SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

PRU-14: Kerusi DUN Semambu Perlu "Di Kembalikan" Kepada Suara Majoriti !


Kedua-dua   parti politik baik Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang wajar meletakkan calon Melayu di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-14 nanti. Ini kerana  majoriti pengundi Melayu kini melebihi 60% berdasarkan kepada statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa ini. 

Pembangkang boleh meletakkan calon Melayu daripada PKR atau pun PPBM, manakala BN pula boleh memilih calon dari parti UMNO untuk bertanding di kerusi ini.

Saya hairan, sejak wujudnya kerusi DUN Indera Mahkota hingga bertukar menjadi DUN Semambu wakil rakyat kawasan ini tetap dari kaum manoriti. Walhal, pengundi Melayu melebihi dua kali ganda statitistiknya.

Pembangkang pernah meletakkan calon Melayu dalam dua pilihanraya umum sebelum ini iaitu Razali Alias dan Zukri Akshah dari PKR. Namun, kedua-duanya kalah kepada calon BN dari MCA iaitu Ti Lian Ker dan Pang Tsu Ming. Pada PRU-12, pembangkang mula meletakkan calon bukan Melayu iaitu Nancy Kong untuk berhadapan dengan Pang Tsu Ming.


Pang Tsu Ming Dan Ti Lian Ker dari MCA wakil BN
Razali Alias Dan Zukri Akshah dari PKR wakil PR

PRU13, sekali lagi calon bukan Melayu iaitu Lee Chean Chung diletakkan di situ. Beliau  menang dan menjadi wakil rakyat hingga ke hari ini. Ketika itu peratusan pengundi Melayu hanyalah 56.8% berbanding kaum Cina 33.20%. Saya gagal kerana tidak mewakili mana-mana parti ketika itu sebenarnya. Rakyat tidak yakin dengan calon bebas", kata Shukri.

Nancy Kong, calon pembangkang (PKR) pada PRU12

Amatlah tidak wajar, di kerusi yang majoriti kaum tersebut tetapi calonnya tidak dipilih di kalangan mereka. Sedangkan dalam perbincangan sama-sama parti jelas menyatakan mana-mana kerusi yang majoriti pengundi dari  kaum tertentu akan ditandingi oleh wakil kaum terbabit. 



Saya mendapat banyak aduan daripada rakyat di kawasan ini yang mahukan wakil rakyat dari kalangan Melayu. Ini bagi memudahkan wakil rakyat bersama dalam program dan sebarang aktiviti keagamaan.  Menurut Shukri lagi, dalam hal ini ia bukan bersifat perkauman atau rasis. Namun, ia lebih kepada memberikan hak kepada yang sepatutnya.

Amalan ini berlaku di mana-mana sebenarnya.  Saya tidak hairan jika majoriti tersebut hanya sedikit, namun di DUN Semambu ia mencecah sekali ganda. Sebab itu saya tawarkan diri bertanding seagai calon bebas di sini pada PRU-13 lalu.  Namun saya tewas kerana semangat kepartian itu mengatasi segalanya. 

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Indera Mahkota PRU10 (1999)

Apapun, selepas pilihanraya barulah masing-masing merungut dan terfikir betapa sukarnya bersama wakil rakyat dalam program agama di surau atau pun masjid-masjid. Maknanya, wakil rakyat sekadar pada namanya sahaja, sedangkan mereka tidak dapat bersama-sama rakyat itu sendiri.

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Indera Mahkota PRU11 (2004)

Perkara ini sekadar pandangan saya semata-mata dan dia terpulang kepada parti-parti yang bertanding. Situasi akan berbeza sekiranya pakatan pembangkang baharu Pakatan Sejahtera, dari PAS dan IKATAN meletakkan calon mereka pada PRU-14 ini nanti. Sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu. 

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Semambu PRU12 (2008)

Lebih menarik lagi, jika BN meletakkan calon dari UMNO pula kali ini selepas MCA tewas pada PRU-13 lalu. Pengorbanan besar perlu dibuat demi mempertahankan suara majoriti di kawasan DUN ini. Tiba masanya semua pihak perlu bertolak ansur jika BN mahu merampas semula kerusi terbabit daripada PKR. 

