SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Isu Air Pula Menghantui Sebahagian Besar Penduduk Bukit Goh


TERJAH ~ Bala Apakah Yg Menimpa Penduduk Felda Bukit Goh Agaknya?. Di Tengah Kehangatan Isu Bauksit, Kini Di Laporkan Sudah Lebih Dua Minggu Bekalan Air Terputus Di Kawasan Terbabit. 



Malah Di Laporkan Dua Hari Ini, Hampir 100% Kawasan Terbabit Terjejas Hingga Menyebabkan Penduduk Terpaksa Menadah Air Pada Lelehan Dari Batang Paip. Mohon Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Bertindak Segera Demi Rakyat. !! ‪#‎CMK‬@ANGKARA

Read more »

Isu Bauksit: NGO Angkara Menolak Kenyataan Presiden ANAK !


NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Agak Terkejut Dgn Kenyataan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Ini. Tindakan Saudara Mazlan Aliman Menyokong Peneroka Terbabit Amat Di Kesali Kerana Pd Peringkat Skrg Ia Sudah Terlambat. Keadaan Sudah Kritikal.
Hanya Beberapa Buah Lombong Bauksit Sahaja Yg Ada Lesen, Majoritinya Adalah Lombong Haram. Jika Kenyataan Ini Di Buat Setahun Yg Lalu, Mungkin Ia Tak Jadi Masalah. Tp ANAK Nampak Membela Peneroka Yg Kononya Tersepit. Walhal Sebahagian Besar Mereka Sudah Makan Hasilnya.
Bg Kami Fokus Kpd Isu Rakyat Yg Tiada Kaitan Dgn Bauksit Itu Lebih Utama. Mereka Yg Hari2 Hidu Debu Hingga Kesihatan Terjejas. Mereka Yg Terancam Nyawa Akibat Keselamatan Jalan Raya Yg Tidak Terkawal Gara2 Lori Bauksit. Alam Sekitar Yg Tercemar Akibat Aktiviti Perlombongan Tanpa Kawalan Serta Berbagai2 Lgi Impak Yg Lebih Besar Kpd Penduduk Setempat.
Mereka Yg Menjadi Mangsa Inilah Yg Perlu Di Beri Keutamaan Dalam Pembelaan. Bukan Mereka Yg Telah Menikmati Hasil Lumayan Akibat Dr Perlombongan Terbabit.


ANAK Perlu Bijak Bezakan Yg Mana "Mangsa" Dlm Isu Ini. Menyokong Peneroka Tanpa Melihat Kesengsaraan Org Lain Adalah Sesuatu Yg Tidak Wajar Sebenarnya. ANAK Perlu Melihat Aspek Yg Lebih Mendalam, Bukan Sekadar Menilai Dr Sudut Peneroka Terbabit Yg Kononnya Akan Merana Bila Aktiviti Ini Di Batalkan Menjelang 31 Julai 2015 Ini.
Justeru, Kami Menolak Kenyataan ANAK Dlm Isu Bauksit Ini. Bagi Kami Aktiviti Perlombongan Ini Wajar Di Hentikan Serta Merta Tanpa Kompromi. Kerajaan Negeri Pahang Perlu Bertegas Dlm Hal Ini. Kita Takut Ada Rayuan, Desakan Yg Akan Menyebabkan Aktiviti Ini Di Sambung Balik Selepas Tarikh 31 Julai Atas Berbagai Alasan Yg Sengaja Di Reka Utk Menghalalkan Cara.
Apakah ANAK Bangkit Membela Kerana Ramai Penyokong Mereka Turut Terlibat Dgn Projek Bauksit Ini?. Di Mana ANAK Ketika Beribu Peneroka Di Nafikan Hak Dptkan Dividen Khas / Bonus Raya FGV Baru2 Ini?. Kenapa Tidak Bangkit Membela Hingga Berjaya?. Kenapa Dlm Isu Bauksit Yg Bagi Kemewahan Kpd Minoriti Peneroka Sedangkan Majoriti Rakyat Teraniaya ANAK Beriya2 Hendak Bela. Sedangkan Mereka Sudah Tahu Situasi Semakin Kritikal Sekarang Ini. Kenapa Perlu Beri Lg Peluang Kpd Peneroka Utk Menikmati Hasilnya Di Ketika Org Lain Menderita Kerananya?.
"PEOPLE'S JUSTICE VOICE"
MOHD SHUKRI MOHD
RAMLI@JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Terbaik: Kenyataan Angkara Isu Korek Pasir Di Siarkan Kosmo !


