SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sah, 52 Kes Positif Covid-19 Di MCKIP Gebeng, Izinkan "Pekerja Tempatan" Yang Tak Bergejala Untuk Balik Serta Ulang Alik Kerja Dari Rumah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam akhirnya telah memasukkan data dan adanya kluster industri ByPass Gebeng yang melibatkan 52 orang pekerja di kilang Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) disahkan positif Covid-19.

Justeru,  kerajaan sewajarnya mengarahkan kilang terbabit menghentikan sementara operasinya buat sementara waktu.

Ujian swab test perlu dilakukan kepada semua pekerja kilang terbabit. Malah, kerja-kerja sanitasi juga wajar dibuat di kilang, kantin, dalam bas, hostel dan seluruh kawasan MCKIP dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Paling penting, bagi pekerja tempatan yang disahkan negatif dan tidak bergejala, benarkan mereka balik ke rumah  masing-masing dan menjalani kuarantin kendiri selama tempoh tertentu, dan gaji tidak dipotong (unpaid).

Kerajaan juga perlu memantau kebajikan dan layanan terhadap pekerja tempatan di kilang itu kerana banyak aduan yang diterima menjurus kepada kegagalan majikan berbuat demikian.

Syarat mewajibkan pekerja tempatan tinggal di asrama (hostel) perlu dilonggarkan. Saya difahamkam, pada masa ini pekerja yang berkenaan dipaksa tinggal di hostel jika mahu bekerja, jika tidak berbuat demikian mereka akan dikira bercuti tanpa gaji (unpaid leave).

Ini menyusahkan, terutamanya bagi yang sudah berkeluarga ada anak isteri yang ditinggalkan sudah hampir dua bulan sekarang. Kasihan kepada pekerja dan keluarga terbabit, apa salahnya benarkan mereka ulang alik kerja dari rumah anda kilang masih teruskan operasi.

Saya difahamkan arahan tinggal di hostel dibuat dua bulan lalu atas alasan mahu elakkan jangkitan Covid-19. Namun kini KKM sudah sahkan ada kes positif yang melibatkan pekerja dari dalam kilang, makanya alasan itu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Virus Covid-19 sudah merebak dari dalam kilang, dibawa oleh pekerja warga asing sendiri makanya pekerja tempatan perlu diberi pilihan berulang-alik dari rumah demi keselamatan mereka. Inilah yang sedang kami perjuangkan.

Saya juga berharap kerajaan mendengar suara dan rintihan pekerja ini. Dalam masa terdekat  beliau khabarnya akan mengadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membawa usul tersebut.

Kilang MCKIP terletak dalam Parlimen  Indera Mahkota. Datuk Saifuddin juga adalah menteri kabinet (Komunikasi Dan Multi Media). Maka, apa salahnya cakna dan ambil berat isu ini. Bawa kepada PM atau Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali untuk selesaikan kemelut yang melanda pekerja terbabit. Soal Saifuddin mahu jumpa atau layan isu ini, itu hak beliau. Namun aduan mesti disampaikan. #CMK

0 Komen Artikel Ini: