SELAMAT DATANG KE BLOG BLOGGER CUCUMATKILAU (5 DIS 1998 - 5 DIS 2025) | TERIMA KASIH JUMPA LAGI

Ziarah Makam Mustafa Kamal Ataturk Pun Jadi Isu, Ulamak Dunia Dah Lama Ziarah Makan Firaun Di Mesir Sebenarnya !

 


Mana-mana pemimpin dunia yang melawat negara Turkiye pasti akan melalui protokol dibawa menziarahi makam Mustafa Kamal Ataturk pun ramai marah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Kononnya Anwar menyembah pemimin Turkiye yang tidak diterima oleh 'bumi' dan dilaknat oleh Allah SWT.

Kecoh dibuatnya di media sosial mainkan isu tersebut, hingga PM sendiri terpaksa menjawab dan buat kenyataan media.

Mereka yang kutuk bukan main lagi dakwa macam-macam penghinaan terhadap PMX.

Kali ini saya nak bagi tau dan buka mata kepada semua bahawa usah jumud dalam membuat penilaian sesuatu isu.

Sebenarnya, sebelum PMX ziarah makam Mustafa Kamal Ataturk  di Turkiye memanf dah ramai pemimpin Islam ke sana, kerana ikut protokol kerajaan negara terbabit.

Takkanlah nak ziarah ambil sejarah sebagai panduan di masa hadapan pun tak boleh.

Antara Kamal Artartuk dengan Firaun mana yang lebih dilaknat Allah SWT sebarnya?

Tapi sedarkah kita berapa ramai pemimpin Islam dan ulamak seluruh dunia termasuk dari negara kita yang menziarahi Piramid di Mesir, tempat tersimpannya mumia Firaun selama ini.

Adakah mereka mahu menyembah Firaun? Mereka melawat Piramid dan makam Firaun, bukan untuk berziarah secara pemujaan.

Tetapi untuk mengambil pengajaran tentang kebesaran Allah, kezaliman Firaun, dan keajaiban ciptaan-Nya.

Malah kisah Firaun menjadi peringatan sejarah keangkuhan dan azab Ilahi, seperti yang dilakukan oleh beberapa ulama yang mengambil iktibar dari binaan megah itu untuk renungan, bukan untuk mengagungkan Firaun.

Mereka mahu melihat sendiri bukti keangkuhan Firaun sebagai simbol kezaliman dan kekuasaan yang ditentang ajaran Allah.

Iktibar dan Peringatan yang mereka dapat ialah mengingatkan tentang azab yang menimpa Firaun dan kaumnya sebagai pengajaran kepada umat Islam.

Kesimpulannya lawatan para ulamak ke Piramid adalah untuk tujuan renungan, pengajaran, dan kajian, mengukuhkan keimanan, bukan untuk memuja atau mengagungkan Firaun, yang merupakan musuh Allah.

Maka, kenapa perlu buat provokasi yang keterlaluan tatkala melihat PMX ziarah ke makam Mustafa Kamal Ataturk terpedaya dengan omongan dan momokan mereka yang memang benci dengan segala tindakan Perdana Menteri Malaysia itu.

Usah terpedaya dengan mainan persepsi yang berlebihan kerana ia akhirnya boleh menjerumuskan kita ke arah kehancuran.

0 Komen Artikel Ini: