanan Raub, Majlis Daerah Raub, Jabatan Pertanian Raub, Jabatan Tanah Dan Daerah Raub serta lain-lain agensi berkenaan selama ini?. 

Jika tiada laporan, bermakna isu ini sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu terutamanya yang kuasa di Raub. Mereka ini mungkin bersekongkol atas industri durian musang king yang menguntungkan ini. 

Mereka semua harus dipertanggungjawabkan walau pun sudah bersara dari perkhidmatan. Mereka sanggup tutup mulut dan mata tanpa melaporkan pencerobohan ini kepada pihak atasan. Maknanya mereka khianat kepada tanggungjawab dan memperdayakan Kerajaan Negeri Pahang ketika itu. 

Mujurlah ada Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang prihatin dan mendedahkan isu ini. Jika tidak pasti kita hanya tau Raub popular dengan musang king dan tidak tahu ia ditanam secara haram tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa selama ini. 

Justeru, sebagai aktivis bebas dan tidak cenderung kepada mana-mana parti politik saya berharap semua pihak jangan hanya menyalahkan DAP semata-mata, walhal penglibatan MCA dan lain-lain komponen BN juga harus didedahkan.

Jika tiada penglibatan pihak berkuasa, pasti isu ini dah lama terbongkar. DAP menang di Raub pada 2013. Kenapa ketika DAP menang di Parlimen Raub lapan tahun lalu, isu ini tidak berbunyi. Selepas ada syarikat diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Pahang barulah isu ini hangat semula. 

Semua mereka yang salah kerana menceroboh perlu di dakwa dan bawa ke muka  pengadilan, termasuk kakitangan jabatan berkaitan yang bersekongkol dengan pencerobohan ini walau pun sudah bersara. 'Musang berbulu ayam' dan 'musang berjanggut' ini perlu dihukum.  

Saya harap semua pihak faham dan hormat antara satu sama lain. Usahlah  cuba memburukkan keadaan. Biarlah kerajaan menentukan tindakan yang harus diambil dengan sebaik mungkin.

Difahamkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah  menjalankan siasatan sejak tahun lalu, namun setakat ini belum ada sesiapa yang ditangkap atau pun didakwa atas kes rasuah dan pecah amanah dalam isu ini. 

Read more »

Pencerobohan Tanah Musang King Sepatutnya Selesai Awal Jika Semua Pihak Membuat Kerja Dengan Betul, Bukan "Tutup Mata" Selama Ini !

 

Pencerobohan tanah untuk tanaman durian musang king di kawasan Hutan Simpan Batu Talam, Raub sepatutnya diselesaikan lebih awal dan tidak dibiarkan sehingga kawasan itu sudah mengeluarkan hasil.

Tindakan yang terlalu perlahan sehingga mengambil masa yang lama menyebabkan pekebun terbabit telah mengaut keuntungan berjuta-juta tanpa memberikan sebarang hasil kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Sepatutnya tindakan diambil sejak dulu lagi ketika kebun haram terbabit mula diusahakan di kawasan tersebut dan keadaan itu menimbulkan pertanyaan kerana seolah-olah berlaku unsur penyelewengan.

Adakah pekebun haram itu mendapat ‘kebenaran’ pihak tertentu sebelum ini sehingga mereka berani meneroka kawasan hutan simpan untuk menanam durian bermutu tinggi ini.

Saya memuji keberanian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam isu tersebut kerana jika pencerobohan itu terus dibiarkan, sudah tentu akan merugikan kerajaan negeri.

Bagaimanapun selain tindakan memusnahkan kebun haram ini, kerajaan negeri turut digesa agar mencari dan mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik kegiatan itu.

Pekebun haram itu juga perlu didakwa atas tuduhan menceroboh tanah kerajaan sejak sekian lama.

Kita juga mahu kerajaan negeri menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah dalam isu tersebut.

Saya berpendapat tindakan memusnahkan pokok durian yang buahnya sedang menunggu masa untuk dituai tidak kena pada masanya.

Kenapa tiada kompromi dengan pekebun untuk ambil hasil terlebih dahulu.

Saya kira, operasi ini lebih baik dilaksanakan selepas hasilnya diambil kerana sayang buah yang banyak itu dimusnahkan begitu sahaja.

Kalau bukan diserahkan kepada pekebun, buah hasil kebun haram ini diambil dulu dan diagihkan kepada rakyat kerana ramai yang tidak mampu untuk menikmati durian musang king ini.

Justeru, adalah satu kerugian apabila buah-buah durian bermutu tinggi yang menunggu masa untuk dituai itu dimusnahkan. 


Read more »

Sah, 52 Kes Positif Covid-19 Di MCKIP Gebeng, Izinkan "Pekerja Tempatan" Yang Tak Bergejala Untuk Balik Serta Ulang Alik Kerja Dari Rumah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam akhirnya telah memasukkan data dan adanya kluster industri ByPass Gebeng yang melibatkan 52 orang pekerja di kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) disahkan positif Covid-19.

Justeru,  kerajaan sewajarnya mengarahkan kilang terbabit menghentikan sementara operasinya buat sementara waktu.

Ujian swab test perlu dilakukan kepada semua pekerja kilang terbabit. Malah, kerja-kerja sanitasi juga wajar dibuat di kilang, kantin, dalam bas, hostel dan seluruh kawasan MCKIP dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Paling penting, bagi pekerja tempatan yang disahkan negatif dan tidak bergejala, benarkan mereka balik ke rumah  masing-masing dan menjalani kuarantin kendiri selama tempoh tertentu, dan gaji tidak dipotong (unpaid).

Kerajaan juga perlu memantau kebajikan dan layanan terhadap pekerja tempatan di kilang itu kerana banyak aduan yang diterima menjurus kepada kegagalan majikan berbuat demikian.

Syarat mewajibkan pekerja tempatan tinggal di asrama (hostel) perlu dilonggarkan. Saya difahamkam, pada masa ini pekerja yang berkenaan dipaksa tinggal di hostel jika mahu bekerja, jika tidak berbuat demikian mereka akan dikira bercuti tanpa gaji (unpaid leave).

Ini menyusahkan, terutamanya bagi yang sudah berkeluarga ada anak isteri yang ditinggalkan sudah hampir dua bulan sekarang. Kasihan kepada pekerja dan keluarga terbabit, apa salahnya benarkan mereka ulang alik kerja dari rumah anda kilang masih teruskan operasi.

Saya difahamkan arahan tinggal di hostel dibuat dua bulan lalu atas alasan mahu elakkan jangkitan Covid-19. Namun kini KKM sudah sahkan ada kes positif yang melibatkan pekerja dari dalam kilang, makanya alasan itu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Virus Covid-19 sudah merebak dari dalam kilang, dibawa oleh pekerja warga asing sendiri makanya pekerja tempatan perlu diberi pilihan berulang-alik dari rumah demi keselamatan mereka. Inilah yang sedang kami perjuangkan.

Saya juga berharap kerajaan mendengar suara dan rintihan pekerja ini. Dalam masa terdekat  beliau khabarnya akan mengadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membawa usul tersebut.

Kilang MCKIP terletak dalam Parlimen  Indera Mahkota. Datuk Saifuddin juga adalah menteri kabinet (Komunikasi Dan Multi Media). Maka, apa salahnya cakna dan ambil berat isu ini. Bawa kepada PM atau Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali untuk selesaikan kemelut yang melanda pekerja terbabit. Soal Saifuddin mahu jumpa atau layan isu ini, itu hak beliau. Namun aduan mesti disampaikan. #CMK

Read more »

Viral Video Halang Pekebun Musang King Raub, Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Dan Siasat Pihak Yang Gondolkan Hutan Itu !!

  

Asalnya saya memang menyokong tindakan yang dibuat pihak berkuasa yg menghalang pekebun durian musang king Raub masuk ke tanah yang diceroboh. Nampak macam video yang disebar ini memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Lagi pun dengan lantang polis mendakwa ada arahan terus dari Menteri Besar Pahang. Jelas, nama jawatan MB disebut dengan rakaman yg sudah disediakan oleh pihak terbabit utk diviral dan sekali pandang kita akan nampak tindakan dibuat untuk menghalang pekebun, walau pun arahan mahkamah rayuan notis pengosongan ditangguhkan sehingga kes rayuan didengari.

Setelah saya amati betul-betul adengan ini tak menampakkan tindakan yang sepatutnya sejak dari awal lagi. Sebab Kerajaan Negeri Pahang sendiri pernah umum 'pemutihan' akan dibuat secara 'timbang rasa' dan juga  'win win' antara  pihak penceroboh itu dengan kerajaan negeri.

'PEMUTIHAN TIMBANG RASA' DI UMUMKAN  OLEH KERAJAAN NEGERI PAHANG PD 2020

Pada 24 Ogos 2020, Kerajaan Negeri Pahang umumkan Operasi pemutihan tanah dalam kegiatan pencerobohan bagi menanam durian Musang King di Pahang dilakukan secara bertimbang rasa, agar aktiviti pencerobohan tanah kerajaan, termasuk hutan simpan tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata pencerobohan tanah berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan individu terlibat juga telah mendapat hasil selama berbelas tahun tanpa diganggu-gugat.

Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan mewujudkan suasana tidak sihat seperti mengalakkan orang lain untuk ceroboh dan teroka tanah kerajaan, sedangkan kerajaan negeri  mempunyai undang-undang dalam hal tersebut.

Kerajaan negeri boleh memusnahkan tanaman itu, seperti dibenarkan di bawah undang-undang, namun kerajaan mencari pendekatan yang lebih baik iaitu diambil alih oleh anak syarikat negeri, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan perbincangan telah dilakukan dengan pihak terlibat katanya.

Dalam isu Musang King ini, wujud kumpulan yang menentang. Kerajaan tidak mahu  jadikan pencerobohan satu kebiasaan. Jika mahu, isi borang dan mohon dengan kerajaan. Jika tak mohon, kerajaan perlu ambil tindakan dan ini merugikan. Kita cuba ambil pendekatan berhemah namun kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Malah saya difahamkan 'sistem pajakan' antara  yang diperkenalkan iaitu pencerobohan tanah kerajaan di Pahang akan dikenakan bayaran tertentu sekiranya mahu teruskan aktiviti atas tanah yang diceroboh itu sebenarnya. Saya juga ada menerima dokumen yang berkenaan serta tahu caj yang dikenakan oleh pihak yang dilantik  kerajaan Pahang untuk uruskannya.

DAKWA PENCEROBOH 4,400 HEKTAR TANAH HUTAN SIMPAN SERTA MEREKA YG TERLIBAT

Justeru saya menggesa, jika benar kerajaan serius untuk melakukan tindakan maka siasat hingga ke akar umbi, bagaimana tanah hutan simpan itu boleh diceroboh sebelum ditanam durian musang king. Pihak yang terlebih awal menceroboh dan mengambil hasil mahsul kayu balak seluas 4,400 hektar itu perlu disiasat juga bagi membuktikan ketelusan. Sebab, gara-gara kawasan itu sudah digondolkan barulah semua pekebun dari luar Pahang itu ditawarkan tanah untuk tanaman musang king sebenarnya.

Usahlah bermain silap mata dengan menyiar video berkenaan, kononnya tegas mengambil tindakan walhal segaja untuk mengaburi mata rakyat marhaen. Bagi saya, isu musang king ini sama dengan pencemaran Tasik Chini. Pihak yang bersekongkol melulus lesen, menyokong dan membiarkan aktiviti guna tanah hingga ia merosakkan alam sekitar tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu sepatutnya juga diambil tindakan. Namun, ada tindakan dibuat?

Maka, samalah dalam isu musang king di Raub ini. Kerajaan yang telus dan adil, akan arahkan SPRM menyiasat pihak yang bersekongkol dan membiarkan pencerobohan hutan simpan itu dulu, barulah bicara soal kebun musang king. Ini kerana, rakyat mahu tahu siapa yang ambil atau pun curi balak di kawasan itu? Siapa yang terlibat 'membutakan mata'  sengaja buat-buat tak nampak ketika balak-balak itu ditebang?

