Kerja-kerja perobohan yang diwar-warkan hanya melibat bangunan lain dilokasi terbabit, bukanlah bangunan yang menjadi isu itu.
Dilaporkan, kerja perobohan bangunan ini hanya boleh dilakukan selepas pihak berkuasa dapat peruntukkan sebanyak RM600,000 daripada Kerajaan Selangor.
Maknanya jika tiada peruntukan, maka bangunan ini akan kekal berdiri megah 'sampailah abang Jamil mampos !!'
Kenapa nak kena gunakan duit rakyat? Sedangkan 'tuan tanah kedaung' dapat kutip sewa antara RM600-RM700 sejak sekian lama kawasan perkampungan Rohingya itu wujud.
Malah, ada dakwaan tuan tanah dapat hasil lumayan mencecah RM25,000 hingga RM30,000 sebulan hasil sewaan rumah kepada puak Rohingya.
Menurut warga Rohingya yang saya temui di lokasi mendakwa hasil duit sewa lumayan, tuan tanah akhirnya telah berpindah ke kondominium yang berdekatan.
Bayangkan kalau sebulan dapat RM30,000, setahun RM360,000. Jika kawasan itu wujud enam tahun, makka dah berjuta tuan tanah untung.
Sepatutnya, tuan tanah tanggung kos perobohan RM600,000 yang didakwa oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Sany Hamzan itu.
Saya juga agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh anak kepada tuan tanah yang mengatakan semua ini berlaku bukan kerana salah pihak berkuasa. Katanya semua agensi menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab.
Maknanya tiada unsur rasuah dan korupsi dalam kejadian ini. Namun bagi saya agak pelik jika tiada rasuah kerana mana mungkin bangunan dan kawasan penempatan Rohingya di sini boleh dibiarkan sejak sekian lama.
Walhal sudah beberapa kali notis perobohan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sejak 2017. Bertahun lamanya bangunan flat ini masih terus bertahan sehingga ke hari ini.
Tambah mengejutkan, bangunan haram ini boleh mendapat bekalan elektrik dan air. Ada bukti gambar kepala meter air dan letrik yang sempat saya rakamkan.
Persoalan yang timbul, jika tiada rasuah bagaimana bekalan utiliti ini boleh disediakan pada bangunan yang tidak mengikut syarat dan peraturan pihak berkuasa sebenarnya.
Justeru, dalam isu ini bukannya soal perobohan yang perlu diberi perhatian. Isu lebih besar ialah heret mereka yang terlibat bersekongkol dengan tuan tanah ke muka pengadilan.














0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan