SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Tubuhkan RCI Segera Untuk Siasat Dan Dakwa Penceroboh, Dalang Yang Terilbat Dengan Isu Tanah Haram Musang King Raub !

Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) senada dengan NGO Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan segera untuk menyiasat unsur penyelewengan, rasuah dan korupsi yang berlaku dalam isu pencerobohan tanah secara haram untuk tanaman durian 'Musang King' yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Keputusan mahkamah baru-baru ini memberi harapan baharu untuk kita melihat perubahan sistem pentadbiran dan penguatkuasa hutan dan tanah di seluruh negeri Pahang khasnya dan seluruh negara amnya.

Ketika membuat keputusan, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz ada membuat beberapa teguran terutamanya dari sudut penguatkuasa yang ditujukan khas kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Tindakan penguatkuasaan yang lemah  menyebabkan kes ceroboh tanah di Raub ini berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa diambil tindakan oleh pihak kerajaan.

Sepatutnya awal-awal lagi pemantauan dibuat, iaitu ketika penceroboh menanam pokok durian Musang King, bukan tunggu membesar dan mereka sudah dapat hasil jutaan ringgit.

Antara beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang seperti yang dimaklumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini iaitu pencerobohan adalah satu jenayah, maka penceroboh wajar diambil tindakan yang tegas.

Kerajaan Negeri Pahang juga perlu memperbaiki sistem permohonan tanah. Malah, kawasan yang diceroboh adalah kawasan tadahan air.  Hakim menegur kerajaan negeri agar lebih peka menjaga alam sekitar.

Sebagai permulaan, suara rakyat menang tapi tindakan oleh pihak berkuasa di Raub terhadap tanah terbabit masih menjadi pertikaian dan persoalan. Penceroboh perlu keluar dari tanah-tanah terbabit, namun siapa yang akan memantau semua ini?. 

Rakyat di sana (Raub), perlu menjadi 'mata dan telinga' kerajaan untuk melaporkan kepada kami sekiranya mereka melihat ada tindakan yang mencurigakan.

Rakyat tidak mahu, keputusan sudah dibuat oleh pihak mahkamah diatas 'kertas. Namun di atas 'tanah' penceroboh tetap dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Saya mahu melihat pula mereka yang menceroboh ini dikenakan tindakan saman dan denda mengikut akta yang telah ditetapkan. Juga kepada 'dalang' yang telah 'bersekongkol' dan membiarkan pencerobohan ini berlaku sejak sekian lama juga perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya. Mereka masih berkhidmat dengan jabatan yang berkenaan. 

Apa pun apa yang berlaku di mahkamah baru-baru ini, ia adalah permulaan perjuangan rakyat sebenarnya. Banyak lagi kes pencerobohan haram didalangi 'orang dalam' dan 'berpengaruh' yang berlaku di seluruh negeri Pahang. 

Kami akan terus bersuara untuk melihat adengan seterusnya dalam kes ini. Kita tidak mahu akhirnya rakyat hanya "menang sorak, kampung tergadai". Maknanya kita menang di mahkamah, tapi mereka bebas beroperasi seperti biasa kerana ada pihak tertentu yang cuba melindunginya kelak,

Biar pun wakil NGO Pembela yang terdiri daripada Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi) dan Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi) tidak dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan.

Hanya Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, iaitu Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi yang juga merupakan seorang peguam yang dibenarkan masuk. Namun begitu kita merasa lega kerana ia akhirnya berpihak kepada rakyat.

Saya tetap bertegas agar RCI ditubuhkan jika benar kerajaan mahu melihat ketelusan dalam isu ini. Jika tidak rakyat tetap menganggap ada sesuatu cuba disembunyikan. Tambahan pula tiada seorang pun penceroboh dan pihak yang bersekongkol terbabit yang didakwa di mahkamah. Sedangkan dalam masa yang sama, penceroboh pula akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah baru-baru ini. 

Bahkah jika melibatkan bangsa sendiri, masuk hutan simpan untuk jalankan aktiviti rekreasi, berkhemah, memancing dan sebagainya pun ramai yang didakwa dan dikenakan hukuman kerana menceroboh secara haram. Adakah ada dua undang-undang berbeza dalam hal pencerobohan haram ini. 

Kita sibuk menyalahkan bangsa lain dalam isu ini, sedangkan yang ada kuasa ke atas tamah dan hutan bangsa kita sendiri. Dalam diam kita diperdayakan oleh bangsa sendiri yang khianat dan bersekongkol dengan penceroboh untuk mengejar kemewahan duniawi. #CMK

Read more »

Pencerobohan Tanah: Bukan Bermakna Isu Sudah Selesai, Sebab 'Dalang' Dan 'Tali Barut' Mereka Masih Bermaharajalela !

Setelah keputusan ditangguhkan pada 9 Disember, namun 23 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 110 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka. 

Dilaporkan, keseluruhan sebanyak 204 pekebun memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Royal Pahang Resources PKPP Sdn Bhd dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

Walau pun kemenangan ini masih terlalu  awal buat rakyat. Namun, sekurang-kurangnya ia memberi harapan baharu untuk kita melihat perubahan sistem pentadbiran dan penguatkuasa hutan dan tanah di seluruh negeri Pahang khasnya dan seluruh negara amnya.

Difahamkan juga, semasa membuat keputusan hakim perbicaraan juga ada menegur kerajaan dari sudut  penguatkuasaan. Tindakan yang lemah  menyebabkan kes ceroboh tanah di Raub ini begitu beraani dengan sewenang-wenangnya menceroboh tanah untuk ditanam durian 'Musang King' tanpa disedari oleh jabatan yang berkenaan. 

Sebagai permulaan, suara rakyat menang tapi tindakan oleh pihak berkuasa di Raub terhadap tanah terbabit masih menjadi pertikaian dan persoalan. Penceroboh perlu keluar dari tanah-tanah terbabit, namun siapa yang akan memantau semua ini?. Rakyat di sana, perlu menjadi 'mata dan telinga' kerajaan untuk melaporkan kepada kami sekiranya mereka melihat ada tindakan yang mencurigakan.

Kita tidak mahu, keputusan sudah dibuat oleh pihak mahkamah diatas 'kertas. Namun di atas 'tanah' penceroboh tetap dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Justeru, kita mahu melihat pula mereka yang menceroboh ini dikenakan tindakan saman dan denda mengikut akta yang telah ditetapkan. Juga kepada 'dalang' yang telah 'bersekongkol' dan membiarkan pencerobohan ini berlaku sejak sekian lama juga perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya. Mereka masih berkhidmat dengan jabatan yang berkenaan. 

Apa pun apa yang berlaku di mahkamah hari ini baru permulaan perjuangan rakyat sebenarnya.

Banyak lagi kes pencerobohan haram didalangi 'orang dalam' dan 'berpengaruh' yang berlaku di seluruh negeri Pahang sebenarnya.

Maka itu, kita akan terus bersuara untuk melihat adengan seterusnya dalam kes ini. Kita tidak mahu akhirnya rakyat hanya "menang sorak, kampung tergadai". Maknanya kita menang di mahkamah, tapi mereka bebas beroperasi seperti biasa kerana ada pihak tertentu yang cuba melindunginya kelak.

Biar pun wakil NGO Pembela yang terdiri daripada Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi) dan Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi) tidak dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan.

Hanya Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, iaitu Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi yang juga merupakan seorang peguam yang dibenarkan masuk. Namun begitu kita merasa lega kerana ia akhirnya berpihak kepada rakyat.

Syabas juga kepada semua NGO yang hadir memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat di Komplek Mahkamah Kuantan hari ini. Tidak sia-sia kita menghantar memorandum kepada KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Seri  Paduka Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negera dan Istana Abu Bakar, Pekan pada 21 Disember baru-baru ini.

Tahniah juga kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali dan anggotanya yang banyak membantu di lokasi. Beliau turut memberi teguran dan nasihat agar semua pihak mematuhi SOP Covid-19 ketika sidang media diadakan di pintu masuk Komplek Mahkamah Kuantan.

Walau bagaimana pun, keadaan terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sokongan rakyat dari kejauhan juga amatlah membantu kami untuk meneruskan perjuangan rakyat ini. Suara Rakyat Suara Keramat.

Terimalah nukilan sajak dari saya, 

khas untuk rakyat marhaen sahaja


"PENCEROBOHAN HARAM"

(Buat Yang Memahami)


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada penguasa yang melindungi

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada pegawai yang mendalangi


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada dalang yang bersekongkol

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada indvidu yang terima rasuah


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika penguatkuasaan berjalan betul

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika puak2 talibarut tidak berleluasa


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika ada orang politik ingat rakyat

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika pemimpin setempat tidak bisu


Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika jabatan kerajaan tak tutup mata

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada kakitangan rakus kumpul harta


Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika mereka bekerja kerana amanah,

Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika semua ingat mati, takutkan Allah.


"Cakna Demi Rakyat"


Salam Perjuangan dari

Wakil Rakyat Marhaen:


MOHD SHUKRI B MOHD 

RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO

Angkatan Pembela Rakyat

[ A N G K A R A ]

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com


Tonton Video kenyataan NGO Pembela :-


Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi)

Dato' Syed Nasarudin Syed Abd Hadi 

(Peguam/Ketua Pembela Pahang)

https://youtu.be/iFqJeWqyu1c 

- Keputusan mahkamah


Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi)

https://youtu.be/XFZY2hOWwJs

- Ini hanya satu permulaan

Read more »

Saya Akan Bersama NGO Esok Untuk Serahkan Memorandum Isu Ceroboh Tanah Raub, Seluruh Negeri Pahang

Esok, saya akan luangkan masa bersama NGO Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Veteran Tentera untuk menyerahkan memorandum kepada Yang  di-Pertuan Agong dan Sultan Pahang berkaitan isu pencerobohan tanah di Raub dan seluruh negeri Pahang.

Di fahamlan memorandum akan diserahkan serentak di Istana Negara, Kuala Lumour dan Istana Abu Bakar, Pekan pada Isnin, 21 Disember jam 11. 00 - 12.00 tengahari.

Memorandum terpaksa diserahkan esok lerana pada Rabu 23 Disember, keputusan kes ini akan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Justeru kami menggesa Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Pahang menyelidik, mengiasat dan mengambil tindakan telus terhadap kes ini.

Kepada sahabat2 yang memahami erti perjuangan rakyat, boleh turun beramai-ramai esok untuk menyokong perjuangan ini. #CMK

Read more »

Kenapa Komplek SUKPA Di Jadikan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Warga Asing Dari Bentong?

 

Kawad duri sudah dipasang, namun tahukah anda ramai warga Kuantan terutamanya para penduduk Bandar Indera Mahkota yang kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang benar Majlis Keselamatan Negara (MKN) pindahkan pesakit Covid-19 warga asing "Kluster Jalan Genting" dari Bentong untuk dikuarantinkan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) . 

Kenapa tidak dikuarantin di hotel-hotel yang banyak terdapat di Genting Highlands? Inilah yang menjadi persoalannya sekarang. Sebab semua rakyat tahu Covid-19 adalah bahaya dan risikonya boleh ke tahap membunuh mangsa.

HADIS LARANGAN KELUAR KAWASAN

Ingatlah ada hadis sahih, daripada Aisyah ra yang bertanya kepada Rasulullah saw tentang masalah taun, lalu baginda mengkhabarkan:

"Taun adalah sejenis seksa yang Allah swt hantarkan kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah swt menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita taun lalu dia tetap bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar dan mengharapkan pahala, serta mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah swt telah mentakdirkannya kepadanya, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mati syahid." - (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari hadis itu, kita tahu bahawa penyakit taun merupakan wabak yang menular sama halnya seperti ketika kita berhadapan Covid-19.

Ia biasanya merupakan penyakit yang menular dan merebak di wilayah yang memang sudah terjangkit. Oleh itu, Rasulullah saw mahu Muslim 'menjaga jarak' dengan melarang orang yang mendapat serangan penyakit ini dan orang yang ada di wilayah itu keluar sebagai tindakan pencegahan.

Larangan keluar dari wilayah yang terjangkit mempunyai dua makna.

Pertama, mendorong jiwa untuk percaya kepada Allah swt, tawakkal kepada-Nya, sabar, reda kepada qada-Nya.

Kedua, sesiapun yang ingin menghindari penyakit harus mengeluarkan cairan kotor dari tubuhnya dan mengurangkan pemakanan (berpuasa) serta menghindari tempat kotor, lembab dan basah.

Keluar dari wilayah yang sudah terjangkit wabak berjangkit tidak boleh dilakukan kecuali dengan tindakan yang cepat.

Begitulah yang dijelaskan doktor, sehingga kita lihat sangat bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad saw (Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Ma'aad fi Hadyi Khayril Ibaad).

Kesimpulan daripada hadis diatas, maka sepatutnya biarkan warga asing yang  bergejala itu dikuarantin di Bentong. Kenapa perlu bawa keluar daerah sampai ke Kuantan? 

RISIKO DARI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Memang benar pesakit dikuarantin dan dikurung dalam stadium, namun bagaimana dengan petugas barisan hadapan yang bertanggung jawab untuk menguruskan warga asing terbabit?

Bukankah mereka ini akan balik ke kediaman masing-masing yang terletak di sekitar kawasan terbabit. Jika ada yang positif serta berisiko, inilah yang akan menyebabkan orang awam lain akhirnya jadi 'kontak rapat' dan turut terkesan dengan situasi tersebut.

KES DI GENTING HIGHLANDS TERKAWAL

Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan penularan kes di Genting Highlands terkawal dengan hanya melibatkan tiga kawasan penempatan yang diduduki oleh warganegara asing.

Difahamkan setakat ini tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di situ dan pemasangan kawad besi bagi mengelak penghuni di kawasan berkenaan keluar ke kawasan penduduk tempatan.

Malah dilaporkan juga Pahang kini merekodkan 61 kes dengan 55 kes adalah dari daerah Bentong yang kebanyakannya melibatkan 'Kluster Jalan Genting'. Persoalannya kenapa perlu pesakit dari Bentong mahu dikuarantin di Kompleks SUKPA.  yang jaraknya beratus kilometer dari lokasi terbabit. Jika terkawal, maka tidak perlu di bawa ke Kuantan. 

Kalau saya ada kuasa saya tak akan benarkan warga asing pesakit Covid-19 dikuarantin di Kompleks SUKPA. Kes terjadi di sana, maka kuarantinlah di sana, atau di mana-mana lokasi  di Lembah Kelang, yang jaraknya lebih dekat dengan Bentong.

Ini bukan mangsa banjir atau kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditangkap kerana tiada dokumen. Ini kes berisiko dan mereka itu adalah pesakit Covid-19 yang sudah membunuh ramai manusia di atas muka bumi ini.

KERAJAAN SEPATUTNYA TOLAK ARAHAN

Betul, saya tahu ini adalah arahan dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun jika Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju dan memikirkan soal rakyat maka, mana mungkin tergamak memunggah peskait itu ke Kuantan yang merupakan 'kawasan hijau' pada masa ini. Tempatkanlah mereka di lokasi sekitar kawasan Bentong sahaja. Jangan dibawa keluar kawasan hingga menakutkan warga Kuantan sekarang ini. 

Bukankah di sana ada Genting Highlands, guna salah satu hotel jadi pusat kuarantin. Ini bukan masa pelancong nak datang ke situ untuk bercuti. Biarlah pemilik hotel di sana buat kerja kebajikan pula ketika pandemik Covid-19 melanda sekarang ini. Kenapa perlu nak dihantar mereka yang bergejala itu ke sini?

Kenapa tidak gunakan 'Arena Of Stars Genting' yang lebih canggih dan terbaik. Waktu ini tak ada sebarang acara atau konsert artis yang diadakan disitu. Bukankan lokasi lebih dekat dengan kawasan "Kluster Jalan Genting" itu sendiri sebenarnya. Kenapa perlu dipunggah warga asing terbabit ke Kompleks SUKPA pula? . 

LOKASI BERADA DI PUSAT TUMPUAN

Kompleks SUKPA. kawasan tumpuan, virus boleh terlepas dengan berbagai cara yang kita tidak disedari. Kenapa perlu perjudikan nasib rakyat Kuantan? Kerajaan boleh berikan alasan yang munasabah kepada MKN agar tidak jadikan Kompleks SUKPA. Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Kuasa ada ditangan kerajaan. 

Sebelum ini saya sendiri pernah dedahkan kes Covid-19 terjadi di Hospital UIAM (Kluster Bali.  Namun semua pihak membisu seribu bahasa, malah saya dilarang mendedhakannya demi menjaga nama pusat perubatan terbabit. Maka, orang awam yang tidak tahu, datang ke situ untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya ramai yang positif Covid-19.Hingga ada beberapa nyawa terkorban.

KES "KLUSTER BALI' UAIM JADI PEDOMAN

Malah kakitangan UIAM serta ahli keluarga terpaksa menjalani ujian saringan  (swab test) di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Paling mengejutkan pihak UIAM sendiri menafikan kejadian sebelum itu dan mendakwa saya telah membuat fitnah. Namun, akhirnya terpaksa diakui selepas semakin ramai yang positif. 

Kompleks SUKPA. jaraknya begitu dekat dengan UIAM (berhadapan) sebenarnya. Jika kes di UIAM pun cuba disembunyikan. Maka saya tidak yakin kes kali ini juga akan berlaku benda yang sama. Ada pihak tidak mahu bersuara dan  berkata benar demi menjaga nama baik pihak terbabit. Akhirnya rakyat jadi mangsa. 

Harus diingat, lokasi Kompleks SUKPA juga berdekatan dengan pusat riadah Taman Bandar (laluan orang berjogging) dan kawasan perniagaan baharu. Memang ada kawad duri sebagai penghalang, Tapi masih kita ingat lagi peristiwai pagar yang tinggi kat ibu pejabat SPRM pun orang boleh panjat dan meloloskan diri. Malaysia, benda pelik boleh berlaku. Mana mungkin rakyat Indera Mahkota khasnya dan Indera Mahkota amnya tidak risau kalau warga asing yang dikuarantin itu terlepas ke luar. 

Kompleks SUKPA juga selalu digunakan sebagai Pusat Perpindahan Sementara (PPS) mangsa banjir. Bayangkan jika tiba2 hujan lebat turun dan stadium tertutup itu mahu digunakan untuk pusat perpindahan, bukankah ia berisiko, walau pun sudah disanitasi.

Apa, ingat virus itu boleh hilang begitu saja, walau pun ada macam2 SOP ditetapkan oleh kerajaan. Warga asing pulak tu yang dipunggah ke Kompleks SUKPA. Kalau warga tempatan, mungkin boleh dimaafkan lagi.

BENTONG LEBIH DEKAT LEMBAH KELANG

Jika alasan sebab dekat dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan Covid-19, rasa saya antara Bentong Kuantan dekat lagi ke Kuala Lumpur. Hospital Sungai Buloh ada dan Hospital Kuala Lumpur pun ada.

Malah di Lembah Kelang itu lebih banyak kemudahan sebenarnya. Pusat Kuarantin Covid-19 yang sedia ada di MAEPS Serdang juga ada dan lebih afdal digunakan daripada memperjudikan nasib rakyat Kuantan. 

Apakah kerajaan tidak mampu  bersuara untuk menghilangkan keresahan rakyat marhaen yang kini dalam ketakutan untuk berhadapan dengan risiko pandemik Covid-19?.

Siapa akan dipersalahkan jika kes positif Covid-19 tiba2 meningkat di Kuantan selepas ini?. Ingatkah kes di Sabah, gara2 pilihanraya negeri, akhirnya kes meningkat secara mendadak dan menakutkan rakyat. 

GUNAKAN HOTEL UNTUK KUARANTIN

Kami warga Kuantan dan  penduduk Indera Mahkota gesa warga asing dikuarantin di hotel-hotel sekitar Genting Higlands. Bincanglah dengan pihak pengurusan Genting. Bilik ada banyak kat sana. Masa ini pelanggan kurang so buatlah kerja amal pulak, bukan tak biasa kuarantin di hotel.

Atau pun gunakan bangunan i-KPKT yang kemudahannya lebih canggih di Bukit Tinggi Bentong. Bukankah itu bangunan milik kerajaan. Lokasi jauh dari kawasan kediaman dan pusat tumpuan penduduk berbanding Kompleks SUKPA. 

Boleh juga digunakan MRSM Bentong yang kini kosong kerana pelajar sedang bercuti. Kes ini berlaku di Bentong. Waktu ini dikira darurat dan ibubapa perlu faham situasi terkini. Kerajaan boleh kata MRSM tak sesuai kerana ia institusi pendidikan dan menimbulkan ancaman kepada pelajar dan ibubapa. Bukankah sekarang musim cuti? Selepas digunakan buatlah sanitasi semula.

 TIGA KES POSITIF DI KUANTAN HARI INI

Kenapa nak kena cari lokasi yang jaraknya beratus kilometer dari Bentong? Pelik sungguh, sanggup ambil benda yang sah ada risiko untuk disajikan kepada rakyat di kawasan yang dah kurang risiko ini.

Namun apa yang membimbangkan, biar pun Kompleks SUKPA belum beroperasi lagi tapi l daripada zon hijau sebelum iini, terkini Kuantan mencatatkan tiga kes positif Covid-19. Ini satu petanda yang tidak baik sebenarnya. 

Justeru saya merayu dan menyeru Kerajaan Negeri Pahang kaji dan tarik balik kebenaran penggunaan Kompleks SUKPA ini, kerana majoriti rakyat dan penduduk tidak boleh terima serta bersetuju dengan tindakan yang 'tidak popular' ini. Fikirlah sebelum bertindak.  Jika tidak boleh sekali pun, pastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman damai dan selamat daripada pandemik Covid-19 yang dibawa oleh 'Kluster Jalan Genting' itu. 

"Suara Rakyat Suara Keramat"


===========IKLANEKA BERBAYAR =========

Skim Pelaburan Emas Patuh Syariah, Beli 1 Unit Dapat 10 Unit Emas. Dapatlan Info Lanjut, Klik : https://quantumetal.blogspot.com/2020/11/orang-ramai-yang-tercar-cari-peluang.html?m=1

Read more »

Penceroboh Tanah Haram Musang King Menang Round Pertama Bila Mahkamah Tangguhkan Keputusan !

Keputusan yang  ditunggu2 oleh rakyat marhaen dalam isu pencerobohan tanah Musang King hari ini telah ditangguhkan ke tarikh baharu, pada 23 Disember 2020. 

Ini kerana mahkamah telah dimaklumkan ada afidavit baharu dikemukakan oleh penceroboh2 untuk mempertahankan tindakan mereka itu. Notis pengosongan tanah yang berakhir kini dicabar sekali lagi oleh mereka. 

Pada Ogos lalu penceroboh telah memfailkan permohonan itu dengan menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. 

Namun agak mengejutkan, kenapa dibenarkan ada afidavit baru? Sedangkan hari ini sepatutnya satu keputusan yang dinantikan rakyat diumumkn iaitu, penceroboh mesti keluar dari tanah2 yg telah mereka ceroboh secara haram itu.

Sungguh mengecawakan NGO yang hadir termasuk daripada PEMBELA, PERKID, ABIM dan VETERAN ATM sendiri. Tentera yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara, mohon tanah tidak dilayan. 

Malah ada veteran tentera  yang dihukum penjara dan denda ribuan ringgit gara-gara ceroboh tanah kerajaan. Namun kes ini agak musykil, boleh pulak penceroboh itu lawan dan pertikaikan notis pengosongan tanah yang telah dikeluarkan.

Siapa yang lebih berkuasa agaknya di sini? Kerajaan atau penceroboh. Apa akan jadi jika keputusan memihak kepada penceroboh? Ayuh bangkit seluruh rakyat, kenapa penceroboh dapat hak keistimewaan untuk menafikan hak kerajaan? Kenapa perlu ada afidavit lain? Sedangkan jika berlaku kepada orang Melayu, begitu cepat tindakan dan hukuman dibuat.

Pasti tiada peluang untuk rakyat pertahankan tindakan menceroboh, hatta masuk ke hutan simpan untuk berkelah atau memancing ikan sekali pun.. Ini pencerobohan yang sudah lama berlaku, boleh pula penceroboh lawan dan mempertahankan hak mereka menceroboh.


Sila klik video di https://youtu.be/RS9tqh2nkJo

MOHD SHUKRI B MOHD 

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Wakil Rakyat Marhaen ]

www.cucumatkilau.blogspot.com

Read more »

Jika UMNO Berkerjasama Dengan DAP Pada PRU-15, Mungkin 2/3 Kerusi Majoriti Menjadi Milik Mereka Dalam 'Kerajaan Perpaduan' !

Musuh marah dan buat lawak hina, kutuk dan hentam pemimpin UMNO yang nak berbaik-baik dengan DAP. Sebab bagi mereka DAP adalah parti yang menyemarakakan ideologi 'komunis' di negara ini. UMNO pula parti keramat org Melayu. Bagi saya, jika UMNO dan DAP boleh bersama pada PRU-15 ini.. maka kemungkinan besar 2/3  majoriti dalam dewan rakyat akan jadi milik mereka dalam "Kerajaan Perpaduan".

Rasionalnya, DAP adalah parti yang disokong oleh majoriti kaum Tionghua di negara ini, biar pun mereka ahli MCA, GERAKAN dan PKR. Sbb mereka ini bersatu atas nama undi, walau pun brpecah atas nama parti. Semua orang Melayu tahu. Jika tempat tersebut tak ada calon DAP maka undi akan diberi kepada proksi. Sebab itulah PH boleh menang majoriti di bandar.

Sebabnya, undi kaum Cina akan pergi ke calon proksi PH, tidak kepada MCA, Gerakan dan lain2 parti lawan mereka. Ini jelas dan memang terbukti, tak perlu dinafikan.

Maknanya DAP kuat di semua kerusi bandar. Sebab itu PH berjaya menakluki semua kerusi yang menempat ibu negeri pada PRU-14 lalu.


UMNO pula parti keramat orang Melayu dan sudah pasti sukar untuk ditumbangkan di kerusi majoriti Melayu terutamanya kawasan Felda. Orang Melayu sudah sebati dengan UMNO sebab parti itu bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Makanya, nenek moyang orang Melayu dan wasiatkan anak-anak cucu agar terus pegang perjuangan parti itu untuk kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan tanahair (ABATA). 

UMNO sukar ditumpaskan dikawasan majoriti Melayu kerana rakyat ingat jasa-jasa pejuang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Di Pahang, benar ada beberapa kerusi Felda yang UMNO tumbang kepada PAS. Namun, segala yang berlaku hanyalah permainan politik pihak tertentu yang membuat percaturan untuk menjatuhkan pemimpin tidak sehaluan dengan mereka. 

Maka, undi protes dihantar untuk menghukum pemimpin terbabit dengan arahan "parlimen pangkah BN, tapi DUN bagi PAS". Sebab itulah ramai calon popular yang sepatutnya menang tiba-tiba dikalahkan secara mengejut. Itu kata orang-orang yang lebig tahu. Sebab sumber mereka daripada ahli akar umbi. Sebab itulah bila UMNO dan PAS membentuk "Muafakat Nasional", mereka akan kuat. Tapi hanya di kerusi majoriti Melayu sahaja. Bagaimana dengan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak serta majoriti kaum lain?.  Mereka boleh bersama dalam perjuangan, tapi untuk jadi calon ia mematikan peluang pemimpin UMNO yang tewas kepada PAS pada PRU-15 lalu.

