SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Isu Monyet Serang Pelancong Di Teluk Chempedak Tidak Akan Selesai Kerana Di Situ Kawasan Habitat Mereka !

 

Isu monyet di Teluk Chempedak ni isu yang dah lama terjadi dan sering dibicarakan oleh warga Kuantan sebenarnya.

Cuma mungkin pihak berkuasa anggap ia tidak serius kerana belum ada yangnjadi mangsa. Saya sendiri pun pernah di "attack" oleh kera /monyet itu sebelum ini. Tapi saya melawan, saya sergah semula. Takut memanglah takut, kadang-kadang saya terpaksa cabut lari juga. 

Tapi bila kes kena kat pelancong yang datang bercuti di Kuantan, memang jadi isu besarlah. Apatah lagi bila mangsa menceritakan senario apa yg terjadi sebijik2 dalam media sosialnya hingga menjadi viral satu Malaya.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/11/13/tragedi-bercuti-di-teluk-cempedak-bibir-pecah-dahi-lebam-bayi-setahun-tercampak-dari-stroller-akibat-diserang-monyet-liar---ia-renung-nak-sergah

Kasihan juga tengok si abang dan kakak ni yang amat sedih gara2 adiknya cedera "terjatuh dari stroller" ketika ibu kelam kabut cuba selamatkan mereka.

Namun bagi saya, apa saja yang dibuat oleh pihak kerajan dalam isu ini, ia sukar untuk selesai sebab kisah kera dan monyet di Teluk Chempedak ini memang sukar untuk di bendung kerana di situ adalah kawasan habitat  mereka. Malah ia sudah berada di situ sejak sekian lamanya. 

Manusia yang ganggu tempat monyet dan kera ini cari makan. Sebab itulah bila haiwan itu lapar mereka akan "attack" manusia. Ditambah lagi ada sebahagian daripada pengunjung yang gemar bawa makanan untuk diberikan kepada mereka. Bila tidak dapat, sudah pasti mereka akan berusaha dengan apa jua cara sekali pun.

Nak salahkan monyet dan kera? Mereka itu haiwan, memang tak makan saman. Tidak mungkin kerajaan boleh tutup kawasan pantai pelancongan itu untuk tempoh yang lama.

Kesimpulannya, orang ramai yang perlu berhati-hati bila berkunjung ke lokasi terbabit. Jaga diri dan ikut SOP yang telah ditetapkan. 

Apa pun, saya memang terharu tengok video betapa kasihnya seorang abang kepada adiknya yang dipangku sedemikian rupa. Menitis air mata melihat adengan ini. Saya sendiri masa kecik tak mampu sehebat ini. Moga segalanya dapatlah dipermudahkan.


Salam Terjah, 

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

https://cucumatkilau.blogspot.my

0 Komen Artikel Ini: