SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Selepas 10 Tahun Berehat Dan Jadi Aktivis, Tiba Masanya Saya Kembali Berjuang Dalam Politik !

 

Selama 10 tahun saya berjuang sebagai aktivis, kini tiba masa saya menyertai semula politik untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen.

Hasrat untuk kembali ini timbul selepas saya melihat amalan demokrasi di negara ini perlu disuburkan.  Saya dah lama berehat, banyak isu yang saya angkat termasuk isu penyelewengan rumah  murah dan tanah, isu kemusnahan alam sekitar,isu pencerobohan hutan, isu pencemaran Tasik Chini, isu pencerobohan haram durian Musang King di Raub, isu penindasan pekerja MCKIP, isu susur keluar LPT Pekan Tajau- Jengka  dan banyak lagi.

Maka saya rasa sudah tiba masanya isu-isu ini diangkat oleh rakan-rakan politik ke dewan yang mulia sama ada DUN atau Parlimen. Maka itulah saya rasa perlu kembali kepada platform politik agar isu yang dibangkitkan itu lebih bergema selepas ini.

Setakat ini ada tujuh buah parti termasuk dari kerajaan dan pembangkang yang menawarkan peluang untuk saya kembali aktif. Namun, saya hanya akan memilih salah satu daripadanya sebagai wadah perjuangan baharu saya untuk masa  hadapan.

Buat masa ini beliau belum terfikir ke arah itu. Namun katanya, terpulang kepada parti terbabit. Jika saya dicalonkan, saya terima. Jika tidak dicalonkan saya akan teruskan perjuangan seperti biasa. Bukan soal mahu menjadi calon atau tidak. Apa yang penting saya tidak akan menjadi calon bebas lagi bermula PRU-15 ini. 

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pimpinan parti yang memberi ruang kepada saya untuk berbincang dan menyatakan hala tuju parti masing-masing. Soal parti mana yang saya pilih itu adalah hak saya. Tidak perlu ada pihak yang kecewa atau sebaliknya.

Saya juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang akan menyerang dan mengutuk keputusan beliau itu, namun baginya dia sudah lali dengan komen, kritikan, cacian, fitnah dan penghinaan yang dilontarkan terhadapnya.

Saya jadi aktivis pun orang marah, saya bertanding bebas pun orang pertikai... maka tidak perlulah saya nak marah orang yang menyerang saya kerana kembali aktif berpolitik. Apa yang penting mereka tahu pinsip asas perjuangan saya ialah bukan membina kekayaan peribadi tetapi membela rakyat marhaen dengan lebih telus, adil dan berani.

"Cakna Demi Rakyat, Suara Rakyat Marhaen"


Read more »

Kerajaan Tak Wajar Terus Wujudkan 'Konfrontasi' Dengan Rakyat Tidak Di Vaksin. Lebih Baik Wajibkan Sahaja !

Tindakan Kementerian Kesihatan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin adalah tidak wajar. Malah, kenyataan yang dibuat oleh menterinya, Khairy Jamaluddin itu agak keterlaluan dan 'hipokrit'.

Kerajaan sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Malah kerajaan juga mendakwa suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Kerajaan turut menetapkan pengambilan vaksin ini adalah sukarela, tiada paksaan. Jadi, kalau seorang itu namanya sudah ada dalam senarai, dia tidak mahu ambil vaksin... itu terpulang pada mereka.

Persoalannya, kenapa perlu ada pemimpin yang mahu menyusahkan rakyat sendiri sedangkan mereka yang memberi pilihan kepada rakyat mahu divaksin atau tidak.

Kenapa perlu gelar semua merekatermasuk yang tidak menentang langsung usaha kerajaan ini sebagai anti vaksin. Bagi yang mnentang atau membuat provokasi, mungkin boleh diterima sebagai anti, tapi bagi yang tidak bersuara malah terus menjaga SOP Covid-19 seperti biasa, maka tidak perlulah dianggap sebagai anti.

Sampai menteri mahu menyusahkan rakyat sendiri pula. Langkah konfrontasi seperti itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Bayangkan, warga asing yang tidak mempunya dokumen yang sah pun boleh bebas ke sana sini, menjalankan perniagaan di negara ini. Tiba-tiba rakyat sendiri mahu disekat hanya kerana mereka tidak mengambil vaksin.

Adalah lebih elok kerajaan laksanakan akta dan peraturan agar vaksin itu diwajibkan daripada terus 'berperang' dengan rakyat sehingga mereka seolah-olah 'penjenayah' di negara sendiri. 

Soal pilihan itu kerajaan yang tetapkan, iaitu  mahu divaksin atau tidak. Makanya, kenapa mahu menyerang rakyat yang tidak mahu divaksin seperti musuh?. Kerajaan yang buat undang-undang, kerajaan yang mencabuli undang-undang. 

Harus diingat, mereka yang tidak mahu divaksin bukanlah rakyat biasa tetapi ramai juga yang terdiri dari golongan profesional dan agamawan. Mungkin mereka mahu jaminan, anda berlaku kematian (walau pun tiada kes). Memaksa rakyat tanda tangan surat perjanjian yang menyebelahi sebelah pihak inilah yang menakutkan mereka. 

Bagi yang sudah divaksin dan selamat, Alhamdulillah. Makanya, kenapa mahu menyerang golongan yang memilih tidak divaksin atas faktor-faktor keselamatan dan keyakinan mereka terhadap vaksin itu sendiri?. 

Mereka mematuhi SOP dan mengikut peraturan ketat yang dibuat oleh kerajaan. Andai mereka sakit dan terkena jangkitan Covid-19 hukumlah mereka dengan membayar kos kiranya divaksin kelak. Sebab mereka menolak vaksinasi percuma yang diberikan kerajaan.

Jika kerajaan terus menyerang kumpulan terbabit maka dikhuatiri akhirnya mereka akan memberontak dan menentang, bukankah ia menimbulkan konflik yang lebih buruk kepada negara di  mata dunia kelak.

Berilah didikan secara berhemah dan timbangrasa bukannya kekerasan kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan bukan pendatang asing di bumi tercinta ini. Hari ini, maklumat dihujung jari, mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka tidak mahu divaksin. Malah ada kes, mereka tidak divaksin tetapi semua ahli keluarga diarahkan menerima vaksin lengkap dua dos. Ini bermakna mereka bukanlah 'anti vaksin' seperti yang di dakwa.

Bolehkah kerajaan memaksa rakyat yang tidak bersetuju dengan kerajaan mengundi kerajaan?. Sedangkan undi adalah kebebasan untuk rakyat bagi menentukan masa depan negara. Samalah juga dengan vaksin, yang sudah divaksin alhamdulillah namun usahlah menjadikan mereka yang tidak mahu divaksin sebagai musuh. Melainkan mereka yang jelas menentang dan membuat provokasi, propaganda agar orang lain takut untuk divaksin. #CMK

Read more »