SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Agak Pelik, Penyokong PKR Pahang Gempur Pejabat ADUN Bilut Yang Terpampang Lambang PKR Di Bentong !

 

Agak pelik PKR terjah pejabat ADUN Bilut yang ada logo PKR di Bentong. Kena hati-hati jangan smpai jadi isu besar pulak. Takut Cina DAP tak bagi undi kepada PKR kat Parlimen Kuantan dan Indera  Mahkota pada PRU-15 nanti.

Kena ingatlah, PKR menang besar kerana sokongan kaum Tionghua DAP solid kepada calon-calon mereka termasuk di kerusi DUN Semambu dan DUN Teruntum.

Malah isu yang telah disuarakan juga benda yang sama ditentang dek pejuang-pejuang tegar PKR ketika Anwar umum mahu terima ADUN lompat dari UMNO guna tiket PH pada PRN Melaka baru-baru ini.

Hasilnya, Tionghua tak undi PKR di sana. Awal-awal dah berbalah soal ADUN Lompat hingga Lim Guan Eng tak hadir ketika pengumuman oleh Anwar itu.

Bertindak bijak dalam politik, kalau DAP tarik sokongan terhadap PKR di Pahang, maka ada harapan kepada UMNO BN rampas kerusi Parlimen dan DUN yang sudah tiga penggal dimenangi PKR.

Ada benda yang Anwar salah dalam buat keputusan maka kena terimalah.. Contohnya macam isu penggunaan Logo PKR diganti dengan logo PH dan terima dua ADUN lompat itu sebagai calon PH. Benda ini juga yang dipertikaikan oleh pejuang-pejuang PKR ketika itu sebenarnya.

Tapi, aneh sampai boleh menyerang pejabat ADUN PH dari DAP iaitu YB Lee Chin Chen itu sendiri semalam. Selesaikanlah isu secara diplomasi. Sampai ada buat live dan ia beri keuntungan kepada parti lawan sebenarnya.

Dulu PAS terima DAP,  PKR dan AMANAH juga terima DAP... Kalau buang DAP... bagaimana jika BN pula bersama DAP? Saya rasa UMNO jadi semakin kuat dan boleh menakluki Putrajaya pada PRU-15 ini. Benda kecik, so selesaikanlah secara berhemah.

Pandangan peribadi ADUN Bilut jer pun, tak perlu kecoh sampai riuh satu negara. Jika situasi sebegini dipaparkan, mudahlah musuh atur gerakan untuk berlawan nanti.

Berpijaklah di bumi yang nyata dalam. politik. Usahlag jadi penjilat tegar sampai yang salah tidka boleh ditegur langsung oleh pihak lain.

Terimalah hakikat, Anwar juga bukanlah maksum sampai siapa saja yang keluarkan pendapat berbeza akan dituduh khianat kepada perjuangan. Ubahlah ! 

Read more »

Dinasour: Caj Harga Tiket Masuk Ke Mini Zoo Teruntum 'Melambung Naik', Kerajaan Negeri Di Minta Masuk Campur !

 

Saya menerima banyak aduan daripada warga Kuantanyang menyuruh saya angkat isu  berkaitan caj masuk ke Mini  Zoo Teruntum @ Ecounter Dinasour yang didakwa  melambung tinggi  dan luar biasa? . Mini Zoo Taman Teruntum sebelum ini dilaporkan bakal muncul sebagai zoo hibrid pertama di dunia selepas projek naik taraf siap sepenuhnya.

Namun, belum sempat ia dibuka kepada awam timbul pula harga tiket yang agak tinggi dan mendapat kritikan netizen di media sosial sejak semalam. Difahamkan kadar caj tiket bagi dewasa ialah RM25.00, manakala kanak-kanak berumur 3 hingga 11 tahun dikenakan caj RM22.00.

Manakala caj bagi warga emas 60 tahun ke atas juga RM22. 00 dan paling mengejutkan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dewasa dan kanak-kanak caj tiket RM22.00 dikenakan.  Promoi ini bermula dari 10 Disember 2021 hingga 31 Mei 2022. Tiket-tiket berkenaan boleh dibeli secara online menerusi aplikasi Shoppe, https://shopee.com.my/DINOSAUR-ENCOUNTER-ZOO-TERUNTUM-KUANTAN-ENTERANCE-TICKET-ONLINE-i.495350421.12054838931?sp_atk=5a6d0cb7-a989-4fd7-8350-bcf4b1c9febf


Bukankah lokasi ini adalah destinasi baharu pelancongan di bandaraya Kuantan. Apakah dengan caj semahal itu berbaloi untuk rakyat dan para pelancong yang datang ke sini?

Banyak komen terutamanya di media sosial berkenaan perkara ini. Justeru saya menggesa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengkaji balik harga caj tiket yang ditawarkan itu.

Bukankan rakyat masih terbeban dengan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19. Kenapakah kemudahan pelancongan seperti ini boleh mengenakan harga sedemikian rupa?

Sebelum Kuantan jadi bandaraya, caj masuk ke Zoo Teruntum hanya RM2 dan kanak-kanak  RM1. Manakala bagi bayi dan OKU percuma.

Namun bila status bandaraya, caj menjadi puluhan ringgit. Ia amat tidak berbaloi untuk orang ramai menyokong projek Dinasour ini. Lagi pun, Zoo Teruntum bukanlah sebuah "taman tema" . 

Apakah kerana Kuantan sudah jadi bandaraya, maka rakyat perlu membayar harga semahal itu hanya untuk masuk ke dalam lokasi yang dikatakan penuh dengan dinasour replika itu? 

Benarkah Mini Zoo Teruntum sebenarnya sudah diswastakan? Maka itu caj tiket jadi mahal? Kemudahan ini untuk rakyat atau hanya untuk golongan kayangan sebenarnya?.

Difahamkan projek naik taraf mini zoo ini adalah melalui kerjasama bersama sebuah syarikat swasta, Wegrow Global Sdn Bhd dengan pelaburan mencecah RM12 juta seperti dimaklumkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin pada September lalu, 

Hamdan (dua kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Yong Lam Woei disaksikan Abd Rahim (dua kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Manaik Taraf Mini Zoo Taman Teruntum- Projek Kerjasama Edu-Tourism antara MBK dan Wegrow Global Sdn Bhd

Projek edu-tourism penaiktarafan mini zoo itu yang bermula September ini dibangunkan dengan konsep baharu mengabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Hamdan (dua kanan) dan Yong Lam Woei menandatangani perjanjiann kerjasama antara MBK dan Wegrow Global Sdn disaksikan Abd Rahim (belakang, kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Manaiktaraf Mini Zoo Taman Teruntum- Projek Kerjasama Edu-Tourism

Menurut Datuk Bandar Kuantan, sebagai sebuah zoo hibrid, pengunjung bukan hanya dapat melihat haiwan-haiwan tempatan secara langsung malah mereka berpeluang menyaksikan haiwan animatronik pra sejarah yang telah pupus dan pelbagai tarikan lain. 

Malah katanya, daripada keseluruhan kawasannya, kira-kira 30 peratus akan dikekalkan untuk pameran haiwan hidup dan selebihnya bakal dibangunkan melalui projek edu-tourism yang turut menempatkan kafe bertema, makmal dinosaur dan sebagainya,

Persoalannya jangan dek kerana pihak swasta nak cepat dapat pulangan modwl, maka Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) biarkan mereka kenakan caj tiket yang tinggi kepada rakyat marhaen.

Biarlah harga berbaloi, baru ramai boleh sokong projek Dinsour @ Mini Zoo Teruntum ini. Jangan nanti ramai pula yang hanya ambil gambar dari luar pagar sebab tak mampu masuk ke dalam.

Bayangkan jika dewasa RM25 dan kanak-kanak RM22.. Jika ibubapa bawa 3 anak berusia 12 tahun ke atas mereka perlu bayar RM166 hanya untuk melihat replika Dinasour yang dipamerkan di situ. Lebih baik mereka bawa ahli keluarga makan ikan bakar dan seafood di Tanjung Lumpur. 

Malah difahamkan juga, projek Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di ibu negara yang turut dibina oleh syarikat yang sama  Wegrow Global Sdn Bhd hanya mengenakan kadar tiket yang berpatutan untuk orang ramai. 

Kadar tiket dewasa atas 13 tahun baru dikenakan RM15 sahaja. Manakala RM12 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Bagi warga emas 55 tahun ke atas RM5 dan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)  dan kanak-kanak 2 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Bukti, sila klik https://www.psn.gov.my/dinosaur-encounter-di-pusat-sains-negara/


Usah buat kemudahan untuk menganiaya rakyat. Buatlah kemudahan yang mesra rakyat. Barulah berbondong-bondong orang akan ke Mini Zoo Teruntum sebenar. Jangan bebankan rakyat dengan kemudahan seperti ini.


Syarikat yang sama turut membina Dinosaur Encounter di Zoo Melaka yang dibuka setahun lalu (2020) dan caj tiket yang dikenakan ialah RM38 untuk dewasa 13 hingga 59 tahun. Caj bagi kanak-kanak 4 hingga 12 tahun ialah RM31. Manakala OKU dewasa RM31 dan OKU kanak-kanak 4 hingga 12 tahun RM26 caj yang dikenakan. 

Namun, harus diingat caj yang dikenakan juga adalah termasuk Night Safari. Ini bermakna pengunjung membayar satu harga untuk mendapat dua kemudahan serentak. Malah sempena pembukaan, ada diskaun 30% untuk pembelian online di laman web Zoo Melaka! Anda boleh buat pembelian di http://www.zoomelaka.gov.my/ticketing.html.

Namun, Dinasour Encounter di Kuantan hanyalah dalam kawasan Mini Zoo sahaja dan bukannya Zoo yang bersaiz besar berbanding Zoo Melaka. Kenapa harga promosi boleh melambung tingga antara RM22.00 hingga RM50.00?. Malah harga yang ditawarkan juga tertakluk kepada pembelian online, tiada pengurangan atau promosi diskaun yang dibuat.

Inilah yang menjadi persoalan saya sebenarnya. Harga yang terlalu tinggi ketika musim rakyat terhimpit dengan masalah ekonomi jelas sekali membebankan sebenarnya.  Justeru saya juga menggesa Kerajaan Negeri Pahang, menerusi Jawatankuasa Pelancoingan Negeri masuk campur dan memantau kadar harga yang menjadi isu ini. Usahlah mencari keuntungan luar biasa dikala rakyat terhimpit. 

Memang benar pasti akan ada yang memenuhi lokasi ini, namun biarlah harga yang dikenakan berpatutan. Jika di Pusat Sains Negara (PSN) harga baru sekitar RM5 hingga RM15, kenapakah perlu bebabkan warga Kuantan dan pengunjung ke sini dengan harga yang tidak masuk akal ini. Cakna demi rakyat, suara rakyat marhaen . #CMK

Read more »

Haramkan Kedai Judi: Setuju Mufti Pahang Sokong Tindakan Kedah, Tapi Bagaimana Dengan Isu Sama Di Negeri Ini ?


Saya amat bersetuju dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bahawa beliau menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah haramkan kedai judi daripada beroperasi.

Beliau siap ucapkan tahniah dan anggap perkara baik sebegini juga boleh diikuti oleh mana-mana negeri lain kerana tahu banyak masalah sosial berlaku disebabkan judi.

So, saya nak tanya Tuan Mufti sedar ke tidak kedai judi dah mula beroperasi di negeri ini? Keduanya, aktiviti maksiat dan pelacuran dah mula beroperasi semula secara terbuka di Jalan Pasar off Jalan Bukit Ubi, Mufti sedar atau tidak gamaknya. Saya nak tunjukkan.

Jangan hanya nampak kuman diseberang laut sahaja, gajah didepan mata buat-buat tak nampak. Malahan Kasini terbesar dan popular juga terletak dalam negeri Pahang. Mufti tak boleh ke nasihatkan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan orang Melayu Islam ikut langkah yang dibuat di negeri Kedah itu gamaknya?.

