SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Tanah RTK Bertukar Jadi Ladang Musang King Dan Kelapa Sawit Di Pahang, Siapa Punya Angkara ?

 

Saya merasa sedih dan terharu, apabila mendapat maklumat panas berkaitan isu tanah hari ini iaitu diketika rakyat Malaysia sedang menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64. 

Malang sekali, bila dimaklumkan tanah kelompok yang dimohon oleh orang- kampung telah bertukar menjadi ladang Musang King dan Kelapa Sawit secara haram oleh pihak yang berkepentingan dengan bantuan 'orang-orang dalam'. 

Dokumen berkaitan sudah saya terima dan Insya Allah akan didedahkan bila segala maklumat sudah lengkap sepenuhnya. 

Sungguh tidak disangka 'pengkhianat' adalah bangsa Melayu sendiri. Tali barut yang 'kautim' dengan tokey-tokey Musang King juga adalah bangsa kita sendiri!.

Fikiran dan jiwa-jiwa mereka masih dijajah kerana mengejar kemewahan diri sendiri, kroni, proksi dan puak gerabak mereka.

 Inilah bangsa yang sanggup menjual tanah air sendiri untuk hidup. Bila isu terbongkar, bangsa lain yang dipersalahkan!

Jika anda ada maklumat seperti ini, jgn malu2 hubungi admin untuk tindakan selanjutnya. Ini adalah tanah tumpah darah kita. Bersama selamatkan hak kita. 

Usahlah bersekongkol dengan pengkhianat agama, bangsa dan tanah air ini. Mereka perlu dilawan  habis-habisan agar sedar kesilapan yang dilakukan selama ini. Hak rakyat marhaen janganlah dinafikan!! ✊
#CaknaDemiRakyat #SuaRakyatSuaraKeramat

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN TANAH !! KERAJAAN NEGERI SIBUK HAL MUSANG KING DI RAUB, MEREKA BALUN DAN BAWA MASUK PULA PEKEBUN HARAM DURIAN KE DAERAH2 LAIN DI PAHANG. PENGKHIANATAN DIMANA2

Wakil Rakyat Marhaen,
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

People's Activist N Freedom Journalist
CMK@Blogger Cucumatkilau
www.cucumatkilau.blogspot.my

Penyelaras NGO Angkara
Angkatan Pembela Rakyat
www.angakraterjah.blogspot.my

Subscribe: www.youtube.com/cmkTVchannel

Read more »

SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Datuk Bandar MBK Di Gesa Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis !

Susulan kenyataan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bahawa penyebaran mesej makluman berkaitan larangan beriadah dan bersukan di taman awam seperti yang tular pada Sabtu adalah palsu, maka saya menggesa PBT terbabit membuat laporan polis terhadap isu ini.

Ini kerana tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu itu telah menimbulkan kekeliruan, situasi panik dan kegelisahan dikalangan warga Kuantan. Ini kerana adanya dua SOP berbeza terhadap perkara itu. Berdasarkan kepada SOP terbaharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa-2 yang dikemaskini pada 25 Ogos lalu. 

Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal
sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor)
termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada
arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.

Malah, aktiviti tersebut adalah seperti joging, senaman, renang, kayak (solo), taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya 

Justeru, penyebaran mesej palsu itu jelah mengelirukan orang ramai, terutama yang sudah lengkap dua dos untuk membawa keluarga beriadah di taman awam dan pantai sekitar Kuantan.

MBK kata palsu, tapi kenapa operasi dibuat hingga kelirukan warga Kuantan?. Siap lokasi taman awam (Taman Esplanade depan HTAA) ada "Barrier Blockade" lagi. Malah jelas dilihat penguatkuasa MBK buat pengumuman amaran kepada orang ramai akan diambil tindakan sbb langgar SOP PKP 3.0.

Jika MBK dakwa mesej  yang tersebar itu palsu, kenapa penguatkuasa buat operasi dilokasi yang berkenaan? Malah, dalam mesej siap ada nombor untuk dihubungi PERTEL Penguatkuasa MBK (( 0129505742 )), pada mesej siap CC kepada IPD Kuantan lagi.