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN Semambu PRU13 (2013)

Jika ini berlaku, harapan untuk Pakatan Sejahtera menang adalah cerah berdasarkan kepada sokongan akar umbi pengundi atas pagar itu sendiri. Sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan demi kepentingan majoriti pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada masa akan datang. #CMK

Read more »

MPK Di Gesa Pasang Papan Tanda Yang "Lebih Jelas" Di Laluan Ke Teluk Tongkang


Susulan kekecohan isu caj perkhidmatan yang dikenakan terhadap pengunjung ke Teluk Tongkang, di Teluk Chempedak seperti yang diviralkan baru-baru ini, maka kami menggesa pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk segera membuat makluman awam tentang perkara ini.

Siastaan lanjut NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) mendapati, kawasan tersebut secara sah telah diberikan kepada pihak swasta untuk menguruskannya. Justeru, makluman awam di lokasi seperti papan tanda yang jelas perlu disediakan supaya tidak mengelirukan orang ramai.

Adalah lebih baik papan tanda diletakkan di pintu masuk jambatan ke Teluk Tongkang, bermula di kawasan gerai MPK di Teluk Chempedak. Ia memudahkan orang ramai untuk membaca kenyataan dan mengetahui status kawasan terbabit, sebelum bertindak untuk ke sana.

Jika ini berlaku, pasti isu kekeliruan status sudah tidak timbul lagi selepas ini. MPK juga perlu memaklumkan kawasan terbabit sudah diberikan hak penjagaan kepada pihak swasta dan caj-caj yang dikenakan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Soal bagaimana kelulusan kawasan berkenaan dibenarkan itu perkara lain yang tidak perlu dipertikaikan sebenarnya. Mungkin MPK ada alasan tersendiri untuk memberi kebenaran kepada pihak terbabit menguruskannya.

Tambahan pula, sebelum ini kawasan Teluk Tongkang agak sepi dan tidak terurus. Sampah sarap kelihatan di sana sini akibat sikap orang ramai sendiri yang menganggap tiada mana-mana pihak memantau aktiviti mereka di situ.

Dengan adanya pihak swasta yang menguruskan lokasi terbabit, kini  keadaannya semakin terkawal dan lebih menarik. Difahamkan, pelancong dari luar negara lebih berminat bersantai di Teluk Tongkang berbanding Teluk Chempedak sendiri. Mungkin kerana lokasi itu lebih tenang dan damai.

Justeru, orang ramai diharap tidak keliru lagi tentang status Teluk Tongkang selepas ini. Keprihatin MPK untuk meletakkan papan tanda yang jelas amatlah diharapkan demi kepetingan semua pihak. Papan tanda sedia ada yang ditulis dengan tangan boleh dikekalkan, namun papan tanda "standard" berserta dengan jumlah caj perkhidmatan yang dikenakan perlulah disediakan oleh MPK bagi memudahkan orang ramai terutamanya mereka yang baru berkunjuung ke lokasi ini.

"Cakna Demi Rakyat"

MOHD SHUKRI B MOHD 
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[   A  N  G  K  A  R  A   ]

Read more »

Isu Caj Bayaran Di Teluk Tongkang, Sila Batalkan Atau Pun Mahu Rakyat Boikot !


KUANTAN: Pengunjung Pantai Teluk Tongkang, Teluk Cempedak dekat sini terkejut apabila mereka dikenakan caj perkhidmatan untuk berkelah kerana tidak pernah dimaklumkan secara terbuka kepada orang ramai.

Difahamkan pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5 sehingga RM30 kepada kumpulan yang mahu berkelah atau pun mahu mengadakan jamuan BBQ di lokasi terbabit. 

Caj ini sudah lama berjalan sebenarnya, iaitu sejak tahun 2014 lagi. Namun ramai pengunjung terutamanya pelancong dari luar langsung tidak mengetahui perkara ini secara rasmi sebenarnya. 


Isu ini kembali menjadi panas apabila ia diviralkan baru-baru ini. Persoalannya, kenapa pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) langsung tidak menyediakan papan tanda secara rasmi tentang caj-caj yang dikenakan kepada orang awam?. Difahamkan  bayaran itu dikenakan kerana caj perkhidmatan termasuk keselamatan dan kemudahan yang disediakan.


Ramai yang tidak tahu dan mereka tertanya-tanya dengan bayaran berkenaan dan kenapa perlu dikenakan bayaran kepada pengunjung yang mahu berkelah di pantai ini. Bukankah MPK sepatutnya menyediakan kemudahan kepada orang awam, dan ia tidak perlu dicaj seolah-olah kawasan terbabit milik persendirian (private area). 

Sepatutnya pihak MPK yang membayar kepada kontraktor yang dilantik atas kerja-kerja yang dilakukan, bukannya mengenakan caj kepada orang ramai yang berkunjung ke situ. Ini adalah satu tindakan yang tidak adil kepada rakyat yang sudah membayar berbagai cukai kepada pihak berkuasa tempatan terbabit. 
Tindakan ini jelas sekali amat mengelirukan dan sewajarnya tidak berlaku. Bayangkan selepas beberapa tahun (2014) hingga sekarang, orang ramai tidak tahu menahu tentang perkara ini. Sekarang dah tahun 2017, bahkan tahun ini adalah Tahun Melawat Pahang. 

Maka itu, rasional mengenakan caj bayaran kepada pengunjung ke lokasi ini amatlah tidak sesuai dalam usaha menarik pelancong ke negeri ini. 

Ia bercanggah dengan amalan menyediakan perkhidmatan untuk rakyat. Jika ada yang membuang sampah atau mengotorkan tempat berkenaan, MPK sepatutnya mengenakan kompaun kepada pihak berkenaan sahaja. Bukannya mengutip bayaran daripada semua pihak yang berada di situ. 

Justeru, kami menggesa perkara ini ditarik balik atau akan berhadapan dengan tindakan "boikot" oleh rakyat yang terpaksa dilaksanakan.  Jika ini berlaku pasti hanya binatang sahaja terutamanya kera-kera di hutan berdekatan  yang akan datang ke situ nanti

Demi pelancongan, Kerajaan Negeri Pahang juga harus mengambil tindakan untuk mengeluarkan arahan pembatalan caj bayaran di kawasan ini. Ia sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke sini. Teluk Tongkang bukannya sebuah pulau yang boleh dibuat sesuka hari oleh pihak berkenaan.

Difahamkan, semalam (14 Februari 2017) pihak berkuasa telah turun ke lokasi terbabit dan membuang papan tanda yang berkenaan. Namun, ia tidak menyelesaikan isu kerana kawasan ini sudah diberikan tender kepada pihak swasta untuk menguruskannya. 

Lebih perit lagi, pihak yang menguruskan lokasi terbabit pula dipercayai warga asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Inilah yang menimbulkan isu kepada orang ramai sebenarnya. Kerana mereka seolah-olah merasa terlalu hina akibat diherdik oleh orang asing di bumi sendiri. 



Justeru, kami berharap pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) segera meletakkan papan tanda tentang caj-caj yang dikenakan bagi memudahkan orang ramai berurusan di situ. Mana mungkin selepas bertahun-tahun tiada satu papan tanda rasmi di lokasi. Ia seolah-olah cubaan untuk menganiaya orang awam yang tidak mengetahui tentang perkara ini.

Cakna Demi Rakyat

MOHD SHUKRI B MOHD 
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Ziarah Anak Sahabat Di KMC, Sempat Bertemu Dengan Pemangku Raja Pahang


Petang Tadi Sy Sempat Ke Kuantan Medical Centre (KMC) Untuk Menziarahi Anakanda Sahabat Rbo Rahim Othman, Yg Sedang Menerima Rawatan Penyakit Barah Payu Dara (Stage 3).
Amat Teruja, Kerana Sy Sempat Melihat Sikap Prihatin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Yg Sanggup Turun Utk Ziarah Anak Staff Baginda, Nadiah Shafiqah Haji Abdul Rahim, Yg Merupakan Seorang Guru Di Sek Keb Bera.



Biar Pun Terpaksa "Bertongkat", Tapi Baginda Gagahi Jua. Memang Terharu Melihat Majikan Yg Rela Berkorban Masa Demi Sebuah Kasih Sayang Kpd Pekerjanya. Inilah Sikap Yg Perlu Di Tunjukkan Oleh Mana2 Majikan Terhadap Anak2 Buahnya.


Malah Di Fahamkan, Semalam Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Juga Telah Luangkan Masa Utk Memberi Sokongan Kekuatan Kpd Nadiah Shafiqah Agar Tabah Melalui Segala Dugaan Dari Allah Ini.


Memang Sukar Utk Di Gambarkn Melihat Sikap Prihatin Tuanku Ini. Sesuatu Yg Mungkin Tak Mampu Di Lakukan Oleh Mana2 Majikan Sebenarnya. Inilah Dia Bukti Ciri2 Kemulian Keluarga DiRaja Pahang Di Mata Rakyat Jelata. Moga Ia Memberi Ikhtibar Kepada Semua Majikan Dan Pemimpin Agar Prihatin Kpd Kakitangan Dan Rakyat Mereka Hendaknya.
Moga Allah Lanjutkan Usia Tuanku. Dirgahayu Tuanku.
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
www.angkaraterjah.blogspot.my

Read more »

Asrama Terbakar, Kerajaan Negeri Di Gesa Naik Taraf Kemudahan Sekolah-Sekolah Agama Seluruh Pahang


Tidak sampai sebulan selepas kejadian Pusat Pendidikan Islam an-Nuur di Penor terbakar pada 15 Januari lalu, kini sebuah lagi asrama sekolah agama di Pahang terbakar. Kali ini di Maran dan melibatkan sebuah asrama sekolah menenagh agama Kerajaan Negeri Pahang. 

Jika kebakaran di Pondok An-Nuur melibatkan asrama lelaki, kebakaran di Maran melibatkan asrama perempuan Sekolah Menenagah Agama Maran, Kebakaran melibatkan sebuah bangunan asrama perempuan yang menempatkan 73 pelajar. 

Mujurlah tiada kejadian melibatkan kemalangan nyawa beraku dalam kebakaran sekitar jam 7.30 pagi tadi itu. Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak mengambil berat untuk menambah baik kemudahan asrama sekolah-sekolah agama di negeri ini?.

Difahamkan  Sekolah Menengah Agama Maran menempatkan keseluruhan 334 berumur 13 hingga 17 tahun manakala bangunan yang terbakar itu dibina sejak tahun 1982.

Sungguh menyedihkan apabila dilaporkan bangunan asrama sekolah yang terbakar itu sudah berusia hampir 35 tahun. Soalnya kenapa Kerajaan Negeri Pahang, tidak terfikir untuk menaiktaraf bangunan asrama tersebut?.


Malah, difahamkan 18 buah sekolah agama kerajaan negeri (klik sini) yang lain, situasinya hampir sama. Bangunan usang dengan kemudahan yang terlalu daif, menunjukkan seolah-olah semua sekolah agama  tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri selama ini.


Apa yang menjadi persoalan, kenapa peruntukan wang zakat tidak digunakan untuk menaiktaraf kemudahan di sekolah-sekolah agama Pahang?. Agak menghairankan bila mana pihak terbabit lebih gemar membeli hotel, ladang, tanah dan sebagainya, namun usaha untuk memaju dan menaiktaraf kemudahan sekolah serta asrama dipandang sebelah mata. 

Isu ini pernah tersiar di blog www.pahangdaily.blogspot.my beberapa tahun lalu atas tajuk "Panas: "Sekolah Agama Kian Daif", MUIP Di Gesa Bangunkan Institusi Terbabit Sebelum Beli Hotel"Kisahnya tetap tiada perubahan.


Membeli hotel untuk perniagaan tidak salah, namun utamakanlah juga pendidikan agama Islam di negeri ini. Kutipan zakat ratus juta setiap tahun wajar disalurkan juga untuk meningkatkan kemudahan sekolah-sekolah agama di Pahang ini sebenarnya.

Jangan hanya melihat kepada perniagaan yang mengutungkan, sedangkan ilmu agama yang dimiliki oleh anak-anak inilah lebih mulia untuk generasi akan datang. Justeru, bantulah sekolah-sekolah agama Pahang.


Inilah ikhtibar yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang atas musibah yang melanda Asarama Perempuan Sekolah Menengah Agama Maran pagi tadi. 


Asrama lelaki yang terbakar di Pondok An-Nuur baru-baru ini lebih moden dari asrama sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang. Walhal, pondok An-Nuur diuruskan oleh pihak swasta yang hanya bergantung kepada sumbangan derma orang ramai.

Justeru, berilah perhatian kepada memnaiktaraf kemudahan asrama terbabit, agar ia memberi keselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu. #CMKNEWS

Read more »

Ikhtibar Kes Lemas Di Tapak Bekas Lombong Bauksit, Semua Pihak Kena Cakna Demi Rakyat !


Insiden tiga kanak-kanak lemas di tapak bekas lombong bauksit dekat Sungai Karang baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku, jika Standard Operating Procedurs (SOP) dipatuhi oleh para pelombong. Namun, dek kerana penguatkuasaan yang agak lemah, akhirnya "tokey" dan "orang tengah" kaut untung, rakyat terpaksa meratapi kematian mereka yang tidak berdosa.

Soal SOP inilah yang menjadi penyebab kepada kejadian yang tidak diingini itu. Apa tidaknya, mana mungkin lombong boleh dilakukan berdekatan dengan jarak sekitar 50 hingga 100 meter dari kawasan penempatan penduduk?. Di sini saja sudah membuktikan, nyawa rakyat diperjudikan untuk keuntungan pihak-pihak tertentu.

Soalnya, semua pihak menuding jari apabila dipersalahkan. Masing-masing mahu lepas tangan dan tidak sanggup dipertanggungjawabkan. Sudahlah hasil dikaut, kawasan bekas lombong dibiarkan tanpa sebarang tindakan. 


Tiada papantanda, tiada pagar dan lebih tragis lagi kesan-kesan lubang itu tidak dikambus oleh pihak terbabit. Inilah yang menjadi punca tragedi lemas itu sebenarnya. Apapun kejadian sudah berlaku dan kini faktor "takdir" sudah pasti bermain di mulut-mulut pihak terbabit.

Apa yang jelas, ikhtibar di sebalik kejadian ini pula ialah sikap cakna dan prihatin penduduk setempat terhadap benda-benda berbahaya seperti ini juga wajar diberi perhatian. Sepatutnya jawatankuasa penduduk, sudah mengambil tindakan lebih awal termasuk menutup laluan ke lokasi tapak ini selepas ia sudah tidak digunakan lagi.


Tindakan membiarkan bekas tapak lombong itu terbuka, dan menyebabkan air bertakung selepas musim tengkujuh baru-baru ini juga harus diberi perhatian, Jika penduduk peka dan cakna, perkara ini mungkin boleh dielakkan. Penduduk boleh bergotong royong membina pagar tanpa mengharapakan pihak pelombong yang hilang entah ke mana selepas mengaut keuntungan. 

Selepas berlaku, baru nak kambus dan buat tindakan. Ia mungkin sudah terlambat. Jika isu ini dlaporkan kepada kami sudah pasti ia "diterjah" lebih awal. Saya sendiri melihat kolam-kolam ini memang merbahaya. Persoalannya, kenapa selama ini ia tidak didedahkan agar ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan.

Sikap alpa inilah yang menyebabkan insan yang  tidak berdosa menjadi mangsa. Bukan isu-isu sebegini sahaja, malah hal-hal lain pun. Ramai dikalangan kita yang anggap tidak apa-apa, sikap acuh tak acuh terhadap banyak isu. Akhirnya mengundang kemudaratan kepada semua.

Tindakan saman yang mahu dikemukankan oleh "Datuk" kepada mangsa memang wajar. Namun apakah ia berbaloi?. Saya pernah membela isu mangsa kemalangan maut Go-Kart di Indera Mahkota sebelum ini. Kes akhirnya tidak boleh ke mana kerana melibatkan pihak-pihak yang berkuasa di dalam. Kini masih dalam perhatian untuk tindakan.


Dalam kes lemas ini, mungkin ia agak sukar kerana sudah pasti tidak ada pihak yang mahu bertanggung jawab atas apa yang berlaku. Kecuaian menyebabkan malapetaka kepada orang lain. Justeru, beringatlah, jika ada isu-isu rakyat di tempat anda segeralah maklumkan kepada pihak yang berkenaan atau pun kepada kami. 

Mungkin bila "diterjah" ia dapat mengubah keadaan. Kerana kami "Cakna Demi Rakyat". Skuad Angkara Terjah mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian lemas di tapak lombong bauksit baru-baru ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
( A N G K A R A )

Read more »