Saya juga mahu pemimpin Islam di Pahang nasihatkan kerajaan negeri agar menutup operasi premis maksiat dan judi yang mula dibuka pintu belakang secara beransur-ansur sekarang ini.

Jangan kerana millage politik, kita sampai buta mata apa yang berlaku dalam negeri sendiri? Bekerja kerana Allah itu lebih afdal daripada kerana manusia. Apa beza Kedah dan Pahang? Dua2 kerajaan negeri ditadbir oleh pemimpin Melayu Islam sebenarnya.

BLOGGER CUCUMATKILAU
https://cucumatkilau.blogspot.com


Read more »

Isu Tanah: Bukan Sekadar "Beri" Tapi Siasat Siapa "Monopoli, Faraid" Tanah Untuk Proksi Dan Kroni !

Selepas saya dedahkan isu penyelewengan isu tanah di Pahang, kini ramai wakil rakyat mula bersuara berkenaan isu ini

Terbaharu ADUN Beserah, YB Andansura Rabu. Saya ucapkan syabas atas iniseatif  beliau memberi perhatian isu ini.

Sementara itu, macam biasa Kerajaan Negeri Pahang juga tidak putus-putus umumkan pemberian tanah kepada rakyat di sana-sini.

Saya ucapkan tahniah juga kepada MB Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas perkara ini.

Saya tidak pelik tentang pemberian tanah. Apa yang saya angkat selama ini ialah isu Rancangan Tanah Kelompok (RTK) yang sepatutnya dapat kepada orang kampung, tiba-tiba orang luar yang dapat.

Malah, ada ahli keluarga, proksi dan kroni pemimpin setempat yang juga dapat. Walhal mereka sepatutnya tidak layak.

Paling panas lagi ada pula tamah RTK yang tiba-tiba jadi ladang Musang King, Kelapa Sawit dan Gerharu yang diusahakan oleh 'tokey-tokey' dari luar.

Jika di kawasan bandar, tanah RTK akhirnya jadi taman perumahan. Siapa yang untung? Mereka yang uruskan urusan jual beli tanah terbabit. Dapatlah 10-3, memang kayalah. 

Penduduk kampung tunggu sekian lama, tapi tiba-tiba 'tokey-tokey' yang dapat. Lebih parah, hanya bayar sewaan kepada JKKK kampung terbabit, bukan pejabat tanah.

Malah  saya juga mendedahkan isu tanah yang libatkan orang dalam di jabatan yang berkaitan tanah.

Orang kampung mohon geran tanah sekian lama tak dapat, tiba-tiba lot yang dimohon dilapis fail oleh pihak lain dengan kerjasama orang dalam. Akhirnya orang lain yang dapat.

Malah, ada yang memohon puluhan tahun tetap dinafikan hak. Tanah pula dapat kat orang lain, mereka yang memohon sampai mati menunggu sekian lama.

Bila mati, anak pula sambung dan kemudian cucu. Anehnya tanah yang dimohon tiba-tiba dapat kat tokey-tokey ladang dan perumahan. Inilah yang terjadi sejak sekian lama dan tiada sesiapa mahu angkat isu ini.

Tiada wakil rakyat hatta berbangsa Melayu yang mahu berbunyi isu ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seolah-olah isu ini cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum. Walhal yang dinafikan hak majoritinya ialah orang-orang Melayu.

Bila tiba musim pilihan rayaz barulah wakil rakyat dan keraaan berbunyi hal tanah. Mula timbul isu pemberian lot tanah dan berbondong-bondonglah rakyat ke pejabat tanah untuk beli borang permohonan tanah, sampai ada yang pengsan-pengsan.

Seolah-olah isu ini hanya "sesuai" pada musim pilihan raya sahaja. Lepas pilihan raya, macam biasa tanah dapat kat orang lain atau tokey-tokey pemaju perumahan dan perladangan.

Senario ini berlaku sejak sekian lama. Siapa yang kaya banyak tanah? Mereka yang rapat dengan pihak berkaitan terutamanya pihak berkuasa mudah dapat tanah.

Bagi yang tiadal 'kabel', mohonlah tanah beberapa kali pun jawapannya tetap sama iaitu "dalam proses". Akhirnya sampai mati jawapan sama "dalam proses".

Sebab itulah saya mainkan isu ini. Sebab saya fikirkan soal rakyat. Saya tiada tanah pun tak apa, asalkan rakyat tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Value rakyat" hanya laku tatkala musim pilihan raya. Selepas pilihan raya, nasib mereka "bagaikan telur dihujung tanduk". Merayu dan terus merayu, merintih dan terus merintihm

Menangis "keluar air mata darah" sekali pun, namun mereka terpaka tunggu habis penggal pilihan raya barulah suara mereka laku dan boleh minta itu ini.

Saya juga bangkit, apakah tanah-tanah di Pahang hanya untuk orang-orang yang bekerja kerajaan di pejabat tanah? Sebab banyak aduan dan laporan, mereka mewah miliki berekar-ekar tanah. 

Saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang ubah dasar berkaitan dengan tanah. Pada masa ini kakitangan kerajaan Pahang layak memiliki maksima 20 ekar tanah. 

Sebab itulah, mereka yang bekerja di jabatan berkaitan mewah dengan tanah. Sebaliknya kakitangan jabatan lain hanya boleh tengok saja. 

Mohon tanah pun, ada yang tak dipanggil temuduga. Walhal, mereka juga adalah kakitangan kerajaan yang banyak membantu pembangunan negeri Pahang otu sendiri. 

Justeru, saya menggesa pemilikan hartanah itu dikaji dan hanya benarkan miliki seekar tanah sahaja. Barulah orang lain juga ada peluang miliki tanah. Jika tidak "pulun dek puak-puak deme saja", 

Sebab itu keadilan untuk rakyat perlu ditegakkan dan saya akan terus angkat isu inim Saya mahu angkat suara rakyat agar hak-hak mereka dipertahankan dan tidak terus diperkotak-katikan oleh pihak-pihak tertentu. Suara rakyat, suara keramat. 

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) 


Read more »

Isu Monyet Serang Pelancong Di Teluk Chempedak Tidak Akan Selesai Kerana Di Situ Kawasan Habitat Mereka !

 

Isu monyet di Teluk Chempedak ni isu yang dah lama terjadi dan sering dibicarakan oleh warga Kuantan sebenarnya.

Cuma mungkin pihak berkuasa anggap ia tidak serius kerana belum ada yangnjadi mangsa. Saya sendiri pun pernah di "attack" oleh kera /monyet itu sebelum ini. Tapi saya melawan, saya sergah semula. Takut memanglah takut, kadang-kadang saya terpaksa cabut lari juga. 

Tapi bila kes kena kat pelancong yang datang bercuti di Kuantan, memang jadi isu besarlah. Apatah lagi bila mangsa menceritakan senario apa yg terjadi sebijik2 dalam media sosialnya hingga menjadi viral satu Malaya.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/11/13/tragedi-bercuti-di-teluk-cempedak-bibir-pecah-dahi-lebam-bayi-setahun-tercampak-dari-stroller-akibat-diserang-monyet-liar---ia-renung-nak-sergah

Kasihan juga tengok si abang dan kakak ni yang amat sedih gara2 adiknya cedera "terjatuh dari stroller" ketika ibu kelam kabut cuba selamatkan mereka.

Namun bagi saya, apa saja yang dibuat oleh pihak kerajan dalam isu ini, ia sukar untuk selesai sebab kisah kera dan monyet di Teluk Chempedak ini memang sukar untuk di bendung kerana di situ adalah kawasan habitat  mereka. Malah ia sudah berada di situ sejak sekian lamanya. 

Manusia yang ganggu tempat monyet dan kera ini cari makan. Sebab itulah bila haiwan itu lapar mereka akan "attack" manusia. Ditambah lagi ada sebahagian daripada pengunjung yang gemar bawa makanan untuk diberikan kepada mereka. Bila tidak dapat, sudah pasti mereka akan berusaha dengan apa jua cara sekali pun.

Nak salahkan monyet dan kera? Mereka itu haiwan, memang tak makan saman. Tidak mungkin kerajaan boleh tutup kawasan pantai pelancongan itu untuk tempoh yang lama.

Kesimpulannya, orang ramai yang perlu berhati-hati bila berkunjung ke lokasi terbabit. Jaga diri dan ikut SOP yang telah ditetapkan. 

Apa pun, saya memang terharu tengok video betapa kasihnya seorang abang kepada adiknya yang dipangku sedemikian rupa. Menitis air mata melihat adengan ini. Saya sendiri masa kecik tak mampu sehebat ini. Moga segalanya dapatlah dipermudahkan.


Salam Terjah, 

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

https://cucumatkilau.blogspot.my

Read more »

Iklim Politik Panas UMNO Maran "Sejuk Seketika", Viral Foto Dua Pemimpin Duduk Semeja Di PRN Melaka !

  

Ada hikmah PRN Melaka, akhirnya Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Maran yang selama ini dikatakan "perang dingin" akhirnya duduk semeja di sana. 

Foto berkenaan dikatakan telah viral sejak semalam dan menimbulkan berbagai persepsi dikalangan ahli akar umbi. 

Foto Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Muttalib dilihat sedang "mengeteh" semeja bersama Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ad Hamid Nazahar itu dilihat bagaikan "kiambang bertaut kembali", Biar pun tidak secara rasmi.

Umum mengetahui Shahaniza secara terbuka mengkritik Ismail gara-gara pemimpin itu mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau turut menyatakan UMNO Bahagian Maran menyokong penuh ketetapan yamg dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bahawa parti itu menolak kerjasama politik dengan Bersatu. Malah tidak setuju dengan Perdana Menteri PN, Muhyiddin ketika itu. 

Susulan insiden tersebut, UMNO Maran dilihat bakal berhadapan dengan masalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti jika kedua-dua pemimpin terbabit tidak berdamai. 

At least ahli2 UMNO di Maran tidak kompius untuk buat pilihan  buang undi pada PRU-15 nanti. Saya suka tengok dua pemimpin besar Maran ini duduk satu meja. 

So salam perjuangan dari saya untuk mereka. Jika ini keadaannya, pasti sukar utk pembangkang menggugat kedudukan UMNO BN di Maran kali ini. 

Tak silap gaya kalau tiada Muafakat Nasional (MN) di Pahang dan UMNO bertanding atas jenama BN sama macam di PRN Melaka, maka besar kemungkinan dua DUN yang menjadi milik PAS  pada PRU-14 lalu iaitu DUN Chenor dan DUN Luit dapat dirampas balik oleh parti itu. 

Namun, satu persoalan timbul jika kedua pemimpin terbabit sudah berbaik semula, apakah nama Ismail akan kembali menjadi calon untuk kekal di kerusi Parlimen Maran pada PRU nanti?  #CMK

Read more »

Adly Sudah Bagus, Tetapi Kontraktor Melayu Dakwa DAP Nafikan Agihan Projek Kepada Mereka !

 

Malam tadi saya dihubungi oleh beberapa orang kontraktor Melayu Melaka yang berikan respon terhadap tulisan saya bahawa rakyat negeri itu mahu Adly Zahari diangkat semula sebagai Ketua Menteri (sokong PH untuk menang).

Atas alasan tidak banyak berlaku penyelewengan ketika pemerintahan Adly selama 22 bulan PH memerintah.  Rujuk tulisan https://cucumatkilau.blogspot.com/2021/11/kenapa-rakyat-melaka-mahukan-adly_77.html?m=1

Apa pun saya nak maklumkan, kenyataan saya itu adalah berdasarkan pandangan rambang beberapa orang rakyat Melaka yang ditemui ketika saya di sana baru-baru ini. 

Saya mendengar dan melaporkan apa yang mereka sampaikan. Saya tidak berpihak kepada sesiapa kerana kapasiti saya ialah sebagai aktivis dan pemerhati kempen PRN Melaka yang  sedang berlangsung sekarang.

Namun, apabila ada kontraktor yang cuba hubungi saya dan mahu hakikat sebenar apa yang berlaku kepada nasib mereka juga dihighlightkan. 