Walhal jika PAS dan UMNO berentap semula di kerusi terbabit, mungkin UMNO boleh menang dan merampas semula kerusi tersebut. 

PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dulu. Parti Islam boleh menerima DAP atas nama perjuangan, maka kenapa tidak UMNO? Jika parti Islam boleh bersama DAP,  parti Melayu UMNO lagilah mudah untuk berbuat demikian sebenarnya.

Justeru, saya melihat dan risau jika UMNO dan DAP bersama atas nama perjuangan rakyat. Mungkin mereka akan sapu bersih kerusi parlimen di seluruh negara, lebih dari 2/3 majoriti. Semakin susah susah untuk parti lain berjuang jika UMNO dan DAP bersama. UMNO kuat di kerusi majoriti Melayu, DAP pula kerusi majoriti Tionghua. Parti lain harap tempias jika mahu dapatkan undi.

Oleh itu, saya berharap semua ini sekadar teori semata-mata dan tidak menjadi kenyataan. Sebabnya, mungkin ramai ahli akar umbi UMNO yang tidak boleh terima kenyataan mereka duduk semeja dengan DAP. Namun hakikatnya memang selama ini pemimpin UMNO itu sendiri punyai hubungan rapat dengan tokey-tokey balak, emas, bijih besi, pasir dan lain-lain projek yang kebanyakkan mereka ahli DAP seumur hidup. Cuma ahli akar umbi yang tidak biasa dengan semua itu dan memandang jahat kepada DAP. Walhal, proksi-proksi DAP inilah yang menyokong politik pemimpin UMNO sejak sekian lama.

Makanya, tidak janggal untuk UMNO berbaik dengan dap sebab mereka adalah parti yang berdaftar secara sah dengan ROS, bukan pertubuhan haram yang mahu hancurkan kerajaan. Mereka sertai pilihanraya secara sah dalam sebuah negara demokrasi sejak zaman berzaman. Hanya provokasi keterlaluan yang menakutkan ahli UMNO dengan DAP.  Malahan, jika dilihat kepada undang-undang tubuh DAP, parti itu adalah parti berbilang kaum. Bukan hanya untuk satu sahaja. Malah, wakil rakyat DAP ada Cina, Melayu dan India. Namun, momokan berbaur 'rasist' menyebabkan orang Melayu dimomokkan DAP itu 'komunis, inilah yang menakutkan orang Melayu. Iulah senario yang berlaku selama ini. Sekadar pandangan mata kasar.


BLOGGER CUCUMATKILAU

www.cucumatkilau.blogspot.my


Read more »

Di Siasat Polis Sekali Lagi, Gara-Gara Terjah Isu Premis Warga Asing Di Kuantan !


Saya sekali lagi disiasat oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan isu warga asing hari ini.

Saya tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 10.15 pagi. Siasatan dibuat atas kes jenayah kononnya menfitnah PBT iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tentang isu premis warga asing di bandar ini.

Saya beri kerjasama penuh kepada pihak polis. Mereka membawa saya ke rumah dan merampas laptop peribadi saya sebagai barang bukti kes.

Siasatan selesai pada kira-kira jam 12.00 tengahari tadi. Ternyata PBT begitu marah dan mendakwa saya fitnah premis warga asing yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di bandar ini.

Kemungkinan besar kes ini akan dibawa ke mahkamah berdasarkan siasatan yang di buat oleh pihak polis hari ini. Saya hargai tugas polis tapi saya tidak akan menyerah kalah.. Lawan tetap lawan, demi kedaulatan negara.

Saya pohon doa dan sokongan daripada semua pihak untuk membantu perjuangan ini. Saya tidak sama sekali akan mengalah dan terus bangkit menyedarkan seluruh rakyat bahawa isu lambakan warga asing ibu sudah cukup parah di Kuantan khasnya dan negara amnya.

Perjuangan ini akan diteruskan sehingga ke akhir hayat. Misi selamatkan bumi tercinta dari terus dijajah oleh warga asing adalah satu perjuangan bukan sekadar angan-angan semata-mata. Justeru, rakyat perlu bangkit demi masa depan anak cucu kita.

Saya amat harapkan sokongan rakyat atas perjuangan isu warga asing ini. Moga semua pihak sedia membantu sekirannya kes ini dibawa ke mahkamah kelak. Bantuan dari segi dana dan guaman adalah dialu-alukan.

Salam Perjuangan Leluhur,

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

Read more »

Istimewanya Kad UNHCR, Hingga Pelarian Myanmar Bebas Di Negara Ini !


Ramai rakyat Malaysia 'makan hati' dengan situasi ini. Kita yang ada MyKad tak dapat layanan istimewa daripada warga asing dr Myanmar yang duduk di sini iaitu Rohingya.

Mereka hadir sebagai pelarian untuk dapatkn perlindungan kerana negara bergolak akibat kekejaman tentera Myanmar membunuh dan menghapuskan etnik Rohingya ini di sana. Jd kalau tengok youtube dan lain2 channel mmg kita jadi kesian dan simpati dengan nasib mereka.


Masalahnya istimewa sangatkah kad UNHCR ini hingga berbagai keistimewaan dimiliki oleh mereka mengalahkn warga tempatan. Apakah dengan ada kad ini mereka bebas berkeliaran dm negara kita? Bukankah sepatutnya mereka di tempatkan di satu kwsn pusat perlindungan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum di hantar balik ke negara Myanmar bila keadaan dan keselamatan sudah pulih seperti biasa.

Hari ini, difahamkn situasi di negara Myanmar sudah kembali pulih seperti biasa dan jarang kita dengar berita dunia mengatakan masih lg ada aktiviti penghapusan etnik di sana. Soalnya kenapa mereka masih berada di negara kita ??

Mereka ini pelarian atau sudah jadi satu lagi kaum minoriti yang jadi penduduk negara ini? Sebab, mereka bebas berniaga di sana sini dan juga bebas membawa kendereaan ke sana sini tanpa halangan. Kad UNHCR ini lesen ke apa? 

Tambah parah lagi, telah wujud kampung2  yang didiami oleh komuniti Rohingya dibuka seluruh negara. Mereka ada rumah, tanah, sekolah dan berbagai-bagai lagi. Kampung2 ada kemudahan air dan api letrik sama macam kampung tempatan yang lain. Pendek kata penduduk di kampung ini majoriti adalah dari kalangan puak2 mereka. Orang luar yg masuk, jangan cari pasal walau pun rakyat kita sendiri. 



Mungkin tanah perkuburan juga ada di sinikn. Maknanya mereka akan habiskan akhir hayat di bumi Malaysia yang tercinta ini dan bukan lagi sebagai pelarian yang sepatutnya dihantar balik ke negara mereka selepas situasi aman.

Mereka ada segalanya, seolah-olah mereka yang asalnya pelarian akan tinggal di negara kita buat selamanya. Malah ada yang gunakn kad UNHCR ini untuk berkahwin pula dengan warga tempatan. Rakyat kita nak memohon tanah sekangkang kera, tiga empat kali pergi temuduga pun tak dapat. Bagi yang berniaga kecil-kecilan, pantang silap silap sikit pasti kita dengar berita dikejar dan digempur oleh pihak berkuasa kerana melanggar SOP kononnya. Tapi lihat warga asing Rohingya boleh niaga guna basikal roda tiga dengan selamba tak ada rasa takut apa2 kepada pihak berkuasa sebab mereka ada kad UNHCR. Hebatkan kad ini !!

MALAYSIA TIDAK IKHTIRAF KAD UNHCR INI SERTA MENGANGGAP MEREKA JUGA PATI. 

Tapi kenapa mereka sudah tidak lagi macam pelarian, sebaliknya sebahagian rakyat negara ini? Adakah kerajaan sedar semua ini?. Malah kalau dilihat kpada kad UNHCR itu agak pelik.

EXPIRED DATE JADI TARIKH PEMBAHARUAN
BUKAN TARIKH TAMAT TEMPOH. MAKNANYA MEMANG STAY KAT MALAYSIA SAMPAI MATI NIH. TIGA TAHUN SKALI RENEW KAD UNHCR. SO, APAKAH KITA NAK TENGOK SAJA SEMUA INI BERLAKU DIDEPAN MATA? AYUH BANGKIT!

MALAYSIA TAK IKHTIRAF PELARIAN ROHINGYA https://www.bharian.com.my/node/683606/amp

Read more »

PRK Bermulanya Misi Selamatkan Tasik Chini


Misi Selamat Tasik Chini bermula di PRK Chini. Aku akan UP isu ALAM SEKITAR ini supaya orang faham kenapa CALON BEBAS PRO RAKYAT nak berjuang di PRK Chini. 

Bukan saja nak pegi KARAOKE atau MAKAN SATAY. Isu ni dah lama sangat ni. Malu aku, negeri Pahang ada dua tasik terbesar di Malaysia, iaitu Tasik Bera dan Tasik Chini. 


Tapi kedua-duanya kelihatan SURAM, SEPI TANPA KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA yang dapat menggamit pelancong ke sana. 

Akibat kerakusan tangan-tangan manusia yang mengejar keuntungan duniawi. Siapa lagi yang boleh bangkitkn isu ini dengan BERANI di DUN jika bukan mereka yang perjuangkan isu rakyat.  

Kamu bogel dan londehkanlah aku dengan apa yang kamu semua suka. Tapi perjuangan tetap akan ku teruskan demi rakyat bukan untuk beberapa kerat orang POLITIK 

Aku ingin selamatkan Tasik Chini kerana ia adalah khazanah alam yang sepatutnya dijaga bukan dipandang sebelah mata. 

Read more »

PRK DUN Chini: Bebas Beri Mandat, Rakyat Dapat Nikmat (II) !


BEBAS BERI MANDAT, RAKYAT DAPAT NIKMAT
(Dengan Adanya Pertandingan Pada PRK Chini)

Alhamdulillah, inilah rahmat bila adanya PRK. Peruntukan dan projek akan turun kpda rakyat. Baru dapat maklumat dr shbt minggu ini ada pemimpin politik  Pahang akan turun ke Chini untuk umum peruntukan sebnyk RM18 juta bg mngatasi masalah air di Felda Gugusan Chini. 

Inilah yang rakyat akan dapat dengan adanya pertandingan. Lepas ni tidak perlu lori bomba untuk hantar air kepada peneroka Chini andai brlaku masalah air yg kritikal sprt sebelum ini.

Klil video di https://youtu.be/wJcOfQfnUyY

Read more »

PRK DUN Chini: Bebas Beri Mandat, Rakyat Dapat Nikmat (I) !


BEBAS BERI MANDAT, RAKYAT DAPAT NIKMAT
(Dengan Adanya Pertandingan Pada PRK Chini)

Seronok warga Chini bila ada pilihan raya kecil. Segala janji yang tersangkut selama ini katanya akan diselesaikan sebelum 20 Jun 2020 iaitu tarikh Hari Pencalonan. Bagaikan MAGIC dan SEPANTAS KILAT isu sperti pencemaran Tasik Chini, isu prlombongan haram, isu pengondolan hutan, isu geran hak milik, isu air, isu orang asli, isu generasi kedua dan sbagainya. 

Aku dengar jalan raya pun sudah diturap. Bertuah rakyat di DUN Chini, biarpun pembangkang tak brtanding akhirnya isu akan selesai sblum 20 Jun. Aku cukup respek kata2 Tok Mat Maslan. Siap perli calon bebas lagi.DAH TAK ADA ISU, APA YANG NAK DIHUJAHKAN LAGI? FIKIRLAH SEPULUH KALI JIKA CALON BEBAS NK MSUK TANDING. 



Aku nak tanya kpd rakyat Chini, selama ini YB Ahmad Maslan sedar tak isu dan sekian lama tak selesai. Aku salah ke sapa yang salah? So, jangan salahkan calon bebas yer. Fikirkanlah !!

SIAPA YANG KATA CALON BEBAS TAK BOLEH TOLONG RAKYAT, TARIK BALIK YER 😊 SEBAB BELUM HARI PENCALONAN LAGI,, ISU YG AKU UP DAH NAK SELESAI. TKASIH KERAJAAN 😊
SEBAB TU AKU SUKA, FIGHT FOR YOUR RIGHT
AKU BANGGA MNJADI PENYELAMAT RAKYAT 

Tonton video temubual berkenaan di 
https://www.facebook.com/UMNOPahangDM/videos/626740877932641/

Read more »

Pantun Azimat Khas Buat Pengundi Di DUN Chini !


BEBAS BERI MANDAT !
RAKYAT DAPAT NIKMAT
(Dari Pulau Tawar Ke Tasik Chini)

AKU TAK HEBAT
AKU BUKAN KUAT

AKU ADA HASRAT
AKU ADA SEMANGAT
AKU PEGANG AMANAT

AKU BUKAN KOPORAT
AKU BUKAN KEPARAT

BUKAN SALAH TEMPAT
BUKAN SALAH ALAMAT

ADA ISU RAKYAT
AKU AKAN ANGKAT
AKU TAK KHIANAT
AKU TAK REMBAT

TASIK KIAN TENAT
HUTAN KENA KERAT

UNTUNG SIAPA DAPAT
RAKYAT  BOLEH LIHAT
AKU BUKAN MUSIBAT
AKU TIADA MUSLIHAT

ITULAH AZIMAT
ANGKAT DARJAT
ANGKAT MARTABAT

DEMI RAKYAT !!
AKU PEGANG ERAT

ITULAH NIAT !!
ITULAH HASRAT
YANG AKU SEMAT

HIDUP BERKAT
DAPAT RAHMAT
RAKYAT  SELAMAT

MENANG TAK DAPAT
KALAH ITU FIRASAT 

MASA KIAN SINGKAT
BILA DAH NAK DEKAT
BANYAK PROJEK BUAT

UNDI RAKYAT TEPAT
SUARA RAKYAT !!
SUARA KERAMAT !!

