SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Jeng Greng !! Semua Facebook CMK Kena Block Gara-Gara Posting Pasal Isu 'Pondan Indon' Di Kuantan


Agak menyedihkan, semua akaun facebook saya telah disekat gara-gara posting edisi terjah berkaitan isu pondan Indon di Jalan Pasar off Jalan Bukit Ubi, Kuantan baru-baru ini. 


Saya sempat membuat dua posting dan satu video isu tersebut sebelum akaun diblock. Agak mengecewakan kerana bagi saya isu pondan bukanlah sesuatu yang sensitif kerana ia adalah gejala tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku dalam sesbuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Apapun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Polid DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan yang mengambil cakna terhadap isu yang didedahkan. Dalam 'Ops Pasar' yang dijalankan, beberapa orang pondan telah ditahan pihak berkuasa.

Cuma saya difahamkan ibu ayam yang dikenali sebagai 'Ruby'  dan 'Trisya' masih berjaya meloloskan diri dalam operasi tersebut. Tinjauan saya ke lokasi mendapati pondan-pondan sudah tidak berkeliaran lagi di 'lorong kunyit' selepas operasi tersebut.

Namun, saya menggesa pihak berkuasa menjalankan pemantauan pula di premis kediaman pondan-pondan berkenaan yang dipercayai masih menjalankan aktiviti pelacuran secara online. Pelanggan mereka kebanyakkannya ialah warga asing Bangladesh yang bekerja dan tingga di sekitar Jalan Bukit Ubi. 

Ada dakwaan, mereka sediakan bilik-bilik khas untuk menjalankan operasi secara lebih terancang agar tidak dihidu oleh pihak berkuasa. Mereka tidak benarkan lagi pondan-pondan berpeleseran di khalayak ramai, sebaliknya hanya menunggu pelanggan di bilik berkenaan.

Malah, dilaporkan juga secara 'underground' selain pondan Indon, terdapatkan juga pondan Vietnam dan Thailand yang dibawa masuk ke kawasan ini. Juga aktiviti pelacuran melibatkan golongan wanita turut dihidu dilokasi terbabit.

Siasatan lanjut akan menyusul, bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tindakan. Sokongan dan perhatian daripada pihak PDRM, Jabatan Imigresen (JIM), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diharap dapat memulihkan lokasi yang sudah dikotokan secara nyata ini. ~ CMK

Read more »

Kerajaan Sepatutnya Turut Melantik Semua Bekas PM Sebagai Penasihat Majlis Pemulihan Negara (MPN) Bertaraf Menteri !

Tindakan kerajaan melantik bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menimbulkan sedikit polimik dan kontoversi. Tambahan pula beliau didakwa "kerajaan gagal" hingga terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Namun tindakan Perdana Menteri baharu melantik Perdana Menteri terdahulu jadi Pengerusi MPN dilihat amat janggal. Tambahan pula parti UMNO sendiri menggelar  Muhyiddin gagal.

Namun, anehnya Perdana Menteri dari UMNO itu sendiri yg melantik pula Muhyiddin. Bukankah ianya menimbulkan kekecewaan sebahagian besar ahli UMNO yg masih setia dengan perjuangan parti. Mereka terkejut, kenapa Perdana Menteri melantik kembali Muhyiddin? Sedangkan parti sendiri menolak beliau hingga membolehkan Ismail menjadi Perdana Menteri?. Inilah yang agak memeningkan rakyat marhaen sebenarnya.

Justeru, adalah lebih elok Perdana Menteri sepatutnya melantik semua bekas Perdana Menteri terdahulu yang masih ada untuk jadi Penasihat MPN bertaraf Menteri. Barulah rakyat melihat ia tidak 'bias' kepada mana-mana pihak dan wujud perpaduan yg dicanangkan sebelum ini. Jika hanya lantik, Muhyiddin ia menjurus ke arah menguatkan cengkaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap UMNO itu sendiri. Malah, Ismail Sabri sudah pasti agak mengikut apa saja telunjuk Muhyiddin selepas ini. Makna  disini, UMNO tiada 'taring dan kuku' untuk meneruskan kuasa bagi memastikan mereka menang besar pada PRU ke-15 akan datang.

UMNO tetap jadi 'Pak Turut' BERSATU. Ini jelas dapat dilihat melalui pembentukan kabinet itu sendiri. Majoriti yang dilantik adalah pemimpin UMNO yg sokong kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan yang ada hari ini masih lagi PN yang mana Muhyiddin tetap nakhodanya. Apa yang bertukar hanya jawatan sahaja. Tapi hakikat dan realitinya tetap sama. Jika nama besar seperti Zahid dan Najib tidak digemari kerana dikatakan "kluster mahkamah". Kenapa nama seperti Mohammad Hassan (Naib Presiden) dan Dr Ashraf Wajdi (Ketua Pemuda) langsung tidak mendapat tempat dalam kabinet Ismail?.

Inilah yang menjadi persoalan sebenarnya. Maka itulah, bagi mengimbangi pengaruh PN dalam kerajaan Ismail Sabri perlu melantik tiga lagi bekas Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penasihat Majlis Pemulihan Negara (MPN). Bukankah ia lebih realistik daripada terus berkonflik hingga mahu terus melanggar titah Yang Di-Pertuan Agong agar usul undi percaya perlu dibuat segera bagi membuktikan keabsahan Perdana Menteri dilakukan di Dewan Rakyat.  Kenapa perlu takut, jika PM yakin mendapat sokongan ikhlas daripada kalangan Ahli Parlimen yang mengangkat beliau baru-baru ini. ~ CMK

Read more »

Kekalkan Menteri Dan Lantik Muhyiddin Pengerusi MPN, Ternyata PM Tolak Kenyataan Bahawa PN Adalah "Kerajaan Gagal" !

 

Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO Tak perlu marah apabila kerajaan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri dan kekalkan hampir 90% ahli kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu,

Sebabnya ialah jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri masih bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Muhyiddin, bukan Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi. 

Kesilapan Zahid dan 14 orang Ahli Parlimen BN yang  menarik sokongan kepada PN hingga menyebabkan Muhyiddin hilang majoriti dan tumbang, ialah beliau khianat kepada seorang lagi calon Persana Menteri iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Zahid yang pada awalnya diwar-warkan menyokong "Cikgu Anwar" sebagai Perdana Menteri, tiba-tiba beralih sokongan kepada Ismail Sabri. Asalnya beliau kata sokong, lepas tu tak sokong dan Anwar rebah gara-gara dipermainkan oleh anak muridnya sendiri.

Jika Zahid dan yang lain menyokong Anwar baru-baru ini, sudah pastilah situasinya berbeza. Mungkin ramai penyokong beliau akan diangkat sebagai menteri kabinet. 

Kini, segalanya sudah berakhir dan Ismail Sabri sudah menang serta mendapat kuasa  Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Zahid?.  Ismail Sabri dengan selamba mengekalkan hampir keseluruhan pemimpin yang saman zaman PN, kembali meneruskan tugasan mereka bersama kerajaan beliau. 

Sebab itulah Ismail Sabri tidak melantik pemimpin UMNO yang pro Zahid dalam kabinet. Melainkan yang pernah berada dalam kabinet Muhyiddin terdahulu.

Kerajaan hari ini masih lagi bayangan Perikatan Nasional (PN) walau pun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu Ismail kekal gunakan jenama "keluarga Malaysia"  agar bayangan PN tidak jelas kelihatan. 

Ismail Sabri akur guna nama itu, namun individu yang dilantik semula ke dalam kerajaan itu sendiri adalah muka-muka yang sama  pada masa Muhyididin jadi PM. Ramai menteri dikekalkan dan ada beberapa nama bertukar portfolio. Ini adalah kerajaan "recyle". 

UMNO tak mungkin akan cakap kerajaan yang ada sekarang sebagai "kerajaan gagal" kerana usaha menukar PM sudah berjaya mereka lakukan. 

Namun, sebaliknya Ismail terus beri ruang kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terdahulu. Mereka kekal dan semakin berkuasa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang. 

Pepatah ada mengatakan "Di telan mati bapak, diluah mati emak". Nak marah sangat tak boleh sebab Perdana Menteri daripada UMNO. Maka setuju, walhal tiada apa-apa perbezaan dengan kerajaan terdahulu. Muka sama, kerusi sama, kerja yang sama dan segalanya sama belaka.

Akhirnya yang menjadi mangsa politik ialah kumpulan UMNO yang beriya mahu jatuhkan kerajaan PN sebelum ini. Suara mereka kini tidak langsung didengari. Zahid dan Najib yang sudah dilabelkan sebagai "kluster mahkamah" tidak dilantik langsung kerana awal-awal lagi sudah diberi amaran keras oleh Muhyiddin, ketika beliau meletakkan jawatannya baru-baru ini. 

Sepatutnya jika Zahid dan Najib tidak dilantik ke apa-apa jawatan, kerajaan wajar menarik beberapa pemimpin UMNO lain yang dilihat berwibawa memacu pembangunan negara seperti Mohammad Hassan (Tok Mat) yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO atau pun Dr Asyraf Wajdi selaku Ketua Pemuda UMNO. 

Malahan cadangan Dr Asyraf agar Tok Mat dilantik sebagai Menteri Kewangan pun langsung tidak diendahkan oleh Ismail yang merupakan Naib Presiden UMNO iaitu hairaki ketiga dalam parti itu sebenarnya.

Ini menunjukkan mana-mana pemimpin UMNO yang menyokong kumpulan Zahid dan Najib tidak akan mendapat tempat dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob itu sendiri. Bahkan dijangka pemilihan UMNO pasti akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.

Jika tidak, kedudukan beberapa pemimpin UMNO yang tidak sebulu dengan Presiden pasti tersisih daripada menjadi calon. Ini kerana watikah calon akan ditandatangani oleh Presiden bukan Perdana Menteri. Jika dulu, Presiden UMNO biasanya secara automatik menjadi Perdana Menteri. Kini, senarionya amatlah berbeza sama sekali.

Maka, dijangka Ismail Sabri pasti akan dicalonkan sebagai Presiden UMNO yang baharu, melawan Zahid Hamidi. Kekuatan sudah pasti ada pada Ismail Sabri kerana beliau membawa nama Perdana Menteri.

Inilah sandiwara politik yang dilihat sedang berlaku didepan mata kita sekarang ini. Sebab itulah tidak pelik bila Ismail Sabri membawa masuk Muhyiddin Yassin yang dilabelkan sebagai PM dan 'kerajaan gagal' oleh kumpulan Zahid Hamid.

Inilah akibatnya bila bermain politik "tarik tali". Dah elok sokong Anwar siap SD lagi, tiba-tiba angkat Ismail Sabri jadi Perdana Menteri. Kononnya, ada harapan kerajaan BN kembali berkuasa dan ada tempat untuk mereka yang berjawatan naik semula. Kini jelas dapat dilihat kes mahkamah sudah pasti akan berjalan seperti biasa.

Tambahan pula bila Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri semalam. Apakah Muhyiddin rela berkompromi dengan "kluster mahkamah" yang menjatuhkan beliau daripada jawatan Perdana Menteri?. Sama-sama kita nantikan adengan ini.

Bukan sahaja itu, Ismail Sabri dan Muhyiddin pula telah mengecewakan Tun Dr Mahathir yang mengidamkan jawatan itu. Bijak politik mereka untuk "check mate" Anwar, Zahid, Najib dan Mahathir. ~ CMK

Read more »

Isu Tanah: Sampai Bilakah Orang Melayu Harus Di Tipu Oleh Bangsa Sendiri Yang Khianat Kepada Hak Rakyat !

 

Ada isu rakyat perihal RANCANGAN TANAH KELOMPOK (RTK)  yang perlu ditangani segera. Ramai pemimpin-pemimpin  dan pegawai kerajaan tidak jujur serta amanah melaksanakan tindakan. 

Orang kampung yang memohon tak dapat, tanah lepas ke pihak lain (tokey ladang & pemaju perumahan). Orang yg sepatutnya dapat hak dinafikan. 

Saya terharu, sampai bila orang kampung nak ditipu setiap kali menjelang PRU?. Last-last tanah diletgo jadi Ladang Sawit, Musang Kong, Gerharudan juga taman-taman perumahan. 

Orang kampung mohon, melopong berputih mata. Siapa yg dapat hasil kalau bukan yang ada kuasa sedikit. Insahlah! Pekong selama ini sudah dibuka, Ubahlah yerk.

Kesian kat orang-orang  kampung yang mengharap! Usah dinafi hak-hak mereka, untuk miliki tanah

#CaknqDemiRakyat #SuaRakyatSuaraKeramat

Read more »

Di Tuduh Tipu JKR Dan Kumpul Aset Berbilion Ringgit, Saya Sedikit Pun Tak Pelik Adengan Ini !

 

Memang power dia ni, JKR boleh kena tipu. Tapi kena siasat betul-betul dalam agensi kerajaan tu ye. Kadang-kadang bukan kena tipu, tapi sama-sama mau cari makan. 

Tapi mungkin agensi kerajaan lain lar. Apa yang penting KOMISYEN mau jalan. Inilah penyakit dan barah yang bermaharajalela dalam agensi kerajaan yang berkaitan dengan unsur-unsur penguatkuasaan sebenarnya. R

Rasuah jadi barah sebab masing-masing mahu membina kekayaan cara mudah tanpa memikirkan soal HALAL HARAM. 

Moga sahabat-sahabat dijauhkan dari semua ini. Ingatlah MATI ITU PASTI... duit bertimbun bukan boleh dibawa masuk ke dalam KUBUR. 

Biarlah MATI BERMARUAH, JANGANLAH HIDUP MERASUAH. Itulah prinsip saya selama ini. Saya tetap yakin satu hari nanti kebenaran pastikan muncul jua!

#CaknaDemiRakyat #SuaRakyatSuaraKeramat

Read more »