Maka saya bertanya, apakah masalah yang dihadapi ketika pentadbiran kerajaan PH di Melaka. 

Mereka setuju dengan kenyataan saya pasal Adly Zahari selaku Ketua Menteri Melaka, namun mereka tidak setuju pasal campur tangan oleh parti komponen PH terutamanya DAP. 

Saya tanya apa berlaku, mereka kata sejak PH berkuasa selama 22 bulan nasib kontraktor Melayu "bagaikan telur dihujung tanduk". 

DAP kawal Ketua Menteri dalam agihan projek-projek kerajaan. Projek banyak dapat kepada kontraktor Cina, sedangkan kontraktor Melayu dinafikan. 

Jika ada pun, hanya kontraktor yang menyokong PH. Itu pun terpilih. Saya terkejut dengan maklumat tersebut sebab saya ingatkan PH berlaku adil dalam agihan projek kerajaan. 

Jika sebaliknya, memang saya menentang ketidak adilan ini. Mereka kata, jika PH menang PRN Melaka dan Adly diangkat sekali lagu jadi Ketua Menteri, maka sudah pasti adengan yang sama akan berulang lagi. 

Adly memamg berwibawa, namun beliau gagal pantau kelicikan ahli majlis kerajaan negeri dari DAP yang membuat gerakan inu secara senyap. 

Hak-hak kontraktor Melayu dinafikan dan ramai yang terpaksa gulung tikar akibat tidak tahan dengan tindak tanduk DAP dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. 

Justeru, saya rasa amatlah tidak wajar jika benar dakwaan ini. Sepatutnya PH tidak "menganaktirikan" kontraktor Melayu untuk cari rezeki menerusi berbagai projek di bawah kerajaan negeri. 

Saya ucapkan terima kasih kepada mereka (kontraktor Melaka) yang menyalurkan maklumat ini. Setidak-tidaknya rakyat Melaka harus ada "timbang tara" untuk membuat pilihan pada 20 November jni. 

Adly sudah bagus sebagai Ketua Menteri, namun ada kisah dibelakang tabir pula yang kedengaran dan berbunyi. Ini tidak bagus untuk sesebuah kerajaan yang memikirkan soal rakyat. 

Kontraktor Melayu juga adalah rakyat yang turut membantu pembangunan negeri Melaka. Maka itu jika dakwaan ini berasas, saya amat kecewa dengan senario yang berlaku. Usah pinggirkan kontraktor kita. 

Salam Perjuangan Leluhur, 
BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) 
https://cucumatkilau.blohspot.com

 


Read more »

SPR, Beri Duit Minyak Dan Tambang Kepada Pengundi Luar Adakah Di Benarkan Atau Di Kira Rasuah?


   

Sudah tiba masanya SPR permudahkan urusan bab rasuah pilihan raya. Bukan sekadar belanja calon2 yang ditetapkan sahaja, tetapi tetapkan juga bagi duit minyak dan duit upah mengundi berapa minima boleh diberi kepada pengundi2 luar yang balik mengundi.

Sebab kalau tak ada syarat memang calon yang tak banyak modal akan kalah sebelum pengiraan undi lagi lar yer.

Saya dah banyak kali jadi mangsa, siap ada yg mintak maaf sebab tak dapat undi saya sebab tak ada duit minyak balik mengundi. Orang lain bagi duit minyak ikut lokasi masing2 bila balik.

Saya kata, undilah mereka sebab dah keluarkan modal bagi duit tambang. SPR kena tentukan berapa duit tambang wajib bagi bagi jarak2 yg tertentu. Benda macam ni dah lama diamalkan oleh parti2 politik yang ada banyak duit.

Last2 mereka yang menang ialah yang banyak hulur, bukan sebab demokrasi bebas. Parti yang tak ada duit kalah sebab modal tak cukup untuk di hulur kepada pengundi.

Sampai bila kita nak main politik hulur duit, salam kokot untuk raih undi? Adakah sampai hari kiamat? Akhirnya rakyat, generasi muda yang bakal mengundi pada PRU-15 juga akan melalui situasi sama.

