SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Facebook Di Sekat Gara-Gara Siarkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Radio Internet CMK FM


KUANTAN - Gara-gara akaun Facebooknya disekat (block), Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli tampil meluahkan kekesalannya. Tambah menegecewakan beliau, tindakan tersebut dibuat oleh Facebook atas laporan daripada admin pages Ustaz Azhar Idrus Official. 

Menurut Shukri, semua itu kerana beliau menyiarkan sedutan rakaman program "Soal Jawab Ramadan Bersama Ustaz Azhar Idrus" untuk slot Kuliah Ramadan di Radio Internet CMK FM baru-baru ini. (Soal Jawab Ramadhan - Ustaz Azhar Idrus Official)


Akaun Facebook beliau kini langsung tidak boleh diakses dan sudah tiada dalam carian di Facebook. Ini bermakna akaunya sudah dihapuskan sepenuhnya dari laman media sosial tersebut.

"Saya terharu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Niat untuk sebarkan agama Islam kepada para pendengar CMK FM akhirnya menyebabkan akaun asal Pages CMK FM itu sendiri pun sudah tidak boleh diakses lagi. Malah, akaun page NGO Angkatan Pembela Rakyat (Official) juga turut menjadi mangsa", katanya.


Beliau kini kehilangan 5,000 rakan dan 8,000 follower di Facebook peribadinya. "Semua sahabat dari dulu hingga sekarang sudah tiada lagi. Akaun saya telah dikenakan tindakan oleh Facebook Management Team gara-gara menyiarkan program agama Ustaz Azhar Idrus", tegasnya.

Sementara itu difahamkan pihak UAI Official tidak membenarkan mana-mana pihak menyiarkan semual video mereka atas nama "hak cipta".  Berdasarkan kepada aduan yang dibuat kepada pihak Facebook, membuktikan mereka serius tentang hal ini.

Namun, bagi Shukri apa yang disebarkan itu ialah dakwah dan dia tidak boleh share link dari page terbabit kerana ia segmen live streaming.




"Sebab itu kami siarkan Youtube program UAI di UPM untuk tontonan pendengar. Tambahan pula kami merasakan ia adalah ilmu agama dan dakwah. Maka menyebarkannya bermakna memanjangkan pahala di bulan Ramadan Al-Mubarak. Tapi, lain pula jadinya" tambah Shukri.



Beliau turut mendakwa diarahkan menhentikan siaran Live FB ketika program Uasta Azhar Idrus di Masjid Tepian Putra dekat sini malam tadi. 

"Saya membuat live FB untuk follower CMK FM, bukan semua mereka like atau follow page UAI Official. Lagi pun saya merasakan ia bukan siaran live DJ dan tidak ada akta atau pengumman yang dibuat oleh pihak penganjur yang tidak membenarkan rakaman dibuat", katanya. 

Malah dakwa Shukri, mereka sepatutnya menghubungi beliau terlebih dahulu kerana ada dikalangan mereka mengenalinya di Kuantan. Namun, tindakan drastik yang dilakukan jelas sekali amat mengecewakan.

"Atas apa jua alasan, saya tidak boleh terima semua ini. Kami bukan siarkan ceramah fitnah atau politik. Tetapi panjangkan ilmu agama UAI. Sepatutnya pihak yang terlibat bersyukur kerana pahala mereka berpanjangan dengan penyiaran ini. UAI buknalah artis syarikat rakaman hingga perlu merujuk terus kepada Facebook untuk sekat akaun saya". katanya lagi selepas menyiarkan rakaman kenyataannya di FB CMK FM malam tadi. #sumber

Read more »

Tindakan Tidak Bertanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh Mereka Di Sabah


Tindakan BN dan PAS tidak meletakkan calon mereka pada PRK Sandakan adalah sesuatu yang tidak baik untuk menguji pengaruh pembangkang di negeri Sabah sebenarnya.

Atas apa jua alasan sekali pun, BN dan PAS sepatutnya menyertai PRK Sandakan walau pun tahu kekuatan mereka tidak sehebat di semenanjung.

Umum mengetahui UMNO lumpuh di Sabah selepas pemimpin dan ahli mereka berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Warisan. Namun, ia mungkin hanya di atas kertas, atas padang belum tentu lagi.

Biar pun BN dan PAS gusar kekalahan mereka akan menyebabkan moral ahli sedikit luntur selepas mendapat kemenangan hatrik dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

BN dan PAS juga harus menguji sokongan rakyat terhadap mereka di Sabah. Bahkan, ia juga sebagai pemangkin untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) menjadi "Kerajaan Sepenggal".

Sabah dan Sarawak adalah Fix Deposit BN setiap kali pilihanraya umum selama ini.. kecuali PRU14 lalu. Maka, bagaimana harus pembangkang ambil alih tampuk pimpinan negara jika majoriti kerusi parlimen di kedua-dua negeri tersebut kini bersama Pakatan Harapan?.  Bukan PRK Sandakan boleh dijadikan ujian untuk melihat banyak mana sokongan rakyat terhadap pembangkang. Soal menang atau kalah perlu ditolak ke tepi.

Pertembungan DAP dengan PBS dan lain-lain calon bebas tidak menggambarkan pertembungan sebenar dalam PRK Sandakan. Pemerhati boleh melihat dengan jelas bahawa Pakatan Harapan sudah pasti akan menjadi pemenang kali ini, sama seperti apa yang berlaku di PRK Rantau sebelum ini. 

Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

Read more »