Saya mengucapkan syabas  kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusoff Ali yang lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan rasmi PDRM.
(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4676648799035749&id=375233245844014)

Selepas isu viral tiba-tiba tertera perkataan palsu itu ditulis atas memo mesej berkenaan yang dipaparkan pada page facebook rasmi MBK semalam.
(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4436336089776895&id=1293448510732351

Jika palsu, MBK wajar buat laporan polis untuk siasat siapakah yang viralkan nesej itu hingga jadi kegelisahan kepada warga Kuantan. Sebab ini isu serius, ia tak cukup dengan admin hanya tulis palsu di page facenook sahaja.

Datuk Bandar haruslah tampil segera membuat kenyataan rasmi atas   isu ini. Sama ada mahu mohon maaf atas mesej yang tersalah sebar, atau umum akan laporkan kepada pihak polis kerana ada pihak yang nak rosakkan imej MBK.

OCPD Kuantan boleh buat kenytaan rasmi siap ditandatangani lagi, mana mungkin admin FB saja keluar perkataan PALSU, sedangkan rakyat sudah dikelirukan dengan maklumat ini sejak ia diviralkan.

Maka, MBK wajar buat laporan polis kepada mana2 pihak yang membuat kenyataan palsu itu agar diambil tindakan oleh pihak polis dan didakwa ke muka pengadilan. Sebar berita palsu adalah salah disisi undang2 di negara ini.

 Sepatutnya PBT perlu rujuk kepada Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh mengelirukan orang awam. Ini bukanlah kes pertama berlaku di Kuantan, sebelum ini sudah banyak SOP yang bercanggah antara MKN dan MBK sebenarnya.

Read more »

FAM Di Gesa Wujudkan Semula Liga Bola Sepak Antara Negeri, Jangan Campur Aduk Negeri Dengan Pasukan Kelab !

 

Sebagai bekas pelajar UITM, saya menggesa agar IPT terbabit tidak bercita2 besar berada dalam Liga Super pada masa yg akan datang. Kerana ia jelas menjatuh imej dan jenama IPT terbabit. Biarlah pasukan kelab profesional yg ambil bahagian. 

Malah saya menggesa FAM supaya membuat syarat supaya Liga Super itu hanya disertai oleh pasukan NEGERI semata2 dan bukan kelab dari negeri tersebut. Malulah negeri bila kelab main Liga Super, negeri pula main Liga Perdana. 

Jika kelab dari negeri itu hebat, maka upgrade kelab itu jadi negeri. Ini boleh menjaga imej pasukan negeri daripada dimalukan pasukan kelab. Sebab kelab2 level dia bermain dengan Liga Kelab. 

Untuk negeri, lawan dia biarlah antara 14 buah negeri yang berada dalam Malaysia macam dulu2. Barulah ada semangat kenegerian untuk penonton nak berikan sokongan. Sekadar pandangan ikhlas

#CaknaDemiarakyat #SuaRakyatSuaraKeramat

Read more »

Zaman Covid-19, Beri Peluang Kepada PM Ismail Sabri Yaakob Dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Pula Menanganinya !

 

Selama ini BN hanyalah menjadi kerajaan ketika negara berada dalam situasi yang aman damai dan tiada gejala penyakit seperti Covid-19 yang menular seluruh dunia seperti hari ini. BN telah mentadbir negara dengan aman damai hingga tumbang pada PRU-14 pada 2018 ditangan PH.

Pimpinan PH yang diketuai oleh bekas PM BN paling lama iaitu Tun Dr Mahathir telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Belum sempat habis penggal negara dilanda wabak Covid-19 yang membawa kepada perletakan jawatan beliau akibat "langkah Sheraton" pada 2020. 

Ketika itu kes Covid-19 masih diperingkat awal. Namun akibat  daripada kegagalan kerajaan PH untuk menghalang kemasukan warga asing terutama dari negara China telah menyebabkan Covid-19 semakin menular di seluruh negara kita.

Akhirnya kerajaan PH runtuh selepas 22 bulan mengambilalih kuasa dan terwujudlah kerajaan Perikatan Nasional (PH) yang menyaksikan PM Muhyiddin Yassin diberi amanah bagi mentadbir negara ini. Namun selepas sahaja Fasa III PKP  (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, kes poritif Covid-19 terus meningkat melebihi angka 20,000 orang. Ini menyebabkan rakyat marhaen menuduh PN adalah "kerajaan gagal".

Ia akhinya telah membawa kepada perletakkan  jawatan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin  baru-baru ini. Maknanya Kerajaan PN itu sudah terbubar secara automatik selepas PM hilang majoriti dikalangan para wakil rakyat. Susulan itu, DS Ismail Sabri Yaakob pula telah dilantik mejadi Perdana Menteri Malaysia ke-9. 

Maka, ini bermakna kerajaan pusat itu telah kembali  semula kepada Barisan Nasional (BN). Ismail adalah Naib Presiden UMNO yang mendapat kedudukan selepas Presiden DS Zahid Hamidi dan bekas Presiden DS Najib Tun Razak digelar "kluster mahkamah". Manakalah Timbalan pula iaitu DS Mohamad Hassan hanyalah ADUN dan tidak layak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri (bukan Ahli Parlimen). 

Rezeki kepada Ismail Sabri Yaakob dianugerah jawatan PM selepas mendapat majoriti 114 SD tewaskan DS Anwar Ibrahim. Maknanya beliau sekarang punyai hak membentuk kabinetnya sendiri.

Justeru, sewajarnya kerajaan baharu yang akan dibentuk ini tidak lagi terikat dengan pihak lain. Ismail perlu percaya bahawa kuasa sudah pun dikembalikan kepada UMNO Barisan Nasional (BN) biar pun mereka tewas menerusi peti undi  pada PRU-14 yang lalu. Maka, Adalah lebih baik Ismail membentuk kembali kerajaan BN ketika kuasa sudah ada ditangan. 

Beri peluang pula untuk BN buktikan kepad rakyat bahawa parti itu boleh membawa perubahan terutamanya dalam menangani penularan kes Covid-19 ini.

Giliran BN sudah tidak selepas PH dan PN itu dilihat gagal mengatasinya. Ismail tidak perlu terikat dengan ugutan agar kerajaan PN wajib dipertahankan, sedangkan ia sudah tumbang!. Maka, kabinet yang perlu dibentuk seharusnya  menjurus kepada kerajaan Barisan Nasional.  

Tidak perlu teragak-agak untuk menamakan siapakah Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Kanan, kerana ia adalah milik UMNO.

Rakyat mahu lihat pula bagaimana UMNO yang mentadbir semula negara ini mencari kaedah2 baharu untuk membendung penularan Covid-19 selepas ini sehinggalah Pilihan Raya Umum ke- 15 tidak lama lagi. 

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan beliau memperbetulkan apa jua kesilapan selama ini. Jangan terikat syarat yang dibuat oleh parti yang menyokong beliau baru-baru ini. 

Laksanakan tanggungjawab itu dengan tenang tanpa terikat dengan sebarang unsur yang boleh memendekkan semula hayat kerajaan beliau sekarang ini. Selamat bertugas.

#CaknaDemiRakyat #SuaRakyatSuaraKeramat

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Blogger Cucumatkilau ]


Freedom Activist N Journalist

www.cucumatkilau.blogspot.my

www.angkaraterjah.blogspot.my

www.facebook.com/cmkshukrieramly

www.youtube.com/cmktvchannel

( Like, Follow, Share N Subscribe ) 

Read more »

Usul Supaya PM Interim Di Lantik Bukan Dari Kalangan DNA UMNO, Beri Ruang Islam Pula Memimpin !


Oleh kerana pemimpin dan mantan pemimpin UMNO sebenarnya yang berebut nak jadi PM dalam senario politik negara kita sekarang, maka apa kata kali ini kita cuba pula pemimpin parti Islam jadi PM  dan memimpin negara ini hinggah habis penggal, parlimen dibubarkan.

Dalam perebutan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri sekarang ini, Nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (TPM zaman Mahathir), Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM, TPM Zaman Najib), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (TPM Zaman Muhyiddin), Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM Zmn Mahathir), Datuk Seri Zahid Hamid (TPM Zaman Najib) dan Tun Mahathir (PM, TPM pada Zaman Tun Hussein Onn) adalah dari DNA UMNO biar pun mereka kini ada yang sudah tidak bersama parti itu lagi sebenarnya.

Politik negara kita terus jadi carca merba dan masih bercelaru, makanya sesiapa saja yang diangkat jadi PM pasti akan ada yang tidak puas hati dikalangan mereka dan akan terus bangkit memberontak. Maka saya rasa elok kita cuba pula Perdana Menteri Interim daripada kalangan pemimpin PAS pula, sebab PAS juga ada calon-calon yang layak dan berwibawa seperti Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang atau Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta ramai lagi. Mana tahu ada juga keberkatan, apabila disokong dek para ulamak yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia tercinta ini. 

Nak kata salah atau silap, adatlah. Kita manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun, diketika musim Covid-19 ini apakata jika kita kembalikan kuasa dan tampuk pemerintahan kepada yang faham Islam pula. Kita dah cuba lama PM dari DNA UMNO... DNA DAP kita tak nak dan takut, maka cuba pulak DNA PAS. Islam pasti boleh. 

Zaman dulu mungkin kita boleh akur dengan DNA dari UMNO sebab parti keramat orang Melayu itu tidak pernah tumbang 13 kali penggal pilihan raya umum. Namun selepas PRU14, parti ini sudah tidak sehebat dulu lagi. Disnati UMNO sudah hilang  taringnya dan kini berkecamuk sesama sendiri untuk merebut sedikit kuasa yang ditinggalkan, jika Muhyiddin meletak jawatannya hari ini. 

Roh perjuangan Islam dan Melayu sudah hilang sedikit demi sedikit. Semuanya kerana terlalu lama berkuasa dan guna wang ringgit untuk memenangi hati rakyat marhaen. Jika tidak dibayar, tak buat kerja dan tak undi. Bila ada wang baru buat tindakan. Hinggalah dapat kuasa, projek dan kemewahan akan jadi habuan kepada kroni, proksi dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Pemimpin kaya raya mewah tapi rakyat marhaen terus merempat di bumi sendiri. Maka, hari ini kita kena ubah dan berikan jawatan PM itu kepada pemimpin yang ada sirah perjuangan Islam dalam jiwa-jiwa mereka. 

Dalam PAS memang ada yang buat salah sikit-sikit itu normal dan boleh diperbetulkan selagi akidah mereka berpaksikan syariat Islam. Namun selagi kita tidak mencuba selagi itulah hanya DNA UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya. 

Minda kita kena diubah, kena kembali kepada Islam untuk keluar dari bala bencana, musibah yang melanda. Bila dua puak orang Islam bertelagah maka kembalilah kepada Al-Quran.

Bila kuasa politik Melayu berbalah sesama sendiri yang semuanya dari kalangan DNA UMNO maka itu marilah kita berikan pula kepada Islam untuk memimpin. Saya yakin rahmat Allah pasti akan datang dan keluarkan negara kita dari kemelut dan musibah Covid-19 yang terus melanda sekarang ini.

Saya bukan ahli PAS, cuma sekadar pandangan peribadi semata-sama, sebab saya lihat tukarlah sesiapa pun selagi mereka dari DNA UMNO pastilah negara akan terus terjerumus ke dalam konflik politik yang berpanjangan.

Lagi pun, diakhir zaman ini semua DNA UMNO yang tubuhkan parti baharu tetap akan  ada yang melompat. Tapi pemimpin PAS sampai sekarang kekal dan masih terus istiqomah dengan perjuangan mereka sehingga ke hari ini.

Pilihan kini boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana wakil rakyat yang difikirkan sesuai menjadi Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan interim sementara meninggu habis penggal untuk parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Anwar permah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Lim Guang Eng pernah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Najib dan Zahid permah bersama PAS (Muafakat Nasional), Muhyiddin, Ismail Sabri bersama PAS (Perikatan Nasional). Makanya semua parti yang ada majoriti terbesar pernah bersama PAS. Tidak salah untuk kita mencuba kepimpinan Islam pula berada ditampuk kuasa sebagai Perdana Menteri sehingga parlimen di bubarkan dan pilihan raya umum itu diadakan. 

Apa kata kita cuba hingga habis penggal Ini jer sebagai Perdana Menteri Interim. Insya Allah, dah lebih 60 tahun kita dipimpin DNA UMNO. Takkan nak cuba DNA PAS kita rasa takut kot.  Sekadar pandangan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Apapun salam perjuangan.

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Freedom Activist /Journalist

www.youtube.com/cmktvchannel

www.cucumatkilau.blogspot.com


#IslamPerluMemimpin

#caknademirakyat

#suararakyatsuarakeramat

Read more »