Mengundi bukan sebab sokong parti tetapi sebab parti hulur duit tambang, minyak dll. Adakah ini semua bagus untuk negara kita?

Maka itu, SPR kena tetapkan peraturan bagi mengatasi masalah ini.

Jika tidak, rasuah duit tambang, minyak ini akan terus diamalkan dalam negara dan ia dianggap bukan rasuah oleh parti terbabit.


BLOGGER CUCUMATKILAU [ CMK ] 

https://cucumatkilau.blogspot.com

Read more »

Kenapa Rakyat Melaka Mahukan Adly Zahari Di Angkat Semula Menjadi Ketua Menteri Yang Baharu ?

  

Masa di Melaka, saya ada survey siapa Ketua Menteri terbaik selama ini. Saya saja bertanya kpada orang awam dan korporat yang ditemui.

Majoriti kata zaman Adly Zahari terbaik, sebab tak banyak kes berlaku. Saya tanya kes apa??? Kes apa lagi, kalau bukan ekjas projek ke kroni dan proksi mereka.

Itu yang menyebabkan banyak le tanah2 tergadai. Zaman Adly Ketua Menteri, isu tanah yang dah puluhan tahun berlaku terhadap orang Melayu akhirnya selesai satu persatu.

Saya  terpegun mendengar penjelasan ikhlas dari orang-orang yang bukan politik. Mereka juga mendakwa zaman Ketua Menteri lain, memang tak dapat lari dari isu pecah amanah, penyelewengan dan lain-lain lagi. 

Sebab itu rakyat suka Adly, tapi apa boleh buat gara-gara  "wakil rakyat katak lompat", kerajaan Melaa 22 bulan tumbang. Bukan kerana mandat rakyat menerusi pilihan raya umum tetapi kerana pengkhianatan. 

Maka mereka kata, itu tidak adil dan lebih baik serahkan semula kepada Adly Zahari agar boleh meneruskan agenda yang telah dirancang selama ini.

Itu kata mereka, so jangan ambik hati yer. Saya sekadar mendengar. Buat pilihan terbaik demi masa depan rakyat !! Mana yang baik untuk rakyat pasti saya akan sokong.

Saya benci dengan orang politik yang kerjanya nak kayakan kroni dengan projek, kerja bagi, undertable, undergroud, duit pelincir dan lain2 lagi. Benda macam inilah yang menyebabkan hak2 rakyat dinafikan, kerana tidak mampu.

Mohon tanah misalnya, hak mereka dinafikan kerana tidak mampu bayar harga 'kautim'. So, akhirnya mereka pula dituduh penceroboh kerana tanah yang dimohon dilapis fail dan dikautim dengan tokey-tokey atau mereka yang ada wang untuk membayar harga proses.

Rakyat itu akhirnya merempat di bumi sendiri mengalahkan warga asing yang lebih "ditatang bagai minyak yang penuh"  oleh orang2 politik.

So, saya menyokong mana-mana calon yang bersih dan tak ada apa-apa skandal yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat marhaen.

Tambahan pula pemimpin yang gemar faraid hasil mahsul dan kekayaan negeri sesama puak mereka sendiri. Rakyat marhaen abaikan, sebab waktu pilihan raya baru mereka turun padang bagi dedak untuk membeli undi.

Apa pun memang terbaik tindakan Pakatan Harapan menamakan Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri andai mereka menang PRN Melaka pada 20 November ini.

Sebelum ini, ada ura-ura nama calon lain akan diangkat selain Adly. Calon-calon daripada parti lain pun hebat belaka, cuma Adly Zahari ini lebih hebat dan memahami hak-hak rakyat, kata mereka yang saya temui empat mata. 

 Suara Rakyat Marhaen, Hidup rakyat 

BLOGGER CUCUMATKILAU [CMK] 

22 BULAN TADBIR MELAKA ADLI GANTI SEMULA TANAH ADAT YANG HILANG !! 

https://malaysiadateline.com/22-bulan-tadbir-melaka-adly-ganti-semula-tanah-adat-melaka-yang-hilang/

#CaknaDemiRakyat #SuaraRakyatMarhaen ✊

Read more »