Kenyataan Eksklusif NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) Ttg Cadangan Kerajaan Negeri Pahang Mengenai Isu Korek Pasir Telah Di Siarkan Dlm Akhbar Kosmo! Hari Ini. Sy Meminta Kerajaan Kaji Dan Buat Tender Secara Terbuka Agar Hanya Kontraktor Berwibawa Di Lantik, Bukan Atas Dasar Proksi Pihak2 Tertentu. 
‪#‎CMK‬@ANGKARA

Read more »

Salam Aidil Ftiri Buat Sahabat Daripada Blogger Cucumatkilau


AIDIL FITRI ~ Di Kesempatan Ini Sy Mengambil Kesempatan Menyusun Sepuluh Jari Untuk Memohon Ampun Dan Maaf Andainya Ada Kesalahan Dan Kesilapan Sy Selama Shbt2 Dlm Group Facebook Ini Mengenali Sy. Semoga Persahabatan & Kehidupan Kita Akan Di Teruskan Dan Di Redhai Allah Atas Muka Bumi Ini. Salam Keceriaan Di Aidil Fitri Yang Mulia Ini. Maaf Zahir Batin Dari Sy Seisi Keluarga .. Noor Hazlinda, Muhammad Danial Firdaus, Farra Nur Diana Dan Muhammad Danial Fitri. ~ Salam Lebaran Dr Admin ●● Amat Jamal (1978) Shukri Jamaluddin (1983) Cikgu Shukri (1991) DJ Shukrie (1996), Blogger Cucumatkilau (1998) & CMK (2008) 

Read more »

Isu Bauksit: Jangan Tersalah Menilai Perjuangan NGO Angkara


Susulan tindakan kami menyokong kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob susulan kenyataan beliau bahawa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan drastik menamatkan 34 pemegang Lesen Melombong Bijih (MOL) berkuat kuasa 31 Julai ini.

Maka ramai pihak yang telah menuduh dan mengecam kami kononnya sudah dibeli oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk menyokong mereka pula. Bagi mereka #ANGKARA hanya perlu membangkang sepanjang masa dan tidak boleh menyokong langsung tindakan kerajaan hatta yang membawa kebaikan untuk rakyat.


Maka itu saya selaku Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat ingin memperbetulkan persepsi ini agar mudah di fahami. #ANGKARA adalah NGO Pro Rakyat yang membela rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Maka itu kami tidak tertakluk kepada arahan mana-mana pihak baik kerajaan mahu pun pembangkang.

Dalam isu bauksit, kami banyak memperjuangkan hak-hak rakyat dan membela nasib mereka selama ini. Maka, apabila Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan akan membatalkan Lesen Melombong Bijih (MOL), kami menyokong sepenuhnya. Bagi kami mana yang baik untuk rakyat kami akan sokong, yang tidak baik untuk rakyat kami akan tegur dan tentang habis-habisan.

Dalam kes Bauksit, beberapa bulan lalu kami pernah keluarkan kenyataan menyokong kenyataan MB Pahang yang mengatakan Kerajaan negeri Pahang tidak akan teragak-agak menghentikan aktiviti perlombongan bauksit dan bijih besi di negeri ini sekiranya masalah pencemaran di jalan sekitar menghala ke Pelabuhan Kuantan dan perindustrian Gebeng berterusan tanpa jalan penyelesaian.(Klik sini http://cucumatkilau.blogspot.com/2015/02/isu-bauksit-ngo-angkara-sokong.html).


Maka semalam, MB umumkan akan menamatkan lesen MOL tersebut selepas melihat keadaan semakin kritikal dan tidak terkawal. Maknanya MB mahu mengotakan janji yang telah beliau buat beberapa bulan yang lalu. Sebagai NGO Pro Rakyat, kami berhak menyokong tindakan MB ini. Tidak timbul soal kami termakan kata-kata MB seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Benda yang baik kami akan sokong kerana yang mendapat faedah ialah rakyat. Keputusan drastik ini wajar diterima oleh rakyat (Klik sini http://cucumatkilau.blogspot.com/2015/07/bauksit-keputusan-drastik-mb-wajar-di.html).

Kenapa perlu ada yang bising mengatakan MB tipu dan tidak kotakan janji, sedangkan semalam baru MB umum batalkan lesen melombong tersebut. Soal ada yang kata kenapa tidak sekarang dan perlu tunggu hingga 31 Julai 2015?. Sebenarnya dalam satu kenyataan sebelum ini MB ada mengatakan akan membatalkan lesen melombong sehingga 31 Ogos 2015 akan datang, tapi sekarang diawalkan sebulan. Kenapa kita perlu melenting?.


Kami tidak mahu terpalit dengan provokasi pihak pembangkang yang hanya mahu membangkang 24 jam hatta benda yang membawa kebaikan untuk rakyat. Maka itu, usahlah dijadikan alasan bahawa kami bersekongkol pula dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk tujuan ini. Kami tetap dengan pendirian "mana yang baik untuk rakyat disokong, mana yang tidak baik dan menyusahkan rakyat ditentang".

Semua pihak perlu menunggu sehingga 31 Julai 2015 untuk melihat jalan penyelesaiannya. Jika masih ada aktiviti perlombongan bauksit dijalankan, ia bermakna ada pihak yang engkar dengan arahan MB itu. Kita tidak seharusnya melatah dalam hal ini. Apa yang penting ialah telah ada jalan penyelesaiannya selepas isu ini ditegur oleh Tengku Mahkota Pahang baru-baru ini.

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, bersabar dan berlapang dada itu lebih afdal. Doakan semoga MB menunaikan segala janji-janji ini demi rakyat. "Rakyat Di Dahulukan". Salam Perjuangan.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Bauksit: Keputusan Drastik MB Wajar Di Terima Semua Rakyat


Kami merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob semalam bahawa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan drastik menamatkan 34 pemegang Lesen Melombong Bijih (MOL) berkuat kuasa 31 Julai ini.

Maka kami antara NGO yang banyak memperjuangkan isu ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada MB Pahang atas tindakan tersebut. Walau pun ia agak terlambat, namun sekurang-kurangnya memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat terutamanya warga Kuantan yang banyak ditimpa musibah akibat aktiviti perlombongan luar kawalan ini.

Kami melihat keputusan Kerajaan Negeri Pahang ini amatlah tepat sekali dan ia merupakan hadiah Hari Raya Aidil Fitri buat rakyat. Walau pun ada suara-suara sumbang yang terus mengkritik kenyataan Adnan itu, namun ia harus diterima secara terbuka oleh semua pihak.

Bukan senang, MB mahu membuat keputusan yang mengejutkan itu sebenarnya. Namun, ia harus dilihat dari sudut yang positif demi mengembalikan semula imej keceriaan bandar Kuantan sebagai "bandar lestari" seperti yang diwar-warkan.

Kepada mereka yang terus mengkritik terutamanya di media sosial, kami harap agar dapat berlapang dada dan menganggap ia sebagai satu kejayaan buat rakyat, setelah sekian lama mereka berjuang untuk isu bauksit ini. Usahlah terus mengutuk, menghina dan mencaci kerana emosi. Benda yang baik, kita wajar menyokong atas usaha kerajaan negeri ini.