SIASAT PEGAWAI KERAJAAN YANG BIARKAN 4,400 EKAR HUTAN SIMPAN ITU DICEROBOH

Mana pergi Pejabat Hutan Raub, Pejabat Tanah Dan Daerah Raub, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Jabatan Alam Sekitar serta lain-lain lagi jabatan kerajaan yang berkenaan. Adakah anda semua  'buta mata' tak nampak hutan-hutan itu ditarah, walhal hanya ditepi jalan utama sahaja.

Mana pergi semua pegawai kerajaan terbabit?? Jika mereka bekerja dengan jujur dan amanah, nescaya kawasan hutan itu tidak digondolkan bagi membuka laluan kepada kebun tanaman durian musang king. Adakah semuanya 'tidur'? 

Apa yang paling penting, siapa yang benarkan hutan-hutan seluas itu (4,400 hektar) ditebang? Adakah pemimpin DAP, PAS, PKR atau UMNO? Pihak mana yang 'makan besar' dengan hasil jualan kayu balak tersebut. Bukannya ratus ribu malahan jutaan ringgit. Apakah pihak Kerajaan Negeri Pahang mahu biarkan mereka semua itu juga terlepas begitu sahaja sama macam pihak yang luluskan 14 lesen pajakan melombong di Tasik Chini sebelum tahun 2019 itu gamaknya.

Justeru dalam kes durian musang king Raub ini, jika kerajaan jujur mahu bertindak maka sejak dari awal sudah merampas semua tanah haram yang diceroboh oleh pekebun musang king itu. Kedua, tangkap dan dakwa mereka di mahkamah sama. seperti yang dilakukan bila ada rakyat marhaen bangsa sendiri masuk ke hutan untuk memancing, memburu, berkelah yang ditangkap dan didakwa atas kesalahan menceroboh. Mereka kena bayar denda ribuan ringgit atas kesalahan kecil (tidak bercucuk tanam, sekadar lalu sahaja). Kenapa kerajaan tidak berbuat demikian dari awal, hingga biar penceroboh pula lawan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri.

Sudahlah tanah tidak dirampas, penceroboh seorang pun tidak didakwa malah penceroboh pula boleh lawan kerajaan hingga kes akhirnya dibawa ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk tangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan. Tarikh mendengar rayuan pula tidak dimaklumkan.

KENAPA HALANG PEKEBUN YANG DAPAT PERINTAH MAHKAMAH TANGGUH NOTIS

Kenapa baru sekarang halang pekebun masuk? Kerana sekarang ialah musim durian sedang berbuah. Malah kerajaan negeri sudah menyerahkan syarikat yang menguruskan kawasan tersebut untuk uruskan kawasan tanah musang king terbabit. Jika mengikut arahan Mahkamah Rayuan memang notis ditangguhkan. 

Namun dek kerana durian sedang masak ranum, maka arahan baru oleh MB diguna untuk menghalang. Tapi, jika pekebun buat kes Kerajaan Negeri Pahang engkar dan  melanggar perintah, semakin berpanjangan kisah durian musang king Raub ini.

 

Maka, dengan ini saya menganggap video yang disebarkan itu memang sudah dirancang untuk tunjukkan Kerajaan Negeri Pahang bertindak tegas terhadap penceroboh bila arahkan pihak berkuasa  menghalang penceroboh masuk ke kebun masing-masing. Saya tidak pasti video tersebut dirakamkan bila, namun bagi saya ia tidak menunjukkan kebenaran terhadap isu ini sebenarnya. Selagi penceroboh yg asal tanah seluas 4,400 hektar itu tidak disiasat, didakwa dan diambil tindakan mahkamah maka usah mengelirukan rakyat dengan video sensasi itu.

KEBENARAN HAKIKI HARUS DITEGAKKAN ! 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

WAKIL RAKYAT MARHAEN

[  D U N  0 0 7  T E R J A H  ]


BLOGGER CUCUMATKILAU

www.cucumatkilau.blogspot.com


ANGKATAN PEMBELA RAKYAT

www.angkaraterjah.blogspot.com


SUBSCRIBE CHANNEL CMK TV

https://youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg

Read more »