RAJA BERDAULAT
TETAP AKU TAAT

Salam Perjuangan:-
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(BLOGGER CUCUMATKILAU)

Like, Follow N Subscribe:-
Facebook #cmkCucumatkilau
Youtube #cmkmedia #cmkfm
Instagram *#cmk_cucumatkilau*
Twitter *#cmkcucumatkilau*
www.cucumatkilau.blogspot.com
www.angkaraterjah.blogspot.com

Read more »

Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !


KUANTAN  -  Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan isu premis warga asing yang "tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan" di bandar ini.

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan jam 2.30 petang semalam. Terdahulu pihak MPK dipercayai telah membuat laporan polis terhadap beliau dan dia dipanggil untuk siasatan kes yang sama pada Isnin.

Meurut Shukri, laporan terpaksa dibuat memandangkan beliau mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan berlaku di PBT terbabit hingga lambakan premis warga asing dibiarkan beroperasi tanpa sekatan terutamanya di Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar dekat sini.

Beliau yang mencetus kontroversi baru selepas isu warga asing di Selayang baru-baru ini mendakwa, banyak perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini. Jika tidak isu warga asing menjalankan perniagaan dalam negara ini tidak akan selesai.

"Laporan polis terhadap PBT ini adalah pemangkin kepada laporan berikutnya di PBT seluruh negara. Saya akan gerakkan kesederan rakyat tentang mengapa kita perlu bangkit sekarang. Saya yakin memang ada unsur khianat dalam isu ini hingga menyebabkan warga asing bermaharajalela menjalanan perniagaan," dakwa Shukri.

Beliau turut mendakwa, jawapan daripada pihak PBT ialah semua premis terbabit mematuhi SOP, kerana ada lesen dan pemiliknya pula adalah warga tempatan. Maka mereka tidak boleh ambil tindakan, malah warga asing hanyalah pekerja sahaja.

Walhal katanya, beberapa kali mendedahkan ada penyelwengan berlaku terhadap isu ini. Warga asing menggunakan nama wanita tempatan untuk tujuan lesen perniagaan mereka disini.  Wanita terbabit menerima bayaran tertentu setiap bulan dan hanya akan dipanggil bila ada operasi oleh pihak berkuasa. Hari lain, warga asing yang berada di premis terbabit sebab modal, serta segala urusan dibuat mereka bukanlah pemilik asal. Justeru lesen yang dialibaba wajar ditarik balik kerana ia jelas mencabar kedaulatan dan undang-undang negara ini.

"Warga asing berada disini atas pas lawatan dan kerja, bukannya dibenarkan membuka perniagaan. Mereka jelas menipu atau bersekongkol dengan pihak berkuasa untuk mengaburi mata masyarakat", kata Shukri.

Difahamkan beliau juga akan membuat laporan berikutnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini. 

"Mereka yang khianat ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Isu ini memang sudah sekian lama terjadi dan tiada pihak yang membangkitkannya secara lebih detail seperti ini. Banyak isu yang saya huraikan bagi membuktikan kes warga asing ini serius sekarang. Jika terus dibiarkan, pasti negara ini akan dijajah secara terhormat oleh mereka sebenarnya.

"Justeru kesedaran adalah penting agar kita dapat mewarisi kedaulatan negara ini dengan sempurna kepada generasi akan datang. Kita tidak mahu mereka menyalahkan kita akibat kealpaan dan tidak berjuang menentag isu ini secara efektif," dakwa Shukri lagi.

Sementara itu difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau oleh isteri warga asing Bangladesh yang berbangsa Melayu. Ia berikutan Shukri membuat hantaran di facebook gambar premis beliau beberapa hari lalu. Siasatan lanjut menyusul. #pahangdaily

Read more »

Isu Warga Asing: Siasatan Polis Terhadap NGO Selesai, Laporan Polis Dan SPRM Menyusul !



KUANTAN - "Saya beri kerjasama baik kepada pihak polis ketika siasatan", kata Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli ketika dihubungi PDO hari ini.

lSemalam PDO melaporkan beliau disiasat polis susulan laporan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan posting premis warga asing di Kuantan.

Menurut Shukri, beliau disiasat hampir satu jam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan pada jam 3.00 petang semalam.

"Saya terkejut kerana PBT buat laporan terhadap isu ini, walhal sepatutnya mereka berterima kasih kerana kami membantu mempermudahkan kerja mereka," kata Shukri.

Ketika ditanya butir-butir siasatan, Shukri mendakwa beliau tidak boleh maklumkan bagi tidak mengganggu siasatan yang dilakukan.

"Saya mungkin akan membuat laporan polis terhadap PBT terbabit dalam masa terdekat ini. Selepas itu laporan SPRM pula akan menyusul kerana saya syak memang ada dalang yang bersekongkol dengan warga asing ini sebenarnya. Sebab itu mereka memberi alasan tidak boleh berbuat apa-apa sebab mereka ada lesen perniagaan yang sah atas nama warga tempatan," dakwa Shukri lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakyat serta netizen di media sosial terhadap isu ini. 

Katanya lagi, perjuangan baru bermula dan mereka yang terlibat mempertahankan isu ini pasti akan dibawa ke muka pengadilan. #PDO

Read more »

MPK Lapor Polis Isu Premis Warga Asing, Penyelaras NGO Terjah Di Panggil Untuk Siasatan !


KUANTAN - Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan petang ini. 

Ia susulan satu laporan polis yang telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terhadap posting NGO terbabit di page rasmi mereka berkenaan isu premis warga asing di bandar ini.

"Saya dihubungi oleh pegawai polis sekitar jam 2.30 petang semalam, yang meminta saya ke IPD Kuantan untuk membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh MPK terhadap isu premis warga asing", dakwa Shukri.

Apa pun katanya, dia akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memperjuangkan isu premis warga asing ini biar pun terpaksa berhadapan dengan berbagai tindakan.

"Saya rasa inilah sejarah, apabila pihak PBT membuat laporan polis terhadap orang awam berkaitan isu premis warga asing yang didedahkan di media sosial", kata beliau lagi.

NGO terbabit sebelum ini mendedahkan operasi premis warga asing yang tumbuh bagaikan cendawan di Jalan Bukit Ubi dekat sini.

Turut didedahkan lokasi lain seperti di Permatang Badak dan Jalan Pasar. PDO akan mendapatkan maklumat lanjut tentang siasatan pihak polis terhadap aduan ini. #PDO

Read more »

Kluster Bali Di IIUM, NGO Persoal Portal SEBENARNYA.MY !


KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kredibiliti portal rasmi SEBENARNYA.MY yang diuruskan oleh pihak kerajaan. Portal tersebut kononnya untuk menangkis berita fitnah dan tidak pasti yang dikongsikan oleh orang ramai di laman media sosial. 


Namun dalam kes dakwaan mesej kakitangan IIUM positif Covid-19 yang didakwa palsu oleh portal terbabit, klik sini https://sebenarnya.my/dakwaan-mesej-kakitangan-uia-positif-covid-19-adalah-palsu/ ternyata ia sungguh mengelirukan orang ramai terutamanya warga Kuantan.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. Beliau yang pernah membongkar isu pusat perubatan swasta mana yang dikatakan menjadi punca merebaknya 'kluster Bali' akibat pandemik Covid-19 di Kuantan, pernah mendesak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan secara rasmi pusat perubatan terbabit sebelum ini.


Namun susulan seramai 1.500 orang warga Kuantan diarahkan menjalani ujian saringan semalam maka dengan jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda menyebut kesemua mereka terdiri daripada kontak langsung dan tidak langsung pesakit Covid-19 dari kluster Bali di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kuantan. 


Menurutnya, mereka yang dikenal pasti merupakan kumpulan berisiko Covid-19 yang perlu diberi perhatian. "Mereka ini termasuklah pesakit yang dirawat di IIUM sejak 19 hingga 21 April, staf yang bertugas serta ahli keluarga dan anak-anak kepada petugas kesihatan yang bekerja di hospital terbabit," kata kenyataan itu.

Ini bermakna kluster Bali sudah muncul di IIUM sejak dari awal lagi dan ia bukannya satu laporan palsu. Malah difahamkan kematian pertama Covid-19 di Pahang juga pesakit dikatakan telah ke hospital terbabit sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bahkan dua lagi kematian turut melibatkan kluster yang sama dan pesakit dipercayai ada menerima rawatan di hosital terbabit sebenarnya. Perkara ini tidak boleh dinafikann lagi kerana ramai pihak yang sudah tahu. Namun anehnya pihak IIUM sendiri beriya menafikan perkara ini, seolah-olah tidak berani perpijak di bumi yang nyata.


Akibatnya mereka masih menerima pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan tidak menutupnya (lockdown) lebih awal. Kini semakin ramai dilaporkan positif Covid-19 akibat ada kontak rapat dengan petugas di hospital tersebut.

"Saya hairan bagaimana IIUM sanggup keluarkan kenyataan yang bercanggah, kononnya mereka ada fakta. Walhal kes sememangnya berlaku di situ. kenapa perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai?. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu kerana takut rakyat panik adalah tidak berasas sama sekali. Sekarang barulah rakyat panik apabila kluster Bali semakin merebak dalam diam", tambah Shukri.

Gara-gara kenyataan pihak IIUM, kini kreadibiti portal sebenarnya.my mula diragui. Mereka sendiri tidak pasti tapi telah kongsi cerita yang bercanggah dengan fakta sebenarnya. Mohon portal terbabit memperbetulkan kenyataan berkaitan. #sumber

Read more »

Polis Nafi, Tada "Total Lockdown" Di Indera Mahkota Dua !


KUANTAN: Polis menafikan dakwaan kononnya kawasan Indera Mahkota 2, Kuantan akan dilaksanakan ‘total lockdown’ seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata orang ramai diminta tidak mendengar berita tidak benar disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Memang tidak ada (lockdown). Justeru, saya menasihati orang ramai jangan mendengar berita yang tidak benar ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya kawasan Indera Mahkota 2 akan dilaksanakan ‘total lockdown’ yang bermakna orang ramai tidak boleh keluar masuk.


Berita "lockdown" seperti yang ditularkan semalam


Mesej itu antara lain turut mendakwa Tuan OCS Indera Mahkota meminta semua pihak bersedia untuk ‘total lockdown’.

Mohamad Noor berkata, orang ramai seharusnya menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa serta tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih.

“Saya memberi amaran kepada sesiapa yang menyebarkan berita palsu ini, kita boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

“Saya juga ingin ingatkan penduduk di daerah (Kuantan) ini supaya duduk di rumah dan tidak melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak berkuasa, ” katanya. #sumber

Read more »

Kerajaan Baharu, Sekitar Edisi Terjah CMK Ke Istana Negara Dan Sheraton Hotel !


Seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada isu kerajaan baharu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Bermula dengan 'khabar angin' dan 'cakap kedai kopi', kini ia menjadi kejutan yang tidak dijangkan oleh semua pihak.


Saya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sebenarnya hari ini. Namun selepas menerima mesej daripada sahabat seperjuangan yang mendakwa ada berita panas dan menggemparkan akan berlaku hari ini, maka saya gagahkan diri untuk menerjah ke lokasi yang dinyatakan.

Sekitar jam 6.45 saya ke Istana Negara kerana dikhabarkan pimpinan tertinggi parti yang akan membentuk kerajaan iaitu dari Bersatu, UMNO, PAS, PKR, WARISAN (Sabah) dan GPS (Sarawak) mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

Mereka dikatakan mahu menzahirkan sokongan untuk pembentukan kerajaan baharru bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ternyata kehadiran saya ke Istana Negara tidak meleset sama sekali. Ramai wartawan media telah menunggu di pintu pagar Istana Negara untuk melaporkan situasi terkini.


Beberapa ketika kelihatan kenderaaan yang membawa para pemimpin parti terbabit dilihat meninggalkan Istana Negara. Mereka dijadualkan mengadakan pertemuan pula di Hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.


Saya bergegas ke hotel terbabit sekitar jam 10.25 malam. Kelihatan ramai penyokong UMNO, BERSATU dan PAS sudah menunggu di lobi sejak awal lagi. Begitu juga dengan para wartawan media yang dilaporkan sudah berada di situ sejak petang lagi. 


Namun, penantian semua pihak berakhir dengan kehampaan apabila dimaklumkan tiada sidang media dan pemimpin parti terbabit hanya bertemu dalam satu jamuan khas yang diadakan di lokasi tersebut. 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai tidak hadir. Namun pimpinan lain seperti Datuk Zahid Hamidi  (UMNO), Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU), Datuk Seri Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Shafie Aphdal (Warisan) dan lain-lain pimpinan parti masing-masing dilihat hadir.
Selepas mendapat perkhabaran tiada sidang media (PC) saya meninggalkan lokasi sekitar jam 11.05 malam. Saya sempat membuat live FB di kedua-dua lokasi terbabit untuk tatapan semua sahabat yang tidak dapat bersama. 


Apapun, sama-sama kita nantikan adengan seterusnya perkembangan terhangat politik negara ini. Saya juga sempat bertemu dengan beberapa orang rakan politik yang turut hadir. Salam perjuangan untuk semua. #CMK

Read more »