SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Bauksit: NGO Angkara Sokong Kenyataan Menteri Besar Pahang


Sebagai rakyat Pahang kami NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) yang cintakan alam sekitar, mengambil pendirian menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang mengatakan Kerajaan negeri Pahang tidak akan teragak-agak menghentikan aktiviti perlombongan bauksit dan bijih besi di negeri ini sekiranya masalah pencemaran di jalan sekitar menghala ke Pelabuhan Kuantan dan perindustrian Gebeng berterusan tanpa jalan penyelesaian. 

Kenyataan yang dibuat oleh MB itu sedikit melegakan warga Kuantan terutamanya mereka yang setiap hari berulang alik untuk bekerja di sekitar kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Sememangnya sejak dari awal aktiviti ini berjalanan, banyak aduan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Namun, ia mungkin tidak diedahkan oleh pihak berkenaan lantaran mendapati pengusahan lombong bauksit ini "mempunyai pengaruh masing-masing" dalam menghadapi situasi ini. 



Masalah pencemaran udara, jalan rosak, berhabuk, lori-lori yang kotor dan jelas tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa sebenarnya. Justeru, kami amatlah berharap semua pihak memberi perhatian terhadap kenyataan Menteri Besar Pahang itu. Kita tidak mahu lagi ada lori-lori memunggah bauksit yang berleluasa seperti sekarang. Kita merasa amat malu melihat jalanraya melalui kawasan perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan yang begitu menjijik. Malah, jalan di Lebuhraya Pantai Timur :(LPT) dari Plaza Tol Kuantan ke Plaza Tol Jabor juga dilihat kotor gara-gara lori yang beroperasi tanpa kawalan. 



Kami juga menggesakan Kerajaan Negeri Pahang menyiasat lesen atau permit pelombong-pelombong berkenaan, kerana ada banyak laporan daripada orang awam aktiviti perlombongan bauksit secara tidak sah masih berleluasa di sana sini terutamanya sekitar kawasan Sg.Ular. Bagi mengelakkan situasi yang lebih membimbangkan, tindakan mengaut keuntungan disamping tidak mengendahkan pencemaran alam sekitar amatlah tidak wajar sama sekali. 



Sepatutnya sudah lama kerajaan mengarahkan para pelombong membersihkan semula jalanraya dan memastikan lori-lori mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Apapun, tindakan berani Menteri Besar Pahang yang sanggup menghentikan aktiviti ini jika masih tiada jalan penyelesaian amatlah dihargai. 

Ia secara langsung melegakan orang ramai yang sudah tidak tahan lagi dengan situasi ini sebenarnya. Berbagai penyakit akibat jangkitan kuman boleh dihidapi akikbat udara dan persekitaran yang kotor ini sebenarnya. Diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang mengotakan apa yang dikatakan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat hendaknya.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A }

4 Komen Artikel Ini:

  • Tanpa Nama says:
    17 Feb 2015, 9:19:00 PG

    Salam. Betul tu CMK, minta kerajaan negeri Pahang tengok-tengokkan perlombongan bauksit di Rancangan Tanah Pemuda Bukit Goh, dan kawasan sekitarnya. Sebelum mereka datang melombong di kawasan tersebut, dah berpuluh-puluh tahun jalanraya tersebut digunakan oleh orang awam, tapi bila mereka pelombong masuk ke kawasan tersebut, habis jalan pecah. saya juga turut musykil, ada penduduk setempat dijanjikan bayaran beberapa ribu agar tanah mereka dijualkan kepada pengusaha lombong bauksit tersebut. Ada sesetengah tanah di dalam kawasan tersebut di naikkan 'signbord' kuning atas nama kerabat sultan pahang, dan status pada papan tanda tersebut tertera TANAMAN KONTAN. keliru saya di buatnya. Saya juga terdengar kata-kata bahawa JABATAN PERTANIAN BUKIT GOH dikategorikan di dalam kawasan perlombongan bauksit tersebut. Minta jasa baik Menteri Besar menyiasat masalah ini. Saya hanya ada air mata untuk melepaskan rasa sedih kerana tanah tumpahnya darahku telah musnah dan hanya memiliki telapak tangan untuk memohon pertolongan dari ALLAH SWT.

  • Tanpa Nama says:
    8 Mac 2015, 1:09:00 PTG

    Mohon pihak bertanggungjawab dan kerajaan negeri ambil tindakan lebih keras..semua jalan habis rosak terutamanya di sekitar bukit goh, rtp pemuda,jln kuantan by pass, sg. Ular hingga ade yang telah menyebabkan kemalangan dan meragut nyawa..

  • Tanpa Nama says:
    15 Mac 2015, 4:16:00 PTG

    camne nk hentikan bile kegiatan perlombongan ni berkait rapat dengan pihak kesultanan

  • Tanpa Nama says:
    22 Jul 2015, 10:18:00 PG

    Hahaha..ni sebenarnya yg berlaku..100% sokong..kalau dh ada surat kuning sume pihak tutup sebelah mata..