Cuma, dalam menghadapi tanggal 31 Julai 2015 kami amatlah berharap Kerajaan Negeri Pahang dapat menasihatkan para pelombong agar tidak bertindak rakus untuk menghabiskan sisa-sisa hasil perlombongan mereka dengan melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan.

Tambahan pula di saat umat Islam akan menyambut peraayaan Hari Raya Aidil Ftiri tidak lama lagi. Kita tidak mahu lori-lori bauksit terus bermaharajalela di atas jalanraya hingga mengganggu dan mengancam keselamatan penduduk setempat. Oleh itu, Adnan digesa mengarahkan para pelombong menghentikan aktiviti perlombongan sehari sebelum dan dua hari selepas Aidil Fitri bagi tidak mencetuskan konflik yang akan menyebabkan rakyat terus marah dengan tindakan ini.

Apapun, kami mengucapkan syabas  dan tahniah kepada Menteri Besar Pahang atas tindakan ini. Semoga ianya dapat memberikan semula sinar kehidupan baru buat warga Kuantan. Kembalikan hak mereka di bulan Ramadan ini adalah satu tindakan mulia yang wajar disanjungi. Maka itu kami sekali lagi amat berterima kasih kepada Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob atas keputusan pembatalan aktiviti perlombongan bauksit ini.


MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]


Read more »

Bauksit: Hairan, Mana Pergi MB Serta Semua Barisan Exconya ?


Negeri Pahang Darul Makmur Ini Ada MB Dan Barisan Exco Yg Mengangkat Sumpah Dan Di Lantik Utk Menjaga Kepentingan Rakyat Selepas PRU-13 Lalu. Tp Pelik, Kenapa Dalam Isu Bauksit Kelibat Mereka Ini Langsung Tidak Kelihatan Turun Padang Membela Rakyat?. Amanah Dan Tanggungjawab Ketika Di Pilih Oleh Rakyat Mana? Ini Yg Menjadi Kemusykilan.. 


Negeri Pahang Seolah2 Tiada Lg Undang2 Dan SOP Berkaitan Perlombongan. Mana Pergi Semua Pentabir Negeri Ini. Kenapa Tidak Teruskan "Tradisi Membela Rakyat:?. Bukankah Anda Sudah Berjanji "Rakyat Di Dahulukan"?. Apa Sudah Jadi?. Rakyat Terseksa Dan Menderita, Anda Semua Masih Bersenang Lenang Di Kerusi Empok Dan Lena Di Buai Mimpi.

Caknalah Nasib Rakyat. Kenapa Biarkan Kami NGO Yg Tiada Elaun, Tiada Gaji, Tiada Kuasa Ini Utk Terus Mendedah Dan Membongkar?. Jika Tidak Malu Kpd Rakyat Pun, Malulah Kepada Allah Kerana Anda Tergamak Membiarkan Rakyat Yg Tidak Berdosa Terus Menjadi Mangsa. Sedarlah..
 Anda Adalah Khalifah Allah Di Atas Muka Bumi Ini. Jika Tidak Mampu Bertindak, Letak Jawatan... Dan Berikan Kpd Mereka Yg Lebih Bertanggungjawab Terhadap Rakyat. INGATLAH, Allah SWT Melihat Apa Yg HambaNya Kerjakan..
"Rakyat Memilih Kamu Utk Membela Nasib Mereka, Bukan Tidur Lena Di Kala Mereka Hidup Menderita Dan Sengsara"
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
‪#‎ANGKARA‬ ]

Read more »

Kerajaan Di Gesa Bina Exit Keluar LPT Pekan Tajau Ke Jengka


Sebagai Anak Felda (Jengka 7) Yg Sering Menggunakan Laluan Pekan Tajau - Jengka Utk Pulang Ke Kampung Halaman, Sy Merayu Pihak Kerajaan Agar Membina Segera Exit Keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Di Laluan Jalan Pekan Tajau - Jengka Untuk Kemudahan Penduduk Dan Pengguna Jalanraya Di Kawasan Ini.

Penduduk Di Gugusan Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Ulu Jempul Serta Kawasan Perkampungan Di Sekitarnya Kini Terpaksa Keluar LPT Melalui Exit Chenor Atau Pun Exit Maran Utk Ke Destinasi Masing2.


Ia Agak Jauh Dan Menyusahkan Sebenarnya (Terpaksa Patah Balik Jika Dr Arah KL Keluar Exit Maran). Bayangkan Jika Dari Dr Arah Kuantan Perlu Keluar Di Exit Maran Yg Jaraknya Hampir 20KM Ke Jalan Jengka 5 Melalui Kuala Sentul.
Begitu Juga Dr Arah Kuala Lumpur, Jika Keluar Melalyi Exit Chenor Perlu Melalui Jarak Hampir 40KM Ikut Bandar Jengka Sebelum Berpatah Balik.


Maka Wajarlah Exit Baharu Di Bina Di Laluan Ini Bg Kemudahan Penduduk Setempat. Kami Juga Mahu Exit Keluar LPT Sama Seperti Rakan2 Di Gugusan Jengka 14,15,16,17,18,19, 20, Kg.Awah, Sg Nerek Dan Sekitarnya.
Jarak Antara Exit Temerloh Ke Exit Chenor Lebih Dekat Dr Exit Chenor Ke Laluan Ini (Jalan Pekan Tajau - Jengka 5). Bukankah Jengka Tiga Segi Itu Berakhir Di Jengka 5., Makanya Wajarlah Penduduk Di Sini Juga Mendapat Kemudahan Exit Keluar LPT Agar Memudahkan Perjalanan Mereka.


Tambahan Pula Jalan Ini (Pekan Tajau - Jengka) Menuju Ke Hospital, UITM Jengka Dan Lain2 Kemudahan Di Bandar Jengka. Bermakna Ia Adalah Laluan Utama Dr Arah Timur Utk Ke Jengka.
Jika Di Kawasan Sri Jaya Yg Tidak Byk Pusat Tumpuan Itu Akhirnya Boleh Di Bina Exit Keluar LPT. Kenapa Tidak Di Sini?. Tambahan Pula Jarak Lokasi Ini Dr Exit Chenor Lebih Kurang 15KM Dan Ke Exit Maran Dalam 12KM. Sedangkan Jarak Exit Maran Ke Exit Chenor Lebih Dekat Sebenarnya. Tetapi Mereka Dpt Exit Keluar Yg Di Bina Kemudian Selepas Beberapa Bulan LPT Itu Beroperasi.
Di PLUS Highway Misalnya Jarak Exit Yong Peng Utara Dgn Exit Yong Peng Selatan Hanyalah 5KM Tetapi Mereka Sediakan Exit Keluar Utk Kemudahan Pengguna Jalanraya Terutamanya Penduduk Di Sekitar Kawasan Ini.
Justeru Kami Menggesa Pemimpin Yg Di Pilih Membawa Perkara Ini Kepada Pihak Atasan Utk Kepentingan Rakyat Di Kawasannya. Tambahan Pula Lokasi Laluan Ini Mengandungi Ketiga2 DUN Dalam Parlimen Maran Iaitu Pekan Tajau (DUN Luit), Jengka 2,3,4,5 (DUN Kuala Sentul) Dan Jengka 6,7 (DUN Chenor). Maka Sy Menggesa Ketiga2 Wakil Rakyat Yg Berkenaan Supaya Cakna Isu Ini.
Sampai Bila Mahu Melihat Rakyat Bersusah Payah Ikut Jalan Lama Utk Balik Ke Kampung Halaman Masing2 Sedangkan Laluan LPT Sedia Ada Di Bina Exit Keluar Utk Keselesaan Penduduk.
Kami Amat Berharap Rakyat Di Kawasan Ini Menyokong Cadangan Exit Tajau Di Bina Untuk Kemudahan Mereka. Rakyat Di Dahulukan. Demi Rakyat. Kami Akan Perjuangkan Isu Ini Hingga Exit Tajau (Jengka) Menjadi Kenyataan Hendaknya.
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
MEMO ~ Jangan Lupa Laporkan Isu2 Rakyat Dan Support NGO Angkatan Pembela Rakyat Di https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat…. "Masalah Rakyat Adalah Perjuangan kami" ‪#‎ANGKARA‬

Read more »

Isu Bauksit, Memo Khas Buat "Sahabat" Penyokong UMNO BN


Kesilapan "Besar" Shbt2 Sy Dalam UMNO BN Ialah Mereka Menyerang Sy Bertubi2 Tatkala Sy Bangkit Membela Rakyat Dlm Isu Bauksit. Isu Ini Berbeza Dgn Lynas. Jika Lynas Mmg Hampir 90% Yg Menentang Projek Itu Ialah Penyokong Pembangkang. Tp Tidak Bauksit, Isu Ini Bukan Sahaja Menghantui Penyokong Pembangkang Malah Penyokong Kerajaan UMNO BN Sendiri. 

Makanya, Tidak Salah Sy Bangkit Perjuangkan Isu Ini Kerana NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Membela Isu2 Rakyat Tanpa Membezakan Fahaman Politik Kepartian Masing2. Isu Bauksit Adalah Masalah Sejagat Buat Warga Kuantan... No Politik Politik. Oleh Itu Sy Harap Shbt2 Bangkit Bantu Perjuangan Ini, Bukan Dgn Menfitnah Dan Tuduh Macam2 Pula. Dah Lah Anda Tutup Mata Dgn Pencemaran Yg Berlaku, Kemudian Anda Halang Pula Mereka Yg Nak Berjuang Membela Rakyat. 

Apapun Sy Maafkan Semua Shbt2 Yg Menghina, Mencaci Dan Membuat Kata Nista Terhadap Sy Gara2 Isu Bauksit Ini. YA, Sy Ada Dpt Tawaran Utk "Tutup Mulut", Tp Demi Rakyat Sy Akan Terus Bangkit Memperjuangkan Isu2 Ini Bersama Shbt2 Pemimpin Politik Yg Prihatin (Bukan Yg Tidur Lena Di Buai Mimpi Tanpa Memikirkan Derita Rakyat). Sokongan Semua Amatlah Di Harapkan. "Rakyat Di Dahulukan". 

*** Jom Sokong Kami, Sila Like Pages #ANGKARA Di  https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat?ref=bookmarks1 . 

BERJIHAD KERANA #ALLAH... #ANGKARA TERJAH #ANGKARA DEDAH... DARI RAKYAT TERUS TERIMA #PADAH.... BILA MEREKA YG ADA KUASA BUAT TAK KISAH !!. 

Salam Perjuangan Leluhur !!

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI 
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
 [ A N G K A R A ]

ISU BAUKSIT, SAYA DISERANG GARA-GARA MEMBELA RAKYAT

HAIRAN ~ Posting Terhadap YB ADUN Beserah Sudah Hilang Dr Wall Facebook IM4BN.. Tiba2 Jer Hilang Selepas Sy Bg Penjelasan Panjang Lebar Ttg Fitnah Yg Di Lontarkan. Kita Bangkit Tolong Rakyat Dlm Isu Pencemaran Alam Sekitar Akibat Bauksit.. Mereka Pulak Tuduh Kita Dpt Projek Tersebut Dan Diam Tak Nak Perjuangkan.. Dah Kaya Raya. Naya YB Beserah. Apapun, Kenapa IM4BN Tiba-Tiba Buang Posting Tersebut?. Cuba Bg Pencerahan?. #ANGKARA





PELIK ~ Hairan, Shbt Sy Blogger Hebat Di Pahang Ni Iaitu "Braveheart" AKA Azam Abd Rahman... Tiba2 Kutuk Saya Dan ADUN Beserah Dlm Posting Terbaru Di Wall Dia Smlm. Dia Kabo "Kenapa Sy Tak Teruskan Bantah Perlombongan Bauksit". Berat Sungguhlah.. Sy Ni Hari2 Terjah Bersama #ANGKARA Dia Pulak Kata Mcm Tu.. Siap Tuduh Ayah ADUN Beserah Kaya Raya Kerana Bauksit. 


Guaner Jadi Gitu Menuduh Tanpa Bukti. Sedangkan ADUN Beserah Tu Lah Bawak Isu Kpd SPRM Untuk Siasat Baru2 Nih. Nampak Sgt Mereka2 Ini Tidak Turun Padang Kemudian Tuduh Kita Yg Bukan2. 





Smpi NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Yg Dan Bebas Dr Pengaruh Politik Itu Pun Jadi Mangsa. Apapun Perjuangan Rakyat Tetap akan Kita Teuskan Walau Pun Seribu Rintangan. #ANGKARA

Read more »

Mohon JAIP Pantau Perkhidmatan Seks Di Rumah-Rumah Urut


MAKSIAT ~ Mohon Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Memantau Operasi Maksiat Rumah2 Urut Yg Tumbuh Bagaikan Cendawan Di Kuantan Skrg Ini. Dr Laporan Lebih 70% Pelanggan Adalah Org Melayu. Malah Lebih 80% Operasi Urut Ini Akan Berakhir Dgn Khidmat Seks. 

Tajuk Rumah Urut Sekadar Syarat Utk Mohon Permit Dan Kaburi Mata Pihak Berkuasa. Sedangkan Operasi Mereka Sebenarnya Menjurus Ke Arah Perkhidmatan Seks Sebenarnya. 

Soalnya, Kenapa Ia Semakin Maju Di Kuantan?. Malah, Bulan Ramadan Al Mubarak Ini Pun Operasi Semakin Meriah Di Sana Sini. Tutup Rumah Urut Jika Tidak Mahu BALA ALLAH Menimpa Bumi Pahang Darul Makmur Yang Tercinta Ini. ‪#‎ANGKARA‬
‪#‎PERHATIAN‬: Jgn Lupa Sbrg Masalah Dan Isu-Isu Rakyat.. Sila Laporkan Ke https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat… . DEMI ‪#‎ALLAH‬... #ANGKARA TERJAH #ANGKARA DEDAH... BILA MEREKA YG ADA KUASA BUAT TAK KISAH !!.

Read more »

Hasil GST RM6 Bilion, Perlukah Minyak Petrol Dinaikkan Harga


GST OH GST ~ Banyaknya Untung !!. Dua Bulan RM6 Bilion?. Setahun RM36 Bilion Tu. Belum Masuk Income Tax, Untung Tol, Hasil Negara Yg Lain Lg. Tp Kenapalah Naikkan Harga Minyak Di Kala Pasaran Minyak Dunia Turun?. RM2 Billion Subsidi Miinyak Pun Nak Berkira Dgn Rakyat.. Orang kampung Kata.. 


"Harga Minyak Tak Naik.. Cuma Subsidi Kena Tarik". Kenapa Naikkan Harga Minyak Di Kala Pasaran Minyak Dunia Turun?. Kesian Rakyat Jelata Yg Tak Berdosa. Demi Rakyat.. Rakyat Di Dahulukan.. Memang Terbaik PM 1Malaysia, Hidup Rakyat! ‪#‎ANGKARA‬

‪#‎PERHATIAN‬: Jgn Lupa Sbrg Masalah Dan Isu-Isu Rakyat.. Sila Laporkan Ke https://www.facebook.com/angkatanpembelarakyat… . DEMI ‪#‎ALLAH‬... #ANGKARA TERJAH #ANGKARA DEDAH... BILA MEREKA YG ADA KUASA BUAT TAK KISAH !!.

Read more »