SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Isu Tanah: Bukan Sekadar "Beri" Tapi Siasat Siapa "Monopoli, Faraid" Tanah Untuk Proksi Dan Kroni !

Selepas saya dedahkan isu penyelewengan isu tanah di Pahang, kini ramai wakil rakyat mula bersuara berkenaan isu ini

Terbaharu ADUN Beserah, YB Andansura Rabu. Saya ucapkan syabas atas iniseatif  beliau memberi perhatian isu ini.

Sementara itu, macam biasa Kerajaan Negeri Pahang juga tidak putus-putus umumkan pemberian tanah kepada rakyat di sana-sini.

Saya ucapkan tahniah juga kepada MB Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas perkara ini.

Saya tidak pelik tentang pemberian tanah. Apa yang saya angkat selama ini ialah isu Rancangan Tanah Kelompok (RTK) yang sepatutnya dapat kepada orang kampung, tiba-tiba orang luar yang dapat.

Malah, ada ahli keluarga, proksi dan kroni pemimpin setempat yang juga dapat. Walhal mereka sepatutnya tidak layak.

Paling panas lagi ada pula tamah RTK yang tiba-tiba jadi ladang Musang King, Kelapa Sawit dan Gerharu yang diusahakan oleh 'tokey-tokey' dari luar.

Jika di kawasan bandar, tanah RTK akhirnya jadi taman perumahan. Siapa yang untung? Mereka yang uruskan urusan jual beli tanah terbabit. Dapatlah 10-3, memang kayalah. 

Penduduk kampung tunggu sekian lama, tapi tiba-tiba 'tokey-tokey' yang dapat. Lebih parah, hanya bayar sewaan kepada JKKK kampung terbabit, bukan pejabat tanah.

Malah  saya juga mendedahkan isu tanah yang libatkan orang dalam di jabatan yang berkaitan tanah.

Orang kampung mohon geran tanah sekian lama tak dapat, tiba-tiba lot yang dimohon dilapis fail oleh pihak lain dengan kerjasama orang dalam. Akhirnya orang lain yang dapat.

Malah, ada yang memohon puluhan tahun tetap dinafikan hak. Tanah pula dapat kat orang lain, mereka yang memohon sampai mati menunggu sekian lama.

Bila mati, anak pula sambung dan kemudian cucu. Anehnya tanah yang dimohon tiba-tiba dapat kat tokey-tokey ladang dan perumahan. Inilah yang terjadi sejak sekian lama dan tiada sesiapa mahu angkat isu ini.

Tiada wakil rakyat hatta berbangsa Melayu yang mahu berbunyi isu ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seolah-olah isu ini cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum. Walhal yang dinafikan hak majoritinya ialah orang-orang Melayu.

Bila tiba musim pilihan rayaz barulah wakil rakyat dan keraaan berbunyi hal tanah. Mula timbul isu pemberian lot tanah dan berbondong-bondonglah rakyat ke pejabat tanah untuk beli borang permohonan tanah, sampai ada yang pengsan-pengsan.

Seolah-olah isu ini hanya "sesuai" pada musim pilihan raya sahaja. Lepas pilihan raya, macam biasa tanah dapat kat orang lain atau tokey-tokey pemaju perumahan dan perladangan.

Senario ini berlaku sejak sekian lama. Siapa yang kaya banyak tanah? Mereka yang rapat dengan pihak berkaitan terutamanya pihak berkuasa mudah dapat tanah.

Bagi yang tiadal 'kabel', mohonlah tanah beberapa kali pun jawapannya tetap sama iaitu "dalam proses". Akhirnya sampai mati jawapan sama "dalam proses".

Sebab itulah saya mainkan isu ini. Sebab saya fikirkan soal rakyat. Saya tiada tanah pun tak apa, asalkan rakyat tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Value rakyat" hanya laku tatkala musim pilihan raya. Selepas pilihan raya, nasib mereka "bagaikan telur dihujung tanduk". Merayu dan terus merayu, merintih dan terus merintihm

Menangis "keluar air mata darah" sekali pun, namun mereka terpaka tunggu habis penggal pilihan raya barulah suara mereka laku dan boleh minta itu ini.

Saya juga bangkit, apakah tanah-tanah di Pahang hanya untuk orang-orang yang bekerja kerajaan di pejabat tanah? Sebab banyak aduan dan laporan, mereka mewah miliki berekar-ekar tanah. 

Saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang ubah dasar berkaitan dengan tanah. Pada masa ini kakitangan kerajaan Pahang layak memiliki maksima 20 ekar tanah. 

Sebab itulah, mereka yang bekerja di jabatan berkaitan mewah dengan tanah. Sebaliknya kakitangan jabatan lain hanya boleh tengok saja. 

Mohon tanah pun, ada yang tak dipanggil temuduga. Walhal, mereka juga adalah kakitangan kerajaan yang banyak membantu pembangunan negeri Pahang otu sendiri. 

Justeru, saya menggesa pemilikan hartanah itu dikaji dan hanya benarkan miliki seekar tanah sahaja. Barulah orang lain juga ada peluang miliki tanah. Jika tidak "pulun dek puak-puak deme saja", 

Sebab itu keadilan untuk rakyat perlu ditegakkan dan saya akan terus angkat isu inim Saya mahu angkat suara rakyat agar hak-hak mereka dipertahankan dan tidak terus diperkotak-katikan oleh pihak-pihak tertentu. Suara rakyat, suara keramat. 

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) 


0 Komen Artikel Ini: