SELAMAT DATANG KE BLOG BLOGGER CUCUMATKILAU (5 DIS 1998 - 5 DIS 2025) | TERIMA KASIH JUMPA LAGI

Kenapa MCA Perlu Melatah Bila MB Pahang Dakwa Lebih Mudah Berkerja Dengan DAP Dalam Urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri?

 

MCA melatah bila Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan Ismail akui berkerja dengan DAP lebih mudah berbanding parti itu. 

Macam-macam tohmahan dilontarkan kepada pemimpin terbabit.

Ada yang mahu Tok Wan nyatakan urusan apa yang sukar semasa dengan MCA dan bagai-bagai lagi.

Walhal itu hak Tok Wan sebagai pemimpin negeri Pahang, sudah semestinya selepas bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan beliau ada hak memberikan pandangan.

Lagi pun DAP tidak banyak meminta apa jua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Apa yang ada sekadar seorang Timbalan Speaker dan seirang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

DAP tidak meminta-minta untuk dilantik ke dalam syarikat GLC Kerajaan berbeza MCA.

Malah dalam lantikan Ahli Majlis PBT pun DAP hanya utamakan kawasan kerusi yang mereka menang terutama di Parlimen Bentong dan Raub.

Di kawasan yang mereka kalah semasa Pilihan Raya Umu Ke-15 lalu, jika ada lantikan pun hanya sekadar bagi cukupkan kuota semata-mata.

Selebihnya urusan MB untuk melantikan Ahli Majlis dikalangan UMNO BN dan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Begitu juga hal ehwal lantikan pemimpin setempat bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK), diberikan kelebihan mengikut kawasan yang dimenangi oleh parti itu.

Lebih mudah bekerja bukan bermakna Tok Wan menyembah DAP, tapi ia berkaitan dengan hal pentadbiran semata-mata.

Maknanya DAP tidak cerewet mahu minta jawatan itu ini, malah pemimpin mereka juga banyak memberikan kerjasama dalam merealisasikan agenda Pahang1st sendiri sebenarnya.

Maka tidak pelik untuk Tok Wan kata lebih mudah berkerja dengan DAP berbanding MCA sebelum ini. Itu hak beliau bersuara sebagai Menteri Besar.

Lagi pun ada pemimpin MCA yang terlalu lantang bersuara mutakhir ini mengkritik Kerajaan Perpaduan malah Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri sebenarnya.

Ura-ura dan khabar angin MCA mahu tinggalkan Barisan Nasional (BN) juga mungkin menjadi salah satu faktor Tok Wan bercakap sedemikian rupa.

Maka, tak perlulah meroyan tak tentu hala bila MB sendiri anggap lebih mudah berkerja dengan DAP berbanding MCA.

0 Komen Artikel Ini: