SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Dinasour: Caj Harga Tiket Masuk Ke Mini Zoo Teruntum 'Melambung Naik', Kerajaan Negeri Di Minta Masuk Campur !

 

Saya menerima banyak aduan daripada warga Kuantanyang menyuruh saya angkat isu  berkaitan caj masuk ke Mini  Zoo Teruntum @ Ecounter Dinasour yang didakwa  melambung tinggi  dan luar biasa? . Mini Zoo Taman Teruntum sebelum ini dilaporkan bakal muncul sebagai zoo hibrid pertama di dunia selepas projek naik taraf siap sepenuhnya.

Namun, belum sempat ia dibuka kepada awam timbul pula harga tiket yang agak tinggi dan mendapat kritikan netizen di media sosial sejak semalam. Difahamkan kadar caj tiket bagi dewasa ialah RM25.00, manakala kanak-kanak berumur 3 hingga 11 tahun dikenakan caj RM22.00.

Manakala caj bagi warga emas 60 tahun ke atas juga RM22. 00 dan paling mengejutkan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dewasa dan kanak-kanak caj tiket RM22.00 dikenakan.  Promoi ini bermula dari 10 Disember 2021 hingga 31 Mei 2022. Tiket-tiket berkenaan boleh dibeli secara online menerusi aplikasi Shoppe, https://shopee.com.my/DINOSAUR-ENCOUNTER-ZOO-TERUNTUM-KUANTAN-ENTERANCE-TICKET-ONLINE-i.495350421.12054838931?sp_atk=5a6d0cb7-a989-4fd7-8350-bcf4b1c9febf


Bukankah lokasi ini adalah destinasi baharu pelancongan di bandaraya Kuantan. Apakah dengan caj semahal itu berbaloi untuk rakyat dan para pelancong yang datang ke sini?

Banyak komen terutamanya di media sosial berkenaan perkara ini. Justeru saya menggesa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengkaji balik harga caj tiket yang ditawarkan itu.

Bukankan rakyat masih terbeban dengan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19. Kenapakah kemudahan pelancongan seperti ini boleh mengenakan harga sedemikian rupa?

Sebelum Kuantan jadi bandaraya, caj masuk ke Zoo Teruntum hanya RM2 dan kanak-kanak  RM1. Manakala bagi bayi dan OKU percuma.

Namun bila status bandaraya, caj menjadi puluhan ringgit. Ia amat tidak berbaloi untuk orang ramai menyokong projek Dinasour ini. Lagi pun, Zoo Teruntum bukanlah sebuah "taman tema" . 

Apakah kerana Kuantan sudah jadi bandaraya, maka rakyat perlu membayar harga semahal itu hanya untuk masuk ke dalam lokasi yang dikatakan penuh dengan dinasour replika itu? 

Benarkah Mini Zoo Teruntum sebenarnya sudah diswastakan? Maka itu caj tiket jadi mahal? Kemudahan ini untuk rakyat atau hanya untuk golongan kayangan sebenarnya?.

Difahamkan projek naik taraf mini zoo ini adalah melalui kerjasama bersama sebuah syarikat swasta, Wegrow Global Sdn Bhd dengan pelaburan mencecah RM12 juta seperti dimaklumkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin pada September lalu, 

Hamdan (dua kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Yong Lam Woei disaksikan Abd Rahim (dua kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Manaik Taraf Mini Zoo Taman Teruntum- Projek Kerjasama Edu-Tourism antara MBK dan Wegrow Global Sdn Bhd

Projek edu-tourism penaiktarafan mini zoo itu yang bermula September ini dibangunkan dengan konsep baharu mengabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Hamdan (dua kanan) dan Yong Lam Woei menandatangani perjanjiann kerjasama antara MBK dan Wegrow Global Sdn disaksikan Abd Rahim (belakang, kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Manaiktaraf Mini Zoo Taman Teruntum- Projek Kerjasama Edu-Tourism

Menurut Datuk Bandar Kuantan, sebagai sebuah zoo hibrid, pengunjung bukan hanya dapat melihat haiwan-haiwan tempatan secara langsung malah mereka berpeluang menyaksikan haiwan animatronik pra sejarah yang telah pupus dan pelbagai tarikan lain. 

Malah katanya, daripada keseluruhan kawasannya, kira-kira 30 peratus akan dikekalkan untuk pameran haiwan hidup dan selebihnya bakal dibangunkan melalui projek edu-tourism yang turut menempatkan kafe bertema, makmal dinosaur dan sebagainya,

Persoalannya jangan dek kerana pihak swasta nak cepat dapat pulangan modwl, maka Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) biarkan mereka kenakan caj tiket yang tinggi kepada rakyat marhaen.

Biarlah harga berbaloi, baru ramai boleh sokong projek Dinsour @ Mini Zoo Teruntum ini. Jangan nanti ramai pula yang hanya ambil gambar dari luar pagar sebab tak mampu masuk ke dalam.

Bayangkan jika dewasa RM25 dan kanak-kanak RM22.. Jika ibubapa bawa 3 anak berusia 12 tahun ke atas mereka perlu bayar RM166 hanya untuk melihat replika Dinasour yang dipamerkan di situ. Lebih baik mereka bawa ahli keluarga makan ikan bakar dan seafood di Tanjung Lumpur. 

Malah difahamkan juga, projek Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di ibu negara yang turut dibina oleh syarikat yang sama  Wegrow Global Sdn Bhd hanya mengenakan kadar tiket yang berpatutan untuk orang ramai. 

Kadar tiket dewasa atas 13 tahun baru dikenakan RM15 sahaja. Manakala RM12 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Bagi warga emas 55 tahun ke atas RM5 dan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)  dan kanak-kanak 2 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Bukti, sila klik https://www.psn.gov.my/dinosaur-encounter-di-pusat-sains-negara/


Usah buat kemudahan untuk menganiaya rakyat. Buatlah kemudahan yang mesra rakyat. Barulah berbondong-bondong orang akan ke Mini Zoo Teruntum sebenar. Jangan bebankan rakyat dengan kemudahan seperti ini.


Syarikat yang sama turut membina Dinosaur Encounter di Zoo Melaka yang dibuka setahun lalu (2020) dan caj tiket yang dikenakan ialah RM38 untuk dewasa 13 hingga 59 tahun. Caj bagi kanak-kanak 4 hingga 12 tahun ialah RM31. Manakala OKU dewasa RM31 dan OKU kanak-kanak 4 hingga 12 tahun RM26 caj yang dikenakan. 

Namun, harus diingat caj yang dikenakan juga adalah termasuk Night Safari. Ini bermakna pengunjung membayar satu harga untuk mendapat dua kemudahan serentak. Malah sempena pembukaan, ada diskaun 30% untuk pembelian online di laman web Zoo Melaka! Anda boleh buat pembelian di http://www.zoomelaka.gov.my/ticketing.html.

Namun, Dinasour Encounter di Kuantan hanyalah dalam kawasan Mini Zoo sahaja dan bukannya Zoo yang bersaiz besar berbanding Zoo Melaka. Kenapa harga promosi boleh melambung tingga antara RM22.00 hingga RM50.00?. Malah harga yang ditawarkan juga tertakluk kepada pembelian online, tiada pengurangan atau promosi diskaun yang dibuat.

Inilah yang menjadi persoalan saya sebenarnya. Harga yang terlalu tinggi ketika musim rakyat terhimpit dengan masalah ekonomi jelas sekali membebankan sebenarnya.  Justeru saya juga menggesa Kerajaan Negeri Pahang, menerusi Jawatankuasa Pelancoingan Negeri masuk campur dan memantau kadar harga yang menjadi isu ini. Usahlah mencari keuntungan luar biasa dikala rakyat terhimpit. 

Memang benar pasti akan ada yang memenuhi lokasi ini, namun biarlah harga yang dikenakan berpatutan. Jika di Pusat Sains Negara (PSN) harga baru sekitar RM5 hingga RM15, kenapakah perlu bebabkan warga Kuantan dan pengunjung ke sini dengan harga yang tidak masuk akal ini. Cakna demi rakyat, suara rakyat marhaen . #CMK

1 Komen Artikel Ini:

  • Anonymous says:
    Dec 12, 2021, 1:00:00 AM

    Simple, ur not the target market.if tak mampu, then tak perlu pergi. Fikir secara positif, taman ni akan jadi tarikan org luar utk dtg ke kuantan. Bukan ke ini membantu menaikkan taraf ekonomi kuantan. Jgn expect utk dpt kemudahan 5bintang tp nk byr servis dengan modal rm5. Sebelum ni taman teruntum tu tak lernah ada sebarang cas utk masuk, apa jadi dengan haiwan2 kat dlm zoo tu? Setakat ada la 2 3 ekor ayam.kenapa jadi mcm ni? Sbb paling mudah, tiada bajet utk pengurusan.